Hari tu aku ada cakap nak buat list kesyukuran aku kan.. Walaupun tak berapa ada idea, tapi nak buat jugak.
Alhamdulillah, Alhamdulillah kerana:
- sudah bertemu jodoh yang ditentukan Allah, pada usia yang muda (23thn)
- sudah berjaya menggenggam segulung ijazah setelah bertahun-tahun belajar, belajar dan belajar..
- masih mempunyai mama dah adik beradik yang rapat dan mesra. Walaupun abah dah takde, still perlu bersyukur dari orang lain yang tiada ibu bapa dan hidup tanpa ahli keluarga.
- mempunyai keluarga baru yang mesra dan baik hati (family abang)
- abang sediakan rumah dan kelengkapan rumah yang secukupnya untuk kami berdua memulakan hidup baru. Aku hanya perlu memasak dan buat kerja rumah untuk senangkan hati abang tiap kali balik kerja :)
- ada suami yang cool, tak cepat marah, bersabar, berfikir panjang, ada rancangan untuk masa depan, berdikari, berkerja tetap dan comel. :)
- diberi kesihatan dan kewarasan sehingga kini
- boleh masak walaupun tak sedap macam kat restoran, tapi abang boleh tambah 2-3 kali..
- boleh memandu sejak sebelum abah meninggal.. Jadi, boleh bawak mama pergi mana2. Kalau mama datang KL, suka bawak mama jalan2..
- agak tinggi dan mudah cari size pakaian. Walaupun agak susah nak cari seluar, tp takpelah, sebab seluar tak payah banyak2.. heheh
- walaupun duduk sorang2 kat umah masa abang pergi kerja, tapi abang dah tanggung duit broadband supaya aku tak bosan. Dan abang dah sediakan beratus buku utk aku baca. Cuba bayangkan kalau takde buku, broadband pulak kena potong sebab lambat bayar *berdasarkan pengalaman* ha, ape kau nak buat?
- ada kawan2 yang memahami dan sayangkan saya
- setakat ini, rasanya tiada kawan yang tak sukakan saya
- still ada rambut walaupun selalu cabut rambut :p
- abang memahami aku yang tak suka basuh baju pakai tangan lalu bersusah-susah belikan mesin basuh automatik jenama samsung yang harganya lebih RM200 dari harga budget mesin basuh abang
- abang bersusah-susah memenuhi kehendak aku yang nak peti ais 2 pintu yang harganya lebih RM200 jugak dari harga budget peti ais abang. Lalu, kami terpaksa mengikat perut bulan ni. Thanx abang :p
- abang bawak pergi jalan-jalan kat Port Dickson sebab lambat lagi nak honeymoon. Walaupun malam je dapat jumpa abang *siang abang kusus* tapi takpe, seronok dapat tengok laut
- abang selalu belikan aiskrim
- masih diberi kesedaran untuk menutup aurat secara total dan tidak meninggalkan solat 5 waktu.
- mendapat suami yang faham agama dan mendidik aku yang lemah ini. Mengimamkan solatku, membelikanku cd pembelajaran agama dll
- mendapat suami yang tak merokok, kurang makan makanan segera dan sering mengamalkan gaya hidup sihat seperti selalu joging, skipping, dan ambil supplement tambahan
- mandapat suami yang tak cerewet. Biar apa orang cakap, dia sentiasa 'lebih' di mataku..
Baru sikit je aku bersyukur rupanya. Tu pun makan masa sejam jugak nak buat post ni. Ish, teruk sungguh.. Nanti aku topup kalau ada masa lagi..
Hm, sejak duamenjak ni, aku suka sangat skodeng blog/facebook married students or orang-orang yang kahwin muda. Nape ye? Sindrom apekah? Kadang2 rasa nak add je facebook diorang tapi acik segan dik. Nanti orang tu pelik pulak dahla tak kenal, memandai2 nak add orang budak nih. heheh.. Tapi kalau blog tu memang aku bookmark ahhaha.. takmalu takmalu takmalu :p
Ini boleh kira mcm married students jugak tak? Suami aku kan still study.. hahah :p |
alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment