Monday, December 27, 2010

Isu Jantina

Bismillah..


Wahh.. tajuk macam serius bebenor je ye.. hihi..


Sebenarnya sekarang aku dah perasan, yang aku mempunyai masalah untuk memberi tajuk kepada entry2 aku. Macam penat gila fikir, tapi macam bubuh tajuk yang tak best gak. Hm..


Okay, aku nak mempertikaikan hal ni.. Mengenai anak sulung. Kenapa macam ramai orang cakap kalau anak sulung biarlah or eloklah kalau anak lelaki, nanti dah besar boleh jaga adik2..


Ye eyh? Hm, kalau anak sulung perempuan, dia tak boleh jaga adik ke? Aku rasa dua-dua pun boleh je.. Sama je. Macam family aku, yang sulung kakak, tapi dia ambil berat je pasal adik2 dia even duduk jauh. Dia update je semua benda yang berlaku kat family aku ni. And, abang aku yang no.2 tu pun takde masalah pulak nak lead the family walaupun dia no.2


Aku rasa apa yang penting kena faham and kerjasama la betul tak? Eh, korang tak perasan ke aku macam emo sikit? hehehe.. Over lak minah ni yek..


Okay, tu je aku nak argue. 


Bai! =)

Thursday, December 23, 2010

Buah Delima

Bismillah..


Eh, tiba2 hari ni rajin nak update belog pulak dah..


Sebab mama khusyuk gila baca novel yang aku beli masa nak pitam hari tu.. heheh..


Start baca kelmarin, hari ni aku tengok macam nak habis sangat dah tu. hoho..


Okay, sebenarnya aku baru je lepas berjaya habiskan sebiji buah delima yang XXXL sizenya dari kebanyakan buah delima yang selalu kita jumpa kat Malaysia tu.


Size yang aku makan ni adela lebih kurang besar epal jepon tuh.. Adoi..


Epal syafeq




Buah delima ni mama beli masa kat Madinah kot. 1kg dapat 3 biji. Cepat bayangkan kebesarannya! =P


Mama beli sebab ramai kawan2 dia cakap orang pregnant elok makan buah ni untuk nak kasi anak bijak. Aku pun ada dengar jugak. So mama beli la cadangnya nak kasi SIL aku. Mama tak tahu pun aku pregnant sepanjang kat tanah suci.


TAPI...!!! 


Wah, ada tapi.


Kawan2 mama cakap jugak, kalau orang pregnant, kena makan buah delima tu sorang2 sebiji tu. Tak boleh share, and kena makan setiap biji.


Sebab apa?


Sebab kawan2 mama cakap, orang tua2 cakap that dalam banyak2 ulas tu, ada satu ulas je yang betul2 berkhasiat. So kalau share, maybe tak dapat la kan yang precious one tuh. hoho..


Mama bawak balik 3 bijik, 2 bijik gedabak, satu biji saiz normal la besar epal (or besar sikit) tu. Mama suruh SIL potong yang sebiji yang besar nak kasi makcik2 pakcik2 aku rasa, share2..


Lepastu SIL aku cepat2 sua kat aku yang besar yang lagi satu tu sambil cakap orang pregnant first kena makan yang besar. hehehe cit! Ngelat plak dia..


Buah delima =)




Eh lupa nak cakap. Aku tak berapa suka delima ni sebab baru aku tau kena makan dengan biji2 dia sekali eyh? Punyala tak sedap bila gigit biji dia. Sebelum2 ni kalau aku makan aku buang biji dia. Memang jenuh la nak habiskan sebab terbelek2..


Okay aku redha dapat yang besaq tuh..


Esoknya (sabtu) aku dengan abang lepak Shah Alam lagi. SIL pun ajakla makan delima tu. Aku larat makan half je. Yang half lagi bawak balik. SIL confirm2 la habis kecik cenonet je dia punya (sebenarnya takdela kecik sangat dia punya tapi nak cakap gak dia punya kecik =P)


Lepastu punyala liat nak makan lagi half tu. Harini baru bertekad demi kecergasan dan kecerdasan otak babyku.. huk huk huk..


Lepasni kena selalu cari pomegranate juice. 


Oh, aku tak suka minum susu tepung untuk pregnant tu. Aku beli Anmum. Memang tak tahan bau dia. So tanya la nurse masa buka buku baru ni.


Nurse tu cakap minum susu tu untuk dapatkan calcium jek. So kalau tak lalu susu tepung, boleh gantikan dengan sumber calcium lain. So, pastured fresh milk la pilihan aku..


Nurse cakap lagi, dalam susu tepung untuk pregnant mom memang ada vitamin2 untuk perkembangan otak baby macam DHA apekebenda lagi tah. Tapi boleh juga makan kekacang macam badam, pistachio or kurma, kismis..


Hehe.. so aku memang say BIG NO la kat susu tepung. Kebetulan mama bawak balik pistachio banyak gak, and memang aku makan badam hari2.. Kalau habis stok, boleh beli kat kedai area rumah Abgyan, pistachio 1kg=RM40. Kat situ jugak ada jual pomegranate juice. Dia jual barang2 import dari timur tengah macam kacang2, kurma, buah tin, dsb. Heheh..


Kurma memang tiap2 pagi makan dalam 4-5biji.. So.. sekarang takdela aku risau2 nak minum susu dah. Lepas minum Anmum tu, confirm aku melepek dalam sejam sebab rasa nak muntah gila2.. hoho..


Hm, aku memang lucky gak lah pregnant sama2 dengan SIL aku ni sebab dia memang banyak remind aku bab2 pemakanan ni. Kalau aku, memang malas gila nak google2 pasal pregnancy ni. Bila SIL cakap, baru aku amek tahu.


SIL aku cakap, masa dia pregnant 1st baby pun macam tu gak. Aku rasa maybe kalau pregnant 1st baby ni mommy dia blur2 je lagi kot. haha.. So.... hmm,


Alhamdulillah.. =)

Cerita Mekah dan First Item Sudah Dibeli =)

Bismillah..

Hai! I bersiaran kembali. hehe


Bukan apa, malas sikit nak update blog ni sebab mama ada kat rumah. Kan mama I baru balik haji, so weekend ni baru nak hantar balik Manjung, since adik2 mama ramai kat sini, so tunggu diorang datang kat sini je lah.


So, bila mama ada rumah, menyembang je lah. Lagi2 bila mama tengah bayak cerita pasal pengalaman pergi ke tanah suci kan..


Dalam banyak2 cerita, ada satu cerita yang I paling terkesan di benak hati. Wah!


Macamni


Ada satu pasangan tu, husband and wife yang baru sangat2 kahwin. So memang muda lagi lah, dalam 20-an. This couple pergi buat haji sebab dapat hadiah dari tabung haji, so fully sponsored la.


Satu hari tu, semua jemaah kena pergi mana tah aku lupa, tapi kena gerak dalam pukul 2-3am macamtu, supaya sampai sana subuh2. So, semua jemaah pergi naik bas, teksi dan pengangkutan yang disediakan.


Kebanyakan jemaah Malaysia naik bas. Tapi ada juga suami isteri, or geng2 yang naik cab. Termasuklah pasangan baru kahwin ni.


Mama cerita, pemandu teksi kat Mekah ni, diorang suka panggil perempuan naik cab. Diorang akan jerit2 'nisa..nisa...silakan.' in arabic la.


So suami isteri ni pun dapat satu cab. Wife dia naik dulu. Elok ke wife dia masuk, teksi tu terus pecut dengan laju. Yang si husband ni blur la. Terus laporkan pada yang berkenaan.


End up, wife tu akhirnya dijumpai dicampak di tepi jalan dan sudah tidak bernyawa. Arwah juga diperkosa sebelum dibunuh. 


Husband dia pun menghabiskan rukun haji secara bersendirian. Sedih wehh.. dahla baru kahwin.. Abang cakap, memang kalau pergi Mekah and nak naik cab, kena kasi lelaki naik dulu.. Memang kena berhati2 gila.


Mama cakap, apa yang orang barat claim yang Islam ni kasar, jahat, memang betul la kalau yang dirujuk tu ialah dari Islam di Mekah. Tapi, bukan semua la..


But, differ to orang Islam di Madinah, mereka lebih bijak, sopan, hormat orang. Abang cakap, sebab tu masa zaman nabi dulu, orang Madinah terima Nabi, orang Mekah pulak halau. And that's why Nabi Muhammad diturunkan di sana, di kawasan yang paling bermasalah rakyatnya. Wallahua'lam..


Okay! dah habis! =)


Update on my pregnancy pula..


Last Tuesday dah berjaya bukak buku pink! Alhamdulillah, even ramai jugak orang. Biasalah, klinik kerajaan kan.. Aku sampai pukul 0915am, pukul 1230pm baru siap.


Owh, berat dah naik 1 kg! Dekat buku tu cakap, untuk 1st 5 month kena naik 0.5kg je sebulan. Macamana ni?? *pengsan*


And yang paling best..


I'm about to buy my first item keibuan! hehehe.. Cuba teka apa?
It is..












