Hari Sabtu lepas, ofis abang ada hari keluarga. Ala tak pergi jauh2 pun.. kat Pudu Ulu je, area Cheras. Kalau kerja swasta family day mau sampai ke Beijing ye dok.. heheh..
Tapi it was fun jugak lah.. Sebab banyak gila hadiah. Cabutan bertuahnya, semua orang bertuah, semua dapat hadiah! hehehe bagus betul.
Yang penting, kitorang dapat basikal! Warna pink kaw2 nye.. hehe tapi basikal kecik, macam untuk budak sekolah rendah. Rasa macam nak jual murah2 kot, sebab dah fikir2, takde pulak saudara mara yang layak menerimanya..
letak botol as the size guide. kecik je.. |
Ada banyak sukaneka, abang masuk game lari berpasangan ikat kaki tu.. Lepas tu jatuh terus luka. huuu sedih saye..
ni sukaneka yang paling aku suka, sebab mak bapak busy bekerjasama membuli anak |
Macam ni cerita dia...
Game tu mesti dengan partner kan, so abang ajak la staf dia yang baru pencen last week jadi partner dia. Pakcik tu dulu pemandu ofis, so abang baik la dengan dia, sebab kalau pergi meeting ke hantar airport ke semua pakcik tu yang tolong drive.
Tapi nak buat macamana kan, abang kan dia ada kenan askar2 sikit dalam darah dia tu, haha.. elok je wisel bunyi, aku nampak abang da leading dah. Alih2 kejap, tengok balik, eh, dah jatuh dah?
Sebagai pengulas sukan, aku simpulkan mereka jatuh sebab power tak balance, yelah pakcik tu mana kuat sangat dah kan. Partner pulak dengan orang ada kenan2 tentera ni, hm, jatuh le...
Masa mula2 jatuh tu aku rasa diorang okay je sebab gelak2 guling2 lagik. Aku malas nak berjalan tengok abang sebab diorang lat hujung padang nun, plus tak ngada2 sangat ke pergi dapatkan abang jatuh sikit je pun, kang orang kata gedik plak kan..
Sekali, rupa2 nya abang ada luka.. Still aku rasa takpelah, nanti lah tengok, tapi staf2 abang yang kerumun tu macam lama pulak kat situ, aku bajet diorang bubuhkan plaster la kan. Tapi sebab dah dekat 10 minute macam tu jugak, aku pergilah tengok,
Sekali... kauuu... nak dekat nampak isi dah erghhh.. Tapi abang cakap tak sakit (tentera katakan). Masa kena tu dalam pukul 10, majlis habis dalam pukul1, aku paksa abang pergi clinic sebab aku rasa luka tu macam kena jahit je...
selepas rawatan ala-kadar |
Sampai clinic nak dekat2 pukul 2. Yes, memang kena jahit. Masa tu baru aku tengok luka tu. Tapi jangan harap aku nak ambl gambar ke apa, aku takut okeee..
At that time, aku tau la aku ni memang takde bakat nak jadi doctor. haha..
So, abang pun dikenakan 3 jahitan. Weh, masa dia nak cucuk ubat bius tu, doc tu CUCUK TEPAT KAT TEMPAT LUKA YANG TERBELAH TU! Sila bayangkan sekarang. Seriau okeh.. abang cakap masa tu sakit gilaaaa..
Lepas kena jahit tu, baru aku berani ambil2 gambar plus doc and nurse2 kat situ memang sporting and ramah, jadi takdela malu2..
Sepatutnya lepas tu kitorang kena pergi kenduri, tapi terpaksa cancel sebab kalau ubat bius tu habis, mesti start rasa sakit nanti. Kitorang pun rehat2 jelah petang tu..
So, tu jelah ceritanya. Takpelah, harap apa yang berlaku ni semua ada hikmahnya,, ye tak..
No comments:
Post a Comment