Sunday, January 2, 2011

Trilogi Cinta

Bismillah..


Hm, korang suka tak baca novel? As for me, aku suka baca novel yang ada pengetahuan. Means, bila kita baca novel tu, kita dapat ilmu dan input baru.


Selalunya, aku akan pilih novel2 keagamaan and latest, baru habis baca novel karya Habiburahman, Bumi Cinta. Aku ni suka dan minat sangat nak mendalami bidang2 agama malangnya bila selak buku2 agama abang, samalah diibaratkan bagai menyorong bantal dan selimut ke kepala aku ni. Memang fail lah nak baca buku2 ilmiah ni. Hehe..


So, bila baca novel, kita dapat ilmu dalam cerita. Jadi, aku suka. Kebanyakan novel aku berkisar tentang keagamaan dan kekeluargaan. Novel cinta Alaf 21, minta maaf ye. Hlovate yang ramai orang suka tu pun aku tak berapa boleh 'in'.


Novel kekeluargaan paling aku suka, 3 buah novel karya Sharifah Abu Salem, iaitu Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi.


Aku ada semua novel ni. Memang naik sheikh la baca novel ni, sebab macam real je dialog and jalan cerita dia. So, masa aku baca ni aku selalu terfikir kenapa takde orang nak jadikan novel ni drama ye.. Kalau ada mesti aku nak tengok.


Tadi tengah makan bihun, tengok ada iklan kat tv promo cerita pasal orang gaji. Last tu dia cakap diadaptasi dari novel Sharifah Abu Salem, iaitu dari ketiga2 novel di atas! Hero dia Rosyam Nor. Fauziah Ghous heroin. Waaaa!! Nak tengok! nak tengok!!


Jom korang, kita tengok sama2 oke! Setiap hari Ahad, Isnin dan Selasa jam 1000pm, TV1. 


Tapi aku taknak la expect lebih2 cerita ni, sebab selalunya cerita yang diadaptasi dari novel ni tak se-best dalam novel. Contohnya cerita My Sister's Keeper, Ayat2 Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih. Ada je yang kita rasa tak kena kan.. But, tetap nak tengok jugak! Tak sabar nak tahu siapa budak tecit yang berlakon jadi Amira dan Balqis (anak Razif) dan siapa jadi Bad (adik ipar Razif)


Okay, tu je nak kabo.
Tak sabar! =)

No comments: