Thursday, November 22, 2012

ziyaad's breastfeeding journey, few first words :-)

bismillah

salam! haiii :
 setelah lebih setahun blog terbengkalai, maka tuannya ini tiba tiba rindu nak menulis

biasalah, bila dah lama tinggal, byk lah ceritanya kan!

cerita bersalin ziyaad pun xhabis :

well the most important thing is, sy nak statekan disini, yang sy telah berjaya menyusukan ziyaad sepenuhnya selama hampir 16 bulan. dari hari itu hingga sekarang, alhamdulillah ziyaad masih merasa susu ibu, tetapi terpaksa campur dgn fresh milk.

SEBAB?

saya, diusia awal 25 an ini dengan tidak semena mena dijangkiti breast eczema. apakah? pada bayangan saya, penyakit ini begitu sinonim dengan bayi, bukan mak kepada anak yang dah tak bayi pun. penyakit ini agak jarang berlaku. tanda tandanya hampir kesemuanya sama dengan ibu yang dijangkiti jangkitan "trush" satu jangkitan biasa bagi ibu menyusukan.

setelah lebih 2 minggu, saya dirujuk kepada pakar dermatologi dan baharulah disahkan eczema. sepanjang tempoh sy cedera itu, saya langsung tidak boleh menyusukan ziyaad secara direct, kerana sakit pedihnya tak dapat digambarkan. saya juga tidak menggunakan khidmat cik freestyle kerana akan keluar darah maka susu akan menjadi sirap bandung yang tidak selamat diminum. LOL.


makanya ziyaad hanya minum ebm dan saya melegakan engorged hanya menggunakan teknik marmet. sy tidak mahir teknik itu, dan jelas ia memerlukan masa dua kali ganda berbanding menggunakan cik freestyle. jadi sewaktu rehat yang hanya 20 minit itu, sy hanya sempat marmet sebelah shj. sebelah lagi, dah balik rumah baru marmet.

jelas lagi bersuluh saya telah mengingkari prinsip UTAMA breastfeeding, DEMAND vs SUPPLY sebab saya tidak supply susu pada waktu sepatutnya. by the time eczema saya pulih, susu saya adalah so-so sahaja, TERPAKSA campur walaupun ebm masih berbaki, sbb saya nak save ebm tu untuk waktu terdesak, contoh kalau ziyaad demam, nak bagi susu ibu :

KENAPA TAK POWER PUMPING LEPAS DAH PULIH?

mama dan kakak saya xberapa setuju dengan semangat saya ni. sebenarnya sy rasa diorang tak suka tengok saya sedih dan stress sebab dalam tempoh cedera tu, saya sangat frust, menyalahkan diri sendiri dan emosi amatlah berkecamuk. diorang taknak tengok saya lebih stress jika usaha saya untuk kembali fully bf ziyaad xberjaya.

husband pulak, dia tak kisah. katanya semua anak rezeki tak sama. tapi hati kental dia tu mudah sangat cair kalau ziuaad menangis nangis merayu rayu nak direct feed dengan saya.

"bagilah sikit, kesian dia ketagih" T_T

saya yg lg kental dari dia okey. pandai kau ziyaad, buat daddy melting!

pada saya, untuk tidak mengecewakan diri, saya usulkan kepada husband saya dah ready nak tambah babies! so kami sekarang dalam fasa TTC (trying to conceive) kekeke

sebenarnya saya cuba mencari hikmah kepada apa yang berlaku ini. takpelah, ini semua ketentuan yang Maha Berkuasa. saya perlu bersyukur dapat memberi ziyaad makanan yang berharga ini :)

okay, move kepada few of ziyaad's early words :)

pah = opah (mama saya)
iga = tiga
aya = ayam
a-er = air
tek-u = thank u
to-to-to = betul betul betul (upin ipin)
bo-bo-bo = boboiboy (maid saya suka bagi ziyaad tgk cerita ni masa saya kesekolah. saya tak suka sebab bahasanya agak kasar)

ziyaad dah faham kalau diberi arahan. dia tahu tunjukkan mata, hidung, mulut, gigi, perut, kaki, tangan dan susu(dada)


No comments: