Amaran: Entry ini 'sedikit' emosional =D
Masa sekolah menengah, aku ni sangat2 tidak belajar. Malas. Entah apa aku fikir time tu. Aku sangat aktif bersukan. Bayangkan masa Form 3, nak dekat2 trial PMR, aku boleh pergi berlatih netball selama 2 minggu kat sekolah lain. Sebab masa tu aku terpilih untuk pergi Kejohanan Netball Peringkat Negeri. 2 minggu aku tak masuk kelas tahu. Silibus kat Sbp dahla laju gila. Nasib masa PMR, aku dapat 8A, and team netball aku pun berjaya jadi johan netball peringkat negeri. hehe
Masuk Form 4, aku tak ambil aliran Sains Tulen, aku ambil aliran Sains Teknikal. Subjeknya semua sama dengan kawan2 yang ambil Sains Tulen, cuma subjek Biologi kitorang tak ambil, ganti dengan subjek Lukisan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan.
Aku sukaaa sangat2 dua-dua subjek ni. Subjek LK tu, aku siap pernah score highest mark lg masa exam tau. Seronok betul belajar lukis2 pelan dimensi. Tapi masa periksa akhir tahun aku tak dapat hadiah cemerlang untuk subjek tu, sebab masa final exam, aku hanya dapat 2nd highest mark.
Masa ni, cita2 aku mula la menjurus ke arah engineering2 ni. Samada nak jadi arkitek, juru ukur bahan (QS), or engineer la. Oh ada satu info menarik tentang subjek fizik aku di sekolah.
Masa form 4, selama setengah tahun, KELAS AKU TAK BELAJAR FIZIK, sebab kekurangan guru. Cikgu baru tak datang2. Kadang2, PK1 masuk kelas kitorang, tapi jarang sangat2 sebab dia pun ada tugas lain kan. Masa pertengahan Form 4 ada sorang cikgu fresh graduate datang. Cikgu ni sangat2 la comelnya, suka cerita pasal Shin Chan. Tapi satu kelas blur2 je masa dia keluarkan dialog Shin Chan. Mungkin dia lupa budak asrama tak boleh tengok tv setiap masa. Jadi ada antara kitorang TAK TAHU APA ITU MAKHLUK SHIN CHAN, hanya buat2 gelak bila cikgu comel cuba menghiburkan kami =P
Kelemahan cikgu ni ialah, kami tak faham apa yang dia ajar. Dan dia pun tak faham apa yang dia cakap. Aku rasa, dia tak confident bila mengajar kat depan, dan semua mata2 students yang mengharap ilmu ni merenung tajam kat dia. hehe.. So, bila kami tak faham, dia end up pergi mengajar dari meja ke meja (dlm lab), yang tentunya akan mengambil banyak masa. Lepas dia ajar, meja tu kena buat handout. Macam tu la berlarutan hingga kami Form 5. Silibus tak sempat habis dan kami tak faham konsep2 fizik! Hanya hafal skema jawapan sahaja T.T
Seterusnya aku melanjutkan pelajaran peringkat matrikulasi, kat Kolej Mara Kulim. Ada 2 Kolej Mara yang under matrikulasi KPM, lagi satu tak ingat Kolej Mara apa. Yang lain2 Kolej Mara tu untuk persediaan/ foundation untuk pergi oversea, seperti Kolej Mara Banting.
Kat KMK ni tak macam matrik2 kpm lain, sebab kelas kitorang kecil je, dan jumlah students pun sikit, tak sampai 1000 orang pun. Dalam satu kuliah, ada lebih kurang 50 orang students je. Lepas tu akan dibahagi 4 pulak untuk kelas tutorial. Lepas dibahagi 4 tu, dibahagi plak lagi 2 untuk mini tutorial. Jadi kalau tutorial mini untuk kelas kimia, fizik and maths, satu kelas ada lebih kurang 7-8 orang students saja. Macam tuisyen kan? Serius best! =)
Okay, aku tensen cari gambar masa kat KMK dulu tapi dah tak jumpa. Kawan yang tag aku tu dah delete semua album dia erghhh.. geram geram. Terus takde mood nak menulis sebab takde gambar. pfftt!
*****************************************************************
Cikgu Kimia aku kat KMK tu, nama dia cikgu Mazian. Dia sangat tinggi dengan sifat2 keibuan, sangat relax dan suka tersenyum. Sebenarnya, kerana beliaulah aku nak jadi pendidik. Aku tersentuh sangat2 dengan cara dia. Aku pun dah tak ingat apa dia buat sampai tinggalkan kesan begitu mendalam kat aku.. Aku dan 2 orang lagi kawan, sangat2 rapat dengan cikgu, sampai masa akhir semester 2 tu, dia panggil kami bertiga dan kasi kami seutas tasbih setiap sorang. Kitorang bertiga je dapat. Terharu sangat masa tu, sedangkan aku sebagai murid ni tak terlintas nak hadiah cikgu apa2, cikgu yang seorang tu boleh ingat kami yang ramai2 ni. Serius touching T.T
Cikgu Mazian |
Sebab kedua, masa di KMK aku dapat cikgu Fizik yang sangat bersemangat. Cikgu hafilla. Cikgu ni tak kira la tengah buat apa pun, sentiasa energetic. Dia selalu membebel untuk kasi nasihat, tapi kitorang suka. Dia ajar Fizik aku faham sangat2. Aku paling suka subjek Fizik lebih dari Kimia, tapi bila exam je, mesti markah Kimia aku lebih tinggi dari markah Fizik. Kenapa ya? =P
So, tiba2 aku rasa nak jadi cikgu. Sebab aku taknak budak2 akan datang tak belajar dan menghayati subjek Fizik macam masa aku sekolah dulu. Tiba2 je semangat nak jadi pendidik ni berkobar2, sampaikan aku dah tak terfikir dah nak jadi engineer ke arkitek ke macam dulu2.
Masa isi borang UPU, pilihan nombor 1 hingga 8, semua aku pilih pendidikan. Aku jumpa cikgu Mazian kasitahu dengan gembira yang aku nak jadi pendidik, nak jadi guru yang baik macam cikgu mazian. Cikgu nasihatkan aku supaya pilihan ke-8 jangan letak pendidikan, takut kuota guru yang nak diambil dah cukup, langsung aku kena tendang ke course2 yang tak elok. So, pilihan ke-8 aku pilih Sains Kimia.
Masa aku matriks jugak, kakak aku dah balik dari Jepun, dan dah kerja. Kerja dia busy sangat2 keluar pagi2, balik lewat petang. Masa tu dia baru kahwin, tengah pregnant anak sulung. Dia cerita kat mama, dia takde masa untuk family, dan tak sanggup nak besarkan anak dengan cara hidup macam ni. Masa Syaef lahir, lagila bertambah rasa aku nak jadi pendidik, lepas tengok cara hidup kakak yang sangat chaos itu.
Kakak keluar rumah pergi kerja pukul 8. Syaef dia hantar pergi rumah pengasuh, kat depan rumah je. Masa dia hantar Syaef, budak tu tengah mamai lagi, baru bangun tidur. Balik rumah lewat petang, ambil Syaef, budak tu dah siap mandi, dah siap makan sume. Lepas balik tu sementara nak urus2 diri, nak makan ape sume, dah pukul 8, pukul 9 Syaef dah rengek2 nak tidur. So, bila masa nak jaga anak? Berapa jam sehari dia dapat bermesra dengan anak? Nak merasa mandikan anak pun tak dapat oke.. Kakak sangat sedih dengan life dia, so dia decide nak kerja flexi hour, lecturer. Masa pregnant 2nd child, dia terbang balik ke Jepun untuk sambung belajar.
Membesarkan anak masa belajar sangat2 best, sebab kita ada masa untuk anak2. Lagi2 kalau duduk oversea, memang rasa dekat je dengan anak2. So aku memang da tekad nak pilih untuk jadi guru. Bukan aku nak cakap jadi guru ni tak busy, Tapi takdela balik lewat petang kan. Atleast, lepas balik sekolah, boleh gagah lagi nak masak lauk dinner yang simple2 ubtuk suami dan anak2.
Lepastu terus datang satu prinsip dalam hidup aku, kalau perempuan tu tak kerja tinggi pun, kalau tak berjaya belajar ke peringkat tertinggi pun, tak semestinya dia tak berjaya. Apa definisi 'berjaya dalam hidup' aku? Pada aku, kalau kita berjaya jadi pendorong kepada suami dan anak2 untuk berjaya, itu dah dikira berjaya bagi aku. Tanpa isteri/ibu disisi, tak mungkin seorang suami ada cukup masa dan ada semangat yang membara untuk sambung belajar sampai peringkat tertinggi. Kalau anak2 anda berjaya dalam pelajaran, di sebalik kejayaan tu ada seorang ibu yang sentisa mendorongnya, memberi semangat dan menemani si anak belajar. Itupun dah dikira satu kepuasan dan kejayaan bagi seorang wanita, bila dia jadi pendorong untuk orang2 yang disayanginya berjaya dalam hidup.
Jadi, kalaupun aku tak berjaya jadi arkitek atau engineer, atleast, aku ialah seorang guru yag pernah memberi secebis ilmu kepada anak2 murid aku untuk dia jadi apa yang dia ada sekarang. Got what I mean? Itu pun dah dikira 'berjaya dalam hidup' bagi aku.. So, aku tak pernah rasa menyesal dengan apa yang aku pilih sekarang.
Bak kata seorang motivator masa kursus Latihan Mengajar, gurulah satu2nya profesion yang sentiasa diingati dalam doa. Contohnya, murid2 akan berdoa "Ya Allah, ampunilah dosa2 kedua ibu bapaku, keluargaku, GURU2 ku, serta muslimin dan muslimat"
Tak pernah ada yang mendoakan yang macam ni kan:
"Ya Allah, ampunilah dosa2 kedua ibu bapaku, keluargaku, GURU2 ku, pegawai2 bank ku, arkitek yang membina rumahku, serta muslimin dan muslimat"
Okaylah, nilah cerita aku, kenapa aku pilih untuk jadi guru. Dan aku harap aku akan jadi seorang guru yang baik, ikhlas, jujur, dan tidak lokek ilmu.
Notakukukaki: Ini hanyalah perkongsian dan pendapat peribadi aku. Kepada bukan guru yang membaca blog ini, aku tak bermaksud nak menyinggung sesiapa ye... Apa2 pekerjaan pun mulia asalkan kita mengamalkan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya =)
Bai bai bai! =)
9 comments:
kdg2 geram gak bila org2 dok ckp.."la kejha cikgu ja, bljr tinggi2"..tp diarg xtau betapa rmai nak jd cikgu xdpt..betapqa mulianya kerjaya tu..nway i'm happy to be a teacher..=)
mila: xpe mila, yg penting kita tahu dan ada sebab tersendiri kenapa kita pilih kerjaya kita skrg. Kalau nak kaya, cari calon suami yang kaya, betul tak? kekeke..
kt cni xda butang like ke lynn??? heheh... like!!! =)
komen ko kt mila tuh mcm nasihat mak ak kt ak dlu...msa nk pjuk ak amek cikgu...haha
jibah: butang like takde, boleh komen je. kekeke..
nampaknye aku dgn mak ko blh geng. ko kena paksa ke jadi cikgu nih?? hoho.. blh la cerita edisi ko plak nanti yep!
hehee..sibuk la jugak kan! haha.time free2 lagi ni bleh la aktif mengomen2 di blog..mane tau nnt bz..mmg bz pon nnt..hehhe..bersedialah! hehee...
nape aq jadi cikgu?
sebab nasihat si dia!
Sekian.
haha...('',)
lynn..aq xingat pe2 pon time blaja kat matriks..huhu..kite dekat je...ceq KMK gak..tp matriks kedah, changlun. haha..hehee...blaja best je tp xdelah best sgt..hehee...yang aq ingat lctrr bio aq laki, time duk kalut isi upu ramai la students duk tnya die course pe yg bagus n menjamin, sorang chinese ni nak amik biomedic, die direct dkp, huh, saya amik biomedic la, xdekeje, tu jadi lctrr matriks ni, last2 amik cikgu gak, pendidikan gak terjamin. hoho..maka aq pon tmabah yakin la ngan pendidikan ni..kekeke..heheee...
huhu.. masa aku kasitau mama aku yg aku nak amek pendidikan, macam2 cabaran guru mama aku cerita. tugas2 perkeranian also.
mama aku pun da warning awal2 kerja cikgu bukan senang macam semua orang fikir. sebab otak kita akan sentiasa berfikir tentang sekolah+students, walaupun kita ada kat rumah. contohnya masa kita ngajar, learning objektif tak dapat dicapai, lebih separuh students tak faham topik tu. kita akan jadi risau and fikir,fikir, fikir, apa the best solution. sebagai cikgu kita akan rs sikit frust sbb students tak faham apa kita ajr tp kalau students faham, dalam exam blh jawab, itulah kepuasan seorang guru. huhu..
masa kita LM pun mcm tu kan. asal habis waktu sekolah je excited duk cerita pasal kerenah students kat kwn2. hehe.. klu ada masalah pun kita mtk pendapat guru lain and kwn utk kasi idea/jln penyelasaian.
Bella: huhu.. kelakar la ko ni, kecik2 lg korang da merancang ms depan dgn teliti yep. hihi comei jek..
asal ko tak igt pape time matrix. bz beno belajar yek. hehh..
asal jauh sgt matrik ko. asal xmtk dkt2 umah jek
hehee...ayahnya guru besau maknya nurse die nampak la pe realiti kehidupan, pe yg sesuai tuk perempuan dan keluarga...i'allah itu yg terbaik tuk saya dan kami...('',)
hmmm..xla bz blajau, biase je, tp ntah la, xde pe2 event yg terlalu menyentuh jiwa smpai melekat kat long-term memory kot..hehee...mmg tu 1st choice aq..saja nak merantau..lagipun akak aq pon KMK gak b4 aq..hehe..die kuar aq masuk..hehee
ok, excited baca ko punya journal on how-i-decide-to-be-a-teacher..hehe.. teringin la plak nak buat edisi aku wpun ak xberapa nak sure knp ak amek bdg ni and to be honest , this is not what i really want. tapi akhirnya, ak terjatuh chenta dgn ini bidang after ak amek educational pysco ms 1st yr n i'm so hepi with what i've chosen =)
nas: jenuh aku fikir sape miss cheezy cake ni.. ko rupanyaa.. hehe..
apalagi, buat la versi ko pulak. aku sukaaa nak baca hehehh.. tulah, ramai gak kawan2 SEP ni yang aku dengar, minat nak jadi cikgu ni tak datang sendiri dalam diri dia. Kebanyakannya mesti atas paksaan parent atau kebetulan. But, end up they loveee to be a teacher =D
Post a Comment