Hai, lama kan aku tak update? Bukan apa, memang sangat penat la lepas balik sekolah tu.. Sekolah aku tamat pada pukul 0105pm, but cikgu2 can only balik rumah pada pukul 0200pm. Tak tahu la apa rasionalnye balik lewat tu.
So, kalau aku punch card tepat2 kul 0200pm, aku akan sampai rumah pada pukul 0300pm. Nak balik jalan sesak sikit. Kalau pagi2 dalam 40minit nak pergi sekolah. Tapi sebagai cikgu baru, adelah amat tak logik ko nak jadi orang pertama untuk punch card.Yelah, kalau kau jadi pengetua apa expectation kau? Baru sebulan dah balik on-time. Nanti tiap2 bulan balik makin awal seminit plak hahah..
So, kalau ada meeting or kalau berlakon baik sebagai guru baru, kadang2 dekat kul 0400 gak ah aku sampai rumah. Larat nak update blog? Nasik pun kadang2 abang tolong masak kan (lauk beli je kat kantin sekolah setle). Kalau tak pregnant takdelah tumpo macam ni sekali rasenya..
Nak update tentang pregnancy sikit:
- Aku dah masuk 5 bulan minggu ni (20 weeks) Tapi tak nampak obvious pun aku pregnant. Cikgu2 kat sekolah pun tak sangka. Diorang ingat memang aku berisi. Hahaha
- Last week dah pergi scan kat KK Putrajaya tapi aku tak tahu gambar tu tunjuk apa sebab bapak la blur mesin scan klinik kerajaan. Beza gila dengan gambar scan kat UMRA haritu. Padahal masa tu baby 7cm je. Sekarang dah 15cm eheh..
- Sabtu ni kalau takde plan yang lebih penting, nak pergi cek up kat UMRA plak.
- Dah rasa baby movement sejak masuk 16 weeks haritu. Tapi tak tahula tu movement or kick.
- Setakat ni belum mengidam apa2. Adakah telah hilang satu nikmat mengandung? T.T
- Berat dah naik sebanyak 3.5kg dari berat asal. Tapi kalau tengok dalam gambar bapak la berlemaknyeee.. Huh.
- Belum beli satu habuk pun barang baby. Duit sangat sesak sekarang ni since abang kena tanggung duit tol, duit minyak n duit makan aku kat kantin. Cukup2 je hohoh..
- Kalau banyak or rajin sangat berjalan, kaki bengkak heheh. Tapi kalau abang urut2 pehtu tak bengkak dah. Eh, aku dah cerita ke abang pandai urut2? Best tau ada suami pandai ngurut. Asal abang balik je terus sua tangan suruh picit2 n nanti malam2 abang picit bahu, gosok2 belakang pinggang (backpain) n kalau rajin urut tapak kaki perghh ala2 refleksologi nyah! =P
- Makan takla banyak sangat sekarang. Maybe belum start lg kot. Banyak lagi kawan aku si Intan tu makan dari aku. Haha.. dua2 suka makan. Asal ada waktu senggang sikit kitorang ajak sape2 yang lain turun minum2 kat kantin. Boleh cikgu baru buat cenggitu? hoho
Okaylah, cukup pasal pregnancy. Weh, entry ni malas nak buh gambar aci kan? Sebab macam malas. Sekarang nak update pasal sekolah plak.
First, aku tak faham dengan cikgu2 yang ada masalah taknak senyum ni. Apa penyakit dia eyh.. Sombong semacam je. Masa diorang jadi guru baru posting dulu ape sume cikgu sekolah diorang tu menyombong dengan diorang ke?
Dengan cikgu lagi senior pun aku n cikgu2 baru yang lain boleh makan sama2 n bersembang itu ini. Ini, baru 3-4 tahun posting nak kerek. Blah la weii.. (emosi ibu mengandung hahaha)
Kome nanti ingatla (termasuk aku sendiri) jangan la buat perangai tak semenggah ni, takde pekdah..
Dengan lain2 staf aku takde masalah. Kitorang ada gak cadang nak kasi fruit basket or apa2 hadiah la kat CC (chief clerk) sekolah tu sebab dia banyak membantu urusan kitorang bertiga (aku, Intan n Kow). Siap offer nak hantar pergi pesuruhjaya sumpah lagi. Tapi kawan aku yang Kow tu memang orang situ, so dia tahu la jalan. Cikgu2 pun lagi banyak yang friendly la.. Cikgu bujang pun ramai gak (tiba2)
Students, dari last week diorang ada exam intervensi untuk PMR n SPM. Last week masa jaga exam bahasa Malaysia paper 1 (kelas form 3) ada antara budak2 tu elok dapat kertas OMR je, terus warna2 kan jawapan tanpa baca soalan! Hebat tak hebat students aku. Dapat soalan bocor ke apa malam tadi? Lepas siap warnakan jawapan terus tidur. Apekah? Tak sampai 10 minit dah siap?
So, aku yang blur sebab tak pernah menghadapi situasi sedemikian pun pergi la kejut salah sorang budak yang tidur tu. Aku kejut tak kasi tidur,
Budak : Apa pasai tak boleh tidur cikgu? Saya sudah siap maaa (sambil tunjuk kertas OMR)
Aku : Taknak double check ke? Semak la kalau salah boleh betulkan..
Budak : Tak mahu la cikguuu.. Ini mesti betul punyaa
Aku : Tak boleh tidur. Kalau tidur saya ambil kertas awak
Budak : Boleh hantar ka? Bagus2, cikgu ambil la.. (terus sambung tidur)
Sebab aku dah terlepas cakap nak ambil kertas dia, so aku pun ambil la. Lepas tu, siap la, semua tanya cikgu, boleh hantar ka?? Kami sudah siap mahu hantar boleh ka??
Sudahh.. Baru 15 minit kot exam start..
Kesimpulannye tak sampai 30 minit semua dah siap! Dahla ada 15 orang budak yang tak datang! Suka2 je..
Dalam hati aku dah tahu tindakan aku tu salah. Tapi nak buat camane, terlajak perahu boleh diundur.. Lepastu masa jaga exam, kalau budak tidur aku ketuk2 meja je. Tapi penat sikit la cara tu. Sebab sorang bangun sorang tidur. Sorang bangun 2 orang tidur. Huh, apa nak jadi budak2 ni..
Dahla before exam start tu diorang takde usaha pun nak buat last minit revision macam aku dulu2. Tak kisah la budak kelas first ke kelas second ke, semua menyembang macam kat kenduri walaupun lepas tu nak jawab paper yang kritikal macam Sains or Math or yang seumpamanya la.. *sigh*
Semalam lagi satu hal. Aku jaga exam PSV untuk form 3. Aku dah bajet dah mesti mencabar gila nak jaga exam ni sebab paper Seni je kot.. Mesti 15 minit dah siap jawab. So, masa arahan before start exam tu aku dah kasi amaran "Sesiapa yang saya nampak bercakap saya berhak rampas kertas awak. Dalam exam boleh bercakap tak?" "takkkkk" kata mereka. "Boleh meniru tak?" "takkkk" hah pandai pun jawab.
So nak dijadikan cerita ada 2 orang students India ni dok gelak2 sengih tak tentu pasal. Pehtu aku nampak dia cakap. Aku pergi kat dia tanya
" Ni apesal? Ada masalah?"
"Saya nak pemadam cikgu.."
"Nak pemadam kena gelak2? Awak nak padam apa belum jawab apa2 lagi ni?"
Dia sengih2 sambil geleng2 kepala
"Ni amaran kedua ye. Tadi before exam saya dah kasi amaran pertama. Saya boleh rampas kertas awak!"
Lepas2 tu dia menyembang lagi. Menyembang okay! Macam la lepastu tak boleh bercakap dah.
"Eh, awak ni faham tak? Masa exam boleh bercakap ke?"
"Tak boleh cikgu"
"So?"
"Saya nak pemadam"
Hai, ada yang kena sumbat pemadam 10 ketul ikut montot ni karang. Tak pepasal jadi kes liwat pemadam haha.. Aku ambil pemadan kawan dia kasi kat dia
Lepastu, cikgu yang buat soalan tu masuk kelas aku jap ada pembetulan apa tah. Aku dok usya budak tu tengah sembang2 lagi. Aku tak rasa dia meniru tapi dia memang menyembang. Aku dah hangin tahap gaban ni. Budak2 belakang dia pun dok tengok2 aku macam nak kasi faham budak tu bercakap.
Elok cikgu buat soalan tu keluar je, terus aku rampas. Perghh puas hati aku. Hampir satu kelas nampak and yang lain2 terus kaku sebab aku rampas. Terus diorang tak berani jeling2 kawan dah.
Masa tu baru 15 minit start exam. Aku tengok OMR dia tak tanda pape lagi. Ada nama je. So aku tulis nama dia dalam buku kawalan kelas yang tiap2 hari guru disiplin akan tengok and denda budak2 yang melampau.
Aku niat nak amek kertas tu 10-15 minit je sebab masa tu aku takut gak tindakan aku tu salah ke ape kan. So lepas 15 minit aku pergi meja budak tu nak suruh dia tukar tempat lain. Dia boleh buat dek je dengan aku. Ko tau macam budak perempuan merajuk tak dapat ais krim, macam tu lah. Tak padan dengan jantan, dah form 3 lak tu, nak majuk2. Okay fine aku panggil sekali je. Lepastu aku amek paper dia kasi dia balik and cakap "Sekali lagi saya nampak awak bercakap, saya bawa pergi jumpa guru disiplin. Ini kesalahan berat!". Elok aku letak kertas soalan n kertas OMR dia, dia g tepis kertas tu sampai jatuh! Ini dah lebihhhhhh.... Kawan dia tolong ambil, dia tepis balik. Aku jerit kuat2 cakap BIAR! Jangan siapa2 tolong ambil! Aku dah marah maksimum dah ni.
At the end, masa kutip kertas, kertas OMR budak ni berconteng bagai macam apa je. Memang dia nak protes habis habisan ni haha tak matang betul. Aku suruh dia padam dulu and sambung kutip kertas students lain. Balik meja dia, dia cakap taknak hantar. Fine, aku tak kisah pun.. Terus blah dari meja dia. Jangan harap aku nak pujuk bwekk!!
Lepas g inform kat cikgu yang tanda kertas tu ada sorang budak taknak hantar, aku ada perjumpaan guru baru dengan PK 1, aku terus la tanya tindakan tu betul ke tidak. Dia cakap betul, takde masalah sebab aku dah kasi warning. Plus, sebagai cikgu kita kena buat apa yang kita cakap. Kalau tak, budak2 naik lemak. Contoh kalau kita cakap nak rujuk budak ke guru disiplin kalau tak bawak buku teks 3 kali, kita mesti kena bawak gak jumpa guru disiplin tu, tak boleh tangguh2, otherwise students akan tahu yang kita ni cikgu janji tak serupa bikin.. So, aku lega la sikit time tu.. hohoh..
Eh, ada tambahan, dengan syarat kita kena inform tindakan kita tu kat guru kelas or guru disiplin supaya kalau jadi apa2 nanti (ibu bapa nak argue apesal anak sy takde markah untuk paper ni sedangkan dia dtg sekolah) so pihak2 berwajib dapat back up and kasi alasan sewajarnya..
Kesian budak2 sekolah aku ni kan (kesian kat cikgu2 jugak).. Kurang perhatian ke apa eyh.. Apa la yang diorang fikir sampai diorang berani biadap dengan guru. Haishh.. lantak kome le.. Jangan jadi penjenayah dahle.. At this point, aku rasa aku kerja ni sebab nak gaji je. Sekian.