A breastpump!! hehe sila muntah sekarang! =P


Okay, segan nak cerita. Tapi I beli awal sebab join shipping dengan SIL. Kami beli dari UK with much2 more reasonable price compare to here. Harganya RM320, tapi kat sini paling murah boleh dapat RM699. Tapi maybe sampai dalam bulan March. Ni tengah tunggu SIL I suruh transfer duit. hohoh


I beli yang ini. Penat survey tau.. Harga, and review pengguna.. heheh

My SIL beli yang advance banyak. Yang ini. Yang tu best sebab nanti masa pump tu kita boleh buat kerja lain seperti menari, berjoget sambil mengepam. Multitasking betul hahaha. Kat sini nak dekat RM2k. Sesuai untuk wanita bekerjaya.


I rasa I tak perlu beli yang advance2 sangat kot, sebab tak tahu lagi macamana jadinye nanti kan. Hence, yang I beli tu, kalau tak guna pun boleh jual balik kat sini.  


Okay, sampai sini dulu, take care, Babai =)

Friday, December 17, 2010

Update saje2

Bismillah..


Mama balik malam ni. Can't wait!


Eh, kenapa tiba2 terbau caramel popcorn macam nak masuk wayang ni!! Oh tidaks.


Okay, mama landed pukul 0830pm ni, insyaAllah, semoga perjalanan mama lancar..


Ahad petang ni, abang kena pergi Labuan. Abang taknak bawak aku sebab harga tengah mahal, plus abang pergi kejap je pun, Selasa pagi dah nak balik. Eley, takpe tak kisahpun.. kita ada mama kitalah.... bwek! :p


Tapi dah paksa abang beli Daim banyak2 since Labuan pun pulau bebas cukai kan? heheee


So, from Sunday to Tuesday, aku akan berada di Shah Alam rumah abg yan :)


Update for my pregnancy:


Rupanya aku boleh berjalan jauh naik kereta as long as we are using highway. Tapi elok je exit, dan2 terus rasa pening. Pelik kan? Nasib baik la rumah in-law aku tu betul2 je lepas exit highway. 


Tapi bila nak balik kampung abang yang kat Kedah tu, jenuh gak lah sebab kena ikut jalan biasa lebih kurang 30minit lepas exit highway. So aku kena get ready la dengan benda2 masam hehe.. 


Abang buat kesimpulan aku tak boleh kalau jalan-break-jalan-break yelah kalau jalan biasa kan kena break2 sebab traffic light la, kereta depan pelahan la.. Pehtu abang cakap kalau jalan biasa jalan kecik, so aku pening sebab tengok kereta datang dari depan kat laluan bertentangan(oh skema nye ayat) tapi kat highway jalan besar, selesa. So, aku menerima kedua2 kesimpulan abang itu.


Sepanjang balik Penang, aku sihat je macam biasa. Alhamdulillah.. Tapi malam2 tu memang penat la satu badan especially masa hari Selasa tu, sebab ramai sangat orang kat kampung..


Oh, aku balik kampung sebab nenek abang meninggal, sakit tua..


Hm lagi, aku belum bukak buku pink lagi.. Setelah disurvey2, aku dah decide dengan abang, nak bukak buku kat putrajaya, dan menggunakan alamat kawan abang kat sana. Kitorang plan nanti nak deliver putrajaya sebab compare to other general hospital kat KL ni.. sana paling better kot. Tapi tak tahu la nanti kot2 FIL aku nak support aku deliver kat private ke kan.. hohoho..


Kalau ikut EDD kat scan pic tu, esok aku masuk 10weeks dah. Buku tak bukak lagi hohoho agak2 kena marah tak? Rabu ni maybe boleh pergi sebab abang dapat cuti free sebab dia pergi Labuan hari Ahad, hari bercuti kan... (walaupun pergi dah petang). Hm, harap boleh pergi Rabu ni..


Patutnya Selasa lepas aku pergi dengan SIL aku bukak buku tu, tapi since kitorang ada emergency kena balik Kedah, terpaksalah pergi sendiri2 je nanti..


Aku rasa aku macam dah makin sihat sekarang. Dah lalu makan, dah boleh minum susu.. Dah kurang rasa loya dah. Alhamdulillah.. Harap2 sihat sampai habis pregnancy ni. Ameen..


Okaylah, babai =)

Monday, December 13, 2010

Owh, Tak Larat Rupanya!

Bismillah...


Hm, hai! =)


Semalam, abang telah merealisasikan impianku untuk berjalan2 di pusat membeli belah yeay!!


So, main point aku ialah untuk ke mall yang ada Padini Concept Store. Sebabnya, kat dalam tu ada MIKI Maternity! Hua hua hua aku da kena start beli baju2 begitukah? heheh


Sebenarnya aku nak beli seluar. Yup, memang macam agak awal tapi susah weh nak cari maternity pants yang murah, muat dan ikut taste. Ini SIL yang cakap, so dia kata, kat MIKI agak berbaloi la nak beli, harga tak sampai RM100 (kalau sale item) worth la kan?


Yang aku tau ada PCS ni, kat OU and Ikano je. Oleh kerana aku tak suka pergi OU sebab bapak besar, so aku decide nak pergi Ikano yeay!! Yet, Ikano-The Curve-IKEA memang fav place aku!hehehe


So dalam pukul 1100am gerak, sampai2 Ikano pergi makan dulu kat Kluang Station kat 1st floor tu. Sedap gak kat situ. Kalau tekak aku tak reject tu means sedap la aku kan sekarang choosy ngada2!


Lepas makan cepat2 pergi Cineleisure nak tgk HKLBR! hehe.. Movie start pukul 0115pm. Ni aku dah plan awal2 dah sebab taknak buang masa tunggu movie, so memang plan nak gerak kul 1100am-makan-tgk movie-solat zuhur-shopping =)


Hm, HKLBR tu fun la gak, hahaha sampai aku bape kali tepuk abang cakap dahla gelak tu.. Syok gak tengok movie kat cineleisure tu sebab besar, and tak penuh macam kat GSC. GSC kalau nak beli on the spot and terus masuk hall, memang confirm dapat sit paling depan melangut lah kau lenguh tengkuk 3 hari..


Habis cite dalam pukul 0300pm, pergi solat kat ikano and terus masuk Padini. Tapi kecewa sangat sebab seluar yang sale semuanya 3 quarter and semuanya cantik2! Keciwa 10000 kali. Seluar yang tak sale semua lebih RM100.


So, aku dah gelabah alamak nak beli ape ni, jangan lepaskan peluang kan abang nak belanja!


So, pergi kedai sebelah Brands Outlet tu, beli blouse sehelai.


Makan Krispy Popiah sedap nya! Masa makan cakap kat abang kita lepak sini sampai malam nak, jalan2 kat IKEA, makan sedap2.. Abang buat bodo jek..


Abang ajak pergi tengok haiwan kat tingkat ats sekali tu.


Abang ajak masuk Popular (dah agak dah)


Tengok cari2 buku, tiba2 rasa nak pitam cepat2 pegang book shelve tu. Abang tah kat mana, aku plak lupa bawak hp..


Nasib tak ramai orang, bila rasa macam okay sikit terus keluar cari kerusi. Hope abang nampak aku kat luar. Dah duduk dalam 10min. Gagahkan diri cari abang nasib jumpa kat cashier.


Dalam pening2 tu sempat gak aku ambil satu buku pas kat abang hehehe..Buku latest Habiburahman El-Shirazy tu, Bumi Cinta.


Keluar tu terus ajak abang balik. Dalam kereta abang puas la gak ejek2 aku cakap ada hati nak duduk sampai malam konon.. Bajet hero la tu.. dan ayat2 lain yang ejek kononnya aku bajet hero. hahaha sabor je lah..


Malam tu,aku letih gila sakit badan semua. hohoho..


Ooo.. baru aku tahu, aku tak larat dah rupanya! Jangan nak perasan kuat macam dulu. Ingatlah 'orang' yang tersayang =)

Saturday, December 11, 2010

Surat Untuk Sedapkan Hati

Dear abang,

Hari ni kan hari Sabtu, tapi pagi2 lagi abang da keluar pergi kursus whateverr tu.

Semalam pun abang sampai rumah pukul 0630pm, pukul 0730pm abang keluar pergi kursus whateverr tu. Cayang tengok last episode Ahmad Durrah sorang2 je semalam. Gelak2 tengok Pirates of Caribbean pun sorang2 jugak semalam. 

Nasib baik abang balik semalam bersama-sama seketul zinger burger. Tapi abang tak tahu, roti dia keras macam biskut. Rangup bang! Nak komen pun tak sampai hati sebab penat2 abang beli kan.. Makan jela biskut bersama ayam. Tak feel langsung.

Dear abang,

Kalau tak hari ni kita berada di A'Famosa Melaka. Patutnya kursus abang tu kan kat sana.. Tapi tiba2 diorang tukar venue kenapa? kenapa? Cayang sungguh kuciwa ishk ishk.. Kalau tukar kat hotel luar KL okay la jugak boleh cayang ikut tidur hotel sambil feeling2 berendam bath tub sambil minum orange juice. Eh. 

Kan best kalau hari ni kita kat A'Famosa tu.. Malam2 boleh pergi jalan2.. Yani cakap malam2 pun best sebab Yani kan honeymoon kat situ.. Cayang dah berangan dah nak tangkap gambar dengan parrot sambil pakai topi koboi macam Yani tangkap tu... Mesti style habis kan... kan.. kan..

Tapi.. tapi.. tapi.. kenapa cayang ada kat rumah kita di Jln Klang Lama ini sambil kena buat house chores macam hari2 biasa.. Abang. sila jawab?

Okay abang jawab

Cayang, kan semalam abang dah call cayang dari office dah pujuk2 cayang..

Kan abang dah janji hari Ahad, lepas abang habis kursus tu, abang bawak cayang pergi shopping. Abang nak kasi bonus kat cayang RM200 ha.. banyak tak? banyak tak..?

Lepastu kan abang da janji nak teman cayang tengok movie cerita apa tu cayang? Ala, cerita cakap peghak tu la.. yang cayang bangga2 sangat tu... Hantu Kak Limah Balik Rumah? Yang sambung cerita zomba tu cayang cakap.. Ha, nanti kita pergi la tengok.. (walaupun abang malas nak tengok takpe, abang layankan aje..)

Ala, cayang duduk la rumah tu puas2.. Nanti dah kerja, cayang mesti rindu nak lepak2 macam sekarang. Lagipun best ape, cayang tolong basuh baju, lipat baju.. Selain dapat bersenam, cayang dapat pahala tau sebab jaga kebajikan abang. Haaa.. suke tak.. suke tak...

O, cayang marah ye seharian cayang diam je tak cakap2.. Tunggu abang balik baru boleh cakap.. Takpela, kalau cakap banyak, dosa pun banyak.. Cayang tu bukan boleh kira, sekarang ni, silap sikit marah, silap sikit majuk, silap sikit nanges.. Ha, dosa tau marah2 suami.. Baik cayang tak payah cakap banyak (hahaha abang pun selamat)
 
Dah, cayang jangan sedih sedih ye.. esok cayang nak g mana, cakap je. Confirm abang bawak. Tapi dengan syarat, jangan nak pening la, nak mun*** la, cayang tu naik kereta paling hero pun 5 minit je. Lebih dari 5 min terus pucat lesi muka. Tapi kalau turun2 kereta okay pulak.. So esok kita pergi Amcorp Mall je nak? hehehe okay gurau je..

Okay, panjang tau abang jawab ni.. Dah, pergi tengok tv sana. Babai mmuah! mmuah!! :D

Friday, December 10, 2010

7th Week

Entry ini ditulis last week..


Bismillah..


Hm, I'm entering my 7th week today. Alhamdulillah, I'm doing well, with negotiable nausea hehe..


Sebenarnya masa awal2 dapat tahu dulu, rasa jugak morning sick ni.. But I managed to search on web about first trimester syndrome ni, and bila amalkan suggestion yang web tu kasi, alhamdulillah okay.


Yang tak bestnya, aku rasa nak mun***, rasa makanan tu dah ada kat kerongkong dah, tapi benda tu taknak keluar pun. Dia macam stay je kat kerongkong. Is that loya? huhu don't know.. Kalau keluarkan habis, aku rasa lega la sikit. 


Bila aku baca web, dia kata don't eat your 3 main meal like usual, but eat in small portion, frequently. 


Selain tu, aku makan kurma pagi2 lepas bangun tidur tu. Makan 3 biji, selawat, and minum mineral water (abang borong satu kotak hehe). Lepas tu dalam pukul 8, feel like to eat again, masak breakfast. Selalunya makan roti. Tapi memang aku makan slow2 sambil tengok tv or main lappy, sampai pukul 10 baru completely finish my breakfast and anmum milk hehe.. Then baru amek folic acid and vitamin C.


Hm, aku tak tahu la boleh amek vitamin C atau tak tapi currently I can't tolerate with vegetables hehe so ambil je lah vitamin C nak ganti sayur kan. Rasa geli je lembik2 tu.. hm...


Lepas tu I became very choosy about food. Kadang2 aku rasa menyampah je dengan diri sendiri tapi bila tanya my SIL and Yani, dia cakap normal je.. sebab tekak automatik jadi tak boleh terima. 


