Bismillah..
Waaaa.. kenapa dah hari Jumaat? Kenapa kenapa? *hantuk2 kepala kat dinding*
Means lagi 2 hari je lah ni dapat bersenang lenang kat rumah ye.. sadis sadis
Owh pasal tajuk pembetulan kat atas.. Tadi chat2 dengan kawan sekolah rendah, dia ingat abang kerja askar! kekeke.. Memang, ramai orang ingat abang kerja askar. Tapi mereka lupa.. askar badannya tough2 oke.. Abang... hmmm... =P
Takdelah, abang bukan askar.. dia government servant/employee tapi bukan askar. hah amek kau 2 kali penafian di situ.. Tapi abang minattttt sangat2 tentang askar2 ni. Aku rasa start nye ialah masa dia join PALAPES masa belajar kat UM dulu. Sampai sekarang, desktop laptop pun letak gambar masa PALAPES. Facebook pun banyak gambar askar. Pilih sarung tilam anak pun corak askar. Tegedik2 plak tu nak corak tu jugak jugak. Haha.. layannn..
Hm, ni aku nak cerita ni, kan aku sepatutnya pindah rumah ke Dutamas awal bulan 4 ni. So semalam abang call la tuan rumah tu saje nak follow up. Tiba2, dia boleh cakap rumah tu belum siap repair lagik! And the worse is, dia tak tahu bila kami boleh masuk! Haishhh.. mendidih betul la.. Memang masa deal awal bulan 3 haritu, dia cakap pipe bocor sikit. Dahtu dia yang suruh masuk awal bulan 4, sekali dia tak start buat pun lagi rumah tu erghhh stressnyaaa..
Kalau area tu senang nak dapat rumah yang affordable takpe gak. Ni sume RM1.3k above je.. Nak dok Segambut adalah sangat serabut dengan cina2 okay.. Dahla kat sekolah pun ngadap students chinese, balik rumah bingit bunyi anjing plak, haihh.. NO No NO!
So hari ni aku suruh abang call balik tuan rumah tu, suruh confirmkan awal April ni boleh masuk ke tidak. Nasib baik la abang yang cool dan bertenang tu yang call. Kalau aku yang call, memang kena sembur lah uncle Shanker itu. Abang balik office semalam pun lambat2 je nak kasitau aku. Masa tengah baring2 peluk2 tu baru cakap slow2 haha dah tahu mesti aku hangin punye. Yelah, barang sume dah ready nak masuk dalam kotak dah ni tahu..
Kalau tak boleh masuk gak, terpaksa la guna 2nd option which is duduk je kat Segambut itu.. Memang ada satu rumah available untuk awal bulan April ni. Nak pindah bulan Mei memang aku dah start sarat dah time tu, plus nak tunggu bulan 5 tu, memang seksa la since banyak gila aktiviti bulan 4 ni. Dengan merentas desa nya, Bulan Anti Dadah nya, Belum masuk meeting2 lagi tu. Tak larat gila nak ulang alik Jln Klang Lama- Segambut especially time balik sekolah tengah2 hari rembang dengan jam lagik.. Oh nooooo T_______T
Takpe takpe bertenang2.. Hope uncle tu sempat siapkan rumah dia kalau tak aku hantar hantu anjasmoro pergi kacau ketenteraman hidupnya kekeke *tumbuh tanduk 5 inci*
Hm, sekarang ni mood nak shopping barang baby tiba2 memuncak pulak. Ceh, memuncak tu tak buleh blah.. Aku rasa since masuk Anakku hari tu la.. hoho.. Ni pun dah terorder cloth diaper CD.. Cadangnye nak beli sebulan 2-3 keping sampai la bersalin ni. Abang pun dah setuju untuk menguruskan CD tu sepanjang masa. Eloklah, aku malas gak sebenarnye.. hehe..
Ahad ni, macam nak ajak abang pergi F.O.S Ikano je.. Kat situ banyak baju baby kan.. Takpun pergi Reject Shop Midvalley tengok rompers2 comel.. hehe.. Ada rompers 3-4 helai pun cukup kot kan.. Yang penting ku suka yang ada ayat2 tu.. Yang lain2 nak tunggu warehouse sale Pureen this April. Wajib terjah tu. Sebab dengar2 review orang, memang berbaloi..
Hoih,, kenapa aku malas nak tepek gambar ye. Plain gile blog ni.. Hmm.. belasah la, bukan ada org nak baca ponnn..
Notakukukaki: Masalah besalin-di-mana insyaAllah hampir settle. Semoga aku membuat pilihan yang betul ameenn
No comments:
Post a Comment