Friday, January 28, 2011

Haruslah Bersyukur.. *Mood amat happy*

Bismilllah..


Hm... first, thanx untuk kawan2 yang kasi semangat kat aku. You know who you are. Silent readers, Mila and Bella.


Okay, ni kesimpulan yang aku dapat fikir bagi masalah pertama aku


Penyelesaian Masalah Pertama


Setelah difikir-fikir, difikir-fikir, lebih baik aku meminggir. Eh.


Lepas fikir sorang2, walau macamana pun, kita haruslah bersyukur ye tak.. Allah takkan kasi ujian kalau dia tahu hambaNya tak mampu untuk menghadapinya. So, yakin, fikirkan boleh! (poyo) hehe.. Mungkin ada hikmahnya aku dapat sekolah jauh, mungkin tak nampak sekarang, tapi nanti2 aku akan sedar sendiri..


So, alhamdulillah, aku dapat mengajar kat tempat yang aku nak. Aku yang pilih untuk ditempatkan di Putrajaya ataupun di KL, aku dapat apa yang aku nak, alhamdulillah. Sekolah yang aku dapat pun dalam KL, aku yang pilih untuk mengajar dalam KL, kenapa aku taknak pulak kan.. Segambut tu kan dalam KL Lynn sengal... That was my mistake. Sepatutnya aku besyukur..


Penyelesaian Masalah Kedua


Ini lagi masalah. Macamana pulak aku boleh takut dengan students? Tak patut, tak patut.. Hei, buat malu je membuat pengakuan itu pada entry yang lepas. Sepatutnya, I take it as a challenge, and experience. Sekali sekala mencabar diri apa salahnya kan. Aku juga boleh ambil ni semua sebagai pengalaman. Bak kata Cik Bella, 'everyone learns everyday' ye tak.. hehe.. 


Lagipun, aku macam belum terjatuh sudah mengaduh (proverb cipta sendiri. olahan dari sudah terjatuh baru mengaduh). Mana aku tahu students aku tu semua masalah macam sekolah coursemate aku kat Kepong tu? Aku tak pernah sampai pun kat sekolah aku tu. So, don't judge a school by it's neighbouring schools (olahan dari don't judge a book by it's cover) hehehe..


Positif! positif!


Penyelesaian Masalah Ketiga


Okay, ni pun sama, maybe ada hikmah kalau aku akhirnya terpaksa merombak balik plan aku untuk baby. Semalam, aku chat dengan Kak Huda, so aku cerita la masalah aku ni.. Dia pun buka cerita, lately dia banyak dengar pasal kecuaian government hospital. Kak Huda ni kerja kat Putrajaya so ramai la colleague dia guna khidmat HP tu kan.. 


So, ada sorang officemate dia ni, nak bersalin, dia memang buat check-up kat Putrajaya and dah daftar pun untuk deliver kat HP. But unfortunately, when the day come, dia diarahkan untuk ke nearby hospital, Hospital Serdang sebab HP dah full sangat2, no place for her anymore. Tah macamana silapnya, terlewat sampai or something like that kot, selepas bersalin, rahim dia terpaksa dibuang. Sedih oke, rahim tu harta berharga untuk wanita kot..


And baru2 ni pun ada keluar dalam paper, not sure government hospital mana, yang baby orang tu ada masalah. Sebab baby dia besar, lebih kurang 5kg, tak boleh keluar ikut vagina but diorang paksa gak suruh push sambil diorang tarik2 kepala baby tu sampai something critical happen kat leher dia.


Maybe kitorang kena tukar plan untuk deliver kat private hosp maybe? Semalam just thinking of UMSC (PPUM punya private hosp) sounds interesting but memang kena ada bajet la. Huhu.. maybe baby nak mewah2 jek. Cit. 


And, kat sana pun ada nursery yang agak best, kat Masjid Wilayah. Maybe boleh hantar baby pergi sana. Kat sini, tak jumpa lagi nursery yang macam best. Wah.. jauhnya merancang! But, memang kena fikir pun, dah nak masuk bulan 2 ni, 5 bulan je lagi.. Masa berputar dengan laju ohh..


So, aku declare problem aku da agak setle. I just need to be strong! Aku kena enjoy first day aku ke sekolah. Kena bersemangat and positif!


Thanx all.. wish me luck!


Notakukukaki: Ini mungkin entry aku yang last sebelum menjejakkan kaki ke sekolah. Esok cuti, aku selalunya tak meghadap laptop masa cuti sebab sibuk menghadap abang kekeke.. Ahad sampai selasa, we'll going to Singapore yeay!! Rabu dok rumah diam2, and esoknya, khamis sampai sabtu, kitorang g A'Famosa Melaka double yeay!! Nak g Honeymoon seminggu terus hehh.. Sebab tak pergi honeymoon lagi. Seronoknyeee!! Doakan perjalanan kami pergi balik selamat ye kawan2.. Have a nice weekend bai bai bai!! =)


*Mood sangat happy*



Thursday, January 27, 2011

Mood Swing

Bismillah...


Hai hai hai.. Aku baru pulih SIKIT dari perasaan down yang amat sangat ni.. muehehehe..


Semalam, masa tengah prepare breakfast aku try2 la call JPN KL mana tahu kan dapat tahu sekolah. Sekali, pegawai tu angkat yeay!!


Tak payah la aku mention nama sekolah yang aku bakal berkhidmat tu, sebab blog ni blog peribadi aku.. Budak2 zaman sekorang bukan boleh percaya sangat tahap kecekapan IT nya, kang silap2 semua sejarah hidup aku diorang tahu sebab godek2 blog cikgu. Habis jadi bahan plak kang bila aku masuk kelas ish, malu gak tu.. Silap2 aku kena tukar URL blog ni. hehe.. Tengokla, kalau aku sempat nak buat blog yang berinfo sikit untuk students2 aku, aku create another blog for them =)


Lagipun kawan2 yang follow blog aku ni ada fb aku kan.. aku da announce da semalam =)


So, apa yang membuatkan aku down??


Sebab pertama


SMKSB adalah saaaangat jauh dari rumah aku. Analoginya macam ni, kau bayangkan satu bulatan (aku malas nak lukis jadi kita gunakan pendekatan imaginary yep!), bayangkan rumah aku berada betul2 di titik selatan bulatan, dan sekolah tu betul2 berada di titik utara bulatan. Dan yang di antara dua titik itu ialah point2 paling sibuk di KL iaitu susur masuk ke Jalan Maarof Bangsar (sebelah Abdullah Hukum tu), Jalan Travers (yang heading to KL Sentral, Masjid Negara and Dataran Merdeka), Jalan Duta (busy dalam 4-5km sebab upgrade jalan yang tak siap2 sebab nak letak flyover yang panjang gila), Bulatan Segambut (roundabout yang banyak accident), dan seterusnya harus merempuh pekan Segambut pula.


Korang kira la sendiri berapa point yang jam dan sesak tu. Jaraknya kalau ikut google map ialah 20km, extimate driving time is 30minutes WITHOUT traffic problem ye rakan2..


Jadi, maybe kami perlu berpindah, setelah menimbangkan pelbagai alasan iaitu duit tol aku dan abang ialah RM200 sebulan pergi balik kerja (tak masuk keluar  meronggeng), duit minyak, dan pembaziran masa berulang alik.


Abang dia flexible duduk mana2 pun sebab office dia kat tengah2 KL kan.. 


So semalam, lepas layan baby nak makan Nando's (salahkan baby), abang ajak tengok2 sekolah. Malangnya, tak jumpa. Oh lupa, lucky kat area Jalan Duta tu ada kuarters kerajaaan. So, maybe we can move there? Or kawasan perumahan sekitar tu la. 





Update: Ni route yang aku baru buat tadi, in case kalau2 kitorang decide nak duduk kuarters kerajaan or kawasan2 sekitar tu. Yang korang nampak bulat merah tu ialah kuarters kerajaan, end-point atas ialah sekolah aku (lebih kurang 4-5km) and end-point bawah ialah office abang (8-9km). Korang rasa macamana? should we move immediately?


