Wednesday, November 28, 2012

Raising a healthy Ziyaad, my style :)

bismillah

salam!

Kekangan masa, tak sempat nak upload gambar

But, nak catit a few of ziyaad punya perkembangan yang masih ingat

1. 1st teeth: 8 months, gigi bawah :) ziyaad lambat tumbuh gigi. A big relief for me sbb after dapat gigi dia suka gigit! fobia oh tiap kali nak nursing :)
2. 1st step: 11 months tapi ada problem masa nak turn body, mesti jatuh hehe comel2

dah tu je yang ingat n macam penting ;p

oh, alhamdulillah

my breastmilk makin banyak alhamdulillah!

saya tak buat power pumping or anything, tapi just bagi ziyaad stimulate sahaja walaupun susu kurang, xcukup dengan demand dia. Macamana tu?

Macam ini,

Setiap pagi susu saya kurang sebab bila bangun ziyaad akan df (direct feed) dulu. Sepanjang malam pun ziyaad df jugak, dalam 2 jam sekali dia merengek nak susu.

Selalunya, bila saya bangun pagi, ziyaad akan terjaga jugak sebab dia macam dapat feel ibu takde sebelah dia, over kan budak tu hehe.. So dia akan merengek rengek tanpa sebab. Nak bagi diam, sumbat candu lah. So by the time he is wide awake, the tank is empty. Kering macam dessert ok!

Dalam pukul 9 after breakfast is his next feeding session. So saya akan kasi dia df even my milk quantity at that time do not meet his demand. Takpe, bagi je. Kalau nampak dia macam tak kenyang, baru saya bagi fresh cow milk. So by this way I can stimulate my milk back, and it's work alhamdulillah :)

Sebab sekarang saya sedang bertugas jaga SPM, so in a week, dalam 3 hari saya tak dapat df ziyaad dari pagi sampai pukul 4pm lebih kurang. Bila balik, terus offer candu ni. :)

Alhamdulillah for this precious gift.

oh, nak cerita jugak tentang ziyaad punya solid food.

Ziyaad is a boy (of course! haha) so masa dia 6 bulan, saya introduce with fruit and vegetable puree but he rejected them all. I mean, ALL! hahah..

Rupanya budak ini adalah pencinta nasi seperti daddy lah sapa lagi~~

Saya buatkan dates porridge for him. Dia sukaaaa sangat. Senang je, beli slow cooker, masuk beras perang masuk kurma. dah masak, blend sampai halus. Kadang2 campur carrot jugak.

so since then, kurma, kismis, prune adalah benda yang wajib dan sentiasa ada dalam fridge. Daddy pun rajin suap as snack jugak.

Baby berumur 6-24 bulan tidak digalakkan ambil garam dan gula. So saya tak pernah masakkan ziyaad makanan yang bergula, dan yang bergaram. Okay, gula possible lah jugak tak letak dalam masakan kan, but, garam? sedap ke makanan tak bergaram? euwww~~

Sebenarnya, deria rasa baby adalah still limited. Kalau kita introduce dia dengan masakan dan rasa itu, maka itulah yang dia makan. Kalau kita introduce dengan rasa manis, masin, masam, itulah yang dia suka. Sebab itu baby yang kita dah introduce dengan vitagen, ribena, sangat susah nak minum plain water :)

Masakan baby tak bergaram, memang tak sedap pada deria rasa saya. Tapi saya gunakan cellery, sayuran yang boleh memberikan rasa masin secara semulajadi. So cellery pun sentiasa ada dalam fridge saya. Kalau masak sup , bubur or lauk ziyaad, saya akan patah patahkan setengah batang cellery dan masukkan dalam masakan. Sedap, mak ziyaad pun suka makan hehe.

Saya bukanlah tak pernah langsung bagi ziyaad makanan yang bergula dan bergaram, tapi kalau bagi, saya pastikan gula dan garam dalam makanan itu tak banyak. Contoh, roti. Dalam roti putih Gardenia pun ada gula dan garam, tp tak banyak. Kalau Ziyaad makan sekeping roti, garam dan gula yang terkandung dalam sekeping roti tu tidak melebihi jumlah yang sepatutnya diambil oleh Ziyaad, so saya beri dia makan roti juga.