Ni antara perubahan ngada2 aku:



  1. KFC tak sedap, oily
  2. Tak boleh masak sebab rasa bau udang, ikan, ayam and especially sotong sangat hanyir sampai rasa tak sanggup nak pegang benda2 tu.
  3. Tak boleh makan kesemua di atas kecuali ayam bahagian dada/isi sahaja. Kalau part yang lembik2 tu aku rasa macam erkkk.. berada di kerongkong je.
  4. Boleh makan lauk sup-sup je (sup ayam, tomyam ayam)
  5. Siang2 tak boleh nak telan nasi putih. Just makan nasi gorang kosong or bihun goreng kosong yang dimasak sendiri sahaja. Kosong means hanya tumis bawah merah bawang putih and tumbuk cabai sikit. For bihun tu tambah sos2 dia (cili boh, sos tomato, sos tiram, kicap) tp exclude all protein thingy. hoho how bad..
  6. Kadang2 terpaksa makan Maggi perasa asam laksa sebab sedap masam.
  7. Kalau abang balik kerja cepat2 suruh mandi tak tak kasi abang kiss2 sebab rasa bau abang sangat...... ehehe.. Tapi elok je lepas abang mandi cepat2 suruh baring kat sebelah and rasa tak sabar2 nak peluk2 hahaha..
Mengada sangat ke? tapi SIL aku cerita (she's 13 weeks) dia pun tak boleh masak and perfume husband dia pun dia cakap busuk gila. hehehe

Yani pun cakap dia dulu tiap2 hari masak nasi goreng kosong bawak bekal pergi opis.

Owh, rasa best sebab currently SIL and Yani pun preggy jugak so just refer to them. Aku ni sebenarnya still rasa tak percaya that I'm carrying something in my tummy. Not yet maybe until my 1st scan next week. hoho can't wait!

Hm, kesian kat abang hari2 kena singgah kedai tapau dinner. Sorry, cayang tak boleh masak..

But still, aku rasa alhamdulillah setakat ni sebab tak teruk. Memang mama and kakak dulu pun tak teruk, kakak still can drive la.. Tak la lembik melepek baring je.. 

So, another 5 weeks to go. Orang cakap it will back to normal while entering 2nd trimester. But depends jugak la.. Ada yang baru nak teruk. 

Alhamdulillah jugak sebab got pregnant dalam waktu yang best, which is after the inteview and before posting. So, masa posting nanti dah almost to enter 2nd trimester. Kalau dah kerja baru pregnant, jenuh pulak aku nak breakfast selama 2 jam hohoho

So, next pregnant tau la budget2 1st trimester time cuti sekolah! hehehe.. But, ada kontra jugak, my EDD is just a few days before puasa. hehe..

Okay, tu je laporan untuk hari ni.

Alhamdulillah..

Thursday, December 9, 2010

Surprise from Abang! =)

Bismillah...


Hehehe..


Semalam kan, abang buat surprise. Best nyeeee! :)


Semalam abang balik lambat. Pukul 8 lebih baru sampai rumah. 


Masa tengah tengok tv sama2, abang cakap abang ada surprise jap lagi.


Time tu aku tengah makan, so terus stop surprise? apekah? terus pergi kelebet2 kemeja, poket seluar and wallet abang. haha tak sabar. I was thinking it might be some present la kan sebab abang balik lambat, mana tahu singgah pergi beli hadiah ke hehehe perasan kau Lynn!


Tapi tak jumpa apa2 pun. Abang cakap bukan hadiah la...


Okay, start to think something else. Padahal belum habis makan ni! hehe


Abang nak bawak pergi holiday ke? Nak pergi mana? Bila? Naik flight tak? hahaha


Takde pergi-pergi lahh... Surprise lain.. Ish, makan la dulu, jap lagi la... (cakap sambil mata tengok tv)


Okay, taknak teka dah. :p


Habis cerita KES kat TV3 semalam, abang pergi mandi. 


Kebetulan semalam aku tak berapa lalu makan, memang paksa makan sikit2, dekat sejam gak la makan sikit2 sambil tengok tv.


Abang keluar bilik air terus cakap 'TADAAA!!!'


Eh kejap, jangan berfikiran lain. Abang pakai towel tau masa tu!


Dan....


Dan....


Dan....


Aku terus menjerit kuat gila cakap 'YEAYYY!!!!!'


Haks haks haks.. Rasa nak nanges pun ada time tu!


Sebab apa tau,


Sebab abang buang misai!!!


Okay, maybe memang tak surprise untuk korang yang baca entry ini. Tapi, memang sangat2 surprise untuk aku oke!


Kalau korang nak tahu inilah impian aku sejak mula2 kenal dengan abang. Cewahh impian gitu!


Dan, kalau korang nak tahu jugak, masa bertunang dan nikah, aku memang gaduh besar dengan abang sebab dia tak buang misai. hehehe ops kantoi.


Masa bertunang tu, abang dah janji tau nak buang misai. Sekali masa datang tu kemain tebal lagi oh, sape tak marah! hehe


Malam before majlis betunang tu siap sms aku lagi cakap 'abang da buang misai'


Selalu tipu aku tauu.... Tahula aku kecik lagi..


Same goes masa nak nikah. Tapi masa ni aku tak percaya. Abang cakap abang dah buang sikit, tapi aku tengok takde beza pun. Hm, mencik tau... So, masa hari nikah keseronokan aku sedikit tergendala sebab misai itu. Ya, itulah punca kejadian!!


Hehe.. kelakar kan?


Kenapa abang taknak buang misai?


Abang cakap, dia nak kasi nampak berusia sikit demi kemaslahatan kat ofis. Hehe.. Sebab nak kasi staf2 ada secebis perasaan gentar dan hormat kepada abang yang muda ni. hehe.. 


Tapi aku tak kira, kalau abang ada misai pun, macam la garang sangat. Tak pun.. But still, first impression tu penting, kata abang.


Tengok, punya kemaruk aku nak abang buang misai dia, aku siap edit gambar ni tahu! Gambar ni dulu jadi banner blog ni before gambar di atas. hehe comel kan? :p




Semalam memang aku tersengih2 macam kerang busuk je sebab memang surprise gila lah!! Aku rasa pengorbanan besar gak tuh. Entah macamana abang masuk ofis hari ni. Mesti orang sengih2 usik dia hehehe..

Jenuh gak lah aku paksa2 abang suruh cerita kenapa tiba2 nak buang misai, dapat mimpi ke mana tahu kan. Abang just cakap saja ja.... saja ja.... Hiks, geram betoi..


Pagi tadi before pergi kerja, lupa plak aku nak snap gambar abang, hehe tapi xde beza pun dengan gambar di atas :p


Hm.... thanx abang, love you!!! =')

Wednesday, December 8, 2010

Our 1st Anniversary Gift (perhaps)

Bismillah...


Sempena tahun baru ni, aku nak memaklumkan satu berita.


Okay, aku blank nak buat ayat surprise2.


So, korang terima and cuba absorb gambar ni dalam pemikiran korang:


Gambar abg masa muda2 zaman palapes. Teka mana 1 abang? (click picture for large view)
Abang kat depan 2 dari kiri tu. Kat belakang beg tu. hehehe.. Gelak2 aku tengok gambar ni semalam. Kurus oke....








Okay, sekarang tengok gambar ni pula
















































Dah? hehe.. yup, that's mine!

Hm, aku dah tahu dalam 2 minggu lepas, tapi aku takut gila nak publish, sebab yelah, awal2 ni still fragile kan. Plus, aku pun blur je betul ke ni hehehe

Semalam sempena tahun baru and birthday arwah abah, we had the first scan. So lepas tgk jantung baby beating dengan cergasnya, barulah aku dapat menerima kenyataan yup2, there's someone inside me! hehehe teruk btul aku ni.

Aku dah tulis entry2 masa aku awal2 dapat tahu ni, nanti aku publish ye :)

Antara orang2 terawal yang dapat tahu:

  1. Daddy of course! - hehehe gedik tak panggil daddy? :p
  2. Kakak, Kak Ian (SIL) and Yani - aku buat fb group msg the day after I got the UPT(urine pregnancy test) result. Masa ni tak g clinic lagi for confirmation.
  3. MIL and FIL - abang excited call dari office, tak dapat nak larang dah. hoho
  4. Kak Huda - BFF kat Kolej 11 dulu2.. Kak Hud chat dgn aku, lepas tu tanya, aku jawab je lah dah. Kak Hud PTD gak, br je lepas tunang dengan bestfriend abang masa kursus PTD dulu, which is also PTD. eh, faham ke? :p
  5. Hafiz - Rowing buddy - hafiz ni sebaya aku, tapi dah kahwin dulu dari aku, 2009 kot. Dia tipu aku cakap wife dia dah pregnant, lepastu tanya aku dah pregnant ke belum, aku cakapla dah! Lepastu dia cakap dia tipu sebenarnya wife dia belum pregnant lg. hampes tak... hoho
  6. BFF- Anisz, Yana, Fura, Doe
  7. Korang lah!!!! =)
Okay, so korang still dalam list top 10 ni aku kasitahu. Tapi, tapi, tapi, AKU NAK MINTAK TOLONG KORANG, JANGAN CAKAP2 KAT FB EYH... Thanx.. :)

Hm, sebab aku ni segan la bab2 ni, korang tau kan, gambar tunang n kahwin pun aku publish limited sangat. Sebab AKU SEGAN!!! hehe boleh terima tak?

Then, abang pun tak kasi announce macam tu..

So please ye kawan2.. Siapa yang tahu tu tahu lah, okay :)

Okay, berbalik pada tajuk entry ni!

Kalau korang dapat tengok pic scan tu, nampak la EDD aku which is 16-July-2011.

Tarikh aku dan abang nikah ialah 17-July-2010. kih kih kih :)

Kalau betul lah, insyaAllah aku and abang dapat anniversary gift paling special! insyaAllah... :)

Korang, doakan yang terbaik ye,, okay,

Alhamdulillah.. :)

Monday, December 6, 2010

Hari Keluarga PMWP, 3 Jahitan di Lengan

Bismillah

Hari Sabtu lepas, ofis abang ada hari keluarga. Ala tak pergi jauh2 pun.. kat Pudu Ulu je, area Cheras. Kalau kerja swasta family day mau sampai ke Beijing ye dok.. heheh..

Tapi it was fun jugak lah.. Sebab banyak gila hadiah. Cabutan bertuahnya, semua orang bertuah, semua dapat hadiah! hehehe bagus betul. 

Yang penting, kitorang dapat basikal! Warna pink kaw2 nye.. hehe tapi basikal kecik, macam untuk budak sekolah rendah. Rasa macam nak jual murah2 kot, sebab dah fikir2, takde pulak saudara mara yang layak menerimanya..

letak botol as the size guide. kecik je..


Ada banyak sukaneka, abang masuk game lari berpasangan ikat kaki tu.. Lepas tu jatuh terus luka. huuu sedih saye..

ni sukaneka yang paling aku suka, sebab mak bapak busy bekerjasama membuli anak


Macam ni cerita dia...

Game tu mesti dengan partner kan, so abang ajak la staf dia yang baru pencen last week jadi partner dia. Pakcik tu dulu pemandu ofis, so abang baik la dengan dia, sebab kalau pergi meeting ke hantar airport ke semua pakcik tu yang tolong drive.

Tapi nak buat macamana kan, abang kan dia ada kenan askar2 sikit dalam darah dia tu, haha.. elok je wisel bunyi, aku nampak abang da leading dah. Alih2 kejap, tengok balik, eh, dah jatuh dah?

Sebagai pengulas sukan, aku simpulkan mereka jatuh sebab power tak balance, yelah pakcik tu mana kuat sangat dah kan. Partner pulak dengan orang ada kenan2 tentera ni, hm, jatuh le...

Masa mula2 jatuh tu aku rasa diorang okay je sebab gelak2 guling2 lagik. Aku malas nak berjalan tengok abang sebab diorang lat hujung padang nun, plus tak ngada2 sangat ke pergi dapatkan abang jatuh sikit je pun, kang orang kata gedik plak kan..

Sekali, rupa2 nya abang ada luka.. Still aku rasa takpelah, nanti lah tengok, tapi staf2 abang yang kerumun tu macam lama pulak kat situ, aku bajet diorang bubuhkan plaster la kan. Tapi sebab dah dekat 10 minute macam tu jugak, aku pergilah tengok,

Sekali... kauuu... nak dekat nampak isi dah erghhh.. Tapi abang cakap tak sakit (tentera katakan). Masa kena tu dalam pukul 10, majlis habis dalam pukul1, aku paksa abang pergi clinic sebab aku rasa luka tu macam kena jahit je...

selepas rawatan ala-kadar


Sampai clinic nak dekat2 pukul 2. Yes, memang kena jahit. Masa tu baru aku tengok luka tu. Tapi jangan harap aku nak ambl gambar ke apa, aku takut okeee..

At that time, aku tau la aku ni memang takde bakat nak jadi doctor. haha..
So, abang pun dikenakan 3 jahitan. Weh, masa dia nak cucuk ubat bius tu, doc tu CUCUK TEPAT KAT TEMPAT LUKA YANG TERBELAH TU! Sila bayangkan sekarang. Seriau okeh.. abang cakap masa tu sakit gilaaaa..

Lepas kena jahit tu, baru aku berani ambil2 gambar plus doc and nurse2 kat situ memang sporting and ramah, jadi takdela malu2..

Sepatutnya lepas tu kitorang kena pergi kenduri, tapi terpaksa cancel sebab kalau ubat bius tu habis, mesti start rasa sakit nanti. Kitorang pun rehat2 jelah petang tu..

So, tu jelah ceritanya. Takpelah, harap apa yang berlaku ni semua ada hikmahnya,, ye tak..