Bismillah..
Okay, nak sambung cerita masa aku form 2 pulak. Masa ni, aku duduk dorm yang sama, F3 jugak. Dengan Tun jugak. Satu perkara yang aku tak boleh lupa, awal tahun masuk2 sekolah tu, Tun diam je, tak macam selalu dia happy2 sikit suka mengusik.
Aku ingat dia marah kat aku sebab aku datang awal tapi tak cop katil bawah untuk dia. Bukan aku tak cop, aku cop dah, tapi senior form 4 cakap tak boleh la cop2.. Aku tengok katil atas dia nangis2. Errkk.. makin rasa bersalah aku. Lepas cakap2 mintak maaf, rupanya dia menangis sebab ayah dia baru meninggal masa raya ke-2.. Hm, aku simpati tapi tak tahu macamana nak tenangkan dia sebab aku kan br form 2! heee..
Masa tu form 3 ada satu geng yang famous and selalu buat masalah kat asrama. Senior2 gelar gwng tu 6 jahanam. Salah sorang ahli tu budak dorm aku! hehehe.. tapi diorang ni baik je, bukan jenis buli2 punya, just buat jahat sendiri2, macam pergi scuba kat kolah, pergi panjat tangki, escape prep ke, escape main petang ke. camtu je lah.
Masa aku form 2, form 1 dorm aku ada 7 orang! Gila ramai, senang nak mintak tolong. So, masa penutup orientasi form 1, semua students diwajibkan pergi DB (dewan besar) untuk tegok persembahan diorang. Geng2 6 jahanam ni bukan 6 orang je, ada jugak kroni2 yang lain. Diorang berkumpul kat dorm aku, tengah bisik2 nak escape penutup orientasi tu.
Salah seorang geng tu jugak, team netball aku. Dia nilah yang banyak ajar aku buat jahat sebenarnya. Dari sekolah, sampailah ke UM aku baik dengan dia. So, masa tu, aku pun lepak2 sekali diorang dengar plan diorang.
Err.. dipendekkan cerita, aku pun escape orientasi tu! hehehe bahagia sungguh dapat buat jahat di awal tahun tingkatan 2. Walaupun sepanjang masa escape tu hati tak tenang tapi rasa puas. Kalau dengar suara cikgu Maznah, lagi seram. cikgu Maznah (warden asrama) ada kat bilik dia, tak pergi DB.
Weekend tu, geng2 form 3 kena panggil turun bilik prefect. Hiks.. kantoi rupanya. Kakak prefect tanya siapa lagi yang escape diorang cakap lah semua. Aku pun kena panggil lepastu kakak prefect semua lecture2 aku eh, tiba2 aku pelik. Bukan aku escape orientasi form 1 ke, bukan prep malam. Hehehe rupanya geng2 tu kantoi escape yang lain, kantoi escape prep malam, tapi diorang ingat diorang kantoi escape penutup orientasi. erghhh!!
Jadinya, diorang kena denda 2 kali ganda. Aku pun kena denda jugak. Masa kena lecture dengan akak prefect tu, ada ayat tu aku ingat lagi
"Sijil PMR pun belum dapat, dah berani2 buat jahat!. Ko tu baru form 2, dah berani nak ikut2 senior buat jahat ye!" Aku senyap je, buat muka seposen. hehehe
Oke, tapi dendanya sangat memalukan oke!! Setiap hari ahad kat asrama, ada inspection. So semua kena buat duty yang di agihkan. Semua dorm akan bersihkan floor, bawak turun sampah and sampah tu akan dibawa ke tapak pelupusan oleh dorm yang duty. Nama duty tu 'bawa sampah kebelakang'. Belakang tu means tempat pelupusan tu, ada lubang besar kat belakang aspura.
Lubang besar tu betul2 kat belakang aspura. Kalau tengah duty tu memang nampak la boys tengah bersidai kat corridor nak tengok dorm aspuri mana yang duty buang sampah. Kalau yang couple2 tu boleh la nak usya awek tengah selebet2 angkut sampah.
Okay, Kitorang kena denda tu oke! Bawak sampah kebelakang! Oleh kerana geng 6 jahanam tu sangat famous satu sekolah, so memang gegak gempitalah kami disorak! Aku ingat, memang sesak corridor tu hahaha.. Tapi aku pasti orang tak cam aku sebab aku baru form 2 and tak menarik perhatian pun. Diorang mestila nak tengok geng 6 jahanam tu je kan.
Conclusion, denda ni jadi kenangan manis. Kalau recall balik dengan geng2 tu, boleh gelak keluar air mata. Syokkkk oke buat jahat kat asrama! :)
Lagi, dalam geng tu, aku agak rapat la dengan Kakpa ni, sebab main netball sama2 and dia amat kamceng dengan bff aku si Anisz tu. Kakpa ni kalau korang nak tahu, dia ketua batch untuk batch dia (girls). Kira automatik jadi penolong ketua batch untuk form 3 masa tu la. Anis plak ketua batch untuk batch aku (piranhas).
So, nak dekat2 trial PMR tu, Kakpa ajak aku and Anis teman dia study Sejarah sebab nak suruh tolong cerita kat dia topik2 sejarah Form 2. Dia ajak kitorang stay up kat dorm dia, Dorm F6. Dia cakap malam ni kita tak payah tidur. Esok pagi2 pergi breakfast lepastu baru tidur.
Kami pun menyahut cabarannya padahal time tu form 1 and form 2 yang tak tidur sebelum pukul 11 adalah satu kesalahan besar! And form 1 dengan form 2 wajib pasang kelambu kat katil masing2. Aku pun pasang kelambu, susun bantal cantik2.. tengok line clear je terus pecut pergi F6. Terus masuk kelambu bff aku lg sorang, Yana. Dia satu dorm dengan Kakpa.
Dalam kul 12 lebih macam tu, line dah clear, Kakpa panggil keluar kelambu. Bermulalah stay up aku yang pertama bertemankan lampu koridor. Agak takut jugak sebab Kakpa boleh pulak ajak bercerita hantu di Dorm F6 apekah? Dorm F6 paling haunted sekali oke memang banyak kes jadi kat situ.
Pagi tu lepas sembahyang subuh terus turun DM (dewan makan) for breakfast. Masa tu dalam pukul 0630 kot. Memang agak weird lah sebab girls biasanya turun makan lewat pagi sikit. Lagipun yelah, cuti kan. Yang ada hanyalah boys warak2 yang berkain pelikat yang bangun untuk jemaah subuh yang pertama. hehehe kelakar oke! Kitorang betiga je! Aku rasa makcik DM pun pelik dapat hidayah ke budak2 ni?
Tapi aku tak peduli dah sebab masa tu mata dah kuyu gila, kira nak cari bantal je lepas tu. hehe.. Tapi memang fun masa stay up tu, macam benda kitorang borak about boys, love that thingy la.. hehhe
Dua ni je la benda paling jahat aku pernah buat masa form 2. Aku rasa aku je la yang buat jahat join dengan senior. hehehe..
Okay, sampai sini dulu.. Hm.. besnya duduk asrama. Miss.. :')
No comments:
Post a Comment