Selain tu, biskut Jacobs less salt or sodium, and biskut oat IKO sugar free pun saya beri pada Ziyaad. Ada mommies yang langsung tak beri, tapi sejak Ziyaad umur setahun saya decide untuk introduce sikit sikit. Asalkan makanan itu menyihatkan dan saya rasa tidak memudaratkan, saya beri dia rasa sikit. Tapi kalau ice cream, ice, vitagen, ribena, milo, french fries, sorry ya Ziyaad, ibu takkan bagi :)

Ha, Ziyaad loves pasta too! seronok, kadang2 dia makan dengan sup aje, kadang2 saya masakkan bolognese baby version. licinnn :)

Okaylah, no picture for this entry. But the content is good and informative kan? hehe

Till then, Salam :)

Friday, November 23, 2012

Random

Bismillah

Hai hai ! :-)

Nampak sangat boring kan hari hari update blog. Takpelah since dah terlepas banyak scene untuk di jot down hewhewhew

Hari ni nak cerita random things tentang diri sendiri, di umur 25 an ini :-)

1. Saya kan cikgu. Alhamdulillah saya dah lepas induksi, tengah nak tunggu result aje, so if tiada aral melintang dan lulus induksi, next year dah boleh bertukar ke skim pencen. Sekarang masih potong KWSP

2. Alhamdulillah dah ada sebuah rumah atas nama sendiri. Kami beli di Batu Caves. Kami tak guna nama husband sebab harga rumah ni lepas kalau loan saya. So saya fikir, better guna my name first. Lagipun rumah ni we bought as investment property, tak berniat nak menetap disini,lebih minat untuk sewakan as its location is quite nice. Sebab husband boleh buat loan lebih tinggi, better kami guna loan husband untuk beli rumah yang kami betul2 serius untuk menetap nanti. Hope the time will come very soooonnnn! Oh tak sabar sangat! *terasa sangat mak-mak*

3. I love cooking! For me it is like a kind of mind theraphy. I love to try new recipes. BUT, tah kenapa tangan saya tak menjadi kalau nak buat dessert, pastry or cakes. Buat chocolate cake pun tak sedap ok! Buat masa ni sangat teringin nak buat roasted chicken ala kenny rogers tu. Excited mak nak masak ayam bulat seekor haha.. itu project next week insyaAllah. Hari ni nak buat baked potatoes. Healthty food for ziyaad :-)

4.  Tengah nak survey kitchen cabinet (KC) husband dah approved yeay alhamdulillah! Husband calculate and cakap kami mempunyai extra dana next month, so boleh buat KC! Oh sungguh excited mem besar yang tengah mengasah cooking skill ni. Hm, confirm la rumah akan messy sikit sebab kitorang nak buat KC after move in, but its okay as long as we made it cash. Kalau boleh taknak berhutang. Kalau ada rezeki lebih baru buat sikit sikit :-)

5. Sedang berkira kira nak tukar sekolah. I love my current school, the management is good and friends is awsome, tapi saya tiada kepuasan mengajar. My option are chemistry and physics, but i teach pendidikan moral! After almost 2 years in this field, saya masih tak dapat nk ajar option. Sedih sangat. This year, i only teach science for 2 classes, pendidikan moral 5 classes. Sangat tidak suka :( next year pun hanya dapat ajar 2 kelas sains jugak

6. Sekarang tengah exam SPM, saya menjadi pengawas di satu sekolah agama. I like it, buat saya teringat semja kenangan masa saya di SEMESTI. Dewan besar, dewan makan, asrama, semua bring back old memories :-)

7. Ziyaad dah pandai suap finger food sendiri. Saya suka bagi dia roti,biskut lepas tu buka mulut nak suruh dia suap. Dia cubit sikittttt sangat roti tu dan suap saya sambil bunyi "aaaaaa...." ;)

Okaylah, nak masak. Bye! :-)

Thursday, November 22, 2012

ziyaad's breastfeeding journey, few first words :-)

bismillah

salam! haiii :
 setelah lebih setahun blog terbengkalai, maka tuannya ini tiba tiba rindu nak menulis

biasalah, bila dah lama tinggal, byk lah ceritanya kan!

cerita bersalin ziyaad pun xhabis :

well the most important thing is, sy nak statekan disini, yang sy telah berjaya menyusukan ziyaad sepenuhnya selama hampir 16 bulan. dari hari itu hingga sekarang, alhamdulillah ziyaad masih merasa susu ibu, tetapi terpaksa campur dgn fresh milk.

SEBAB?

saya, diusia awal 25 an ini dengan tidak semena mena dijangkiti breast eczema. apakah? pada bayangan saya, penyakit ini begitu sinonim dengan bayi, bukan mak kepada anak yang dah tak bayi pun. penyakit ini agak jarang berlaku. tanda tandanya hampir kesemuanya sama dengan ibu yang dijangkiti jangkitan "trush" satu jangkitan biasa bagi ibu menyusukan.

setelah lebih 2 minggu, saya dirujuk kepada pakar dermatologi dan baharulah disahkan eczema. sepanjang tempoh sy cedera itu, saya langsung tidak boleh menyusukan ziyaad secara direct, kerana sakit pedihnya tak dapat digambarkan. saya juga tidak menggunakan khidmat cik freestyle kerana akan keluar darah maka susu akan menjadi sirap bandung yang tidak selamat diminum. LOL.


makanya ziyaad hanya minum ebm dan saya melegakan engorged hanya menggunakan teknik marmet. sy tidak mahir teknik itu, dan jelas ia memerlukan masa dua kali ganda berbanding menggunakan cik freestyle. jadi sewaktu rehat yang hanya 20 minit itu, sy hanya sempat marmet sebelah shj. sebelah lagi, dah balik rumah baru marmet.

jelas lagi bersuluh saya telah mengingkari prinsip UTAMA breastfeeding, DEMAND vs SUPPLY sebab saya tidak supply susu pada waktu sepatutnya. by the time eczema saya pulih, susu saya adalah so-so sahaja, TERPAKSA campur walaupun ebm masih berbaki, sbb saya nak save ebm tu untuk waktu terdesak, contoh kalau ziyaad demam, nak bagi susu ibu :

KENAPA TAK POWER PUMPING LEPAS DAH PULIH?

mama dan kakak saya xberapa setuju dengan semangat saya ni. sebenarnya sy rasa diorang tak suka tengok saya sedih dan stress sebab dalam tempoh cedera tu, saya sangat frust, menyalahkan diri sendiri dan emosi amatlah berkecamuk. diorang taknak tengok saya lebih stress jika usaha saya untuk kembali fully bf ziyaad xberjaya.

husband pulak, dia tak kisah. katanya semua anak rezeki tak sama. tapi hati kental dia tu mudah sangat cair kalau ziuaad menangis nangis merayu rayu nak direct feed dengan saya.

"bagilah sikit, kesian dia ketagih" T_T

saya yg lg kental dari dia okey. pandai kau ziyaad, buat daddy melting!

pada saya, untuk tidak mengecewakan diri, saya usulkan kepada husband saya dah ready nak tambah babies! so kami sekarang dalam fasa TTC (trying to conceive) kekeke

sebenarnya saya cuba mencari hikmah kepada apa yang berlaku ini. takpelah, ini semua ketentuan yang Maha Berkuasa. saya perlu bersyukur dapat memberi ziyaad makanan yang berharga ini :)

okay, move kepada few of ziyaad's early words :)

pah = opah (mama saya)
iga = tiga
aya = ayam
a-er = air
tek-u = thank u
to-to-to = betul betul betul (upin ipin)
bo-bo-bo = boboiboy (maid saya suka bagi ziyaad tgk cerita ni masa saya kesekolah. saya tak suka sebab bahasanya agak kasar)

ziyaad dah faham kalau diberi arahan. dia tahu tunjukkan mata, hidung, mulut, gigi, perut, kaki, tangan dan susu(dada)