Lama kan tak update! Hari Khamis last week I ada inteview for KPM Guru Sandaran Terlatih (GST) so before tu kemain lagi lah kan study.
Mama memang duk kat rumah I sementara tunggu nak fly to Jeddah. So, masa abang balik office mama mengadu
"Elin tu study macam nak SPM je. Kalau tak lulus tak tau le mama"
Hehe.. kesian mama takde geng nak nyembang and gosip2 sebab I ngadap buku je.
AMARAN: ENTRY NI PANJANG SIKIT SEBAB CERITA 4 HARI KAN! HOHO..
KHAMIS
So, hari Khamis pagi2 lagi abang dah hantar pergi seksyen 17 Shah Alam. Mama ikut sekali sebab lepas hantar I, terus pergi rumah abang yan sebab nanti malam mama nak gerak to Kelana Jaya from Abang Yan's.
Tunggu2 kat sekolah tu, takde seorang pun yang I kenal, sampailah akak tu tampal senarai nama untuk giliran inteview, toleh2 belakang Eh, ada Fir! hoho.. ada gak kawan. Tapi giliran aku no.2, so tak sempat pun nak berkawan! hahah
After exam INSAK, terus kena panggil nama untuk standby for inteview. For me, suka dapat turn awal sebab tak payah nak nervous lama2 sangat.
Yang inteview I tu dah pangkat pakcik2 dah, so memang relax lah, gelak2 je. hoho.. Nanti I cerita pasal inteview yer.
Okay, lepas habis inteview dalam pukul 1030am, abang datang ambil and bawak pergi breakfast. Tapi abang makan nasi terus sebab nanti lepas hantar i dekat rumah Abg Yan, abang kena masuk office, sebab Timbalan Mufti Rusia datang, and abang have to entertain dia la. And after that have to rush to Putrajaya.
Malam tu dalam pukul 1100pm, kami semua gerak to Kelana Jaya. I dengan Abg Yan memang penat uruskan luggage mama, nak kasi kemas, sebab kan diorang campak2 je. Lepastu, susun luggage and hand carry beg supaya mama senang bawak sebab nak cek in tu kena uruskan beg sendiri. Mama I kan kecik molek kurus pulak tu, takut tak larat.. So buat kasi mama senang nak tarik lah.
Ha, kena buat macam nilah, macam kat airport tu. |
0130am panggil masuk, pihak Tabung Haji pasang lagu yang 'labbaikallah humma labbaik' pastu terus sayu dowh!
Seperti yang kami adik beradik expect, mama tak larat nak tarik luggage, sedih gila tengok je tapi tak boleh tolong. Dah la berhimpit2 dengan jemaah lain.. Staf TH tunggu dekat pintu untuk tolong angkat beg. Tapi kami tengok makcik2 and opah2 lebih tua lain bersemangat tarik luggage. So kena pujuk hati lah supaya tak risau kan mama. Lepas betul2 sikit beg, mama dah selesa tarik luggage tu, rasa lega la sikit. Gila sedih.. Hope mama doing well there.. InsyaAllah
Oh ye, mama pergi dengan anak kepada sepupu dia, means dua pupu kami. Mama takde mahram, so kena pergi dengan empat orang perempuan yang dipercayai. Lagi 3 orang ialah kawan dua pupu kami tu.
I dengan abang sampai rumah kebih kurang 0200am
JUMAAT
Sambung tidur sampai lewat pagi.. Hehe.. Rasa malas masak, barang basah pun dah habis. Tak sempat pergi beli sebab study macam nak ambil SPM. Haha
Kami berdua makan Maggi je. Abang pergi sembahyang Jumaat, pesan kat abang balik nanti abang beli Ayamas ye! hehe..
Weh! Ayamas dia serius sedap. Ayamas dan Rasamas company sama ke? Tapi kenapa Rasamas tak sedap? Ke Ayamas Jln Klang Lama je yang sedap? Memang rasa lah rempah2 dia sampai ke dalam2 isi yang lembut tuhhh.. Nasib abang beli banyak.
I tak sure abang beli perisa apa tapi sedap!!! sedap sedap dan sedap!! Tengok kat website tu dia ada 4 jenis roaster je pun, yang pasti bukan black pepper
Okay dah try cari Gambar kat En. Google tapi semua rupa tak menarik macam yang abang beli. hihi..
Lepas Maghrib, abang ajak pergi Midvalley. Surprise betul Midvalley tak ramai orang. Kami shopping sikit, abang beli sandal, socks and dot dot dot. Lepas tu abang kasi duit kat I suruh beli apa nak, abang nak lepak MPH. hoho.. rutin wajib abang tiap kali keluar ialah ke KEDAI BUKU ye kawan2!
I pulak dapat t-shirt Cheetah bawah punggung RM27. Macam mahal jugak tapi kain best. I sekarang tak rajin nak iron blouse. So kena kumpul t-shirt yang sopan santun gitew..
Dan dapat sandal Hawkeye juge! hehe.. RM55. Sandal I dah macam apeje, dah berjahit bagai. I lebih suka pakai pump shoes, tapi masa 4th year suka pakai sandal. Sekarang suka pakai pump balik. Tapi sandal pun kena ada jugak kan.. Okay tak penting Shazlin kenapa kena explain sangat detail!
SABTU
Pergi kenduri kahwin cousin sebelah arwah abah di Hutan Melintang, Perak. Kak long kahwin cantik nye!! Kak Long cikgu add-math kat SMS Bagan datoh, SBP baru. Kak long 2 years older than me.
Sampai Shah Alam dalam pukul 0800pm macamtu. Kami pergi naik satu kereta je, kereta Abg Day. So dari Shah Alam terus pergi Bangsar. Tak terus balik rumah sebab kena sembahyang Jama' Ta'khir kat mana2 dulu. Before tu pergi makan Pizza Hut yang pizza baru tu!! Yang cheese semua tu serius SEDAP!! Make sure makan kat Pizza Hut Bangsar sebab kat Pizza Hut lain tak tentu sedap!
Sedap! Tak payah add toping its just great on its own! |
AHAD
Paling best! Pagi2 pergi ambil Abg Wira dari Pak Uda. Yeay I dah ada kereta!!
Then pergi kenduri Erin + Azhar (Rowing couple) at Keramat. Pergi dengan Kak Azie chantekk and Kak Ijah. Erin sangat beautiful!
Balik tu dalam pukul 0300pm dah, pergi lepak Midvalley lagi dengan Kak Ijah.
Aunty Anne's time!! hoho makan je.
I makan yang choc dip tu, Kak Ijah makan yang caramel sauce tu. SEDAP! Sebab Kak Ijah Belanja. huhu.. Lepas tu minum San Francissco Coffee. Yummeh!
Tumpang sembahyang kat 12th, bilik Kak Ijah, then sampai rumah dalam pukul 0700pm. :p
Eh, I tak tinggal abang sorang2 tahu! Kami keluar sama2 lepas ambil kereta. Abang pergi Bangi, I pergi kenduri. Tapi abang balik awal sikit, dalam pukul 0400pm mcm tu.
Eh lupa!
Lepas borak2 kat Midvalley tu, on the way nak bali, tiba2 ternampak PC Expo. Haha.. Tetiba ada hasil tangkapan.
I beli meja laptop complete with cooler for RM35! Jenuh menawar.
Sama macam ni! tapi kat belah kanan meja ada tempat untuk mouse yang boleh lipat2. I punya warna Hitam. Yang ini meja dia takde cooler. I punya complete with cooler :D |
Lepas tu beli car MP3 player untuk Abg Wira. RM20.. hihi.. |
Alhamdulillah.. :)
No comments:
Post a Comment