Okay tipu je.
Eh, apesal aku update blog di hari minggu ye? Hm, abang dah keluar, pergi cari rumah. Abang tak kasi aku ikut, sebab dia cakap panas nanti aku penat pehtu kang malam2 sebokkk nak mintak picit2. hehe yelah2, cayang tak ikut.. Dok rumah ni je ha..
Tapi kan, buat masa ni aku tak la rasa macam cepat penat ke apa. Kalau macam kat sekolah tu, boleh je naik tangga dari ground floor terus ke tingkat 3 hohoh.. Berdiri 4 masa straight kalau kelas non-stop pun okay lagi setakat ni. Cumanya, masa aku dah balik sekolah time relax2 tu, ha, barula terasa lenguh2 sikit kat betis and kaki.. Kiranya masa buat tu tak rasa penat pun, lepas tu baru rasa.
Okay, kan dalam entry lepas kat bawah ni aku cerita dah 'ter'order cloth diapers kan.. Aku cakap nak kumpul sebulan dalam 2-3 keping kan.. Tapi, aku dah terbeli 5 keping terus! uhuhu sebabnya, kalau beli 5 baru dia kurang harga. Kurang banyak pulak tu. Contohnya kalau beli satu RM28, beli 5 RM23. haaa dah jimat berapa ringgit di situ..
First collection |
Yang printed 3 kat atas tu brand yang sama, yang hijau brand lain, merah brand lain. Harga lebih kurang je, tapi kain kat bahagian dalam tu memang berbeza la jugak.. Aku saja beli lain2 brand, boleh test kan brand mana yang sesuai. Tapi setakat yang ada ni, aku rasa yang paling sedap pakai macam yang merah tu je.. Tapi tak tahu la bila dah guna nanti macamana, kotoran senang tanggal ke tidak.
Tapiii.. yang paling aku suka yang corak jeans tu hehehe sangat stylo aku rasa. Yang tu jenis velcro, yang ada zip zap tu, yang lain semua jenis button. Saje beli 2 jenis nak try yang mana best =).
Owh, corak askar haruslah terselit satu untuk mengambil hati daddy si tukang basuh =P
Haaa.. stylo kan kan kan.. Sila angguk semua orang! hehe |
Hehe yang ni aku mengaku memang tak comel pun, takpelah, buat baju basahan je. Harga RM9. Abang pergi bayar, RM6.30 je, sebab rupanya ada diskaun 30% T.T cute!, sukeee..
Kesimpulannya ni la yang kitorang dah kumpul untuk minggu ni
Huwaaaa excited sudahhh.. Ahaaks! Esok, aku ada antenatal class. hehe.. macam tak pecaya je kitorang nak pergi kelas tu. Abang lagila, siap cakap tak nak pergi sebab segan. Takde makna nak segan2 okehh.. Lepastu lepas class, terus nak pergi Anakku warehouse sale dekat Subang. Makanya, hari ni kena siapkan iron2 baju kerja aku and abang untuk next week. Esok dah tak sempat. Owh ye, petang ni ada appointment detail scan kat UMRA. Ala, scan yang 3-D tu.. Tapi kalau abang penat sangat nanti, tangguh dulu la kot.. Kalau jadi pergi hari ni, nanti aku upload pic kat blog eyh! =D
Heheh lepastukan, aku nak letak gambo latest aku ni.. Untuk kenangan di masa hadapan hehe poyo
Ni gambar ahad lepas, kat hot air balloon putrajaya.. Tembam gilaaa... tak tak. aku rasa tudung tu yang salah. Cutting dia tak sesuai dengan muka aku. Haha sudahlah lynn! |
With abang hehe.. eeee.. hidungku kembang sudaa |
Haaa.. ni paling baru sekali, semalam kat Noodle Station. Me at 24weeks @6 months |
Owh, gambar full view memang takde, bukan taknak letak tau.. Nanti kalau ada aku tempek la buat kenangan ye..
Okay, tu saje untuk minggu ini. Jumpa lagi minggu hadapan bai bai bai.. Have a fantastic weekend kawan2!
2 comments:
semanagat nak pakai CD,bagus3x.Akak ni tak sanggup nak basuh,tp mmg jimat sgt2 sbb blh simpan utk bakal adik2nya nanti...take care lynn...
sy pun mls gak kak. tp dah deal dgn husband, dia ckp boleh... takpelah, pakai campur2 pun okay kot. hehe.. moga2 dpt la teruskan =P
Post a Comment