Friday, October 29, 2010

Semalam yang HANGAT

Bismillah...


Orang kata, kahwin dengan orang yang bekerja macam asben aku, kena banyak berkorban..


Tapi sejak kahwin 3 1/2 bulan ni, aku  rasa normal je.. Sehinggalah semalam...


Wah! ayat macam novel sastera le pulak..


Haaa!! Semalam aku agak hangat la! Kan aku cakap aku nak pergi baibai anak2 buah aku kat KLIA. Guess what? Kitorang tak sempat pergi!! Abang sampai rumah pukul 0945pm! :dalam keadaan bersalah dan tergopoh gapah:


Flight pukul 1155pm, tapi dalam pukul 1000pm mereka2 nak masuk dah sebab yela ada 3 orang budak tecit kan, nak tukar diapers lagi, pastu nak masuk plane awal and biasanya kan siapa yang bawa budak kena masuk dulu..


Sedih wei!! aku nak baibai diorang. Nak kiss2 Syaef, Safiya and Syafeq botak. Setahun lagi baru boleh jumpa T.T


Hari ni, abang ada meeting pulak. Hari ni cousin aku nikah. Aku rasa bersalah sangat tak sampai awal untuk tolong2 sebab masa aku dulu Kak Ita tolong banyak and amek cuti 2 or 3 hari kalau tak silap. 


Padahal kerja dia, cuti adalah amat limited. Aku mintak abang amek cuti, tapi tak boleh sebab meeting penting, abang cakap boleh amek half day. 


So kami mungkin akan sampai Ipoh tepat2 masa nak akad nikah rasanya :lepas asar: Atau maybe lewat sikit sebab nak bertolak lepas sembahyang Jumaat.


FINE.


Tapi orang cakap, kahwin dengan orang yang kerja macam abang kadang2 best jugak. sebab kerap outstation and boleh ikut outstation tu. 


Sebelum kahwin, abang memang banyak jugak outstation and beberapa hari sebelum nikah abang masih berada di Sarawak! hoho..


Tapi sejak kahwin ni baru sekali je outstation, tu pun g Port Dickson. Aku dah la bosan dan hampir meroyan duk rumah sorang2. Honeymoon dah la tak sempat pergi lagi.


Tapi semalam abang bagitau nextmonth kena pergi Labuan. hoho.. Macam menarik saje :D


Okay, kesimpulannya semalam aku amat sedih. sedih. dan sedih. hari ni pun sama.


Tu je nak bagitahu.


***************************************************************


Topik lain

Wahwahwah.. nampaknye entry aku semalam menerima hit yang paling tinggi (tapi tak sampai 10 org pun view) daripada entry yang lain. hihi

Adakah baby blog aku ni dah mula menyebar? Dan ada org search juga entry aku yang Mat'am Saba tu..

Sebenarnya ini blog ke-3 aku. Yang first and 2nd tu aku private kan. Aku rasa agak segan la bila orang baca apa aku membebel. 

Plus, aku takut aku terover tulis pulak hal rumah tangga aku ni. Dah la mak ayah mertua and mama aku celik IT. Segan jugak kalau diorang terspot blog ni.

Oh ye, aku ada lagi satu blog yang share with my sis and SIL. Blog tu tentang review benda2 yang best. Macam resipi yang best yang kami pernah jumpa, blog shop yang best:murah: , fesyen2 terkini dsb. Tapi sebab entry belum banyak, tak publish lagi.

Kitorang juga terima blog shop yang mintak kami review tentang blog shop mereka. Kalau nak letak banner pun boleh tapi atas perjanjian yang dipersetujui antara 2-2 pihak lah

Eh, apesal jadi topik lain?

Kesimpulannya, aku perlu lebih berhati2 tentang apa yang aku tulis. Tetiba cuak pulak.

Weii!! Aku nak study tapi M.A.L.A.S!


Notakukukaki: Semalam aku 'berjaya' beli 2 helai tudung syria plain lagi. Kat sini.

Murah2 jugak dia jual. And dia entertain dengan sopan dan pantas. Aku suka.

Okay bai!

Alhamdulillah..

No comments: