Aku suka makan tempoyak. Tapi, antara sambal tempoyak dengan gulai tempoyak, aku lagi suka sambal tempoyak. Kat KL ni, dah tak susah nak cari sambal tempoyak. Tak payah susah-susah cari tempoyak kosong and buat sambal. Tapau je sambal tempoyak tu, simpan dalam peti ais. Memang berbaloi. hihi..
Jadi, isnin lepas, balik dari Penang, sampai KL dalam kul 4:30pm macamtu, aku dah malas nak masak. So, abang sebagai suami yang penyayang pun cakap tak payah masakla, kita beli je lauk. Pergi kedai tu, ada sambal tempoyak! nyum2! Aku beli 2 bungkus, boleh buat stok. Tapi aku makan sekali je sambal tu, sebab manis dan tak berapa pedas. Kata orang, tak 'kick' la..
Suami aku senang je feveret dia. Kalau tak masak sambal, masak kicap, tak pun masak merah. Aku pun tengok tempoyak tu, rasa terliur plak nak buat gulai tempoyak.
Oh ye, selingan jap. Suami aku orang Penang, dan sama sekali tak pernah didedahkan dengan tempoyak. Tapi aku telah 'mendidik' dia untuk suka tempoyak sejak tunang. hihi.. First time dia makan gulai tempoyak kat rumah Mak Andak aku kat Ipoh, masa pergi fitting baju kahwin. Mula-mula aku cakap tak payah singgah makan R&R la, Mak Andak masak gulai tempoyak. Tapi dia buat-buat tak dengar, still singgah R&R Tapah makan nasi. Aku terasa jugak la dalam hati, tapi tak cakap.. Aku tak makan pun, sebab nak tempoyak.
Lepas fitting baju, singgah la umah Mak Andak. Aku dah lapar gila, dah pukul 3 masa tu. Bau tempoyak dah mencucuk cucuk ni. Aku ajak la suami aku makan, dia masa tu cakap 'sikit bolehla'. Aku bubuh la nasi sikit. Dia jenguk meja makan cakap 'Ooo.. ini la tempoyak'
Dipendekkan cerita, suami aku makan 3 pinggan nasi bersama gulai tempoyak yang dia jual mahal tadi tu... eeee.. geram jugak aku masa tu. Lawan tokey betul. Tapi takpelah, aku lega sebab dia suka dan boleh terima gulai tempoyak pada cubaan pertama. Yahoo!
Berbalik pada cerita sambal tempoyak dalam peti ais, aku pun dapat idea nak buat gulai tempoyak yeay!!
Aku nak kasi resipi ni.. Ini memang instant punya gulai tempoyak la sebab guna sambal tempoyak. hihi.. tapi memang sedap! Sesuai untuk orang yang malas nk simpan stok tempoyak
Bahan-Bahan (untuk 2 orang):
- 2 ekor ikan kembung
- 6 biji bawang merah (size kecik, kalau besar kurangkan)
- 2 biji bawang putih
- sebatang serai diketuk
- sambal tempoyak
- timun
- garam secukup rasa
- gula *optional. aku tak letak sebab tak suka manis. Boleh jugak letak kalau sambal terlalu pedas*
- air *ikut suka. ada orang suka kuah cair. Aku suka kuah pekat jadi letak sikit je*
- sedikit kunyit
- Kisar bawang merah dan bawang putih. letak air lebih sikit pun takpe sebab taknak tumis. Nak campir air terus.
- Tuang bahan yang dikisar dalam periuk, masak sikit bawang tu.
- Masukkan air, sambal tempoyak, secubit kunyit, garam, serai dan ikan.
- Masukkan timun.
- Sambil-sambil masak tu selawat banyak-banyak insyaAllah masakan tu jadi sedap. Aku selalu buat, hasilnya aku tak payah alter masakan tu lepas berbuka nanti. Semua jadi cukup rasa je walaupun aku tak reti sangat masak.
- Dah siap!
Ha, nampak bes tak? instant gulai tempoyak :) |
Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment