Wednesday, September 1, 2010

Apa Cerita?

bismillah...

        Hari Sabtu lepas, aku and abang balik rumah mama aku kat Manjung. Tapi macam-macam benda jadi. Ada aral melintang, last-last pukul 12 tengah malam baru kitorang sampai Manjung. Alang-alang, pergi makan char keuytiaw jap. heheh..

            Pagi Sabtu tu, abang bawak aku pergi Masjid Wilayah, ada seminar ESQ. Siapa yang tak pernah dengar tentang ESQ? Cuba korang try tanya En. Google. Banyak info tau. Untuk pengetahuan korang, ESQ ni berasal dari Indonesia. Dia macam satu training program berunsur keagamaan. Kena bayar dalam RM800++ macam tu, pastu ada kursus motivasi dalam 2 hari, dan korang akan di'motivate'kan lah. 

       Sebelum aku bercerita lebih lanjut, aku nak kasi tahu terang-terang kat korang, ESQ ini adalah HARAM. Kenapa haram? Sebab ianya boleh memesongkan akidah umat Islam. Alah, senang cerita, Ajarannya Sesat. Ngerti kamu? Wah, emosi plak aku. hehh.. Tapi, memang ESQ ni banyak mempengaruhi rakyat Malaysia pun. Dulu, kerajaan siap hantar staf staf kerajaan pergi kursus tu. Kerajaan yang tanggung. Tapi sekarang dah tak hantar lagi.

           Aku nak cerita lebih lanjut pun tak berani. Takut kena tangkap dengan polis kang, siapa nak masak lauk berbuka untuk suami aku? ngeh..

        Aku and suami budget seminar tu habis dalam pukul 11 macam tu. Sekali, sebab topik tu hangat sampai gaduh-gaduh, pukul 2 baru habis. Dah delay nak balik Manjung. Kitorang kena bawak balik ACU. sebab nak tukar dengan wira.. Lebih kurang pukul 2:30pm, baru kitorang gerak balik. Haih.. dalam kepala aku masa tu dok berkira-kira pukul berapa nak sampai ni, ACU tu paling laju blh g 100km/j je. Abang2 and kakak2 ipar aku dah sampai rumah, siap book makan seafood lagi wey!!


         Dipendekkan cerita, sampai kat Rawang, aku and suami yang dalam ACU tu rasa panas gila berbahang-bahang mak oi.. Suami aku dah rasa lain macam. Aku tengok la temperature kereta, mak datok, dah borderline kat huruf 'H'. Korang tau maksudnya? Maksudnya 'Hot' dengan kata lain, bila-bila masa kereta kau boleh meletup seperti meriam buluh di hari raya. La, dapat imagine tak ni? Jap aku nak lukis


Kat dashboard kereta
Ha, macam nilah lebih kurang. So kitorang pun gelabah macam ape je, ingat nak berhenti tepi jalan je, pastu lambai lambai tangan sambil lompat lompat mintak tolong. Tapi, ternampak signboard R&R Rawang lebih kurang 2km lagi, tawakal je lah redah 2km tu. Alhamdulillah selamat sampai R&R tu.

         Cepat cepat aku call Pak Uda, pakcik aku nak tanya selamat ke tak ni. Dia cakap tak selamat, panggil tow truck aje. Lepas discuss lebih kurang dengan suami, kitorang decide patah balik KL, tapi bawak slow-slow and tak bukak aircond sebab Pak Uda cakap temperature naik sebab kipas kat engine rosak. So engine panas, and aircond pun tak jadi sejuk. Patah balik, lebih kurang pukul 4:30pm sampai rumah.

        Haaa!! melepas seafood kitorang!! Malam tu lepas berbuka baru balik. Naik kereta abang.

         Tapi esok lusa tu lepas merengek lebih kurang depan mama aku macam orang mengidam je, mama pun setuju pergi restoran seafood tu lagi sekali, ha ha ha.. Padan muka abang aku yang no 3 tu, kena makan 2nd time and keluar duit 'tong-tong' lagi sekali. Abang aku no 2 tu dah balik Shah Alam masa tu. Yippie!! 

          Oh ye, Jumaat lepas, before balik kampung tu, aku keluar jalan-jalan kat Midvalley and beli satu buku jahit beads yang sangat best!

Buku best!
          So, sekarang tengah busy menjahit beads lah kat baju raya! heheh.. Baju raya aku warna pink tau! Kain kosong je, takde corak-corak.. Tapi aku suka! heheh.. Nanti dah siap, aku letak gambar nye ye.. Sekrang baru siap sebelah tangan :p


         Okaylah dulu, nak tengok nak masak apa untuk berbuka ni..


P/s: Pagi tadi, sejadah abang 'berdiri'. Misteri betul, abang ada amek gambar. huhu.. 


Semoga segala urusan kami dipermudahkan.. Ameen..


Alhamdulillah.. =)

No comments: