Thursday, August 26, 2010

Peristiwa 16 Ramadhan

bismillah...

        Tetiba mood aku kurang best pagi-pagi ni. Aku bangun-bangun tadi semangat la nak update blog. Macam-macam dah aku buh dalam kepala since malam tadi lagi. Tup-tup, blog aku tak boleh bukak. Hape kes bai? Dia mintak no hp aku sebab nak kasi verification code. Aku kasi je lah..

        Berpuasa itu melatih seseorang untuk BERSABAR.. Semalam baru aku cakap kat asben aku masa dia agak-agak nak marah waiter kt Kenny Rogers Roasters sebab tak amik order padahal jam dah agak-agak 7:15 pm. Heheh..

        Semalam, aku memang rasa happy sangat sangat sangat. Korang tak nak tanya kenapa pun, aku tetap nak cerita.

        Macamni,  kalau korang adalah kakitangan awam, semalam ialah hari mendapat gaji, dan secara mengejut, kerajaan telah mengumumkan BONUS kepada setiap kakitangan. Dapat RM500 seorang kalau tak silap.. Jadi, abang memang dah janji nak bawak aku makan kat luar. 

       Kalau korang nak tau, semalam aku macam buat dosa sikit dengan asben aku, sebab syak yang bukan-bukan bila dia sampai rumah pukul 6:16pm. Aku mula la syak dia taknak bawak aku g makan kat luar. Pastu aku bayangkan dia bawak balik plastik lauk bazar Ramadhan. Aku siap da susun ayat da nak merajuk kalau dia buat macamtu. Masa dia on the way, aku call dia:

" hello cayang"

"abang kat mana tu..." (nada takde mood)

"ha, abang kat bawah dah ni, sampai dah. abang naik jap ye.."

Aku terus cancel call. Kejam kan? Suami aku tekan doorbell, aku bukak pintu, elok dia masuk aku terus tengok tangan. Eh, takde pun plastik.

Dapat SATU dosa.

Dalam kereta, baru nak gerak je, aku tanya la.

"abang kenapa balik lambat?"

"jalan jem cayang"

"selalu tak jem pun?"

"mana abang tau, dia nak jem hari ni. Lagipun td abang g hantar staf g KL Sentral jap, dia nak g Mesir"

"sekarang jem lagi?" aku macam tak pecaya, nak tengok jap lg jem ke tak

"tahla.. Nanti kita tengok."

Lepas dari tol NPE, memang jem panjang gile sampai Jalan Travers

Dapat dosa KEDUA.

           Tapi, start sampai The Mall tu, tetiba aku rasa happy sesangat. Rasa bahagia macam burung dapat keluar sangkar macam tu lah. Hehe.. Yelah, asben aku busy, balik office takkan aku nak ajak dia keluar g Midvalley plak kan. Tak sampai hati aku.

        Asben aku memang kasi can kat aku untuk pilih nak berbuka kat mana. Aku pilih Kenny Rogers, memandangkan kat The Mall takde Nandos. Semangat tak semangat aku, semalam aku siap survey nak makan apa kat website Kenny Rogers Roasters tu. Ha, sebab tu aku fikir bukan-bukan masa asben aku balik lambat tu kot. Jadi, nilah hasinya:

Gambar aku curi kat google. asben aku order half meal. HALF tau! :p  

Aku order chicken macaroni cheese. Macaroni cheese dia memang terbaik lah. Memang puas hati!
Side order kami:

Chicken D'Lite Sandwich ni last aku je makan sepotong, lagi 2 potong tapau n aku jugak yang habiskan masa sahur tadi. Hehe.. Oh ye, coleslaw dia pn jauh lebih sedap berbanding kepsi tau.
Chicken soup dengan sepotong garlic bread. Biasa-biasa je

Choco muffin. Yang ni memang dapat free kalau order half meal dengan macaroni. Tapi tak sesedap muffin kat Kenny Rogers lain.

 Untuk minum, asben aku order hot choco, aku plak order iced hazelnut.



Weyyy lama gila aku hold nak continue tulis ni. Tetiba aku rasa takde mood padahal entry ni sepatutnya penuh dgn love love love

      Okay sekarang dah berbuka, and aku dah solat maghrib. Abang belum balik lagi sebab ada meeting with Islamic NGOs after office hour tadi. So, berbuka kat office je.

      Aku nak sambung cerita ni. Okay pasal Kenny Rogers tadi, total up sume, dalam RM81. Harga sebenar dalam RM72 je, tapi kan ada gov tax 10%. hihi

      Lepas makan, kitorang solat maghrib kat situ.

      Sebenarnya, tujuan utama kitorang berbuka kat The Mall sebab nak g alter rantai tangan aku masa nikah hari tu. Rantai tangan tu beli kat Tomei, TheMall. Panjang giler melayut- layut. Aku dah tak sabar-sabar nak pakai. So, lepas solat tu terus g potong rantai tangan.

      Yang kelakarnya sementara tunggu tu dalam 15minit, so takde nak buat pape tengok2 je la barang2 yang dia display tu. Tetiba abang tanya,

"Tu yang 999, 916 tu apa?"

      Aku macam nak tergelak pun ada suami aku tanya gitu. Sah-sah ni memang third time dia g kedai emas. 1st masa bli cincin tunang, 2nd masa beli rantai tangan ni. Tapi maybe time tu dia tak sempat nak pandang keliling. Hehe, comel je aku rasa, tak tahu maksud nombor-nombor tu.

       Lepas orang kedai tu terang lebih kurang, dia puas hati la. Hehe.. Kitorang pun cadang nak balik la lepas tu.

         Tetiba aku rasa macam alaaaa nak balik dah ke.. Taknak lagi, nak jalan-jalan lagi.. So, asben aku pun melayan la, ajak minum teh tarik kat sebelah Secret Recipe n Starbuck tu. Sape salu pergi The Mall mesti dapat imagine kedai tu.

      Masa tu kul 9, aku cakap kat abang, balik pukul 10 la.. Abang okay je.. So, kitorang pun bersembang macam-macam. Sangat best aku rasa. Ala-ala couple tengah bercinta gitu. Kitorang balik lepas waiter kat situ buat-buat busy angkat kerusi atas meja, bagi hint ehem kau nampak tak aku kemas2 ni?? :p

      Punya la ngengada nyer aku, maka terpacul la dialog berikut masa dalam kereta:

"Abang, jom jalan2 kat Bukit Bintang nak? Nak tengok lampu.. Taknak balik lagi.." *buat muka comel sikit*

"Bukit Bintang jem la cayang.. Abang bawak jalan-jalan kat Jalan Duta okay?" *sambil toleh kat aku, senyum sikit*

"Jalan Duta ada lampu cantik2 ke? Hm, okaylah.." *senyum*

Tapi punyala cepat, tetiba dah nak masuk NPE dah. Aku cepat2 suruh abang lencong masuk Federal. Hehe.. Punya la ngada taknak balik rumah lagi, padahal sah-sah asben aku dah penat keluar rumah dari pagi.

       Tapi yang bestnya, suami aku ikut je. Aku cadang nak suruh dia exit kat PPUM tu, alih-alih dia cakap "Jom kita g Shah Alam nak?" Wah.. mesti la aku nak..

       Dipendekkan cerita, kitorang sampai rumah dalam pukul 11:30 macam tu. Sepanjang dalam kereta, asyik bersembang je. Maklumla, kitorang ni bercinta lepas kahwin, jadi, banyak benda baru nk kenal.

      Sampai rumah, sambung lagi sembang depan tv dengan posisi yang lebih romantiks of course! Hehe.. Sampai pukul 1:30am.. Abang ajak aku solat isya' sama-sama (berjemaah), sebab dia tak rasa ngantuk. Mana tahu lepas solat rasa layu ke kan. Tapi ternyata tidak! Haha.. Kitorang sambung pulak menyembang dalam bilik sampai dekat pukul 3am aku rasa.

       Semalam, serius aku rasa macam feel remaja tengah bercintan cintun weh!! Sweet je aku rasa. Buka puasa kat luar, lepak minum teh tarik, jalan-jalan naik kereta.. Wey, tak macam couple-couple ke? Tapi kami couple yang HALAL la.. Hiks..

        Pagi tadi masa sahur aku terfikir memang ini hikmahnya bercinta selepas kahwin. Setiap hari rasa ada benda yang kita nak study pasal pasangan kita. Setiap hari buat eksperiment. Asben aku suka makan sambal belacan tak? Asben aku pandai cuci pinggan tak? Asben aku makan sayur tak? Semuanya aku belajar satu demi satu lepas berkahwin. Aku rasa happy sangat2.. Bersyukur sangat2.. 

Memang indah...

Ya Allah, kekalkanlah jodoh kami sampai syurga. Ameen.. :')


Comel kan? (^_^)



Alhamdulillah..      

Tuesday, August 24, 2010

Ikan Kembung Masak Tempoyak

bismillah...

        Aku suka makan tempoyak. Tapi, antara sambal tempoyak dengan gulai tempoyak, aku lagi suka sambal tempoyak. Kat KL ni, dah tak susah nak cari sambal tempoyak. Tak payah susah-susah cari tempoyak kosong and buat sambal. Tapau je sambal tempoyak tu, simpan dalam peti ais. Memang berbaloi. hihi..

        Jadi, isnin lepas, balik dari Penang, sampai KL dalam kul 4:30pm macamtu, aku dah malas nak masak. So, abang sebagai suami yang penyayang pun cakap tak payah masakla, kita beli je lauk. Pergi kedai tu, ada sambal tempoyak! nyum2! Aku beli 2 bungkus, boleh buat stok. Tapi aku makan sekali je sambal tu, sebab manis dan tak berapa pedas. Kata orang, tak 'kick' la..

        Suami aku senang je feveret dia. Kalau tak masak sambal, masak kicap, tak pun masak merah. Aku pun tengok tempoyak tu, rasa terliur plak nak buat gulai tempoyak.

       Oh ye, selingan jap. Suami aku orang Penang, dan sama sekali tak pernah didedahkan dengan tempoyak. Tapi aku telah 'mendidik' dia untuk suka tempoyak sejak tunang. hihi.. First time dia makan gulai tempoyak kat rumah Mak Andak aku kat Ipoh, masa pergi fitting baju kahwin. Mula-mula aku cakap tak payah singgah makan R&R la, Mak Andak masak gulai tempoyak. Tapi dia buat-buat tak dengar, still singgah R&R Tapah makan nasi. Aku terasa jugak la dalam hati, tapi tak cakap.. Aku tak makan pun, sebab nak tempoyak.

        Lepas fitting baju, singgah la umah Mak Andak. Aku dah lapar gila, dah pukul 3 masa tu. Bau tempoyak dah mencucuk cucuk ni. Aku ajak la suami aku makan, dia masa tu cakap 'sikit bolehla'. Aku bubuh la nasi sikit. Dia jenguk meja makan cakap 'Ooo.. ini la tempoyak'

       Dipendekkan cerita, suami aku makan 3 pinggan nasi bersama gulai tempoyak yang dia jual mahal tadi tu... eeee.. geram jugak aku masa tu. Lawan tokey betul. Tapi takpelah, aku lega sebab dia suka dan boleh terima gulai tempoyak pada cubaan pertama. Yahoo! 

          Berbalik pada cerita sambal tempoyak dalam peti ais, aku pun dapat idea nak buat gulai tempoyak yeay!! 

       Aku nak kasi resipi ni.. Ini memang instant punya gulai tempoyak la sebab guna sambal tempoyak. hihi.. tapi memang sedap! Sesuai untuk orang yang malas nk simpan stok tempoyak

Bahan-Bahan (untuk 2 orang):
  • 2 ekor ikan kembung
  • 6 biji bawang merah (size kecik, kalau besar kurangkan)
  • 2 biji bawang putih
  • sebatang serai diketuk
  • sambal tempoyak
  • timun
  • garam secukup rasa
  • gula *optional. aku tak letak sebab tak suka manis. Boleh jugak letak kalau sambal terlalu pedas*
  • air *ikut suka. ada orang suka kuah cair. Aku suka kuah pekat jadi letak sikit je*
  • sedikit kunyit
 Cara-Cara:
  1. Kisar bawang merah dan bawang putih. letak air lebih sikit pun takpe sebab taknak tumis. Nak campir air terus.
  2. Tuang bahan yang dikisar dalam periuk, masak sikit bawang tu.
  3. Masukkan air, sambal tempoyak, secubit kunyit, garam, serai dan ikan.
  4. Masukkan timun.
  5. Sambil-sambil masak tu selawat banyak-banyak insyaAllah masakan tu jadi sedap. Aku selalu buat, hasilnya aku tak payah alter masakan tu lepas berbuka nanti. Semua jadi cukup rasa je walaupun aku tak reti sangat masak.
  6. Dah siap!
Ni hasilnya yang aku buat semalam. Licin weh dengan kuah-kuah sekali. 


