Belanja Kahwin Part 1
Hai, hehe.. rupanya tak rugi jugak aku tulis entry semalam. Sebab petang semalam, tiba2 DOE, yang dah lama tak update blog ni call aku tanya pasal kos bertunang. Kebetulan sungguh! hehe..
Okay, hari ni nak cerita pasal belanja kahwin pulak.
Untuk belanja kahwin ni, dah bahagi tugas dengan mama. Mama setlekan khemah kahwin, catering pada hari resepsi, dan doorgift. Aku bajet tetamu yang hadir sebanyak 700 orang sahaja. Sebab, aku bajet kawan2 yang datang hanya kawan sekolah rendah, menengah dan kawan UM je. Selain tu adalah saudara mara mama, saudara mara arwah abah dan kawan2 mama dan arwah abah di Manjung dan Kuala Kangsar. Kawan2 matrik aku ramai orang Kelantan dan Terengganu, so kalau ada yang datang pun maybe sikit sangat..
Tapi kalau dah start bekerja, bajet untuk kawan tu memang kena tambah la kan, lebih2 lagi kalau kau dah tukar tempat kerja 2-3 kali, and kau dah pernah pergi macam2 kursus such as kursus induksi ke, tatanegara ke, yg membuatkan kawan kau bertambah. Kadang2 tak baik sangat pun, tapi sebab kau ada FB dia dan pernah rapat, mestila kena jemput kan..
Khemah kahwin ada 6 tak silap. Tak ingat pulak. Harga pun lupa, tapi mahal sikit kot sebab mama ambil khemah yang arabic tu, sebab kebanyakan canopy servis sekarang dah tak tawarkan khemah biasa. Ada memang ada, tapi company yang ada khemah biasa tu, kotornya jangan cakap, berdaki bagai. Mama memang alergic sikit dengan khemah kotor ni. Yelah, orang nak makan kan bawah khemah tu..
Okay untuk catering, mama ambil untuk majlis resepsi je. Untuk majlis nikah tak ambil, sebab menyempurnakan hajat dan idea arwah abah yang kami tak sempat laksanakan masa kenduri abgyan dan abgday.
Abah cadang masa kenduri abgyan and abgday, menu yang dihidangkan untuk tetamu dipelbagaikan. Tak buat buffet, tapi buat stall or booth banyak2, yang menawarkan macam2 jenis makanan such as ada stall nasi beriani, ada stall laksa dan mee kari, ada stall cendol dan ABC, ada stall nasi ayam, ada stall pencuci mulut, stall satay, dan sebagainya. Dah kira2 kos, memang lebih sikit la, tapi beza tak banyak, sebab bukan semua makanan kat stall tu kita order untuk 1000 org makan, kita order untuk 200-300 orang makan je. Kalau dah pergi 2-3 kenduri, orang pun dah tak larat nak makan nasi kan, nak makan ringan2 je.
Masa tu, mama tak setuju cadangan arwah abah yelah, sebab pelik je kan, tak pernah orang buat. Lepastu takut jugak, orang cakap apa nanti, sebab tak jamu nasi. Hehe..
Lately, memang dah ada orang buat konsep ni. Masa mama reject cadangan abah tu, abah ada cakap, "masa Elin kahwin, abang nak buat jugak"
So, mama just sempurnakan hajat abah yang tak kesampaian tu, tapi still tak berani buat untuk majlis resepsi, buat masa nikah je.
Yang aku ingat menu masa aku nikah tu, ada satay kajang, laksa, nasi lemak, bubur cha-cha, kuih muih tradisional (pulut panggang, putu buluh, koci, etc). Yang lain aku tak ingat sebab tak lalu pun nak makan time tu. Dahla kena heret makan dengan FIL, MIL and makcik2 belah abang, tersipu2 aku. hoho..
Okay, untuk catering, walau tetamu budjet 700, order makanan untuk 900-1000 kalau tak silap sebab untuk satu kad kahwin yang kita keluarkan, tetamu yang datang mungkin 2, mungkin 3, atau mungkin 7! hehe.. yela, dah jemput seisi keluarga kan. Yang ni korang jangan risau, orang catering tu tau la cane nak kira and consult korang nanti.
Aku rasa, bab makan2 ni, kena spend dalam RM10k atau lebih gak la. Tengok harga catering, menu pilihan dan jumlah tetamu yang hadir. Standard sekarang 1 kepala dalam RM8-RM10. Yang penting, jangan berjimat bab makan. Orang akan ingat sampai bila2 kalau makanan kau tak cukup, tak sedap (daging liat, ayam keras etc). Diorang ingat bukan sebab apa, just untuk jadi peringatan je, 'janganlah kenduri anak aku nanti jadi macam kenduri sipolan, lauk tak cukup, terpaksa kupas telur rebus, ayam keras, kari nak basi, nasi mentah..' or 'jangan ambil catering dengan sipolan sipolan, lauk tak sedap..macam kenduri si peah tu..'
And macam aku cakap jugak, makan untuk saudara mara, jiran2, kena kira jugak. Dan untuk hari nikah jugak =)
Okay, habis bab makan. Masuk bab doorgift, untuk tetamu biasa, kasi telur rebus je. Sebab bajet doorgift RM1 je untuk tetamu. heheh.. Bekas yang isi telur tu beli kat Nilai 3. Satu bekas jatuh dalam RM0.30 kot. Campur hiasan, mama buat sendiri, and campur telur, total up satu doorgift jadi RM1.10. Buat 600 bekas. Means total ialah RM660. betul ke aku kira? hehe..
Ni bekas telur before hias. Dah hias takde pulak gambarnya.. |
Untuk kanak2 kasi coklat n sumi dalam uncang. Uncang beli kat Nilai 3 jugak, satu harga RM0.08. Total sekali coklat dalam RM0.80 camtu. Buat 200 uncang. Total = RM 160
uncang |
Untuk rombongan, kawan rapat dan saudara mara, kasi balang IKEA. Ala, yang RM7.50 dapat 4 tu. Dah campur hiasan dan isi dalam tu coklat, modal satu lebih kurang RM2.80. Buat 110 balang kalau tak silap. Total jadi RM310
chocolate akak sponsor, spices jar IKEA. |
Totalbelanja untuk doorgift lebih kurang RM1200.
Oh ye, masa hari nikah, tetamu yang hadir dapat coklat yang ada tulis nama aku dan abang. Yang tu, kakak sponsor. Untuk tempahan, boleh tengok CHOCOLATE WORDS. Owner dia Kak Hanis, ex-roomate kakak masa kat MRSM dulu..
Okay, setle bab doorgift. Kita pergi hal dalam bilik pulak nak? Bilik aku share budget dengan mama. Macam langsir, bunga macam tu, guna duit mama sebab mama nak guna untuk rumah pulak kan after tu. Tapi macam carpet, bedsheet, bantal, semua guna duit aku, sebab aku nak bawak balik rumah sewa kan.. Deco backdrop pun guna duit aku, tapi backdrop yang langsir mama punya.
Aku deco sendiri ni tau! Buat sorang2 je. |
- Bunga panjang kat atas langsir n kepala katil, pinjam Kak Ian (SIL) punya. Reused je..
- Kalau korang perasan kat langsir tu ada macam crystal jurai2 tu, reused masa bertunang punya. Satu jurai tu RM4.90 kalau pandai cari, aku beli 4 jurai.
- Flower ball tu beli kat Ipoh, di Jalan Kuala Kangsar, RM9.90 satu. Jenuh aku survey, kat KL kebanyakannya RM15.90-RM19.90 satu
- Dekat kepala katil ada spotlight, beli kat IKEA. Kalau tak silap harga satu dalam RM15.
- Bedsheet beli kat SOGO. Gila susah nak cari sebab mostly bilik pengantin sekarang guna bedsheet kain satin. Aku cari yang cotton sebab boleh guna after kahwin pun. Kalau satin dah la berkilat, tak best pulak tu untuk kegunaan harian (aku cerewet untuk berbelanja)
- Sarung bantal kecik2 beli kat Sogo jugak. Beli satu set dengan table runner 2helai untuk letak kat meja solek dan kaki katil.
- Bunga dan langsir mama punya, kos bunga tu mahal gak. Tak ingat berapa.
- Owh, aku beli carpet jugak, kat Nilai 3. tawar punya tawar, gila banyak orang tu kasi diskaun, hampir 50% gak la. hehe.. Carpet aku beli sendiri sebab nanti boleh bawak untuk rumah sewa aku kan.. Ada lagi satu carpet lagi aku beli, tapi yang murah punya.. Tapi carpet tu still kat rumah.
Okay, simple je bilik aku. Sebab aku suka yang simple. Betul! Kalau boleh aku nak sesimple mungkin. Aku tak suka baju kahwin yang meleret2 dan sarat sangat hiasan. Plus, korang tau tak baju yang meleret2 ni dilarang dalam Islam? Aku pernah jumpa dalil dia, kalau tak silap aku, dilarang sebab baju meleret2 ni macam menunjuk2, angkuh. Correct me if I am wrong.
Oh ye, jangan lupa servis aircond, dan beli pewangi untuk bilik dan toilet ye.. =)
Eh, lagi satu aku nak ingatkan. Kalau korang nak deco bilik sendiri dan memang dah survey lama gila untuk buat design macam tu, aku suggest korang buat sendiri bilik tu SEBELUM SAUDARA MARA KORANG DATANG ke rumah korang. Buatlah dengan kakak or adik beradik je. Sebab bila dah banyak tangan sentuh, banyak kepala kasi idea, boleh jadi lari dari idea asal tahu. So, might be at the end korang tak puas hati dengan hasilnya. So, to play safe, done it earlier. Ambil gambar dan tenung gambar tu lama2 untuk tengok okay ke tak. Takpe ini kan majlis korang, sekali seumur hidup, just do it the way u dreamed it! InsyaAllah satisfied biar apa orang kata. =)
Roughly, aku keluar duit +/- RM1000 untuk bilik. Aku rasa kalau campur langsir2 semua tu, campur upah jahit langsir, maybe +/- RM2000 kot..
Okay, dah habis, part bilik. Panjangnya!! Banyak lagi ni aku nak share. Hm nampaknya kena ada part 3 gak ni.
Last, aku nak share part pelamin. Maybe korang tak hingin pun pelamin macam aku. tapi takpelah, aku letak je.. =)
Untuk pelamin ni, memang ada sengketa besar antara aku dengan kedai pelamin tuh. Perghhh.. memang geram gila la.. Sebab mula2 tu, aku mintak kerusi yang macam sofa takde tempat sandar tu. Ala, macam ni:
Pic googled |
Tengok, comey kan kalau kerusi macam tu? Yang lain sume dah lebih kurang sama dah dengan pic bawah. Tapi pelamin bawah ada 3 panel la.
Masa aku order tu dia cakap ada kerusi tu. Aku pun percaya la ada sebab dalam album gambar pelamin tengok ada. Aku dahla busy nak exam, nak LM ape semua, memang masa nak balik Manjung sangat limited. Sekali 2-3 hari before majlis masa aku pergi follow up, dia blh cakap kerusi tu dah kotor dan rosak. Ada lagi satu yang macam tu, tapi warna merah. MERAH oke! Kalau baju aku warna putih ke cream ke boleh terima la pakai kerusi merah, ni baju aku warna HIJAU. Pergh, memang hangin gila la.. Awal2 taknak cakap, last2 minit macam ni, nak cari lain pun tak sempat, deposit pun dah bayar.
Korang tengok pelamin aku tu, memang tak balance langsung kan? Kerusi besar bapak. Frame pelamin tu dahla tak lebar mana. Dahtu pun, ramai lagi kata pelamin aku cantik. Nak sedapkan hati aku la tuh.. Nasib masa hari nikah, photog aku tu buang kerusi atas pelamin, letak chior je. Okayla jugak masa tu..
Hm, pelamin simple ni, kalau tak salah aku harganya RM850. Aku tak ambil pakej. Kan ramai orang ambil pakej baju lelaki dan perempuan-makeup-pelamin-bilik tidur. Nanti next entry aku cerita kenapa aku tak ambil pakej, oke..
I think this is enough for now. Macamla ada orang nak baca or buat rujukan entry aku ni. Kalau ada orang baca pun, panjang sangat, orang skip2 je nanti. Hm, stop sini dulu, Bye! =)
Nota kuku kaki: Aku baru jumpa gambar2 yang boleh di share masa aku bertunang dulu. Nanti aku update part 1. Kalau rajin gi la tengok lagi sekali ye.. =)
4 comments:
for sure aq follow up! =D
thanx! =)
Haha..byk ilmu leh dapat ni. Sumpah x skip.. kahkah
hehe.. bestnya ada orang baca, rasa berbaloi membazir masa mengarang menda ni. Thanx semua! =)
Post a Comment