Monday, January 10, 2011

Belanja Kahwin Part 3

Bismillah..


Belanja Kahwin Part 1
Belanja Kahwin Part 2


Hai! hehe.. lama betul ambil masa nak sambung part 3 ni kan. Sampai dah terlupa berhenti kat mana hari tu. Jap ye nak refresh part 2 jap =P


Hm, hari tu ada janji nak cerita kan kenapa aku tak nak ambil pakej2 yang boleh menjimatkan tu.


First reason is, semua kedai bridal boutique kat Manjung ni adalah macam pffttt! Sebab apa tau, sebab, kalau kita nak try baju, kita kena letak deposit RM300. Deposit tu takkan dikembalikan sekiranya kita tak sesuai dengan baju2 kat kedai tersebut. Aku rasa, hampir semua boutique yang aku pergi macam tu, except 2 buah boutique yang kita boleh try baju2 tersebut, malangnya 2-2 kedai tu takde baju yang aku nak.


Kita mestila cerewet sikit kan nak pilih baju. Tambah2 aku ni tak suka fesyen yang meleret2, yang tangan kembang boleh masuk dalam kuah kari, dan paling penting nak cari warna hijau lumut. Kadang2 baju tu kita tengok cantik, tapi bila dah pakai nampak gemuk la, nampak bontot besar la. Kadang2 masa gantung nampak biasa je baju tu, tapi bila dah pakai macam eh, cantiknya aku pakai! Serius! Nanti korang akan rasa macam tu. So, to play safe, aku pergi sewa baju kat Ipoh. Puas hati aku! Semua warna ada. Cantik2, fesyen macamana kau nak semua ada.


Takde gambar baju yang close-up


Okay, untuk baju, sewanya salam RM450-RM650 (tak ingat) kot include baju lelaki+perempuan, aksesori, bunga tangan, kasut (tapi aku tak guna kasut tu)


Perfectly fit me


Okay, tu bab baju. Bab make-up pulak, aku nak orang yang make-up aku masa tunang tu jugak yang make-up masa kahwin. Aku puas hati guna khidmat dia. So, ambil make-up kat akak biasa tu je lah. Yang penting akak tu memang original wanita. Tak mungkin aku nak make-up dengan 'abang-kakak', which is dah sah2 kau lelaki, tapi nak suruh panggil kakak. Errkkk.. 






Lepastu, korang kena cari make-up yang camera-friendly. Means, kalau dalam camera pun, nampak natural, tak nampak putih bersepuk macam make-up aku kat Penang tu. Perghh, make-up kat penang tu, pakai baju warna oren, tiba2 bawah mata dia letak eye-liner warna biru. Apekahh?? Walaupun aku ni make-up masa kahwin je, tapi aku rasa benda tu tak betul. Kenapa biru? Kenapa? Kenapa? *nanges*. Make-up ni kadang2, masa depan2 nampak cantik, tapi dalam camera macam opera cina . So, kena hati2..


Kakak ni cakap, even kerja dia make-up orang, tapi dia tak pernah make-up selain masa hr kahwin dia. huhu..




Untuk make-up, RM300 untuk satu session. Means, RM600 la sebab aku make-up 2 kali, nikah dan resepsi. Kalau nak jimat, buat nikah pagi, salin baju, terus resepsi. Tapi mama aku tak kasi sebab kelam kabut. Buatnya tok kadi lewat ke apa, tetamu dah datang, kang buat tambah nervous je.. Tapi still, aku rasa kalau buat nikah pagi, lepastu terus resepsi, jimat sangat banyak. Jimat tang makan, make-up, doorgift, bla bla bla..


Final touch-up




Sebab tu aku tak ambil pakej, sebab aku cerewet. Susah nak jumpa yang semua dalam pakej tu kita puas hati ikut taste kita semua. Susah. Mesti ada satu yang kita tak puas hati. Macam pelamin fesyen lama ke (pelamin aku fesyen agak baru tau! kerusi besar tu punya pasal ciss!!!), make-up berminyak ke..


Owh, masa search2 untuk deco bilik, aku jumpa blog from oversea, dia deco khemah tetamu dia dengan lantern. Terus aku rasa macam cantikkk sangat plus tak de orang buat lagi! Mari aku nak buat! Hehe.. Gigih gila cari tempat jual lantern yang murah. Search punya search, rupanya kedai tu dekat area Petaling Street. Senang la aku nak beli sebab masa practical, aku memang lalu jalan tu masa balik sekolah. Haga memang murah, satu yang hijau tu tak dalam RM4.50 rasanya. Harga dia ikut size. Macam2 warna, corak dan size ada. Kalau ada siapa2 berminat, boleh tanya aku nanti ye.. Aku sukaaaa sangat deco lantern tu kat meja makan pengantin =)








Okay, tertinggal pasal baju nikah. Baju nikah, aku tempah. Sebab, yang untuk sewa tu, macam meleret2 sangat pun ada, yang pendek pun ada, yang seksi pun ada, lepastu warna putih kan, senang nampak kotor dan lama. Yang kat bridal boutique kat Ipoh tu, masa dah pakai okay je, tapi masa gantung tu aku nampak macam lusuh gila. Sebab aku cerewet, aku tempah. Hehe.. Aku tempah kat Shah Alam, boutique apa tah lupa. Tapi specialty dia sebenarnya in maxi dress and caftan dress, dia banyak sponsor untuk tv3. Tapi aku suka design baju dia yang simple tu.. So, tempah kat dia je la.


Simple dan suci. I like! Eh, nape abang nampak macam lebar sangat.




Baju tu, sekali kain dan tempah, RM300. Lepastu aku beli beads dalam RM50, aku jahit sendiri kat lengan and bahagian hadapan baju.


Tudung masa nikah, beli kat Anggerik Avenue. Beads kat tudung tu pun jahit sendiri,tapi bukan aku jahit, makcik (wancu) aku tolong jahit.


Saje nak tunjuk beads kat tudung =P




Apa lagi ye...... Hm, ha! photographer! Fuh fuh, untuk photog ni, aku memang dah survey lama dah sejak before bertunang lagi. Sebab budget ciput, jadi kena la lama sikit pilih kan. Memang semua  photog services yang aku minat aku akan e-mail diorang mintak price quotation, mintak detail such as berapa orang photog dia akan kasi, kalau dia datang dari jauh, dia punya penginapan kita kena sediakan tak, dia ada hour limit tak.. semua kena tanya. Tapi, tapi, tapi, semua over budget aku. Hehehe.. Boleh tak aku budget RM3000 je. Memang tak lepas la kan.. 






Plus, kena cari dengan photog yang kita ada connection or kawan yang kenal somebody dalam company tu, Faham ke aku cakap ni. Sebab apa tau, sebab ada kes photog tak datang masa hari majlis!! Wehh, takutnyee.. mana kau nak cari ganti. Dahla deposit dah bayar. So, kalau kita kenal photog tu, dia tak buat hal la. Kalau photog yang dah femes tu, memang selalunya takde masalah kecuali masalah aku sendiri, which is tak cukup budget!






Oh ye, walaupun aku letak budget RM3000 untuk photog, tapi masa last minute aku decrease the budget to RM2000 sebab aku fikir balik, aku sorang je yang excited nak bergambar2 ni. Abang kalau boleh memang taknak okeh. So, masa tu aku fikir, jangan harap abang nak posing2 loving macam gambar2 yang aku tengok. Yup, memang betul pun! Apa yang photog aku tu suruh buat, kalau dia rasa menggugat kemachoan dia sebagai askar konon2, akan abang reject tanpa rasa bersalah. Nasib baik photog aku tu open minded gila.






Kalau korang tengok gambar abang masa resepsi kat Manjung, memang masamm yang amat. Yelah, konon2 tentera tak macho la senyum2 ni. Tapi masa majlis kat Penang, dia punya sengihhhh mak aih, macam dapat bonus 2 tahun gaji! hehehehe.. ops, sori abang! =P


Okay, untuk photog ni, aku tak boleh reveal berapa aku bayar sebab dapat diskaun yang agak hebat gak lah.  Tapi aku rasa kena budget dalam RM3000-RM3500. And, lagi sekali, kalau buat nikah pagi, resepsi petang, jimat jugak tang photog service ni, sebab diorang tak perlu buat kerja 2 hari, tapi, make sure dia punya photographer LEBIH DARI SEORANG sebab kalau kerja sorang2, memang tak mungkin dia dapat cover seluruh event korang. Oh, ini photog company aku hari tu. 


Oh, korang juga boleh ambil perkhidmatan videographer! Aku suka, tapi tak mampu, so, pinjam videocam SIL, and mintak tolong husband Yani je tolong videokan. Ada masa (read:budget) nanti, nak upah orang buat videography. hehe.. Yang paling penting moment akad nikah tu! owhh.. =')


Hm, untuk acara potong kek, aku tak buat kek, memang aku taknak sebab aku tak berapa suka kek. Lagipun, masa kenduri panas2 tu, takde selera la nak makan kek krim2 bagai tu. Buat kembang tekak aje. Kek mahal, dan tak semua orang suka. Kalau nak buat kek, kena buat 3-4 tingkat, confirm tak habis, nak simpan dalm fridge dah penuh takde empty space. 


Kecik je pulut kuning, 3 tingkat




So, buat pulut kuning. Lauknya, makan dengan lauk kenduri yang bermacam2 tu. Simple kan. Lagipun, pulut kuning ni oang jarang jumpa, so atleast, mesti nak rasa gak semulut dua kan. So, memang betul la, even masa hari kenduri tu tak habis, tapi saudara mara nak bawak balik. So, setel. tak membazir. Pulut kuning ni, BFF mama (mama aku pun ada BFF okee), Aunty Zie yang buatkan. Dia dulu cikgu ERT, so memang expert gak la bab2 ni. Aunty Zie uruskan semua pasal pulut kuning ni. So, no worries for mama.


Simple deco. Aku tak suka serabut2.




Okay, da setle kat semua aku bebel. Adalah sikit part2 remeh yang korang kena concern iaitu arc (yang macam pintu gerbang pengantin lalu bawah tu), chior (tempah duduk masa akad nikah, meja potong kek/pulut kuning, pisau panjang untuk potong kek/pulut kuning, tetapkan tugas sape nak kasi doorgift, sape yang uruskan speacial doorgift..


Macam ni la, nak senang, korang buat satu paperwork, untuk divide kerja. Korang buat timetable, lepastu bincang dengan parent, mak saudara ni nak kasi tugas apa, mak cik ni nak mintak tolong buat apa, sepupu ni buat apa. Serius, senang! Print, letak dalam satu file. Bila saudara mara datang, kasi diorang tengok. Tak, diorang tak akan rasa kena buli pun, korang bahagi la tugas ikut minat dorang, ada makcik suka duduk dapur, bagi tugas dapur. Ada makcik kreatif, bagi tugas deco meja pengantin. Ada makcik suka bercakap, bagi tugas penyambut tetamu. Surprisingly, diorang akan buat tugas tu sungguh2 tau, sebab dah rasa itu tanggungjawab mereka, dan takde sibuk2 nak cari kerja apa aku nak buat ni.. Takde sibuk2 nak komen kerja orang lain, takut orang komen kerja diorang hehe..


Yani, wancu and Kak Ian (SIL). Yang banyak membantu
Penyambut tetamu paling bz. Abgyan


Sepupu2 kasi tugas buat bunga maggar, isi doorgift, pacak bunga manggar dengan papan tanda arah, pasang langsir, yang kecik2 sekolah rendah tu suruh kasi doorgift kat tetamu. Yang dah sekolah menengah tu dah segan2 sikit nak approach tetamu, so suruh diorang monitor yang kecik2 tu buat kerja. Settle! Sistem ni, arwah abah dah buat sejak dari kenduri kahwin kakak lagi, memang berkesan, kerja teratur je, takde salah faham. 


Bunga manggar on the making




Yang berpenat lelah. Ni je sepupu aku yang kecik. Lain sume tunggu turn nak kahwin


Okay, maka tamatlah perkongsian aku. Segala penat lelah aku menguruskan majlis kahwin, dah aku tulis, nanti2 dah 10 tahun kahwin, boleh baca balik.. ingat2 balik..


Apapun, aku memang puas hati dengan majlis simple aku ni, sebab aku letak full effort aku untuk majlis ni. Semua berjalan seperti yang aku rancang (except pelamin je). Makanan cukup, takde masalah. Biar apa orang cakap, majlis aku buruk ke apa ke, tapi aku puas hati, sebab memang macam tu aku nak. Bukan senang nak buat semua ni tahu.. hehe


Okay, sorry kalau entry ni boring ke, macam perasan ke or apa2 lah.. Ni blog aku kan, ikut suka aku leee.. hehe 


Okay, bye! =)

2 comments:

Cikgu Fieza said...

Waa..part print tugas tu mmg menarik. Nice job dear!

lynntaib said...

hehe.. thanx fieza =)