Friday, July 8, 2011

experiencing syaddad ziyaad to the world =) Part 1

Bismillah..

Hm, alhamdulillah, aku dah selamat bersalin secara normal 2hb July lepas. Baby nak keluar awal, 37 weeks da ketuk2 pintu dah nak keluar. hehe.. okay.. mari aku cerita kan.

1 hb July 2011 (Jumaat)

Hari ni aku pergi sekolah macam biasa. Hari Jumaat ada satu period je, and aku memang plan tak nak mengajar sebab kelas aku last period di hari jumaat. Takde makna budak2 nak fokus. So, Khamis tu aku dah remind awal2 nak kutip buku latihan and siapa tak siap tak boleh balik. So hari ni aku free je la tak perlu jerit2. Dapat 2 masa relief jugak.

Balik dalam pukul 1 sebab tahan budak yang tak siap. Tapau nasi ayam kat kantin, terus balik rumah. Balik2 makan, pastu solat. Lepastu bukak laptop and layan sambil baring2..

Dalam pukul 3 rasa macam ada bendalir (wah ayat sains ni) keluar. Suam2 gitu heheh.. Ingat kan terkucil ke hape. Ayok2.. tengok2 dah tembus ke tilam. Fluid tu colourless, takla cair sangat mcm air, tapi tak pekat pon. Okay, relaks2... bangun pergi toilet. eyh, turun lagi air tu. hehe..

Masa ni blur je terus cal my SIL tanya. Discuss2, dia cakap kalau keluar lg, cepat g hosp, takut baby lemas. Aku rasa yang keluar tadi adala dalam setengah cawan camtu je.

Pastu call abang kat opis. Pakcik tu relaks je cakap 'xdak apa kot naa.. tak sakit kan..' kesimpulannya dia taknak balik awal la. huhu okay fine -_-"

Malam tu tengah syok2 tengok final imam muda. Tiba2 keluar lg. Kali ni sekali dengan darah. Okay that's it. Jom pergi hospital! hehe..

On the way nak pergi kereta, cecair tu turun mencurah2 lencun weyh!! Nasib baik dalam kereta ada sweater Palapes abang yang kalis air tu, buat lapik duduk. Memang2 kaw2 punya basah hahah.. Sepanjang perjalanan ke umsc, cecair tu turun.

Sampai umsc dalam pukul 11pm, tukar baju sume, nurse pun pasang ctg tu. Masa ni tak sakit lg.

2hb July 2011 (Sabtu)

Lebih kurang pukul 12 macam tu dah start contraction dalam 15 minit sekali. Tapi boleh tido lg la in between the contraction. Abang tidur kat sofa bed tp dia macam tak tidur je, tapi tak pulak nak dok sebelah aku bacakan buku cerita ke hape. Aku rasa dia tengah nervous and terkejut lg, so biar je lah hehe..

Dalam pukul 3 nurse masuk tanya nak pethidine ke tak. Aku lupa la plak nak search n study pethidine tu untuk ape. Aku study pasal ethonox and epidural jek. Nurse cakap untuk tahan sakit. Okay, saya mahu!! hehe.. Padahal sakit time tu boleh ditahan lg la..

Nurse cucuk pethidine tu, tapi sumpah aku tak rasa pape effect pon. Sakit dia sama jugak. Tapi nuarse cakap contraction aku dah kurang ke hape tah. Lebih kurang macam tu la.

Dalam pukul 8 tu dah macam cacing kepanasan dah aku. Sedut ethonox sikit2 je. Aku tidur in between contraction so tak la rasa tahan sakit lama sangat. Dalam pada tu kat tv bukak siaran larian 1 murid 1 sukan 1 malaysia tu. Aku tengok gak dalam mamai2. Tetiba teringat ada kupon makanan students kelas aku, aku tak habis kasi lagi. Kesian budak tu tak dapat makan nanti. huhu sorry teacher tengah sakit ni sape suruh absent semalam! =P

Dalam pukul 10.30 macam tu rasa nak terberak la pulok.. Cakap kat midwife tu, dia pun buat VE, cakap dah 8cm dah ni. Nanti akak call prof ye.. Okay kak. Akak tu ajar kalau rasa nak push tu sedut gas banyak2 and jangan push lagi sebab nanti koyak lagi banyak kalau push before fully dilated. Okay saye faham -_-"

Jenuh la gak aku tahan push sampai terkulat2. Abang memang duduk je tepi aku and guide. Aku memang dah pesan awal2 kat dia cakap kalau amek ethonox nanti rasa blur, abang kena bisik kat telinga kena buat ape. So abang melakukan tugas dengan baik hehe.. Love you lah!

Pukul 11 lebih, prof masuk. relax je dia cakap "shazlin dah nak push ye.. okay bila rasa nak push cuba try push, takpe saya ada"

Aku pun apa lagi, menaruhkan sepenuh tenaga la. Tapi kan, time nak push ni aku memang takde rasa sakit ape pun. Memang rasa nak terberak sangat2 je.

Lepas lebih kurang 3 kali contaction and aku push, pukul 11.41am, baby pun selamat lahir alhamdulillah.. Aku rasa numb je kat bawah time tu, serius tak rasa sakit. Prof terus letak baby atas perut. Midwife suruh pegang baby. Aku kira jari tangan and kaki dia cukup 5. huhu.. tak pasal2 je.. alhamdulillah baby aku sempurna and cukup sifat. Aku sentuh dia sikit2 je dengan hujung jari. Tak percaya weyh!! hehe..

Lepas potong tali pusat, midwife angkat baby nak bersihkan. Time ni prof suruh sedut gas banyak2 sebab nak start jahit dah. aku pun tanpa bantahan sedut banyak2 gila sampai ingat2 lupa je apa yang jadi. Yang aku ingat prof suruh abang amek wudu' tapi aku tak sedar masa abang azan n iqamatkan baby. Pastu prof sembang2 tanya nanti nak panggil apa. Aku rasa benang tu lalu kat bawah tapi tak rasa sakit la. yela, aku sedut gas tu macam masuk pertandinagn sape sedut paling banyak dapat jadi jutawan. huhu.. Dalam pukul 12.15, selesai la semua. Aku pun tukar bilik lain. Selesai la proses bersalin, alhamdulillah =)


Okay, takat ni dulu. Lepas ni insyaAllah aku cerita komen aku bersalin di umsc and complication aku lepas bersalin.. Aku bersalin alhamdulillah senang and mudah, tapi lepas tu memang seksa.. huhu..

Okay bye! =)

Wednesday, June 29, 2011

week 37

Bismillah

hai hai hai (dengan rasa tak bersalah)

Dah lama tak jumpa kan kan kan.. Biasalah sejak jadi wanita bekerjaya ni, terpaksa la buat2 busy heheh..

Actually minggu ni aku dah 37 weeks tau. Perasaan ialah nak paksa je baby keluar cepat2 sebab malas gilaaaa dah nak pergi sekolah. Dahla jadual aku pack gila. Hari Selasa, Rabu, Khamis aku ada 6 period oke.. Sangat kelelahan bila balik sekolah.

Quick update:


  1. Kami dah decide nak deliver di UMSC, insyaAllah. Under Prof Siti Zawiyah Omar. Setakat ni dah 4 kali pergi check-up kat sana. (UMSC clinic)
  2. Ambil cuti 2 bulan je, kalau takde apa2 masalah masa bersalin nanti.
  3. Amatlah susah nak cari babysitter di kawasan rumah aku ni (majoriti chinese). Kalau ada pun mahal plus dah jaga ramai baby. Rasa tak selamat pulak nak tinggalkan newborn kat babysitter dengan budak yang aktif baru belajar berjalan merangkak semua. Kang tak pasal2 kena pijak je hape ke heeee ngeri2. So, insyaAllah TERPAKSA ambil maid. (sambil membayangkan duit terbang dengan sayap warna putih)
  4. Berpantang kat rumah je. Mama I datang rumah.

Weyh, saje je nak cerita ni. Aku ada nebeskan satu perkara ni. Aku rasa agak kelakar la jugak, tp kalau benar2 berlaku adelah amat malu oke..

Nak tahu tak?

Aku selalu terbayangkan kalau tiba2 aku tengah mengajar, tiba2 my water breaks dalam kelas or lab. Mane2 lah. Weyh, seriusly, malu kan? Mesti budak2 tu bulat je mata and 1st impression diorang 'teacher kencing?'

Huwaaa.. horror kan? dahla selasa sampai khamis aku kelas full! memang chance tinggi weyh kalau my early sign aku ialah keluar amniotic fluid. Mesti jadi bahan kat satu sekolah.

Okay, tu je untuk hari ni. Jadilah, at least dapat mood untuk kembali berblogging.

Jumpa lagi!!

=)

Thursday, March 31, 2011

Anak Teruna Inside

Bismillah..

Hari ni nak share video.. Taken last nite masa tengah tengok2 tv..  hehe..



Niceee moment. Ada je yang lagi aktif, tapi tak sempat record. Owh losyen mustajab tu sebagai 'indicator' ye. kalau tak nanti tak nampak sangat. Aku selalu letak remote tv dengan losyen mustajab sebab baby lagi suka tendang2 kalau ada benda atas perut. huhu

Tapiiii.. kalau bapaknye letak tangan, takde makna dia nak gerak ye. Terus diammm je. Sombong tau anak teruna aku ni dengan bapak dia. So, abang jarang la dapat rasa baby kick. Kalau rasa pun, just a mild one. huhu..

Okay takat ni dulu baibaibai =D

Saturday, March 26, 2011

Hasil Belian Minggu Ini

Korang korang dengar la ni. Tak sangka, ni entry aku yang ke 89 dah yeszza.. Agak2 bila la nak capai entry yang ke-100 eyh. Nak buat kenduri kesyukuran la hehe..

Okay tipu je.

Eh, apesal aku update blog di hari minggu ye? Hm, abang dah keluar, pergi cari rumah. Abang tak kasi aku ikut, sebab dia cakap panas nanti aku penat pehtu kang malam2 sebokkk nak mintak picit2. hehe yelah2, cayang tak ikut.. Dok rumah ni je ha..

Tapi kan, buat masa ni aku tak la rasa macam cepat penat ke apa. Kalau macam kat sekolah tu, boleh je naik tangga dari ground floor terus ke tingkat 3 hohoh.. Berdiri 4 masa straight kalau kelas non-stop pun okay lagi setakat ni. Cumanya, masa aku dah balik sekolah time relax2 tu, ha, barula terasa lenguh2 sikit kat betis and kaki.. Kiranya masa buat tu tak rasa penat pun, lepas tu baru rasa.

Okay, kan dalam entry lepas kat bawah ni aku cerita dah 'ter'order cloth diapers kan.. Aku cakap nak kumpul sebulan dalam 2-3 keping kan.. Tapi, aku dah terbeli 5 keping terus! uhuhu sebabnya, kalau beli 5 baru dia kurang harga. Kurang banyak pulak tu. Contohnya kalau beli satu RM28, beli 5 RM23. haaa dah jimat berapa ringgit di situ..





First collection



Yang printed 3 kat atas tu brand yang sama, yang hijau brand lain, merah brand lain. Harga lebih kurang je, tapi kain kat bahagian dalam tu memang berbeza la jugak.. Aku saja beli lain2 brand, boleh test kan brand mana yang sesuai. Tapi setakat yang ada ni, aku rasa yang paling sedap pakai macam yang merah tu je.. Tapi tak tahu la bila dah guna nanti macamana, kotoran senang tanggal ke tidak.

Tapiii.. yang paling aku suka yang corak jeans tu hehehe sangat stylo aku rasa. Yang tu jenis velcro, yang ada zip zap tu, yang lain semua jenis button. Saje beli 2 jenis nak try yang mana best =).
Owh, corak askar haruslah terselit satu untuk mengambil hati daddy si tukang basuh =P





Haaa.. stylo kan kan kan.. Sila angguk semua orang! hehe
Okay settle pasal CD. Hm, lepastu, malam tadi plan nak tengok Merong Mahawangsa, tengok jadual kat website dia kata pukul 10:15pm, sekali kitorang sampai2 midvalley tengok2 show tu pukul 09:25, tiket plak tinggal 11 je, and beratur adelah dalam 40 orang. Next show pukul 12:10am, terus cancel nak tengok huhu sedey.. Turun tingkat bawah tu nak ajak abang makan Noodle Station. Tapi tertarik pulak nak masuk Reject Shop sekejap. Tengok2, maka terbeli baju baby yang pertama!! hehe beli rompers murah gila sebab saje beli satu nak ambil mood.









Hehe yang ni aku mengaku memang tak comel pun, takpelah, buat baju basahan je. Harga RM9. Abang pergi bayar, RM6.30 je, sebab rupanya ada diskaun 30% T.T cute!, sukeee..

Kesimpulannya ni la yang kitorang dah kumpul untuk minggu ni








Huwaaaa excited sudahhh.. Ahaaks! Esok, aku ada antenatal class. hehe.. macam tak pecaya je kitorang nak pergi kelas tu. Abang lagila, siap cakap tak nak pergi sebab segan. Takde makna nak segan2 okehh.. Lepastu lepas class, terus nak pergi Anakku warehouse sale dekat Subang. Makanya, hari ni kena siapkan iron2 baju kerja aku and abang untuk next week. Esok dah tak sempat. Owh ye, petang ni ada appointment detail scan kat UMRA. Ala, scan yang 3-D tu.. Tapi kalau abang penat sangat nanti, tangguh dulu la kot.. Kalau jadi pergi hari ni, nanti aku upload pic kat blog eyh! =D

Heheh lepastukan, aku nak letak gambo latest aku ni.. Untuk kenangan di masa hadapan hehe poyo









Ni gambar ahad lepas, kat hot air balloon putrajaya.. Tembam gilaaa... tak tak. aku rasa tudung tu yang salah. Cutting dia tak sesuai dengan muka aku. Haha sudahlah lynn!

With abang hehe.. eeee.. hidungku kembang sudaa

Haaa.. ni paling baru sekali, semalam kat Noodle Station. Me at 24weeks @6 months
Cit, caption tak buleh blah, 'me at 24 weeks' ahaha dah jadi blog mak-mak dah blog ini yee..

Owh, gambar full view memang takde, bukan taknak letak tau.. Nanti kalau ada aku tempek la buat kenangan ye..

Okay, tu saje untuk minggu ini. Jumpa lagi minggu hadapan bai bai bai.. Have a fantastic weekend kawan2!

Friday, March 18, 2011

Pembetulan

Bismillah..

Waaaa.. kenapa dah hari Jumaat? Kenapa kenapa? *hantuk2 kepala kat dinding*
Means lagi 2 hari je lah ni dapat bersenang lenang kat rumah ye.. sadis sadis

Owh pasal tajuk pembetulan kat atas.. Tadi chat2 dengan kawan sekolah rendah, dia ingat abang kerja askar! kekeke.. Memang, ramai orang ingat abang kerja askar. Tapi mereka lupa.. askar badannya tough2 oke.. Abang... hmmm... =P

Takdelah, abang bukan askar.. dia government servant/employee tapi bukan askar. hah amek kau 2 kali penafian di situ.. Tapi abang minattttt sangat2 tentang askar2 ni.  Aku rasa start nye ialah masa dia join PALAPES masa belajar kat UM dulu. Sampai sekarang, desktop laptop pun letak gambar masa PALAPES. Facebook pun banyak gambar askar. Pilih sarung tilam anak pun corak askar. Tegedik2 plak tu nak corak tu jugak jugak. Haha.. layannn..

Hm, ni aku nak cerita ni, kan aku sepatutnya pindah rumah ke Dutamas awal bulan 4 ni. So semalam abang call la tuan rumah tu saje nak follow up. Tiba2, dia boleh cakap rumah tu belum siap repair lagik! And the worse is, dia tak tahu bila kami boleh masuk! Haishhh.. mendidih betul la.. Memang masa deal awal bulan 3 haritu, dia cakap pipe bocor sikit. Dahtu dia yang suruh masuk awal bulan 4, sekali dia tak start buat pun lagi rumah tu erghhh stressnyaaa..

Kalau area tu senang nak dapat rumah yang affordable takpe gak. Ni sume RM1.3k above je.. Nak dok Segambut adalah sangat serabut dengan cina2 okay.. Dahla kat sekolah pun ngadap students chinese, balik rumah bingit bunyi anjing plak, haihh.. NO No NO!

So hari ni aku suruh abang call balik tuan rumah tu, suruh confirmkan awal April ni boleh masuk ke tidak. Nasib baik la abang yang cool dan bertenang tu yang call. Kalau aku yang call, memang kena sembur lah uncle Shanker itu. Abang balik office semalam pun lambat2 je nak kasitau aku. Masa tengah baring2 peluk2 tu baru cakap slow2 haha dah tahu mesti aku hangin punye. Yelah, barang sume dah ready nak masuk dalam kotak dah ni tahu..

Kalau tak boleh masuk gak, terpaksa la guna 2nd option which is duduk je kat Segambut itu.. Memang ada satu rumah available untuk awal bulan April ni. Nak pindah bulan Mei memang aku dah start sarat dah time tu, plus nak tunggu bulan 5 tu, memang seksa la since banyak gila aktiviti bulan 4 ni. Dengan merentas desa nya, Bulan Anti Dadah nya, Belum masuk meeting2 lagi tu. Tak larat gila nak ulang alik Jln Klang Lama- Segambut especially time balik sekolah tengah2 hari rembang dengan jam lagik.. Oh nooooo T_______T

Takpe takpe bertenang2.. Hope uncle tu sempat siapkan rumah dia kalau tak aku hantar hantu anjasmoro pergi kacau ketenteraman hidupnya kekeke *tumbuh tanduk 5 inci*

Hm, sekarang ni mood nak shopping barang baby tiba2 memuncak pulak. Ceh, memuncak tu tak buleh blah.. Aku rasa since masuk Anakku hari tu la.. hoho.. Ni pun dah terorder cloth diaper CD.. Cadangnye nak beli sebulan 2-3 keping sampai la bersalin ni. Abang pun dah setuju untuk menguruskan CD tu sepanjang masa. Eloklah, aku malas gak sebenarnye.. hehe..

Ahad ni, macam nak ajak abang pergi F.O.S Ikano je.. Kat situ banyak baju baby kan.. Takpun pergi Reject Shop Midvalley tengok rompers2 comel.. hehe.. Ada rompers 3-4 helai pun cukup kot kan.. Yang penting ku suka yang ada ayat2 tu.. Yang lain2 nak tunggu warehouse sale Pureen this April. Wajib terjah tu. Sebab dengar2 review orang, memang berbaloi..

Hoih,, kenapa aku malas nak tepek gambar ye. Plain gile blog ni.. Hmm.. belasah la, bukan ada org nak baca ponnn..

Notakukukaki: Masalah besalin-di-mana insyaAllah hampir settle. Semoga aku membuat pilihan yang betul ameenn

Thursday, March 17, 2011

Preparation untuk newborn

Bismillah

Hai! =)

Lama tak update blog rindunyeeee.. Sampai tak tahu nak cerita yang mana satu.

Last Saturday, aku and abang balik Perak. Tapi mula2 tu pergi Ipoh dulu, Cousin kahwin. Ahad malam lepas reception sebelah lelaki, baru balik Manjung.

Sebab tak tahu nak buat apa, so aku ajak abang pergi Anakku and Manjaku, baby shop. Saje je nak usha2 barang baby, since kitorang berdua belum survey apa-apa lg barang baby. Aku survey kat internet je and dah beli breastpump Medela Freestyle, order terus dari UK. So, harga berganda2 murah dari yang kat Malaysia punya =)

Pastu aku survey carseat kat Japan auction, nanti akak tolong bid and nanti pos sekali dengan kontena kereta Abgyan. Aku ada mention tak yang Abgyan beli kereta kat Jepun? Beli AP students kat sana. BIL aku, Abg Fende tolong settlekan.

Tapi carseat tak dapat lagi. hoho..

Selingan: Alhamdulillah akak, BIL and their kids selamat dari earthquake and tsunami kat Jepun tu. Kakak cakap, jauh tempat tu dari diorang and diorang tak rasa pun EQ tu.. Pasal radiation tu, possibility untuk spread ke Hiroshima tu tipis kot, sebab diorang mmg jauh dari sana..

Berbalik kepada pengalaman pertama aku and abang masuk kedai baby hahaha sangat kelakar dan kesian okay.. Ibarat macam orang yang tak tahu muzik tiba-tiba masuk kedai gitar kekeke.. Kitorang tak tahu pun apa nak tengok. Mula2 tu aku tarik abang pergi tengok car seat sebab tu je yang aku tahu! hehe.. Abang plak diam je sepanjang dalam kedai tu. Dahla ada orang assist kitorang, and minah tu pulak kemain baik lagi kasi suggestion itu ini, terang itu ini, aku angguk je..

Aku siku abang, tanya nape senyap je. Abang jawab sabarla, tengah absorb ni.. Pelik la tengok baju kecik2 ni... hahaha.. means dia tak pecaya dia nak ada anak and takleh terima tengok baju baby kecik2 tu..

Lepas round2 10 minit tanpa tujuan dalam kedai tu, kitorang keluar camtu je dengan muka blur. Ye, aku pasti kitorang 2-2 pun muka blur gila time tu. Yang tu masa pergi kedai Anakku. Masa pergi Manjaku, takde orang assist and dah macam confident sikit so buat2 confident. haha kelakar. End up, kitorang tak beli apa2 pun, sebab rasa macam kena beli ke? huhu..

Hm, pregnancy update, I'll turn to 6th month nextweek. Minggu ni 23weeks. Berat naik banyak gilaaa nak pengsan aku. Dah naik dalam 6-7kg kot. Tu baru 6 bulan tu!! haaa nanges2.. Terus aku control makan. Takleh makan macam2 yang belemak. Makan buah2 and sayur2 kena banyak. Ceh, yo-yo-o je cakap padahal malam td baru je order domino's 2 bijik =P

Lepastu, this week aku dah skip pregnancy check-up kat P9 Putrajaya. Sebabnye Isnin baru ni, aku ada kat Manjung. hehe.. Aku dah malas la nak pergi situ.. and aku rasa, kalau pergi, mesti kena minum air gula sebab berat naik mendadak T_______T

Owh, a week before cuti sekolah aku balik Penang sebab datuk abang meninggal Innalillah.. We call him Ayahwan. He is 90 years old sila percaya. Tapi before ni sihat walafiat tak sakit teruk pun. Masa balik Penang tu, FIL cakap first baby janganla deliver kat gomen, dia suruh pergi private. As we expected hehe.. mesti dia tak kasi punyalah pegi gomen.

Tapi aku tak sure lah kot-kot dia nak support sikit ke kan hehe.. So, aku and abang BERCADANG nak pergi UMSC. Yang lain2 kat KL ni samada mahal sangat, or tak berapa boleh dipercayai sangat. Sape ada suggestion? Aku and abang blur, sebab tak tahu apa2 kan.. SIL aku pun tak survey yang kat KL. Dia pegi FPP Putrajaya. Lebih kurang macam UMSC jugak, private wing dia.

Antara sebab aku nak UMSC adalah sebab PPUM sebelah tu je. And doctors pun dari PPUM. So kalau jadi kes apa2 nanti, tak susah la, sebab gomen wing nye sebelah2 je.. Mula2 tu decide nak pergi UMRA shah alam sebab check up kat situ plus murah. Tapi lepas tanya2 orang, diorang cakap UMRA tu kalau ada complication sikit terus nak tolak pergi gomen. Dia nak yang normal without problem je. Or yang dari awal2 dah tentu2 kena operate, itu je dia terima. Terus reject la yg kat situ.

Owh, mama dah siapkan set tilam untk baby =)
So kitorang pun pergi kamdar cari kain cotton untuk dibuat sarung tilam. Abang pilih corak askar, aku pilih polkadot warna hijau putih hehe contra gila. satu sweet, satu ganas.. Belasah la.. sebab mama aku pun berkenan gila corak askar tu T.T
Tapi gambar tak ambil, nanti dah siap baru ambil gambar oke..

Okaylah, tiba2 takde mood nak cerita dah. hehe bai! =)

Saturday, March 5, 2011

Bertanya Pada yang Pakar

Bismillah...

hai! =)

Sepatutnya sekarang tengah busy buat report PPGB, tapi sebab malas, update blog la. Now aku sorang2 je kat bilik hotel, abang pergi hospital kat depan hotel ni sebab ayahwan dia nazak di ICU. Hope everything going to be fine.. Kesian tengok ayahwan tadi. Kalau aku nak duduk lepak2 kat sana pun tak selesa, sebab dalam ICU boleh masuk 2 orang je, yang lain melangut kat luar, and baca Yassin. FIL and MIL pun asyik tanya tak penat ke and suruh balik bilik rehat huhu.. Best ooo jadi menantu sulung =P

Oh ye, aku di Alor Star sekarang.. =)

Macam nak ajak abang pergi jalan2 kat Pekan Rabu sebab tak pernah pergi, tapi macam tak logik pulak nak bersuka ria. Nasib baik memang bawak homework datang sini.

Okay, berbalik kepada tajuk di atas. Mak teh abang (kira mak teh aku jugak la ye dak hoho) seorang pendidik juga. Tapi baru je pencen bulan 2 baru ni. Before pencen mak teh lecturer kat UiTM tapi before tu dia cikgu.

Apa yang bestnya, mak teh pun ajar kat sekolah majoriti chinese jugak yeay!! Terus tidak melepaskan peluang inteview mak teh tadi. Oh, yang lagi seronok ialah mak teh guru subjek prinsip akaun dan perdagangan. Selalunya, students yang amek subjek akaun ni budak2 kelas average ability and perdagangan low ability. Laaaagi la syok aku dengar makteh kasi tips macamana nak handle class..

Haaaa... nak dengar tak macamana?

Meh aku cerita. Ni aku tanya untuk subjek aku la sebab aku akan ajar subjek sivik dan moral, so makteh pun kasi la tips2 nak tackle students yang memang tak minat nak study ni.. Tapi aku rasa boleh je diaplikasikan untuk subjek lain pun.. Sukahati la nak buat ape pun kan, kita kan cikgu. Asal apa yang kita nak sampaikan tersampai, cukup. Kalau praktikal tu lain la kena ikut prosedur betul2..

Okay, tindakan pertama kita bila masuk ke kelas ialah memerhatikan pelajar dulu. Kalau agak2 memang kahaq (kahaq tu degil teramat kot) kita tanya mereka, kenapa tak minat belajar. Suruh diorang buat summary or point2 pun boleh, kenapa mereka tak minat belajar, or kenapa belajar ni tak best. Suruh diorang hantar pastu analyse la satu2 point tu.

Pastu next class diorang ialah motivate mereka. Dalam banyak2 point tu sebab yang wajib ada ialah 'sebab saya tak pandai' or 'sebab belajar itu susah' so pandai2 la kome susun ayat camne nak motivate budak2 ni. Contohnya cakapla jangan sekali2 cakap diri sendiri bodoh or tak pandai, semua orang ada kelebihan masing bla bla bla ala kome mesti tau punya kan nak cakap apa..

Dah selesai satu tips, tapi jangan harap budak2 tu nak berubah terus ye, takde maknenya lepas korang motivate tu deme nak rajin belajar. Tapi, maybe terkesan dalam 10% dalam hati sanubari budak2 ni. Bergantung kepada kehebatan korang menyusun dan menggoreng ayat2 motivasi tu la.

Next clas, suruh diorang buat karangan pasal diri masing2. Tak pun kalau kelas last yang kahaq tu, jangan harap la kan nak buat karangan. Nak buat sebaris ayat pun susah, so korang setkan butir2 diri mereka yang korang nak tahu. Ala, buat macam biodata tu. Tapi wajib tanya nama ibu bapa, pekerjaan ibu bapa, anak keberapa, berapa orang adik beradik, siapa idola@ orang paling disayangi, hobi, cita2. Yang lain2 tu korang hentam je la nak tanya apa pun.

Haa.. apa faedahnya kita suruh buat ni? Walaupun nampak simple je, tapi secara tak langsung korang boleh tahu and tafsir macam2 dari biodata ni. Contohnya pekerjaan ibu bapa: dapat tau status kewangan budak tu. Anak ke berapa dari berapa orang: dapat study psikologi dia, kalau anak tunggal kita tau la dia ni manja, apa nak semua dapat n sebagainya. Kalau anak tengah, no 3 dari 6 beradik ke, maybe pendiam kat rumah, kat sekolah nak memberontak ke sebab tu nakal sangat, dsb.. Orang paling disayangi: Kalau dia lebah keluarga, ibu bapa, means dia normal la.. Tapi kalau dia letak kawan dia ke, atuk nenek dia ke, means maybe dia ada masalah kat rumah macam tu la kot. Kita boleh predict ikut logik la kan benda tu, tak semestinya betul..

So, secara tak langsung kita dah mengenali budak2 tu dengan cara yang mereka tak sedar pun.. Suruh je diorang tulis biodata tu dalam buku latihan.. Bila dah kenal macam tu, maybe boleh membantu kita untuk handle budak2 tu nanti.

Hm.. apa lagi ye.. Mak teh cakap jugak, silibus dalam buku tu (bagi kes moral and sivik) tak payah ajar semua pun takpe. Just pick beberapa topik yang penting and topik yang fun untuk belajar. Ajar banyak2 pun buat apa, diorang bosan nanti. Dahla budak2 tu tak minat belajar. Yang tu tips simple je, korang faham kan cane nk buat, pilih topik yang menarik n buat pnp tu jadi fun. Makteh kata seboleh bolehnya tolong jangan talk and chalk. Lebihkan aktiviti contohnya kasi beberapa artikel berlainan kat setiap kumpulan, suruh diorang baca and cari nilai2 yang ada dalam artikel tu pehtu lakonkan nilai tu. Kalau jumpa nilai kasih sayang, lakonkan satu babak tentang kasih sayang. Jangan diorang belakon babak 'berkasih sayang' sudah... pengsan!

Sempat sembang tu je dengan makteh tadi. Takpe, tu pun aku rasa berguna jugak.. Hope berguna jugak kepada korang k!

Dah, nak tengok cerekarama ni, sorry malas nak tepek gambar. Bai bai bai! =)

Wednesday, March 2, 2011

The Gender

Bismillah...

Wahhhhh!! Nampaknya seminggu sekali je lah boleh update blog ni. Tu pun macam malas2 je. Tapi sebab agak sayang dengan blog ni, so kena tulis2 gak. Nanti makin lama makin banyak cerita tertangguh, lagi malas nak update! heee

Ohhhh.. berdasarkan tajuk entry ini... haks haks haks (gelak gedik) ye, aku da dapat tahu dah gender baby. InsyaAllah, IT'S A BOY!!!!


Hehe.. excited tau masa aku pergi private check-up last Saturday.. Baby kemain aktif lagi, pastu terkangkang kangkang nak tayang birdy ahaks. Sampai doc nak ukur dia punya panjang tulang belakang, paha, sume susah sebab kejap2 dia gerak hohoh.. Memang turun pak dia. Kenan askar2 nih.

Ukutlilit pinggang aku pun dah meningkat agak mendadak jugak la.. huhu.. sadis2..

Hm, last week aku ada masalah bengkak kat tapak kaki. Tapi bukan bengkak air macam orang yang tengah sarat tu.. Bengkak cane tah, pastu kalau nak bejalan sangat sakit. Tanya doc, rupanya sandal yang aku pakai tu design dia tak betul. Aku pakai sandal Hawkeye tu.. Lama gak kena bebel dengan doc. Balik2 dari check-up terus cari sandal baru. Rembat sandal Bonia hehe muflislaaa suami aku. Nasib baik baru lepas dapat gaji =P

Lepastu kan, aku bakal berpindah ke rumah yang lebih dekat dengan sekolah, and dekat jugak dengan tempat kerja abang. InsyaAllah, awal bulan 4 ni kami akan berpindah ke Dutamas, rumah sewa.. Harap2 berbaloi and selesa lah kami pindah ke sana, sebab jarak aku and abang nak g sekolah and ofis hanya 10min je. Abang tu kalau tak jam la. Kalau jam maybe dalam 30min kot. Takpe, boleh terima lagi.. Tak sabarnya nak pindah, sebab sekolah aku tu sukaaaa sangat buat meeting itu ini pastu sampai rumah dah dekat pukul 4 stressnya!!

Hm, update tentang sekolah, biasa2 je. Eh, tapi semalam ada cikgu mengamuk tau kat staff room. Cikgu lelaki. Kecoh jugak laa.. hehe.. Puncanya, aku malas nak cerita boleh tak.. heee.. Tu je yang menarik minggu ni hehe.. Hm, okayla, sangat fenatttt...

Wednesday, February 23, 2011

Bersua Kembali

Bismillah...

Hai, lama kan aku tak update? Bukan apa, memang sangat penat la lepas balik sekolah tu.. Sekolah aku tamat pada pukul 0105pm, but cikgu2 can only balik rumah pada pukul 0200pm. Tak tahu la apa rasionalnye balik lewat tu.

So, kalau aku punch card tepat2 kul 0200pm, aku akan sampai rumah pada pukul 0300pm. Nak balik jalan sesak sikit. Kalau pagi2 dalam 40minit nak pergi sekolah. Tapi sebagai cikgu baru, adelah amat tak logik ko nak jadi orang pertama untuk punch card.Yelah, kalau kau jadi pengetua apa expectation kau? Baru sebulan dah balik on-time. Nanti tiap2 bulan balik makin awal seminit plak hahah..

So, kalau ada meeting or kalau berlakon baik sebagai guru baru, kadang2 dekat kul 0400 gak ah aku sampai rumah. Larat nak update blog? Nasik pun kadang2 abang tolong masak kan (lauk beli je kat kantin sekolah setle). Kalau tak pregnant takdelah tumpo macam ni sekali rasenya..

Nak update tentang pregnancy sikit:


  • Aku dah masuk 5 bulan minggu ni (20 weeks) Tapi tak nampak obvious pun aku pregnant. Cikgu2 kat sekolah pun tak sangka. Diorang ingat memang aku berisi. Hahaha
  • Last week dah pergi scan kat KK Putrajaya tapi aku tak tahu gambar tu tunjuk apa sebab bapak la blur mesin scan klinik kerajaan. Beza gila dengan gambar scan kat UMRA haritu. Padahal masa tu baby 7cm je. Sekarang dah 15cm eheh..
  • Sabtu ni kalau takde plan yang lebih penting, nak pergi cek up kat UMRA plak.
  • Dah rasa baby movement sejak masuk 16 weeks haritu. Tapi tak tahula tu movement or kick.
  • Setakat ni belum mengidam apa2. Adakah telah hilang satu nikmat mengandung? T.T
  • Berat dah naik sebanyak 3.5kg dari berat asal. Tapi kalau tengok dalam gambar bapak la berlemaknyeee.. Huh.
  • Belum beli satu habuk pun barang baby. Duit sangat sesak sekarang ni since abang kena tanggung duit tol, duit minyak n duit makan aku kat kantin. Cukup2 je hohoh..
  • Kalau banyak or rajin sangat berjalan, kaki bengkak heheh. Tapi kalau abang urut2 pehtu tak bengkak dah. Eh, aku dah cerita ke abang pandai urut2? Best tau ada suami pandai ngurut. Asal abang balik je terus sua tangan suruh picit2 n nanti malam2 abang picit bahu, gosok2 belakang pinggang (backpain) n kalau rajin urut tapak kaki perghh ala2 refleksologi nyah! =P
  • Makan takla banyak sangat sekarang. Maybe belum start lg kot. Banyak lagi kawan aku si Intan tu makan dari aku. Haha.. dua2 suka makan. Asal ada waktu senggang sikit kitorang ajak sape2 yang lain turun minum2 kat kantin. Boleh cikgu baru buat cenggitu? hoho
Okaylah, cukup pasal pregnancy. Weh, entry ni malas nak buh gambar aci kan? Sebab macam malas. Sekarang nak update pasal sekolah plak.

First, aku tak faham dengan cikgu2 yang ada masalah taknak senyum ni. Apa penyakit dia eyh.. Sombong semacam je. Masa diorang jadi guru baru posting dulu ape sume cikgu sekolah diorang tu menyombong dengan diorang ke? 

Dengan cikgu lagi senior pun aku n cikgu2 baru yang lain boleh makan sama2 n bersembang itu ini. Ini, baru 3-4 tahun posting nak kerek. Blah la weii.. (emosi ibu mengandung hahaha)

Kome nanti ingatla (termasuk aku sendiri) jangan la buat perangai tak semenggah ni, takde pekdah..

Dengan lain2 staf aku takde masalah. Kitorang ada gak cadang nak kasi fruit basket or apa2 hadiah la kat CC (chief clerk) sekolah tu sebab dia banyak membantu urusan kitorang bertiga (aku, Intan n Kow). Siap offer nak hantar pergi pesuruhjaya sumpah lagi. Tapi kawan aku yang Kow tu memang orang situ, so dia tahu la jalan. Cikgu2 pun lagi banyak yang friendly la.. Cikgu bujang pun ramai gak (tiba2)

Students, dari last week diorang ada exam intervensi untuk PMR n SPM. Last week masa jaga exam bahasa Malaysia paper 1 (kelas form 3) ada antara budak2 tu elok dapat kertas OMR je, terus warna2 kan jawapan tanpa baca soalan! Hebat tak hebat students aku. Dapat soalan bocor ke apa malam tadi? Lepas siap warnakan jawapan terus tidur. Apekah? Tak sampai 10 minit dah siap? 

So, aku yang blur sebab tak pernah menghadapi situasi sedemikian pun pergi la kejut salah sorang budak yang tidur tu. Aku kejut tak kasi tidur,

Budak : Apa pasai tak boleh tidur cikgu? Saya sudah siap maaa (sambil tunjuk kertas OMR)
Aku : Taknak double check ke? Semak la kalau salah boleh betulkan..
Budak : Tak mahu la cikguuu.. Ini mesti betul punyaa 
Aku : Tak boleh tidur. Kalau tidur saya ambil kertas awak
Budak : Boleh hantar ka? Bagus2, cikgu ambil la.. (terus sambung tidur)

Sebab aku dah terlepas cakap nak ambil kertas dia, so aku pun ambil la. Lepas tu, siap la, semua tanya cikgu, boleh hantar ka?? Kami sudah siap mahu hantar boleh ka??

Sudahh.. Baru 15 minit kot exam start..

Kesimpulannye tak sampai 30 minit semua dah siap! Dahla ada 15 orang budak yang tak datang! Suka2 je..

Dalam hati aku dah tahu tindakan aku tu salah. Tapi nak buat camane, terlajak perahu boleh diundur.. Lepastu masa jaga exam, kalau budak tidur aku ketuk2 meja je. Tapi penat sikit la cara tu. Sebab sorang bangun sorang tidur. Sorang bangun 2 orang tidur. Huh, apa nak jadi budak2 ni..

Dahla before exam start tu diorang takde usaha pun nak buat last minit revision macam aku dulu2. Tak kisah la budak kelas first ke kelas second ke, semua menyembang macam kat kenduri walaupun lepas tu nak jawab paper yang kritikal macam Sains or Math or yang seumpamanya la.. *sigh*

Semalam lagi satu hal. Aku jaga exam PSV untuk form 3. Aku dah bajet dah mesti mencabar gila nak jaga exam ni sebab paper Seni je kot.. Mesti 15 minit dah siap jawab. So, masa arahan before start exam tu aku dah kasi amaran "Sesiapa yang saya nampak bercakap saya berhak rampas kertas awak. Dalam exam boleh bercakap tak?" "takkkkk" kata mereka. "Boleh meniru tak?" "takkkk" hah pandai pun jawab.

So  nak dijadikan cerita ada 2 orang students India ni dok gelak2 sengih tak tentu pasal. Pehtu aku nampak dia cakap. Aku pergi kat dia tanya 

" Ni apesal? Ada masalah?" 
"Saya nak pemadam cikgu.."
"Nak pemadam kena gelak2? Awak nak padam apa belum jawab apa2 lagi ni?"
Dia sengih2 sambil geleng2 kepala
"Ni amaran kedua ye. Tadi before exam saya dah kasi amaran pertama. Saya boleh rampas kertas awak!"

Lepas2 tu dia menyembang lagi. Menyembang okay! Macam la lepastu tak boleh bercakap dah. 
"Eh, awak ni faham tak? Masa exam boleh bercakap ke?"
"Tak boleh cikgu"
"So?"
"Saya nak pemadam"
Hai, ada yang kena sumbat pemadam 10 ketul ikut montot ni karang. Tak pepasal jadi kes liwat pemadam haha.. Aku ambil pemadan kawan dia kasi kat dia 

Lepastu, cikgu yang buat soalan tu masuk kelas aku jap ada pembetulan apa tah. Aku dok usya budak tu tengah sembang2 lagi. Aku tak rasa dia meniru tapi dia memang menyembang. Aku dah hangin tahap gaban ni. Budak2 belakang dia pun dok tengok2 aku macam nak kasi faham budak tu bercakap.

Elok cikgu buat soalan tu keluar je, terus aku rampas. Perghh puas hati aku. Hampir satu kelas nampak and yang lain2 terus kaku sebab aku rampas. Terus diorang tak berani jeling2 kawan dah.

Masa tu baru 15 minit start exam. Aku tengok OMR dia tak tanda pape lagi. Ada nama je. So aku tulis nama dia dalam buku kawalan kelas yang tiap2 hari guru disiplin akan tengok and denda budak2 yang melampau.

Aku niat nak amek kertas tu 10-15 minit je sebab masa tu aku takut gak tindakan aku tu salah ke ape kan. So lepas 15 minit aku pergi meja budak tu nak suruh dia tukar tempat lain. Dia boleh buat dek je dengan aku. Ko tau macam budak perempuan merajuk tak dapat ais krim, macam tu lah. Tak padan dengan jantan, dah form 3 lak tu, nak majuk2. Okay fine aku panggil sekali je. Lepastu aku amek paper dia kasi dia balik and cakap "Sekali lagi saya nampak awak bercakap, saya bawa pergi jumpa guru disiplin. Ini kesalahan berat!". Elok aku letak kertas soalan n kertas OMR dia, dia g tepis kertas tu sampai jatuh! Ini dah lebihhhhhh.... Kawan dia tolong ambil, dia tepis balik. Aku jerit kuat2 cakap BIAR! Jangan siapa2 tolong ambil! Aku dah marah maksimum dah ni. 

At the end, masa kutip kertas, kertas OMR budak ni berconteng bagai macam apa je. Memang dia nak protes habis habisan ni haha tak matang betul. Aku suruh dia padam dulu and sambung kutip kertas students lain. Balik meja dia, dia cakap taknak hantar. Fine, aku tak kisah pun.. Terus blah dari meja dia. Jangan harap aku nak pujuk bwekk!!

Lepas g inform kat cikgu yang tanda kertas tu ada sorang budak taknak hantar, aku ada perjumpaan guru baru dengan PK 1, aku terus la tanya tindakan tu betul ke tidak. Dia cakap betul, takde masalah sebab aku dah kasi warning. Plus, sebagai cikgu kita kena buat apa yang kita cakap. Kalau tak, budak2 naik lemak. Contoh kalau kita cakap nak rujuk budak ke guru disiplin kalau tak bawak buku teks 3 kali, kita mesti kena bawak gak jumpa guru disiplin tu, tak boleh tangguh2, otherwise students akan tahu yang kita ni cikgu janji tak serupa bikin.. So, aku lega la sikit time tu.. hohoh..

Eh, ada tambahan, dengan syarat kita kena inform tindakan kita tu kat guru kelas or guru disiplin supaya kalau jadi apa2 nanti (ibu bapa nak argue apesal anak sy takde markah untuk paper ni sedangkan dia dtg sekolah) so pihak2 berwajib dapat back up and kasi alasan sewajarnya..

Kesian budak2 sekolah aku ni kan (kesian kat cikgu2 jugak).. Kurang perhatian ke apa eyh.. Apa la yang diorang fikir sampai diorang berani biadap dengan guru. Haishh.. lantak kome le.. Jangan jadi penjenayah dahle.. At this point, aku rasa aku kerja ni sebab nak gaji je. Sekian.

Saturday, February 12, 2011

Cikgu Baru

Bismillah..

Hai! lama tak update ni hehehe.. Aku kini seorang guru alhamdulillah.. Semoga makin lama minat aku dalam profesion ini semakin mendalam..

Update tentang sekolah:

Jumlah students lebih kurang 2100 orang, and 90% of them are chinese. Believe it or not, dari hari Selasa aku masuk kelas relief, baru hari ini (Jumaat) aku masuk kelas yang ada pelajar Melayu. Tapi aku relief kelas Pend. Moral, so tak sempat nak menyelami isi hati kaum minoriti kat sekolah tu hehehe..

Sekolah tu berada di tengah2 taman perumahan. Kawasan perumahan tu bertaraf sederhana dan ke atas. Means tak ramai sangat students yang bermasalah macam yang aku takutkan sebelum ni. Selalunya students yang bermasalah ni datang dari keluarga bertaraf sederhana dan ke bawah, or yang ada masalah keluarga.

Sekolah tu baru 10 tahun beroperasi. Pelan sekolah sangat memudahkan. Semua bangunan di 'link' dengan bangunan lain dan bilik guru di tingkat satu. Ground floor menempatkan bilik2 yang jarang aku nak lawati seperti bilik KH, bilik SPBT dsb. So tak penat nak pergi kelas sebab hanya kena naik 1 atau 2 tingkat je.

Ada 8 kelas pendidikan khas, kanak2 down sindrom, autism dsb.

Sekolah takde padang. Kesian budak2..

Makanan kat kantin sedap. Baby pun suka hehehe

Update tentang guru2 dan staf pentadbiran sekolah:

Guru2 majoriti Melayu dan muda2. Agak ramai guru cemerlang, lebih kurang 10 orang.

Guru2 baru ramai orang Kelantan. Pengetua kagum masa kami berempat lapor diri pada hari 1st, takde from Kelantan ehehe..

Guru2 ada yang friendly, ada yang buat2 tak nampak je padahal meja aku tepi pintu kottt.. Jenuh aku sengih dia buat2 tak nampak. Tapi ekor mata macam nak pandang kita. Tahu kan macam mana keadannya? Hek elehh.. Tak kan aku nak pergi menempek2 kat meja dia pulak kan. Tak koser. Peringatan kat diri aku supaya  tak sombong nanti! Bukan dapat duit pun menyombong ni..

Staf sekolah suka senyum2. Asal teserempak kat mana2 je mesti senyum2.. terubat sikit hati =D

Update tentang students:

Hari Selasa aku hanya relief satu kelas je, kelas form 3, tu pun masa last period. Form 3 ni budak2 nye still takut2 lagi dangan cikgu, sebab badan pun tak berapa nak besar lagi kan, and baru je start sesi pagi, so takut2 la dengan senior pe sume.

Hari Rabu, relief kelas belakang form 4. Form 4 ni ada 12 kelas. Aku relief kelas nombor 11 harap maklum. The boys okay, bising2 tu biasalah aku tegur diorang senyap kejap, pehtu 'ter'bising balik. Tapi girls nya agak horror gak la. Aku kena carut sebab tak kasi sorang girl ni pergi toilet dengan kawan dia. Aku tahu, nak pergi pergi merayau punya tu. Aku suruh pergi sorang je, otherwise tak payah pergi. Dia bangun terus mencarut2 cakap cina dengan aku. Mata siap tebeliak marah2 tepat je tengok mata aku perghh.. Okay fine.

Girls lain pun mcm2 gak masalahnya, kaki atas meja oke, duduk terkangkang nampak underwear, diorang macam sengaja nak cabar aku.Tapi aku buat bodoh je, kalau aku marah mesti diorang suka, sebab memang itu tujuan diorang buat perangai pun.. Terus aku down untuk hari tu. Masuk kelas lain yang okay pun aku dah malas nak control kelas, jerit sikit2 je.

Hari Khamis and Jumaat tah macam mana aku dapat kekuatan baru. Bangun pagi2 dengan lebih semangat. Aku macam baru jumpa diri aku yang lost. hehe.. Aku ni jenis tak boleh marah2, nanti aku tension, so, asal masuk kelas belakang2 je, I tend to tackle the students. And diorang pun mula sembang dengan aku. Bila aku dapat control yang nakal, means aku berjaya la control satu kelas. Aku kalau boleh memang tak nak garang2 dengan students, walau jahat camana pun, aku nak buat jugak diorang terharu dengan aku, pehtu terus akan hormat aku.

Tapi semua ni ambil masa, tak boleh dapat dalam seminggu dua untuk nak disiplinkan budak2 ni. Kalau diorang datang dari family yang bermasalah, takkan kat sekolah pun diorang terus tak diendahkan oleh cikgu2 kan.. Macam mana lah masa depan mereka nanti.. Harap aku dapat terus bersabar, dan sentiasa boleh tersenyum dengan students aku. Hari Selasa tu memang silap aku pun, aku terus2 nak garang dengan diorang, mana boleh kan..

Tambah2 kalau girls ni, kita tak boleh marah depan2, nanti diorang akan rasa malu dan terhina, especially depan boys. Jatuhla maruah mereka. So I try not to humiliate them, so next time, aku akan panggil keluar kelas, or ke bilik guru, kalau nak tegur diorang. Maybe kalau aku sentuh and pegang tangan diorang, aura dan kemesraan tu diorang akan rasa. Kalau boys takpe, marah je, lepastu ambil balik hati diorang, iAllah okay.

Nextweek form 3 and form 5 exam, so tak perlu susah2 sangat nak control kelas. Aku sangat berharap dapat tarik perhatian mereka secara halus untuk belajar. Bukan membebel2 cakap awak nak jadi apa nanti kalau malas macam ni?

Kalau lah aku kena ajar kelas belakang2 nanti, aku kena selalu ingat, budak2 ni lemah, biarlah kalau aku ambil separuh masa untuk motivate and attract them to study, separuh masa lagi mengajar. Its okay, tak salah pun aku rasa kalau buat macam ni.. Untuk kelas belakang, tak perlu nak kejar2 silibus, diorang pun tak mampu.. sebab tu at last diorang main2 je.. Biar diorang dapat 50% pun takpe..

Lepastu, aku kena selalu rujuk kat guru yang bersesuaian. Senang je nak kenal cikgu2 yang mahir and disukai kat sekolah, first dia tak perlu ada rotan dan tak perlu bawak rotan masuk kelas and second, dia selalu senyum dengan mata bersinar. Means she really love to be a teacher, and sentiasa energetic. Nakkkk sangat sembang2 dengan cikgu2 macam tu ohhhh... =D

Kawan2, pray for me please! Thanx =)

* Entry ini ditulis pada hari Jumaat tapi baru edit and publish pada hari Sabtu (hari ni)

Friday, January 28, 2011

Haruslah Bersyukur.. *Mood amat happy*

Bismilllah..


Hm... first, thanx untuk kawan2 yang kasi semangat kat aku. You know who you are. Silent readers, Mila and Bella.


Okay, ni kesimpulan yang aku dapat fikir bagi masalah pertama aku


Penyelesaian Masalah Pertama


Setelah difikir-fikir, difikir-fikir, lebih baik aku meminggir. Eh.


Lepas fikir sorang2, walau macamana pun, kita haruslah bersyukur ye tak.. Allah takkan kasi ujian kalau dia tahu hambaNya tak mampu untuk menghadapinya. So, yakin, fikirkan boleh! (poyo) hehe.. Mungkin ada hikmahnya aku dapat sekolah jauh, mungkin tak nampak sekarang, tapi nanti2 aku akan sedar sendiri..


So, alhamdulillah, aku dapat mengajar kat tempat yang aku nak. Aku yang pilih untuk ditempatkan di Putrajaya ataupun di KL, aku dapat apa yang aku nak, alhamdulillah. Sekolah yang aku dapat pun dalam KL, aku yang pilih untuk mengajar dalam KL, kenapa aku taknak pulak kan.. Segambut tu kan dalam KL Lynn sengal... That was my mistake. Sepatutnya aku besyukur..


Penyelesaian Masalah Kedua


Ini lagi masalah. Macamana pulak aku boleh takut dengan students? Tak patut, tak patut.. Hei, buat malu je membuat pengakuan itu pada entry yang lepas. Sepatutnya, I take it as a challenge, and experience. Sekali sekala mencabar diri apa salahnya kan. Aku juga boleh ambil ni semua sebagai pengalaman. Bak kata Cik Bella, 'everyone learns everyday' ye tak.. hehe.. 


Lagipun, aku macam belum terjatuh sudah mengaduh (proverb cipta sendiri. olahan dari sudah terjatuh baru mengaduh). Mana aku tahu students aku tu semua masalah macam sekolah coursemate aku kat Kepong tu? Aku tak pernah sampai pun kat sekolah aku tu. So, don't judge a school by it's neighbouring schools (olahan dari don't judge a book by it's cover) hehehe..


Positif! positif!


Penyelesaian Masalah Ketiga


Okay, ni pun sama, maybe ada hikmah kalau aku akhirnya terpaksa merombak balik plan aku untuk baby. Semalam, aku chat dengan Kak Huda, so aku cerita la masalah aku ni.. Dia pun buka cerita, lately dia banyak dengar pasal kecuaian government hospital. Kak Huda ni kerja kat Putrajaya so ramai la colleague dia guna khidmat HP tu kan.. 


So, ada sorang officemate dia ni, nak bersalin, dia memang buat check-up kat Putrajaya and dah daftar pun untuk deliver kat HP. But unfortunately, when the day come, dia diarahkan untuk ke nearby hospital, Hospital Serdang sebab HP dah full sangat2, no place for her anymore. Tah macamana silapnya, terlewat sampai or something like that kot, selepas bersalin, rahim dia terpaksa dibuang. Sedih oke, rahim tu harta berharga untuk wanita kot..


And baru2 ni pun ada keluar dalam paper, not sure government hospital mana, yang baby orang tu ada masalah. Sebab baby dia besar, lebih kurang 5kg, tak boleh keluar ikut vagina but diorang paksa gak suruh push sambil diorang tarik2 kepala baby tu sampai something critical happen kat leher dia.


Maybe kitorang kena tukar plan untuk deliver kat private hosp maybe? Semalam just thinking of UMSC (PPUM punya private hosp) sounds interesting but memang kena ada bajet la. Huhu.. maybe baby nak mewah2 jek. Cit. 


And, kat sana pun ada nursery yang agak best, kat Masjid Wilayah. Maybe boleh hantar baby pergi sana. Kat sini, tak jumpa lagi nursery yang macam best. Wah.. jauhnya merancang! But, memang kena fikir pun, dah nak masuk bulan 2 ni, 5 bulan je lagi.. Masa berputar dengan laju ohh..


So, aku declare problem aku da agak setle. I just need to be strong! Aku kena enjoy first day aku ke sekolah. Kena bersemangat and positif!


Thanx all.. wish me luck!


Notakukukaki: Ini mungkin entry aku yang last sebelum menjejakkan kaki ke sekolah. Esok cuti, aku selalunya tak meghadap laptop masa cuti sebab sibuk menghadap abang kekeke.. Ahad sampai selasa, we'll going to Singapore yeay!! Rabu dok rumah diam2, and esoknya, khamis sampai sabtu, kitorang g A'Famosa Melaka double yeay!! Nak g Honeymoon seminggu terus hehh.. Sebab tak pergi honeymoon lagi. Seronoknyeee!! Doakan perjalanan kami pergi balik selamat ye kawan2.. Have a nice weekend bai bai bai!! =)


*Mood sangat happy*



Thursday, January 27, 2011

Mood Swing

Bismillah...


Hai hai hai.. Aku baru pulih SIKIT dari perasaan down yang amat sangat ni.. muehehehe..


Semalam, masa tengah prepare breakfast aku try2 la call JPN KL mana tahu kan dapat tahu sekolah. Sekali, pegawai tu angkat yeay!!


Tak payah la aku mention nama sekolah yang aku bakal berkhidmat tu, sebab blog ni blog peribadi aku.. Budak2 zaman sekorang bukan boleh percaya sangat tahap kecekapan IT nya, kang silap2 semua sejarah hidup aku diorang tahu sebab godek2 blog cikgu. Habis jadi bahan plak kang bila aku masuk kelas ish, malu gak tu.. Silap2 aku kena tukar URL blog ni. hehe.. Tengokla, kalau aku sempat nak buat blog yang berinfo sikit untuk students2 aku, aku create another blog for them =)


Lagipun kawan2 yang follow blog aku ni ada fb aku kan.. aku da announce da semalam =)


So, apa yang membuatkan aku down??


Sebab pertama


SMKSB adalah saaaangat jauh dari rumah aku. Analoginya macam ni, kau bayangkan satu bulatan (aku malas nak lukis jadi kita gunakan pendekatan imaginary yep!), bayangkan rumah aku berada betul2 di titik selatan bulatan, dan sekolah tu betul2 berada di titik utara bulatan. Dan yang di antara dua titik itu ialah point2 paling sibuk di KL iaitu susur masuk ke Jalan Maarof Bangsar (sebelah Abdullah Hukum tu), Jalan Travers (yang heading to KL Sentral, Masjid Negara and Dataran Merdeka), Jalan Duta (busy dalam 4-5km sebab upgrade jalan yang tak siap2 sebab nak letak flyover yang panjang gila), Bulatan Segambut (roundabout yang banyak accident), dan seterusnya harus merempuh pekan Segambut pula.


Korang kira la sendiri berapa point yang jam dan sesak tu. Jaraknya kalau ikut google map ialah 20km, extimate driving time is 30minutes WITHOUT traffic problem ye rakan2..


Jadi, maybe kami perlu berpindah, setelah menimbangkan pelbagai alasan iaitu duit tol aku dan abang ialah RM200 sebulan pergi balik kerja (tak masuk keluar  meronggeng), duit minyak, dan pembaziran masa berulang alik.


Abang dia flexible duduk mana2 pun sebab office dia kat tengah2 KL kan.. 


So semalam, lepas layan baby nak makan Nando's (salahkan baby), abang ajak tengok2 sekolah. Malangnya, tak jumpa. Oh lupa, lucky kat area Jalan Duta tu ada kuarters kerajaaan. So, maybe we can move there? Or kawasan perumahan sekitar tu la. 





Update: Ni route yang aku baru buat tadi, in case kalau2 kitorang decide nak duduk kuarters kerajaan or kawasan2 sekitar tu. Yang korang nampak bulat merah tu ialah kuarters kerajaan, end-point atas ialah sekolah aku (lebih kurang 4-5km) and end-point bawah ialah office abang (8-9km). Korang rasa macamana? should we move immediately?


Hm,kalau aku tak pregnant, aku boleh consider lagi kot ulang alik.. Tapi buatnya da sarat nanti, dengan traffic jam tu, kena drive sendiri lagi, hai, buleh terberanak akak dalam kereta.. So, kena fikir dari sekarang.


Sebab Kedua:


Kawasan Segambut tu betul2 berjiran dengan kawasan Kepong yang black area  tu.. Sebab apa Kepong black area? Sebab hari tu masa kursus LM masa cuti sekolah, ada seorang coursemate aku dapat sekolah daerah Kepong dan students2 dia adalah sangat nauzubilah.. Sampai nanges2 kawan aku tu cerita pengalaman dia. Tu baru sebulan dua dia mengajar kat situ. Cuba kalau aku kena mengajar 4-5 tahun? *pengsan*


Semalam aku dah google segala macam benda pasal SMKSB ni, yup yup yup, almost all of the students are cha ya nun alip! Haish... Tapi guru2 ramai Malay.. Ya Allah, jangan la aku terima nasib sama seperti coursemate aku tu, semoga aku dapat tackle students2 aku. Ya Allah, jangan la diorang kurang ajar dengan aku. Amiiinnn..


Sebab ketiga:


Aku kena re-plan balik semua plan untuk baby nanti. Siapa2 yang dah lama follow blog ni, maybe tahu yang currently I'm having my monthly pregnancy checkup at Putrajaya (government clinic) and UMRA Shah Alam(private). Jarak from my house to P9 Putrajaya tu lebih kurang 30 minutes using MEX highway and nak pergi UMRA tu lebih kurang 15 minutes je. 


Aku jugak plan nak deliver kat Hosp Putrajaya atas banyak faktor. So, sekarang, aku kena rombak balik semua tu sebab aku perlu pindah. Perghh, runsing gila aku semalam.


Kawan2, marilah menaikkan semangat aku dengan nasihat yang munasabah... =(

Tuesday, January 25, 2011

Episod 2: Kenapa pilih untuk menjadi PENDIDIK

Bismillah...


Amaran: Entry ini 'sedikit' emosional =D

Masa sekolah menengah, aku ni sangat2 tidak belajar. Malas. Entah apa aku fikir time tu. Aku sangat aktif bersukan. Bayangkan masa Form 3, nak dekat2 trial PMR, aku boleh pergi berlatih netball selama 2 minggu kat sekolah lain. Sebab masa tu aku terpilih untuk pergi Kejohanan Netball Peringkat Negeri. 2 minggu aku tak masuk kelas tahu. Silibus kat Sbp dahla laju gila. Nasib masa PMR, aku dapat 8A, and team netball aku pun berjaya jadi johan netball peringkat negeri. hehe

Masuk Form 4, aku tak ambil aliran Sains Tulen, aku ambil aliran Sains Teknikal. Subjeknya semua sama dengan kawan2 yang ambil Sains Tulen, cuma subjek Biologi kitorang tak ambil, ganti dengan subjek Lukisan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan.

Aku sukaaa sangat2 dua-dua subjek ni. Subjek LK tu, aku siap pernah score highest mark lg masa exam tau. Seronok betul belajar lukis2 pelan dimensi. Tapi masa periksa akhir tahun aku tak dapat hadiah cemerlang untuk subjek tu, sebab masa final exam, aku hanya dapat 2nd highest mark.

Masa ni, cita2 aku mula la menjurus ke arah engineering2 ni. Samada nak jadi arkitek, juru ukur bahan (QS), or engineer la. Oh ada satu info menarik tentang subjek fizik aku di sekolah.

Masa form 4, selama setengah tahun, KELAS AKU TAK BELAJAR FIZIK, sebab kekurangan guru. Cikgu baru tak datang2. Kadang2, PK1 masuk kelas kitorang, tapi jarang sangat2 sebab dia pun ada tugas lain kan. Masa pertengahan Form 4 ada sorang cikgu fresh graduate datang. Cikgu ni sangat2 la comelnya, suka cerita pasal Shin Chan. Tapi satu kelas blur2 je masa dia keluarkan dialog Shin Chan. Mungkin dia lupa budak asrama tak boleh tengok tv setiap masa. Jadi ada antara kitorang TAK TAHU APA ITU MAKHLUK SHIN CHAN, hanya buat2 gelak bila cikgu comel cuba menghiburkan kami =P

Kelemahan cikgu ni ialah, kami tak faham apa yang dia ajar. Dan dia pun tak faham apa yang dia cakap. Aku rasa, dia tak confident bila mengajar kat depan, dan semua mata2 students yang mengharap ilmu ni merenung tajam kat dia. hehe.. So, bila kami tak faham, dia end up pergi mengajar dari meja ke meja (dlm lab), yang tentunya akan mengambil banyak masa. Lepas dia ajar, meja tu kena buat handout. Macam tu la berlarutan hingga kami Form 5. Silibus tak sempat habis dan kami tak faham konsep2 fizik! Hanya hafal skema jawapan sahaja T.T

Seterusnya aku melanjutkan pelajaran peringkat matrikulasi, kat Kolej Mara Kulim. Ada 2 Kolej Mara yang under matrikulasi KPM, lagi satu tak ingat Kolej Mara apa. Yang lain2 Kolej Mara tu untuk persediaan/ foundation untuk pergi oversea, seperti Kolej Mara Banting.

Kat KMK ni tak macam matrik2 kpm lain, sebab kelas kitorang kecil je, dan jumlah students pun sikit, tak sampai 1000 orang pun. Dalam satu kuliah, ada lebih kurang 50 orang students je. Lepas tu akan dibahagi 4 pulak untuk kelas tutorial. Lepas dibahagi 4 tu, dibahagi plak lagi 2 untuk mini tutorial. Jadi kalau tutorial mini untuk kelas kimia, fizik and maths, satu kelas ada lebih kurang 7-8 orang students saja. Macam tuisyen kan? Serius best! =)

Okay, aku tensen cari gambar masa kat KMK dulu tapi dah tak jumpa. Kawan yang tag aku tu dah delete semua album dia erghhh.. geram geram. Terus takde mood nak menulis sebab takde gambar. pfftt!

*****************************************************************

Cikgu Kimia aku kat KMK tu, nama dia cikgu Mazian. Dia sangat tinggi dengan sifat2 keibuan, sangat relax dan suka tersenyum. Sebenarnya, kerana beliaulah   aku nak jadi pendidik. Aku tersentuh sangat2 dengan cara dia. Aku pun dah tak ingat apa dia buat sampai tinggalkan kesan begitu mendalam kat aku.. Aku dan 2 orang lagi kawan, sangat2 rapat dengan cikgu, sampai masa akhir semester 2 tu, dia panggil kami bertiga dan kasi kami seutas tasbih setiap sorang. Kitorang bertiga je dapat. Terharu sangat masa tu, sedangkan aku sebagai murid ni tak terlintas nak hadiah cikgu apa2, cikgu yang seorang tu boleh ingat kami yang ramai2 ni. Serius touching T.T

Cikgu Mazian


Sebab kedua, masa di KMK aku dapat cikgu Fizik yang sangat bersemangat. Cikgu hafilla. Cikgu ni tak kira la tengah buat apa pun, sentiasa energetic. Dia selalu membebel untuk kasi nasihat, tapi kitorang suka. Dia ajar Fizik aku faham sangat2. Aku paling suka subjek Fizik lebih dari Kimia, tapi bila exam je, mesti markah Kimia aku lebih tinggi dari markah Fizik. Kenapa ya? =P

So, tiba2 aku rasa nak jadi cikgu. Sebab aku taknak budak2 akan datang tak belajar dan menghayati subjek Fizik macam masa aku sekolah  dulu. Tiba2 je semangat nak jadi pendidik ni berkobar2, sampaikan aku dah tak terfikir dah nak jadi engineer ke arkitek ke macam dulu2.

Masa isi borang UPU, pilihan nombor 1 hingga 8, semua aku pilih pendidikan. Aku jumpa cikgu Mazian kasitahu dengan gembira yang aku nak jadi pendidik, nak jadi guru yang baik macam cikgu mazian. Cikgu nasihatkan aku supaya pilihan ke-8 jangan letak pendidikan, takut kuota guru yang nak diambil dah cukup, langsung aku kena tendang ke course2 yang tak elok. So, pilihan ke-8 aku pilih Sains Kimia.

Masa aku matriks jugak, kakak aku dah balik dari Jepun, dan dah kerja. Kerja dia busy sangat2 keluar pagi2, balik lewat petang. Masa tu dia baru kahwin, tengah pregnant anak sulung. Dia cerita kat mama, dia takde masa untuk family, dan tak sanggup nak besarkan anak dengan cara hidup macam ni. Masa Syaef lahir, lagila bertambah rasa aku nak jadi pendidik, lepas tengok cara hidup kakak yang sangat chaos itu.

Kakak keluar rumah pergi kerja pukul 8. Syaef dia hantar pergi rumah pengasuh, kat depan rumah je. Masa dia hantar Syaef, budak tu tengah mamai lagi, baru bangun tidur. Balik rumah lewat petang, ambil Syaef, budak tu dah siap mandi, dah siap makan sume. Lepas balik tu sementara nak urus2 diri, nak makan ape sume, dah pukul 8, pukul 9 Syaef dah rengek2 nak tidur. So, bila masa nak jaga anak? Berapa jam sehari dia dapat bermesra dengan anak? Nak merasa mandikan anak pun tak dapat oke.. Kakak sangat sedih dengan life dia, so dia decide nak kerja flexi hour, lecturer. Masa pregnant 2nd child, dia terbang balik ke Jepun untuk sambung belajar. 

Membesarkan anak masa belajar sangat2 best, sebab kita ada masa untuk anak2. Lagi2 kalau duduk oversea, memang rasa dekat je dengan anak2. So aku memang da tekad nak pilih untuk jadi guru. Bukan aku nak cakap jadi guru ni tak busy, Tapi takdela balik lewat petang kan. Atleast, lepas balik sekolah, boleh gagah lagi nak masak lauk dinner yang simple2 ubtuk suami dan anak2.

Lepastu terus datang satu prinsip dalam hidup aku, kalau perempuan tu tak kerja tinggi pun, kalau tak berjaya belajar ke peringkat tertinggi pun, tak semestinya dia tak berjaya. Apa definisi 'berjaya dalam hidup' aku? Pada aku, kalau kita berjaya jadi pendorong kepada suami dan anak2 untuk berjaya, itu dah dikira berjaya bagi aku. Tanpa isteri/ibu disisi, tak mungkin seorang suami ada cukup masa dan ada semangat yang membara untuk sambung belajar sampai peringkat tertinggi. Kalau anak2 anda berjaya dalam pelajaran, di sebalik kejayaan tu ada seorang ibu yang sentisa mendorongnya, memberi semangat dan menemani si anak belajar. Itupun dah dikira satu kepuasan dan kejayaan bagi seorang wanita, bila dia jadi pendorong untuk orang2 yang disayanginya berjaya dalam hidup.

Jadi, kalaupun aku tak berjaya jadi arkitek atau engineer, atleast, aku ialah seorang guru yag pernah memberi secebis ilmu kepada anak2 murid aku untuk dia jadi apa yang dia ada sekarang. Got what I mean? Itu pun dah dikira 'berjaya dalam hidup' bagi aku.. So, aku tak pernah rasa menyesal dengan apa yang aku pilih sekarang. 

Bak kata seorang motivator masa kursus Latihan Mengajar, gurulah satu2nya profesion yang sentiasa diingati dalam doa. Contohnya, murid2 akan berdoa "Ya Allah, ampunilah dosa2 kedua ibu bapaku, keluargaku, GURU2 ku, serta muslimin dan muslimat"

Tak pernah ada yang mendoakan yang macam ni kan:

"Ya Allah, ampunilah dosa2 kedua ibu bapaku, keluargaku, GURU2 ku, pegawai2 bank ku, arkitek yang membina rumahku, serta muslimin dan muslimat"

Okaylah, nilah cerita aku, kenapa aku pilih untuk jadi guru. Dan aku harap aku akan jadi seorang guru yang baik, ikhlas, jujur, dan tidak lokek ilmu. 

Notakukukaki: Ini hanyalah perkongsian dan pendapat peribadi aku. Kepada bukan guru yang membaca blog ini, aku tak bermaksud nak menyinggung sesiapa ye... Apa2 pekerjaan pun mulia asalkan kita mengamalkan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya =)

Bai bai bai! =)

Episod 1: Kenapa pilih untuk menjadi PENDIDIK

Bismillah..


Hari ni, kalau boleh aku nak tahu sekolah tempat aku bakal mengajar. Ada kawan2 yang dah dapat tahu. Aku juga harap kawan2 yang bakal ke Sarawak dan kawan2 yang akan dipostingkan ke kawasan yang mundur (kalau ada) tetap terus bersemangat mendidik anak bangsa. Mana tahu, salah seorang dari mereka boleh membanggakan kita satu hari nanti =)


Macam ni lah jadi pendidik, kita tak boleh pilih tempat untuk kita menabur ilmu. Tapi aku percaya, kawan2 yang akan ke Sarawak nanti, sebaik menjejakkan kaki ke sekolah masing2, sebaik dapat menyesuaikan diri dengan iklim sekolah, perasaan untuk mendidik anak bangsa secara automatik akan berkobar-kobar.


Mama aku seorang pendidik juga. Tapi mama ajar sekolah rendah. Masa kecil2, aku selalu jugak ikut mama pergi sekolah. Masa duduk Kuala Kangsar, mama mengajar kat SK Datin Khadijah. Sekolah tu ada pendidikan khas untuk pelajar2 OKU. 


Ada satu tahun tu, tiba2 mama kena pegang kelas darjah 6 paling hujung. Kelas paling rendah pencapaiannya. Majoriti budak2 dalam kelas tu, semua tak reti membaca, tak hafal sifir, pendek kata lemah serba serbi lah. And, ada seorang pelajar lumpuh jugak dalam kelas tu.


Mama ajar Matematik untuk kelas tu. Hari tu tah kenapa mood mama tak baik sangat kot. PMS kot hehe.. mama agak bad mood sebab still ramai yang tak hafal sifir 3. Padahal benda tu adalah homework, memang semua tahu mama akan uji sifir 3 diorang hari tu.


Bila da geram sangat, ada sorang student tu (dia duduk sebelah student yang lumpuh tu) tak boleh gak jawab, mama panggil dia ke depan, mama rotan peha dia guna rotan bulu ayam yang warna coklat tu. Aku tengok pun cuak. Budak tu menangis.


Lepas subjek tu, masa rehat. Dalam esak2 menangis tu, budak perempuan tu tetap tolong tolak kawan dia yang lumpuh tu bawak pergi kantin. 


Esok pagi, aku ikut mama pergi sekolah lagi. Masa sampai nampak budak perempuan tu tengah berdiri kat tempat ibu bapa drop anak2. Dia kasi salam kat mama. Mama tanya tunggu apa, dia cakap tunggu Liza (bukan nama sebenar: kawan dia yang lumpuh tu) nak bawak pergi kelas. Dalam hati aku cakap baiknya kakak ni.


Masa tamat sekolah hari tu, nampak lagi kakak tu tolak kawan dia kat tempat tunggu parent. Mama panggil dia. Mama tanya dah hafal ke sifir 3. Dia cakap baru hafal sampai 6x3. Tinggal nak hafal 7x3, 8x3, 9x3. Mama angguk je..


Lepastu mama pesan kat aku. Tengok kakak tu, dia tak pandai, keluarga orang susah, tapi dia baik hati. Sejak Liza tu masuk sekolah ni, kakak tu la yang tolong tolak Liza kalau nak pergi mana2. Mama doakan dia berjaya dah besar nanti.


Masa zaman kita kecik2 dulu, tengah hot cerita pasal kes dera. Siap ada lagu lagi


Tangan yang mengapai
Akhir layu terkulai
Seluruh harapannya berderai



Ingat tak lagu ni? Sedih gila.. Ni aku jumpa video dia tapi bukan video asal. Yang asal punya tak jumpa plus malas nak godek2 youtube tu




So, kat sekolah mama masa tu, memang banyak kes dera. Bila cikgu2 sekolah nampak lebam2, luka2 puntung rokok, kena iron, mestilah terdetik hati nak tolong. Pergi mengadu kat guru besar, and guru besar terpaksa lapor pada polis kalau dah teruk sangat. Lepastu akan jadi kes polis.


Yang aku ingat, mama asyik cerita kat abah pasal kes sorang student India dia. Kena dera teruk, ayah dia kaki botol. Memang jadi kes polis. Guru2 lah tempat diorang mengadu, sebab rumah bukan lagi tempat yang selamat untuk budak2 ni. Kat sekolah tu jugak ada students dari rumah anak2 yatim. Jadi, macam2 kisah sedih ada. Memang kesian..


Hm, besar gak kan tanggungjawab pendidik ni. Jadi cikgu sekolah rendah pun bukan senang, sebab baru nak membentuk budak2 tu. Even budak2 yang selau ambil pensil or pensil warna orang lain pun kita kena ambil berat. Sebab takut lama2 dah jadi habit, nanti dia mencuri pulak.


Jadi, aku dibesarkan oleh seorang guru. Guru2 aku disekolah pun kawan2 mama jugak. Masa tu mama memang berharap salah seorang anaknya akan ikut jejak langkah mama, tapi mama takdela influence kitorang dengan ayat "dah besar nanti jadi cikgu ye... ikut macam mama" tak pernah mama cakap macam tu.


Masa kecil2 sampai la habis SPM, tak pernah terlintas kat fikiran aku untuk jadi cikgu. Jadi, masa bila minat untuk jadi pendidik muncul dalam diri aku?


Kita sambung next episode okay?


Notakukukaki: Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Kawan2, sebelum tidur, muhasabah la diri sekejap, oke =)

Monday, January 24, 2011

Cikgu Sombong!

Bismillah


Tadi tengah busy2 chat kat FB, tiba salah sorang ex-student kat SJI dulu tegur aku


xxxx: cikgu!!!
xxxX: sombong


Hehe.. lupa plak nak print screen menda tu. Memang aku tak layan dia pon. In fact, siapa2 students yang tegur aku ajak chat, aku tak layan. hehe.. bukan sombong, tapi macam malas sikit =P


xxxx tu nama dia Izzat. Nakalnya nauzubillah. Siap pernah kantoi ponteng kelas Sejarah lagi dengan aku. Nama kawan dia tu Taufiq, budak kelas aku jugak. Tapi, diorang tak pernah ponteng kelas aku. Siap kasi tahu lagi kalau tak boleh datang untuk next class


Taufiq: Cikgu, hari Khamis ni saya tak boleh datang la kelas fizik..
Aku: Ha, kenapa, nak ponteng la tu. Report En. Faisal nak? (sambil kemas2 barang-masa tu baru habis kelas kat lab, semua students dah balik kelas)
Taufiq: Bukan, mak saya tu ada ke dia ajak balik kampung. Khamis dengan Jumaat saya ponteng la cikgu (mengadu, riak muka macam tak puas hati dengan mak dia)
Aku: Ada emergency case ke kat kampung?
Taufiq: Takde pon.. mak saya tu memang.. mentang2 dia da habis sekolah.. oklah cikgu, saya nak balik kelas. Bye
Aku: ???


Huuu.. kadang2 parent pun boleh jadi punca anak2 ponteng sekolah yek? 


Masa tengah monitor students buat kerja, Izzat tanya aku


Izzat : Cikgu, dulu2 cikgu sekolah mana?
Aku : Saya sekolah SBP, kat teluk Intan. Kenapa?
Izzat : Kalau cikgu nak tahu, saya tolak tawaran masuk SBP tahun ni. PMR lepas saya dapat 8A.
Aku : Kenapa tolak? Bagus tau duduk SBP ni.
Izzat : Saya sayang kawan2 saya kat sini. Budak SBP skema. Taknak ah
Aku : T_T


Hei, cikgu tak skema pon? hihi.. Aku rasa seronok sangat ajar kelas ni sebab aku dapat tackle students yang paling nakal. Kadang2 diorang ajar aku perkataan2 diorang. Yang aku ingat word 'palau', it mean tinggal/sisih hehe. Mula2 aku marah bila dengar words diorang yang pelik2 tu, tapi kalau dah satu kelas guna, nak buat camno kan. 


And, ada beberapa kes yang aku rasa aku nakkk sangat tolong handle tapi memandangkan masa aku suntuk kat situ, tak sempat nak tolong.


Contohnya, ada sorang students kelas aku tu, takde sape nak kawan dengan dia. Ada sekali aku suruh buat kerja pair2, takde sape nak pair dengan dia. Last, class monitor ajak budak tu pair dengan dia sebab kesian kot. Class monitor tu baikla budaknya (biasalah class monitor kan kena pilih yang skema2 hehe), alim2 gitu.


Aku curious gak la nak tahu kenapa. Aku pergi la tanya kat sorang budak nakal ni. Biasalah aku ni target nak bersembang dengan budak nakal2 je sebab nak kasi diorang bangga aku tanya diorang


"Brandon, why everybody avoiding xxxxx?"


"Sebab dia busuk. Baju tak pernah tukar. Go near him and you can smell it"


Huhu... gitu yep.. So, aku nakkk sangat face to face dengan budak tu. Curious betul nak tahu apa masalah dia. Sebab dia nampak macam orang senang (berdasarkan alatulis, file, kasut yang dia pakai).. Tapi tulah, tak sempat.. =(


Lepastu ada sorang student aku tu suka tidur. Muka hensem, badan tough, memang perfect la. Kalau aku sebaya dengan diorang, confirm2 aku usya budak tu jek. Hehe.. Tapi asyik tidurrrrr je geram aku tau. Kalau aku tegur suruh basuh muka (guna air kat lab je) dia basuh. Lepastu duduk tegak2. Ha, tapi tegak2 tu pun, mata boleh pejam, Ish, aku tak puas hati betul. Last2 aku suruh berdiri. Ha, kali ni confirm tak tidur.


Tapi, tapi, tapi aku silap! Kau pernah jumpa manusia yang boleh lena masa berdiri? Aku pernah! Huuuu memang geram tahap gaban la. Boleh tu dia tidur sambil berdiri! Time students buat handout, aku pergi dekat dia, bisik2 tanya. Semalam awak tidur pukul berapa? Kerja part time ke apa? Kawan sebelah dia tolong jawab:


" Saya tahu cikgu, dia mesti main sms dengan awek cheers sekolah convent depan ni (depan SJI ialah sekolah CBN)"


"Sorry cikgu, saya mengantuk sangat2 ni... Saya buat kerja cikgu bagi ni ye?" sambil sengih2. Nasib baik dia memang betul2 buat handout tu.


Bila aku tanya cikgu Fizik asal kelas tu, cikgu tu pun tahu yang budak tu ramai awek. Hehe.. Nasib baikla aku kasi handout boleh jawab.


hm, bila kenang2 balik, memang boleh senyum sorang2. Sekolah mana la aku akan posting nanti ye.. 


Harap2 dapat yang dekat2 dengan rumah, ameen =)