Bismillah..
Hai! lama tak update ni hehehe.. Aku kini seorang guru alhamdulillah.. Semoga makin lama minat aku dalam profesion ini semakin mendalam..
Update tentang sekolah:
Jumlah students lebih kurang 2100 orang, and 90% of them are chinese. Believe it or not, dari hari Selasa aku masuk kelas relief, baru hari ini (Jumaat) aku masuk kelas yang ada pelajar Melayu. Tapi aku relief kelas Pend. Moral, so tak sempat nak menyelami isi hati kaum minoriti kat sekolah tu hehehe..
Sekolah tu berada di tengah2 taman perumahan. Kawasan perumahan tu bertaraf sederhana dan ke atas. Means tak ramai sangat students yang bermasalah macam yang aku takutkan sebelum ni. Selalunya students yang bermasalah ni datang dari keluarga bertaraf sederhana dan ke bawah, or yang ada masalah keluarga.
Sekolah tu baru 10 tahun beroperasi. Pelan sekolah sangat memudahkan. Semua bangunan di 'link' dengan bangunan lain dan bilik guru di tingkat satu. Ground floor menempatkan bilik2 yang jarang aku nak lawati seperti bilik KH, bilik SPBT dsb. So tak penat nak pergi kelas sebab hanya kena naik 1 atau 2 tingkat je.
Ada 8 kelas pendidikan khas, kanak2 down sindrom, autism dsb.
Sekolah takde padang. Kesian budak2..
Makanan kat kantin sedap. Baby pun suka hehehe
Update tentang guru2 dan staf pentadbiran sekolah:
Guru2 majoriti Melayu dan muda2. Agak ramai guru cemerlang, lebih kurang 10 orang.
Guru2 baru ramai orang Kelantan. Pengetua kagum masa kami berempat lapor diri pada hari 1st, takde from Kelantan ehehe..
Guru2 ada yang friendly, ada yang buat2 tak nampak je padahal meja aku tepi pintu kottt.. Jenuh aku sengih dia buat2 tak nampak. Tapi ekor mata macam nak pandang kita. Tahu kan macam mana keadannya? Hek elehh.. Tak kan aku nak pergi menempek2 kat meja dia pulak kan. Tak koser. Peringatan kat diri aku supaya tak sombong nanti! Bukan dapat duit pun menyombong ni..
Staf sekolah suka senyum2. Asal teserempak kat mana2 je mesti senyum2.. terubat sikit hati =D
Update tentang students:
Hari Selasa aku hanya relief satu kelas je, kelas form 3, tu pun masa last period. Form 3 ni budak2 nye still takut2 lagi dangan cikgu, sebab badan pun tak berapa nak besar lagi kan, and baru je start sesi pagi, so takut2 la dengan senior pe sume.
Hari Rabu, relief kelas belakang form 4. Form 4 ni ada 12 kelas. Aku relief kelas nombor 11 harap maklum. The boys okay, bising2 tu biasalah aku tegur diorang senyap kejap, pehtu 'ter'bising balik. Tapi girls nya agak horror gak la. Aku kena carut sebab tak kasi sorang girl ni pergi toilet dengan kawan dia. Aku tahu, nak pergi pergi merayau punya tu. Aku suruh pergi sorang je, otherwise tak payah pergi. Dia bangun terus mencarut2 cakap cina dengan aku. Mata siap tebeliak marah2 tepat je tengok mata aku perghh.. Okay fine.
Girls lain pun mcm2 gak masalahnya, kaki atas meja oke, duduk terkangkang nampak underwear, diorang macam sengaja nak cabar aku.Tapi aku buat bodoh je, kalau aku marah mesti diorang suka, sebab memang itu tujuan diorang buat perangai pun.. Terus aku down untuk hari tu. Masuk kelas lain yang okay pun aku dah malas nak control kelas, jerit sikit2 je.
Hari Khamis and Jumaat tah macam mana aku dapat kekuatan baru. Bangun pagi2 dengan lebih semangat. Aku macam baru jumpa diri aku yang lost. hehe.. Aku ni jenis tak boleh marah2, nanti aku tension, so, asal masuk kelas belakang2 je, I tend to tackle the students. And diorang pun mula sembang dengan aku. Bila aku dapat control yang nakal, means aku berjaya la control satu kelas. Aku kalau boleh memang tak nak garang2 dengan students, walau jahat camana pun, aku nak buat jugak diorang terharu dengan aku, pehtu terus akan hormat aku.
Tapi semua ni ambil masa, tak boleh dapat dalam seminggu dua untuk nak disiplinkan budak2 ni. Kalau diorang datang dari family yang bermasalah, takkan kat sekolah pun diorang terus tak diendahkan oleh cikgu2 kan.. Macam mana lah masa depan mereka nanti.. Harap aku dapat terus bersabar, dan sentiasa boleh tersenyum dengan students aku. Hari Selasa tu memang silap aku pun, aku terus2 nak garang dengan diorang, mana boleh kan..
Tambah2 kalau girls ni, kita tak boleh marah depan2, nanti diorang akan rasa malu dan terhina, especially depan boys. Jatuhla maruah mereka. So I try not to humiliate them, so next time, aku akan panggil keluar kelas, or ke bilik guru, kalau nak tegur diorang. Maybe kalau aku sentuh and pegang tangan diorang, aura dan kemesraan tu diorang akan rasa. Kalau boys takpe, marah je, lepastu ambil balik hati diorang, iAllah okay.
Nextweek form 3 and form 5 exam, so tak perlu susah2 sangat nak control kelas. Aku sangat berharap dapat tarik perhatian mereka secara halus untuk belajar. Bukan membebel2 cakap awak nak jadi apa nanti kalau malas macam ni?
Kalau lah aku kena ajar kelas belakang2 nanti, aku kena selalu ingat, budak2 ni lemah, biarlah kalau aku ambil separuh masa untuk motivate and attract them to study, separuh masa lagi mengajar. Its okay, tak salah pun aku rasa kalau buat macam ni.. Untuk kelas belakang, tak perlu nak kejar2 silibus, diorang pun tak mampu.. sebab tu at last diorang main2 je.. Biar diorang dapat 50% pun takpe..
Lepastu, aku kena selalu rujuk kat guru yang bersesuaian. Senang je nak kenal cikgu2 yang mahir and disukai kat sekolah, first dia tak perlu ada rotan dan tak perlu bawak rotan masuk kelas and second, dia selalu senyum dengan mata bersinar. Means she really love to be a teacher, and sentiasa energetic. Nakkkk sangat sembang2 dengan cikgu2 macam tu ohhhh... =D
Kawan2, pray for me please! Thanx =)
* Entry ini ditulis pada hari Jumaat tapi baru edit and publish pada hari Sabtu (hari ni)
1 comment:
thanks lynn...terasa gak aq sgt garang ngan budak2 ni...maybe i'll try to control them after this..girls no prob so far...boys je...aq pon cadang nak gunakan sentuhan..sentuh beralaskan baju diorg xpe kan~ heheee...hopefully...amin..best of luck to us...syukur gak baru2 posting dah dapat pengalaman2 hard-core ni~ hehee...
Post a Comment