Hm,kalau aku tak pregnant, aku boleh consider lagi kot ulang alik.. Tapi buatnya da sarat nanti, dengan traffic jam tu, kena drive sendiri lagi, hai, buleh terberanak akak dalam kereta.. So, kena fikir dari sekarang.


Sebab Kedua:


Kawasan Segambut tu betul2 berjiran dengan kawasan Kepong yang black area  tu.. Sebab apa Kepong black area? Sebab hari tu masa kursus LM masa cuti sekolah, ada seorang coursemate aku dapat sekolah daerah Kepong dan students2 dia adalah sangat nauzubilah.. Sampai nanges2 kawan aku tu cerita pengalaman dia. Tu baru sebulan dua dia mengajar kat situ. Cuba kalau aku kena mengajar 4-5 tahun? *pengsan*


Semalam aku dah google segala macam benda pasal SMKSB ni, yup yup yup, almost all of the students are cha ya nun alip! Haish... Tapi guru2 ramai Malay.. Ya Allah, jangan la aku terima nasib sama seperti coursemate aku tu, semoga aku dapat tackle students2 aku. Ya Allah, jangan la diorang kurang ajar dengan aku. Amiiinnn..


Sebab ketiga:


Aku kena re-plan balik semua plan untuk baby nanti. Siapa2 yang dah lama follow blog ni, maybe tahu yang currently I'm having my monthly pregnancy checkup at Putrajaya (government clinic) and UMRA Shah Alam(private). Jarak from my house to P9 Putrajaya tu lebih kurang 30 minutes using MEX highway and nak pergi UMRA tu lebih kurang 15 minutes je. 


Aku jugak plan nak deliver kat Hosp Putrajaya atas banyak faktor. So, sekarang, aku kena rombak balik semua tu sebab aku perlu pindah. Perghh, runsing gila aku semalam.


Kawan2, marilah menaikkan semangat aku dengan nasihat yang munasabah... =(

Tuesday, January 25, 2011

Episod 2: Kenapa pilih untuk menjadi PENDIDIK

Bismillah...


Amaran: Entry ini 'sedikit' emosional =D

Masa sekolah menengah, aku ni sangat2 tidak belajar. Malas. Entah apa aku fikir time tu. Aku sangat aktif bersukan. Bayangkan masa Form 3, nak dekat2 trial PMR, aku boleh pergi berlatih netball selama 2 minggu kat sekolah lain. Sebab masa tu aku terpilih untuk pergi Kejohanan Netball Peringkat Negeri. 2 minggu aku tak masuk kelas tahu. Silibus kat Sbp dahla laju gila. Nasib masa PMR, aku dapat 8A, and team netball aku pun berjaya jadi johan netball peringkat negeri. hehe

Masuk Form 4, aku tak ambil aliran Sains Tulen, aku ambil aliran Sains Teknikal. Subjeknya semua sama dengan kawan2 yang ambil Sains Tulen, cuma subjek Biologi kitorang tak ambil, ganti dengan subjek Lukisan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan.

Aku sukaaa sangat2 dua-dua subjek ni. Subjek LK tu, aku siap pernah score highest mark lg masa exam tau. Seronok betul belajar lukis2 pelan dimensi. Tapi masa periksa akhir tahun aku tak dapat hadiah cemerlang untuk subjek tu, sebab masa final exam, aku hanya dapat 2nd highest mark.

Masa ni, cita2 aku mula la menjurus ke arah engineering2 ni. Samada nak jadi arkitek, juru ukur bahan (QS), or engineer la. Oh ada satu info menarik tentang subjek fizik aku di sekolah.

Masa form 4, selama setengah tahun, KELAS AKU TAK BELAJAR FIZIK, sebab kekurangan guru. Cikgu baru tak datang2. Kadang2, PK1 masuk kelas kitorang, tapi jarang sangat2 sebab dia pun ada tugas lain kan. Masa pertengahan Form 4 ada sorang cikgu fresh graduate datang. Cikgu ni sangat2 la comelnya, suka cerita pasal Shin Chan. Tapi satu kelas blur2 je masa dia keluarkan dialog Shin Chan. Mungkin dia lupa budak asrama tak boleh tengok tv setiap masa. Jadi ada antara kitorang TAK TAHU APA ITU MAKHLUK SHIN CHAN, hanya buat2 gelak bila cikgu comel cuba menghiburkan kami =P

Kelemahan cikgu ni ialah, kami tak faham apa yang dia ajar. Dan dia pun tak faham apa yang dia cakap. Aku rasa, dia tak confident bila mengajar kat depan, dan semua mata2 students yang mengharap ilmu ni merenung tajam kat dia. hehe.. So, bila kami tak faham, dia end up pergi mengajar dari meja ke meja (dlm lab), yang tentunya akan mengambil banyak masa. Lepas dia ajar, meja tu kena buat handout. Macam tu la berlarutan hingga kami Form 5. Silibus tak sempat habis dan kami tak faham konsep2 fizik! Hanya hafal skema jawapan sahaja T.T

Seterusnya aku melanjutkan pelajaran peringkat matrikulasi, kat Kolej Mara Kulim. Ada 2 Kolej Mara yang under matrikulasi KPM, lagi satu tak ingat Kolej Mara apa. Yang lain2 Kolej Mara tu untuk persediaan/ foundation untuk pergi oversea, seperti Kolej Mara Banting.

Kat KMK ni tak macam matrik2 kpm lain, sebab kelas kitorang kecil je, dan jumlah students pun sikit, tak sampai 1000 orang pun. Dalam satu kuliah, ada lebih kurang 50 orang students je. Lepas tu akan dibahagi 4 pulak untuk kelas tutorial. Lepas dibahagi 4 tu, dibahagi plak lagi 2 untuk mini tutorial. Jadi kalau tutorial mini untuk kelas kimia, fizik and maths, satu kelas ada lebih kurang 7-8 orang students saja. Macam tuisyen kan? Serius best! =)

Okay, aku tensen cari gambar masa kat KMK dulu tapi dah tak jumpa. Kawan yang tag aku tu dah delete semua album dia erghhh.. geram geram. Terus takde mood nak menulis sebab takde gambar. pfftt!

*****************************************************************

Cikgu Kimia aku kat KMK tu, nama dia cikgu Mazian. Dia sangat tinggi dengan sifat2 keibuan, sangat relax dan suka tersenyum. Sebenarnya, kerana beliaulah   aku nak jadi pendidik. Aku tersentuh sangat2 dengan cara dia. Aku pun dah tak ingat apa dia buat sampai tinggalkan kesan begitu mendalam kat aku.. Aku dan 2 orang lagi kawan, sangat2 rapat dengan cikgu, sampai masa akhir semester 2 tu, dia panggil kami bertiga dan kasi kami seutas tasbih setiap sorang. Kitorang bertiga je dapat. Terharu sangat masa tu, sedangkan aku sebagai murid ni tak terlintas nak hadiah cikgu apa2, cikgu yang seorang tu boleh ingat kami yang ramai2 ni. Serius touching T.T

Cikgu Mazian


Sebab kedua, masa di KMK aku dapat cikgu Fizik yang sangat bersemangat. Cikgu hafilla. Cikgu ni tak kira la tengah buat apa pun, sentiasa energetic. Dia selalu membebel untuk kasi nasihat, tapi kitorang suka. Dia ajar Fizik aku faham sangat2. Aku paling suka subjek Fizik lebih dari Kimia, tapi bila exam je, mesti markah Kimia aku lebih tinggi dari markah Fizik. Kenapa ya? =P

So, tiba2 aku rasa nak jadi cikgu. Sebab aku taknak budak2 akan datang tak belajar dan menghayati subjek Fizik macam masa aku sekolah  dulu. Tiba2 je semangat nak jadi pendidik ni berkobar2, sampaikan aku dah tak terfikir dah nak jadi engineer ke arkitek ke macam dulu2.

Masa isi borang UPU, pilihan nombor 1 hingga 8, semua aku pilih pendidikan. Aku jumpa cikgu Mazian kasitahu dengan gembira yang aku nak jadi pendidik, nak jadi guru yang baik macam cikgu mazian. Cikgu nasihatkan aku supaya pilihan ke-8 jangan letak pendidikan, takut kuota guru yang nak diambil dah cukup, langsung aku kena tendang ke course2 yang tak elok. So, pilihan ke-8 aku pilih Sains Kimia.

Masa aku matriks jugak, kakak aku dah balik dari Jepun, dan dah kerja. Kerja dia busy sangat2 keluar pagi2, balik lewat petang. Masa tu dia baru kahwin, tengah pregnant anak sulung. Dia cerita kat mama, dia takde masa untuk family, dan tak sanggup nak besarkan anak dengan cara hidup macam ni. Masa Syaef lahir, lagila bertambah rasa aku nak jadi pendidik, lepas tengok cara hidup kakak yang sangat chaos itu.

Kakak keluar rumah pergi kerja pukul 8. Syaef dia hantar pergi rumah pengasuh, kat depan rumah je. Masa dia hantar Syaef, budak tu tengah mamai lagi, baru bangun tidur. Balik rumah lewat petang, ambil Syaef, budak tu dah siap mandi, dah siap makan sume. Lepas balik tu sementara nak urus2 diri, nak makan ape sume, dah pukul 8, pukul 9 Syaef dah rengek2 nak tidur. So, bila masa nak jaga anak? Berapa jam sehari dia dapat bermesra dengan anak? Nak merasa mandikan anak pun tak dapat oke.. Kakak sangat sedih dengan life dia, so dia decide nak kerja flexi hour, lecturer. Masa pregnant 2nd child, dia terbang balik ke Jepun untuk sambung belajar. 

Membesarkan anak masa belajar sangat2 best, sebab kita ada masa untuk anak2. Lagi2 kalau duduk oversea, memang rasa dekat je dengan anak2. So aku memang da tekad nak pilih untuk jadi guru. Bukan aku nak cakap jadi guru ni tak busy, Tapi takdela balik lewat petang kan. Atleast, lepas balik sekolah, boleh gagah lagi nak masak lauk dinner yang simple2 ubtuk suami dan anak2.

Lepastu terus datang satu prinsip dalam hidup aku, kalau perempuan tu tak kerja tinggi pun, kalau tak berjaya belajar ke peringkat tertinggi pun, tak semestinya dia tak berjaya. Apa definisi 'berjaya dalam hidup' aku? Pada aku, kalau kita berjaya jadi pendorong kepada suami dan anak2 untuk berjaya, itu dah dikira berjaya bagi aku. Tanpa isteri/ibu disisi, tak mungkin seorang suami ada cukup masa dan ada semangat yang membara untuk sambung belajar sampai peringkat tertinggi. Kalau anak2 anda berjaya dalam pelajaran, di sebalik kejayaan tu ada seorang ibu yang sentisa mendorongnya, memberi semangat dan menemani si anak belajar. Itupun dah dikira satu kepuasan dan kejayaan bagi seorang wanita, bila dia jadi pendorong untuk orang2 yang disayanginya berjaya dalam hidup.

Jadi, kalaupun aku tak berjaya jadi arkitek atau engineer, atleast, aku ialah seorang guru yag pernah memberi secebis ilmu kepada anak2 murid aku untuk dia jadi apa yang dia ada sekarang. Got what I mean? Itu pun dah dikira 'berjaya dalam hidup' bagi aku.. So, aku tak pernah rasa menyesal dengan apa yang aku pilih sekarang. 

Bak kata seorang motivator masa kursus Latihan Mengajar, gurulah satu2nya profesion yang sentiasa diingati dalam doa. Contohnya, murid2 akan berdoa "Ya Allah, ampunilah dosa2 kedua ibu bapaku, keluargaku, GURU2 ku, serta muslimin dan muslimat"

Tak pernah ada yang mendoakan yang macam ni kan:

"Ya Allah, ampunilah dosa2 kedua ibu bapaku, keluargaku, GURU2 ku, pegawai2 bank ku, arkitek yang membina rumahku, serta muslimin dan muslimat"

Okaylah, nilah cerita aku, kenapa aku pilih untuk jadi guru. Dan aku harap aku akan jadi seorang guru yang baik, ikhlas, jujur, dan tidak lokek ilmu. 

Notakukukaki: Ini hanyalah perkongsian dan pendapat peribadi aku. Kepada bukan guru yang membaca blog ini, aku tak bermaksud nak menyinggung sesiapa ye... Apa2 pekerjaan pun mulia asalkan kita mengamalkan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya =)

Bai bai bai! =)

Episod 1: Kenapa pilih untuk menjadi PENDIDIK

Bismillah..


Hari ni, kalau boleh aku nak tahu sekolah tempat aku bakal mengajar. Ada kawan2 yang dah dapat tahu. Aku juga harap kawan2 yang bakal ke Sarawak dan kawan2 yang akan dipostingkan ke kawasan yang mundur (kalau ada) tetap terus bersemangat mendidik anak bangsa. Mana tahu, salah seorang dari mereka boleh membanggakan kita satu hari nanti =)


Macam ni lah jadi pendidik, kita tak boleh pilih tempat untuk kita menabur ilmu. Tapi aku percaya, kawan2 yang akan ke Sarawak nanti, sebaik menjejakkan kaki ke sekolah masing2, sebaik dapat menyesuaikan diri dengan iklim sekolah, perasaan untuk mendidik anak bangsa secara automatik akan berkobar-kobar.


Mama aku seorang pendidik juga. Tapi mama ajar sekolah rendah. Masa kecil2, aku selalu jugak ikut mama pergi sekolah. Masa duduk Kuala Kangsar, mama mengajar kat SK Datin Khadijah. Sekolah tu ada pendidikan khas untuk pelajar2 OKU. 


Ada satu tahun tu, tiba2 mama kena pegang kelas darjah 6 paling hujung. Kelas paling rendah pencapaiannya. Majoriti budak2 dalam kelas tu, semua tak reti membaca, tak hafal sifir, pendek kata lemah serba serbi lah. And, ada seorang pelajar lumpuh jugak dalam kelas tu.


Mama ajar Matematik untuk kelas tu. Hari tu tah kenapa mood mama tak baik sangat kot. PMS kot hehe.. mama agak bad mood sebab still ramai yang tak hafal sifir 3. Padahal benda tu adalah homework, memang semua tahu mama akan uji sifir 3 diorang hari tu.


Bila da geram sangat, ada sorang student tu (dia duduk sebelah student yang lumpuh tu) tak boleh gak jawab, mama panggil dia ke depan, mama rotan peha dia guna rotan bulu ayam yang warna coklat tu. Aku tengok pun cuak. Budak tu menangis.


Lepas subjek tu, masa rehat. Dalam esak2 menangis tu, budak perempuan tu tetap tolong tolak kawan dia yang lumpuh tu bawak pergi kantin. 


Esok pagi, aku ikut mama pergi sekolah lagi. Masa sampai nampak budak perempuan tu tengah berdiri kat tempat ibu bapa drop anak2. Dia kasi salam kat mama. Mama tanya tunggu apa, dia cakap tunggu Liza (bukan nama sebenar: kawan dia yang lumpuh tu) nak bawak pergi kelas. Dalam hati aku cakap baiknya kakak ni.


Masa tamat sekolah hari tu, nampak lagi kakak tu tolak kawan dia kat tempat tunggu parent. Mama panggil dia. Mama tanya dah hafal ke sifir 3. Dia cakap baru hafal sampai 6x3. Tinggal nak hafal 7x3, 8x3, 9x3. Mama angguk je..


Lepastu mama pesan kat aku. Tengok kakak tu, dia tak pandai, keluarga orang susah, tapi dia baik hati. Sejak Liza tu masuk sekolah ni, kakak tu la yang tolong tolak Liza kalau nak pergi mana2. Mama doakan dia berjaya dah besar nanti.


Masa zaman kita kecik2 dulu, tengah hot cerita pasal kes dera. Siap ada lagu lagi


Tangan yang mengapai
Akhir layu terkulai
Seluruh harapannya berderai



Ingat tak lagu ni? Sedih gila.. Ni aku jumpa video dia tapi bukan video asal. Yang asal punya tak jumpa plus malas nak godek2 youtube tu




So, kat sekolah mama masa tu, memang banyak kes dera. Bila cikgu2 sekolah nampak lebam2, luka2 puntung rokok, kena iron, mestilah terdetik hati nak tolong. Pergi mengadu kat guru besar, and guru besar terpaksa lapor pada polis kalau dah teruk sangat. Lepastu akan jadi kes polis.


Yang aku ingat, mama asyik cerita kat abah pasal kes sorang student India dia. Kena dera teruk, ayah dia kaki botol. Memang jadi kes polis. Guru2 lah tempat diorang mengadu, sebab rumah bukan lagi tempat yang selamat untuk budak2 ni. Kat sekolah tu jugak ada students dari rumah anak2 yatim. Jadi, macam2 kisah sedih ada. Memang kesian..


Hm, besar gak kan tanggungjawab pendidik ni. Jadi cikgu sekolah rendah pun bukan senang, sebab baru nak membentuk budak2 tu. Even budak2 yang selau ambil pensil or pensil warna orang lain pun kita kena ambil berat. Sebab takut lama2 dah jadi habit, nanti dia mencuri pulak.


Jadi, aku dibesarkan oleh seorang guru. Guru2 aku disekolah pun kawan2 mama jugak. Masa tu mama memang berharap salah seorang anaknya akan ikut jejak langkah mama, tapi mama takdela influence kitorang dengan ayat "dah besar nanti jadi cikgu ye... ikut macam mama" tak pernah mama cakap macam tu.


Masa kecil2 sampai la habis SPM, tak pernah terlintas kat fikiran aku untuk jadi cikgu. Jadi, masa bila minat untuk jadi pendidik muncul dalam diri aku?


Kita sambung next episode okay?


Notakukukaki: Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Kawan2, sebelum tidur, muhasabah la diri sekejap, oke =)

Monday, January 24, 2011

Cikgu Sombong!

Bismillah


Tadi tengah busy2 chat kat FB, tiba salah sorang ex-student kat SJI dulu tegur aku


xxxx: cikgu!!!
xxxX: sombong


Hehe.. lupa plak nak print screen menda tu. Memang aku tak layan dia pon. In fact, siapa2 students yang tegur aku ajak chat, aku tak layan. hehe.. bukan sombong, tapi macam malas sikit =P


xxxx tu nama dia Izzat. Nakalnya nauzubillah. Siap pernah kantoi ponteng kelas Sejarah lagi dengan aku. Nama kawan dia tu Taufiq, budak kelas aku jugak. Tapi, diorang tak pernah ponteng kelas aku. Siap kasi tahu lagi kalau tak boleh datang untuk next class


Taufiq: Cikgu, hari Khamis ni saya tak boleh datang la kelas fizik..
Aku: Ha, kenapa, nak ponteng la tu. Report En. Faisal nak? (sambil kemas2 barang-masa tu baru habis kelas kat lab, semua students dah balik kelas)
Taufiq: Bukan, mak saya tu ada ke dia ajak balik kampung. Khamis dengan Jumaat saya ponteng la cikgu (mengadu, riak muka macam tak puas hati dengan mak dia)
Aku: Ada emergency case ke kat kampung?
Taufiq: Takde pon.. mak saya tu memang.. mentang2 dia da habis sekolah.. oklah cikgu, saya nak balik kelas. Bye
Aku: ???


Huuu.. kadang2 parent pun boleh jadi punca anak2 ponteng sekolah yek? 