Ha, nampak bes tak? instant gulai tempoyak :)
Aku sebenarnya nak try buat kari sebab abang suka kari, tapi aku tak confident nak try bulan-bulan puasa ni sebab tak boleh rasa. Sebab kena letak air asam sikit tu buat aku cuak tu. Kang masam mana sedap. huhu.. Suami aku pun takde plak request kari kat aku. Macam faham-faham je.. :p

Alhamdulillah..

Aku Seekor Cicak

         Aku ialah seekor cicak. Semasa aku masih di dalam cengkerang telur, aku dengar parent aku nak kasi aku nama Rain.. Aku macam pernah dengar nama tu dalam iklan shampoo Clear for Men.

         Tak kisahlah, media massa memang banyak mempengaruhi kehidupan warga cicak seperti kami. Aku dilahirkan di Kuala Lumpur, di sebuah rumah apartment tingkat 1. Rumah aku berwarna hijau.. Kehidupan kami sekeluarga sungguh baik disini. Makan pun cukup, sebab rumah ni banyak semut hitam.

         Tuan rumah aku adalah pasangan suami isteri. Mereka baru berkahwin. Isterinya cantik juga pada hemat aku. Isteri tuan rumah aku belum bekerja. Hari-hari aku tengok dia asyik ngadap PC je. Buat kejenya tak jugak. Nanti dalam pukul 4, agak-agak suami dia dah nak balik, baru dia sibuk-sibuk nak mengurus rumah. Baru nampak macam dia kerja tak behenti bila suaminya balik nanti. Licik sungguh isteri tuan rumah aku ni. Walaubagaimanapun, dia cantik dan comel.

             Sebenarnya, aku tahu satu rahsia mereka. Aku tahu yang isterinya sangat takut dan geli pada katak. Pada satu hari, ada seekor katak pisang melekat baikk punya kat sliding door umah ni. Macamana katak tu boleh ada kat tingkat 1 ni aku pun tak pasti. Nak kata naik lif, apartment ni takde lif. Mungkin dia panjat dinding. Ah, ade aku kesah? Berbalik pada cerita tadi, katak tu dah dua hari tak bergerak dari sliding door bahagian luar tu. Jadi, isteri ni buat-buat diva lah, tak peduli katak tu. Tiba-tiba pada hari ketiga, katak tu dah takde! Isteri tu mula la gelabah cari-cari, rupanya katak tu dah masuk rumah! Sekali lagi, ade aku kesah? Haha.. Nasib baik masa tu dah petang, jadi tak lama lepas tu, si suami pun balik. Belum sempat dia  buka stoking yang sebelah lain-sebelah lain tu, isteri terus paksa suami buang katak yang melekat kat tingkap tu. Dipendekkan cerita, bejayalah katak tu terjun junam dari balkoni umah ni. Nasib katak itu kini tidaklah aku ketahui.. Maka, jadilah sang suami ibarat superhero di hati isteri cantiknya.. Sebenarnya, kisah katak ini takde kena mengena langsung dengan topik aku. Ia hanyalah selingan tinta hati penulis. kah kah kah

        Masa bulan puasa, pasangan suami isteri ini pulang ke kampung halaman si suami di Penang, sekembalinya mereka, aku yang suka jaga tepi kain orang ni terdengarla lawak si isteri yang tak henti-henti gurau-gurau manja dengan suaminya. Apa yang aku faham dari lawak tu, masa naik kereta ayah si suami tu, ada seekor cicak terlekat kat celah pintu depan sebelah penumpang kereta tu. Maka, si suami yang duduk bahagian tu, nampak jenazah cicak tu, menjerit sampai seluruh penumpang kereta bingit telinga. Ingatkan ada ular ke, bontot tercucuk jarum ke. Rupanya sebab nampak jenazah cicak! Kah kah kah. Badan je besor.. Bila ayah lelaki tu suruh  buang dia menjerit-jerit cakap taknak! taknak! sambil lompat keluar kereta. Nasib baik ayah lelaki tu lebih superhero dengan membuang cicak tu dengan kaki je. Maka kini, superhero perempuan itu adalah ayah mentuanya, bukan laki suaminya yang tolong buang katak dengan tangan pegang batang penyapu dan pongkes sambil lompat2 dan jerit-jerit kecil. hihi


       Kesimpulannya, si suami anti-cicak, si isteri anti-katak. Namun, kesimpulan ini langsung tiada kena mengena dengan point aku. Kalian semua telah tertipu! muahahahah *gelak lanun*


       Okay-okay, kita sampai part serius dan sedih. Pada satu malam, aku haus.. Macam biasa, aku pergi cari air kat sinki dapur. Yelah, sinki tu selalunya basah-basah lagi, boleh aku jilat-jilat sikit. Tapi apa yang mendukacitakan, sinki tu kering kontang! Eh, si isteri tak masak dan kemas dapur ke? baru aku teringat, tadi mereka ke Shah Alam rumah abang si isteri, berbuka kat sana *nampak sangat ke busy body aku? Semua aktiviti diorang aku tahu*


       Jadi, sebagai seekor cicak yang tampan dan bijak bernama RAIN, aku mula memikir tempat yang ada air selain sinki. Hah! Dah tentula bilik air! Aku pun cepat-cepat menapak ke bilik air. Betul! Semua jenis air ada. Ada air kolam, air sabun, air j*mb*n, sume ada. Jadi sebagai seorang anak muda yang macho, tentu-tentu aku pilih air kolam. Tiba-tiba... *sambung karangan anda dengan tiba-tiba*


        Okay aku tipu je.. Tiba-tiba lampu bilik air terbuka. Alamak! si isteri dah bangun sahur! Kantoi! Mana aku nak nyorok ni? Aku cepat-cepat amek port belakang baldi. Si isteri tak perasan. Tapi, aku ada buat dosa besar, sebab intai dia dalam toilet. hehehe.. :p


         Masa tu dalam otak aku cuma satu je. Aku mesti cepat keluar dari tempat ni sebaik lampu bilik air tutup. Tapi.. malangnya.. si isteri tak tutup pn lampu. tunggu punya tunggu, aku pun tertidur kat belakang baldi tu.. Sedar-sedar, bunyi pili air dibuka. Aku terkejut gila sampai terlepas dari pegangan kat baldi, dan jatuh ke lantai. Dan, si isteri tu nampak aku! Ini sirius! *bak kata wonderpets*..


         Tiba-tiba si isteri keluar dari toilet. Aku yang masih pening-pening sebab salah landing segera nak pasang langkah nak cabut lari. Tengah aku merangkak laju-laju, aku terpaksa tarik handbreak sebab kalau aku break pakai kaki confirm aku terbabas ke laluan bertentangan punya lah. Strrreeetttt!! Lebih kurang macam tulah bunyinya. Berasap kaki beb! Si isteri dah patah balik! Dan di tangannya ada..ada... spray membunuh semut! semut? Jap aku cicak ke semut? krisis identiti sekejap. Eh aku cicak la. kan semut tu makanan aku.. Belum sempat aku memikir apa-apa, aku nampak muncung spray tu tepat-tepat menghala kepada aku. Oh, apekah ini pengakhiran hidupku??


******************************

Aku mula mabuk-mabuk...
Jantung aku sakit...
Penglihatanku kabur...
Kaki-kakiku menggeletar...
Kulitku yang mulus tanpa jerawat terasa pedih...
Aku menggelupur kesakitan...
Aku dengar sayup-sayup si isteri cakap sorry..sorry.. dan dia berlalu tinggalkan aku keseorangan...
Perlahan lahan, nafasku terhenti, jantungku tak lagi berdegup. Sebelum sampai waktunya, aku berkata dalam hati, aku maafkan kau wahai isteri..

Tinggallah semua.. tinggallah sanak saudara.. tinggallah rumahku, dan kekasih hatiku, Britney.. Abang tak sempat pergi beli cincin tunang kita sayang...

Maka tamatlah riwayat aku.. Aku seekor cicak tampan bernama RAIN yang mati di bilik air.. *ok la kot dari mati celah pintu kereta* :p

Monday, August 23, 2010

Alhamdulillah..

bismillah..

Hari tu aku ada cakap nak buat list kesyukuran aku kan.. Walaupun tak berapa ada idea, tapi nak buat jugak.

Alhamdulillah, Alhamdulillah kerana:
  1. sudah bertemu jodoh yang ditentukan Allah, pada usia yang muda (23thn)
  2. sudah berjaya menggenggam segulung ijazah setelah bertahun-tahun belajar, belajar dan belajar..
  3. masih mempunyai mama dah adik beradik yang rapat dan mesra. Walaupun abah dah takde, still perlu bersyukur dari orang lain yang tiada ibu bapa dan hidup tanpa ahli keluarga. 
  4. mempunyai keluarga baru yang mesra dan baik hati (family abang)
  5. abang sediakan rumah dan kelengkapan rumah yang secukupnya untuk kami berdua memulakan hidup baru. Aku hanya perlu memasak dan buat kerja rumah untuk senangkan hati abang tiap kali balik kerja  :)
  6. ada suami yang cool, tak cepat marah, bersabar, berfikir panjang, ada rancangan untuk masa depan, berdikari, berkerja tetap dan comel. :)
  7. diberi kesihatan dan kewarasan sehingga kini
  8. boleh masak walaupun tak sedap macam kat restoran, tapi abang boleh tambah 2-3 kali..
  9. boleh memandu sejak sebelum abah meninggal.. Jadi, boleh bawak mama pergi mana2. Kalau mama datang KL, suka bawak mama jalan2..
  10. agak tinggi dan mudah cari size pakaian. Walaupun agak susah nak cari seluar, tp takpelah, sebab seluar tak payah banyak2.. heheh
  11. walaupun duduk sorang2 kat umah masa abang pergi kerja, tapi abang dah tanggung duit broadband supaya aku tak bosan. Dan abang dah sediakan beratus buku utk aku baca. Cuba bayangkan kalau takde buku, broadband pulak kena potong sebab lambat bayar *berdasarkan pengalaman* ha, ape kau nak buat?
  12. ada kawan2 yang memahami dan sayangkan saya
  13. setakat ini, rasanya tiada kawan yang tak sukakan saya
  14. still ada rambut walaupun selalu cabut rambut :p
  15. abang memahami aku yang tak suka basuh baju pakai tangan lalu bersusah-susah belikan mesin basuh automatik jenama samsung yang harganya lebih RM200 dari harga budget mesin basuh abang
  16. abang bersusah-susah memenuhi kehendak aku yang nak peti ais 2 pintu yang harganya lebih RM200 jugak dari harga budget peti ais abang. Lalu, kami terpaksa mengikat perut bulan ni. Thanx abang :p
  17. abang bawak pergi jalan-jalan kat Port Dickson sebab lambat lagi nak honeymoon. Walaupun malam je dapat jumpa abang *siang abang kusus* tapi takpe, seronok dapat tengok laut
  18. abang selalu belikan aiskrim
  19. masih diberi kesedaran untuk menutup aurat secara total dan tidak meninggalkan solat 5 waktu.
  20. mendapat suami yang faham agama dan mendidik aku yang lemah ini. Mengimamkan solatku, membelikanku cd pembelajaran agama dll
  21. mendapat suami yang tak merokok, kurang makan makanan segera dan sering mengamalkan gaya hidup sihat seperti selalu joging, skipping, dan ambil supplement tambahan
  22. mandapat suami yang tak cerewet. Biar apa orang cakap, dia sentiasa 'lebih' di mataku..

Baru sikit je aku bersyukur rupanya. Tu pun makan masa sejam jugak nak buat post ni. Ish, teruk sungguh.. Nanti aku topup kalau ada masa lagi..

Hm, sejak duamenjak ni, aku suka sangat skodeng blog/facebook married students or orang-orang yang kahwin muda. Nape ye? Sindrom apekah? Kadang2 rasa nak add je facebook diorang tapi acik segan dik. Nanti orang tu pelik pulak dahla tak kenal, memandai2 nak add orang budak nih. heheh.. Tapi kalau blog tu memang aku bookmark ahhaha.. takmalu takmalu takmalu :p


Ini boleh kira mcm married students jugak tak? Suami aku kan still study.. hahah :p



alhamdulillah..

Hujung Minggu Kami

bismillah..

heheh.. Lama juga tinggal blog.. Biasalah, hari sabtu and ahad aku tak bosan, sebab suami cuti, jadi laptop pun tak buka. Lagipun aku segan la kalau nak update depan suami, nanti dia baca apa aku tulis malu mak dek non..

Hari Jumaat lepas akhirnya tertunai jugak hasrat aku nak makan kat Restoran Nelayan Titiwangsa tu.. Itupun secara kebetulan je, masa abang solat jumaat kat masjid negara, dia terserempak kawan masa kat UM n master kat UKM dulu.Kawan tu cakap wife dia nak berbuka kat RNT tu, and ajak abang join sekali.. Yeayy!!

Tapi yang tak bestnya abang bagitau aku lambat. Dalam kul 5 macam tu baru call aku nak bagitahu tapi aku tak sedar sebab kat dapur tengah siap-siap nak masak! GGrrr.. Nasib tak start masak lagi.

Kesimpulannya bagi aku, RNT tu takdelah best mana pun, so-so je. Mahal plak tuh buffet dia, RM35 sorang. Ada steamboat jugak, tapi kuah dia memang tak sedap. Lauk semua xberapa sedap pon.. Pastu minuman tak termasuk dalam RM35 tuh, Air oren dia (bukan fresh orange) manis gilakk RM3. Kuciwaa.. T.T

Hari sabtu lepak2 kat umah je. Tengahari tu pergi tasik titiwangsa lagi. Hantar ACU kat Pak Uda, untuk servis. ACU tu nanti kena bawak balik Manjung, pastu bawak balik wira datang sini..

Ha, inilah ACU kesayanganku.. eh, cane nk rotate gambar?
 Malam tu, kami pergi terawih kat masjid negara. Abang cakap Imam tu suara sedap, tapi aku tak reti nak menilai. hihihi..

Hari ahad, kami pergi berbuka kat rumah abang aku, kat shah alam. Best gak banyak giler lauk, and sedap2 sumenye.. Best2! :)

Alahmdulillah, tv kecik kat umah aku ni dah ada rak! Baru siap pasang walaupun ada kesilapan teknikal. Aku dengan confidentnya bubuh satu benda tu dalam lubang skru, lepastu benda tu tak boleh nak keluar jadi cane nak pasang skru! Hahahah nasib baik abang tak marah. Love you lah! :p

ahamdulillah..

Friday, August 20, 2010

Aktiviti Seorang Isteri

bismillah..

Baru aku tahu, seronok jugak ada blog ni ya.. Ke memang akan rasa macam ni masa mula-mula buat blog? :p

Kali ni aku nak cerita pasal aktiviti aku sepanjang tempoh perseorangan aku di rumah. Aktiviti sepanjang tempoh beregu taknak cerita! hehe
Sebelum ada blog ni, apa aku buat? *start dari bulan ramadhan la ye*
  •  Pukul 5 bangun siap-siap untuk sahur. Dalam kul 6 dah siap kemas dapur sume, solat subuh dulu.
  • Lepas solat ialah sesi menggosok baju suami. Ini adalah aktiviti paling tak best sebab gosok baju kemeja adalah sgt rumit tanpa iron board! Terkial-kial aku gosok sementara suami aku sambung tidur dengan gumbiranya. hehh
  • Lepas iron baju terus pergi tidur tarik selimut. Rugi kalau tak menikmati waktu sejuk-sejuk ini. hihi..
  • Dalam kul 7 lebih suami kejut sebab jeles tengok aku tidur padahal dia kena pergi kerja. Dia akan cakap 'cayang.. bangun kunci pintu. abang nak g dah ni'. Dan aku tak boleh jawab 'okay, abang g la, kunci pintu dari luar k..' sebab nanti dia cakap 'mana boleh..'. Padahal boleh je.. Sebenarnya dia nak aku hantar sampai pintu, kiss situ, kiss sini, senyum-senyum sweet sikit.. Lepas tu confirm aku xboleh lena dah.. :)
  • Lepas tu bermula la aktiviti campuran aku iaitu mesin baju sambil tengok tv sambil bukak laptop sambil kemas katil sambil kemas umah sikit-sikit. Tapi yang paling banyak main laptop dengan tengok tv. hihi
  • Agak-agak nak dekat zuhur tu, baru aku mandi sebab senang nant boleh terus solat. Kalau tak nanti lengah-lengah nak solat.
  • Lepas solat mula la sibuk bukak website resipi dan fikir-fikir nak masak apa petang ni. Kalau barang tak cukup, dalam pukul 4 pergi beli barang kat pasaraya belakang umah aku. Jalan kaki je..
Nota kaki: Bahan masakan basah seperti ikan, ayam dll aku beli pagi2 tapi takla pagi sangat macam suami aku pergi keje tu. hihi
  • Lepas asar dalam pukul 5 aku pun start lah bersilat kat dapur tung tang tung tang bunyi kuali. hihi
  • Lepas tu suami aku balik. Yeay!! dan seterusnya tak payah ceritalah, sebab dah tak bosan dah. :)
Kesimpulannya, aku harus bersyukur sebab kehidupan aku tak la terlalu susah macam kebanyakan pasangan yang baru kahwin. Macam-macam nak kena ada, jadi untuk meng'ada'kannya, kena ada duit. Alhamdulillah suami aku seorang yang amat berfikir tentang masa depan, jadi dia banyak menyimpan untuk hal-hal rumah ni. Alhamdulillah, banyak benda aku perlu bersyukur. List kesyukuran aku di next entry ;)

gambar selepas akad nikah :)
alhamdulillah..

Kenapa

bismillah..

Alhamdulillah berjaya juga aku create blog ni walaupun memang amat ketinggalan zaman la kan, baru nak create blog. heheh.. Takpelah, makcik tak kisah.. Bukan ada siapa nak baca pun kan..

Kenapa aku berusaha untuk create blog ini walaupun jiwa aku adalah amat jauh tersasar inversely proportional dalam ayat sains nye terhadap aktiviti tulis-menulis ini kalau umpat mengumpat aku juara daerah kot. Kenapa? 
  • Aku ni baru habis belajar dan belum bekerja, jadi mempunyai waktu senggang yang amatlah senggang di rumah. Sorang-sorang pulak tu. Jadi, memang amat bosan.
  • Aku baru berkahwin jadi macam banyak jugak lah cerita romantik *heheh* yang rugi kalau aku tak tulis. Nanti esok-esok dah tua lupa. Rumah aku dahla banyak semut hitam tu, selalu termakan, lemah daya ingatan :p
  • Suami aku pergi kerja punyalah lama, keluar rumah pukul 7:15 am sampai rumah dekat-dekat pukul 6pm. Kalau hari khamis suami aku ada kelas dekat UM, lepas kelas nanti mesti message aku ayat lebih kurang macam ni 'cayang, abang nak keluar minum dengan kawan kelas boleh kan cayang. cayang nak makan apa nanti abang beli tapau *beserta smiley face*'. Aku sebagai isteri yang kesiankan suami yang rindukan zaman bujangnya, tentulah reply 'okay, take care.. cayang nak teh ais. nanti balik abang singgah 7E ye beli bla bla bla...' Jadi mana point 'kenapa' nya? Point nya ialah suami aku balik nant dekat pukul 12. Kalau dia balik lebih lewat dari itu aku akan jadi kurang siuman sebab hampir seharian tak bercakap! Jadi, aku kena ada medium untuk meluahkan perasaan. hehe
Amaran: Ini bukan bermaksud aku marah kat suami aku ye.. Jangan salah faham. Aku nak menunjukkan tahap 'keseorangan' aku pada siang hari. :)

Jadi, inilah proposal aku untuk create blog ini.. Harap-harap rajin lah aku menulis dan harap-harap beslah ape yang aku tulis. hihi..

Ini gambar outdoor kami.. 18 Julai 2010. Raya ke-3 ni insyaAllah kenduri sebelah suami di Penang pula. Tak sabar! :)


alhamdulillah..