Sunday, January 23, 2011

To-Do-List Before Posting

Bismillah...

Hai! Kenapa saya rajin update?

Sebab di hari Ahad nan bersejarah ini, suami saya pergi ofissss!!!

Sila take note ye. Abang telah bekerja 6 hari seminggu. Pergh, tu kerja dengan kerajaan tuh sanggup pergi kerja hari Ahad. Cuba kalau abang ada company sendiri. Agak2 sikit lagi boleh dapat title Dato' dah ni. Mesti aku kaya raya shopping kat KLCC sebab kerajinan suami. Haks haks haks. Cukup verangan Lynn!

Owh sebelum tu nak mengabadikan kenangan kat blog ni, yang hari Jumaat lepas abang berjaya lulus exam PTK. Alhamdulillah,, lulus gred B, ambil masa sikit nak naik gred/pangkat. Abang cakap kalau lulus gred A, cepat je naik takyah tunggu2 dah. Aku pun tak faham sangat bab2 ni. Bab2 habiskan duit aku expert la. hehe.. Congrats abang! Tahun depan naik pangkat lagi yep! ohhoho

Esok result posting keluar. Kalau dapat kat tempat selain Putrajaya and KL, agak2 apa reaksi aku esok ye? Undefined.

Ada beberapa item yang aku kena beli before pergi sekolah:


  • Kasut kerja tak tinggi sangat : kasut aku sume heels dia dah tak sesuai untuk aku pakai sekarang. Semalam dah survey2 yang murah2 punya kat Bata, nanti tunggu abang gaji boleh pergi beli hehe
  • Botol air BPA free : hari tu memang dah ada, tapi tertinggal kat Penang la pulakk..
  • Petty coat (kain dalam) : Ada satu je dalam simpanan. Mana entah yang lain. Kena beli dalam 2 helai lagi, sebab tiap2 hari nak pakai kan..
  • Eco bag/ shopping bag yang comel2 untuk bawak buku. Kat rumah banyak, tapi semua ada cop PMWP. Takmooo tak cool. hehe..
  • A4 paper : Beli satu bungkus cukup. Kot2 dapat posting StJohn ke kan, dapat kertas free. Fotostat pun free je. hoho heaven. Jimat duit.
  • Marker (optional) : Yang masa LM punya ada lagi, tapi beli je lah satu ke buat spare. Tak pun nak beli Artline refill je, in case sekolah sekolah takde sedikan refill kan 
  • Nak topup touch n' go
  • Nak duplicate kunci rumah : ada satu set je, lepasni kena ada sorang satu sebab aku pergi awal, and aku balik dulu
Hm, tu je lah yang aku terfikir buat masa ni kot. Basic needs je yang terlintas kat dalam fikiran. Ada siapa2 nak tambah?

Baju2 kurung dah setle dah. Boleh la rotate2 pakai sampai my pregnancy masuk 5-6 bulan kot. Kalau dah besar lagi nanti, dah tak sesuai nak pakai baju kurung, unless yang besar la. Kena tengok gak keadaan sekolah nanti. Strict environment ke tidak. Macam SJI dulu, cikgu2 boleh je pakai heels, wedges, asal tak flat la. Lepastu boleh pakai skirt (long/ tak terlalu short) with blouse yang bersesuaian. So, kalau aku da bosan sangat dengan baju kurung plus dah habis bosan nak rotate, boleh pakai long skirt and blouse gak.

Hm, ape lagi ye.. Ha, agak2, mesti tak sempat nak test drive ke sekolah kan untuk bajet masa perjalanan? Sebab 7hb dapat tahu sekolah, terus kena pergi sekolah untuk lapor diri. 8hb terus kena pergi sekolah untuk mengajar terus kan? Isy, buatnya dapat sekolah kat tempat aku tak familiar, boleh sesat barat aku nanti. Even dah pergi masa melapor diri semalam pun, tapi kalau drive subuh2 buta tu, confirm jadi lain punyalah. Dahla sesat, dah lambat plak tu, tambah stuck in traffic jam pulak ke macamana? Agak2 masa tu mesti aku terus melencong pergi Midvalley muehehehe call sekolah kasi la alasan apa2. Agak2 dah kena fikir dari sekarang ke eyh alasan tak pergi sekolah 8hb? =P

Nanti aku nak keluar rumah pukul berapa yer? 0630 sempat tak? Nak bangun pukul berapa? 0530am? So kena tidur pukul 1030pm ke? Oh tidaks.

Lepastu, sekarang aku kena praktis iron baju kerja abang + baju kerja aku untuk seminggu terus kot kan? Kena start hari ni la kan iron baju kerja abang untuk seminggu? Selalu tu, aku iron lepas sembahyang subuh, sementara abang mandi. Tapi nanti aku yang keluar rumah dulu dari abang.

Hm, dah deal dengan abang, siapa yang tempat kerja lagi dekat, kena bawak Abg Wira. Sebab Abg Wira ni dia uzur sikit, lambat puck-up gear dia. Kang kot2 la dapat Putrajaya, mau sejam baru sampai ape kes? Waktu pertama P&P pun dah habis time aku sampai nanti. hiks..

Nampaknya, dah kena rangka jadual harian ni. Malam2 nak buat apa, balik kerja nanti entah pukul berapa lah ye.. Dah kena ready energy dah, kalau tak nanti balik2 kerja terus flat. Nak kena praktis menjerit dah ke? Serius ambil masa nak keluar suara yang kuat tu. Masa LM dulu, ambil masa seminggu gak la nak keluarkan suara yang kuat kat dalam perut tu. Sampai cramp2 abdomen aku menjerit dahla student all boys. Dah seminggu, kemain lagi menjerit sesaje mentang2 suara dah kuat! hoho

Okaylah, stop sini dulu. Kawan2 yang baca, feel free to add anything ye! Bai bai bai

Selamat kembali ke sekolah! Pic with form 1 students, teaching science

2 comments:

Noor Nabila Jasni Teoh said...

wahhh..lagi advance! hehee...cara persediaann kita berbeza la lynn! org bujang lain la, kene beli sabun basuh semua untuk rumah sewa, almari baju la rak kasut la..nak cari umah sewa lagi..huhu..sempat ke nak cari umah sewa b4 posting! huh! pelik la kenapa xleh tau specific schol b4 posting? apa reasonnye diorg bgtau last minute ha?ada idea???

lynntaib said...

itulah.. buatnya dapat jauh2 sikit kan, sempat ke eyh nak setle semua,, maybe bergantung pada budi bicara pengetua sekolah tu kot kan...