Sunday, January 16, 2011

Encik Posmen, Jangan Datang!

Bismillah..


Semalam, aku dekat midvalley dengan Kak Ian (SIL). Baru nak keluar F.O.S, ada unfamiliar number call. Rupanya Hanim, kawan baik masa kat UM.


Hanim cakap apa tah, aku tak faham. Dahlah tengah tolak stroller Farish, ada muzik2 lagi, Hanim plak cakap sambil tergelak2 or to be exact dalam nada cuak campur gelak.


Terpaksa cakap 


"eh, eh, eh, sabo sabo. cakap satu2."


Dia pun gelak dulu kasi habis lepas tu cakap sebutir2


" Saye. Dapat. Posting. SARAWAKKKK."


Erkk.. Sarawak apekah? Lepas tu dia sambung gelak balik


"Camane ni, tangan saya still shaking since bukak surat tadi. Kamu kat mana tuuu... tak bukak facebook ke, tadi keluar rumah pukul berapa, posmen dah datang belum masa keluar rumah"


Hadoi...


Hm, pagi ni, bukak fb, tengok status update kawan2 SEP. Seingat aku, masa budak2 UPSI, USM sume posting baru2 ni, yang dapat pergi Sabah Sarawak memang dapat surat dulu. Yang dapat peninsular tak dapat surat, diorang akan cek online je.


So, baik aku mengharap posmen tak datang Isnin ni. Sekali bukak2, 'TAHNIAH, ANDA DITEMPATKAN DI SABAH'


Tak mauuu.. Aku nak cek online je, maklumlah, aku kan dapat PUTRAJAYA. Hehe nak gak tu Putrajaya dia. Tah boleh tah tidak. 


To Hanim, I tahu u boleh survive di sana. U kan strong. Mesti U boleh kuasai bahasa Sarawak dalam masa 6 bulan . Cayalah! Ganbatte dear!


Info:(Hanim kalau dengan aku cakap Perak, dengan orang Sabah dia cakap Sabah. Dengan orang utara dia cakap utara. Hebat tak? Dia senang pick up loghat negeri lain. Tapi akudah 5 tahun kawan dengan dia -since matriks- jenuh dia terang vocab Kelantan kat aku, lampi gak lagi muehehehe)


Okay last remind: ENCIK POSMEN, JANGAN TEKAN DOORBELL RUMAH AKU!

No comments: