Ini cerita semalam. Hari ni, berbuka beli kat bazar Ramadhan je. Maklumla, hari Khamis, abang berbuka kat UM je sebab ada kelas.
Macam ni, pagi pagi semalam, sebelum abang pergi kerja, aku tanya la, abang nak makan apa berbuka nanti. Abang cakap sambal sotong. Aku angguk je la
Kat dalam fridge ada banyak gila stok bahan basah sebab dah borong sampai RM45 masa balik Manjung hari tu. Kalau korang nak tahu, seafood kat Manjung memang terbaik!! Segar dari laut tau. Tak sempat kena ais lagi tau.. Aku sepanjang dok KL dekat 5 tahun ni, jarang gila makan ikan. Kalau makan pun ikan keli je, sebab beza gila rasa ikan Manjung dengan ikan KL. Ikan kat sini, perghh.. hilang selera nyah dik..
Jadi, aku terfikir, mari kita membuktikan ke'fresh'an ikan dengan masakan yang tak bergoreng. Sebab ikut pengalaman aku, kalau ikan yang digoreng, kurang sikit manis nye, kecuali kalau kita goreng basah la, means tak garing. Salah satu menu yang best untuk ikan fresh ialah ikan stim. Korang tahu tak? Ala, try tanya En. Google la.. Kalau malas tanya duduk diam diam je, nanti aku kasik gambar.
Ni ialah very 1st time aku masak ikan stim ni. Selalu tu tengok mama masak je. Heheh.. Aku ambil resipi dari myresipi.com je..
Dekat dekat nak berbuka tu, abang tengok la lauk, dia pun cakap
'Tengok macam sedap.. Rasa tak tahu la macamana ye...' sambil jeling jeling macam nak cari gaduh. Ok, fine..
Ni antara menu aku semalam, selain karipap frozen favorite aku yang mama kasi masa balik Manjung hari tu:
Ikan stim kontroversi (ikan gerut) |
Sambal tumis sotong walaupun tak cantik tapi sedap tahu! :p Eh, mana sotongnya?? Haha |
Kangkung goreng belacan yang termasin. hehe.. Maklumla, puasa tak boleh rasa masa masak.. :p |
Tapi takpe, seronok tengok asben aku makan. Ngeh3.. Masa sahur pagi tadi, aku buat nasi goreng je. Sambal sotong tu ada lebih sikit, sebab orang yang request tu sebuk duk makan ikan.. :p So, bubuh sambal sotong tu la buat tumis, n sayur kangkung tu jugak. Semua dah licin.. alhamdulillah..
Sebenarnya aku berniat nak share 2 resipi masakan ringan ringan yang aku buat untuk berbuka, dah ambil gambar siap tapi takde masa la.. Esok aku ada misi penting. Hehe.. Oh ye! Tadi aku merayap pergi PKNS Shah Alam, dapat sehelai tudung Anggerik Avenue warna kelabu fesyen Hamidah, tudung awning hitam and blouse retro kotak kotak warna turquoise. Nice!! Duit pun terbang. Nice!! huh!
Apepun, malam ni dah 24 Ramadhan dah.. cepat nya masa berlalu.. Semoga amal ibadah kita makin bertambah..
Alhamdulillah...