Masa tengah monitor students buat kerja, Izzat tanya aku


Izzat : Cikgu, dulu2 cikgu sekolah mana?
Aku : Saya sekolah SBP, kat teluk Intan. Kenapa?
Izzat : Kalau cikgu nak tahu, saya tolak tawaran masuk SBP tahun ni. PMR lepas saya dapat 8A.
Aku : Kenapa tolak? Bagus tau duduk SBP ni.
Izzat : Saya sayang kawan2 saya kat sini. Budak SBP skema. Taknak ah
Aku : T_T


Hei, cikgu tak skema pon? hihi.. Aku rasa seronok sangat ajar kelas ni sebab aku dapat tackle students yang paling nakal. Kadang2 diorang ajar aku perkataan2 diorang. Yang aku ingat word 'palau', it mean tinggal/sisih hehe. Mula2 aku marah bila dengar words diorang yang pelik2 tu, tapi kalau dah satu kelas guna, nak buat camno kan. 


And, ada beberapa kes yang aku rasa aku nakkk sangat tolong handle tapi memandangkan masa aku suntuk kat situ, tak sempat nak tolong.


Contohnya, ada sorang students kelas aku tu, takde sape nak kawan dengan dia. Ada sekali aku suruh buat kerja pair2, takde sape nak pair dengan dia. Last, class monitor ajak budak tu pair dengan dia sebab kesian kot. Class monitor tu baikla budaknya (biasalah class monitor kan kena pilih yang skema2 hehe), alim2 gitu.


Aku curious gak la nak tahu kenapa. Aku pergi la tanya kat sorang budak nakal ni. Biasalah aku ni target nak bersembang dengan budak nakal2 je sebab nak kasi diorang bangga aku tanya diorang


"Brandon, why everybody avoiding xxxxx?"


"Sebab dia busuk. Baju tak pernah tukar. Go near him and you can smell it"


Huhu... gitu yep.. So, aku nakkk sangat face to face dengan budak tu. Curious betul nak tahu apa masalah dia. Sebab dia nampak macam orang senang (berdasarkan alatulis, file, kasut yang dia pakai).. Tapi tulah, tak sempat.. =(


Lepastu ada sorang student aku tu suka tidur. Muka hensem, badan tough, memang perfect la. Kalau aku sebaya dengan diorang, confirm2 aku usya budak tu jek. Hehe.. Tapi asyik tidurrrrr je geram aku tau. Kalau aku tegur suruh basuh muka (guna air kat lab je) dia basuh. Lepastu duduk tegak2. Ha, tapi tegak2 tu pun, mata boleh pejam, Ish, aku tak puas hati betul. Last2 aku suruh berdiri. Ha, kali ni confirm tak tidur.


Tapi, tapi, tapi aku silap! Kau pernah jumpa manusia yang boleh lena masa berdiri? Aku pernah! Huuuu memang geram tahap gaban la. Boleh tu dia tidur sambil berdiri! Time students buat handout, aku pergi dekat dia, bisik2 tanya. Semalam awak tidur pukul berapa? Kerja part time ke apa? Kawan sebelah dia tolong jawab:


" Saya tahu cikgu, dia mesti main sms dengan awek cheers sekolah convent depan ni (depan SJI ialah sekolah CBN)"


"Sorry cikgu, saya mengantuk sangat2 ni... Saya buat kerja cikgu bagi ni ye?" sambil sengih2. Nasib baik dia memang betul2 buat handout tu.


Bila aku tanya cikgu Fizik asal kelas tu, cikgu tu pun tahu yang budak tu ramai awek. Hehe.. Nasib baikla aku kasi handout boleh jawab.


hm, bila kenang2 balik, memang boleh senyum sorang2. Sekolah mana la aku akan posting nanti ye.. 


Harap2 dapat yang dekat2 dengan rumah, ameen =)

Result Penempatan

Bismillah..


Hm, sementara nak tunggu nasi masak, update la kejap blog. heheh.. Setelah lebih kurang 6 bulan menuggu (macam tunggu result SPM), akhirnya result posting pun dah release.


Aku dapat Kuala Lumpur, alhamdulillah.. tak dapat Putrajaya pun takpelah. Mungkin belum lagi rezeki ke situ. Kita jadi orang Key-ell dulu ye baby yep! hoho.. 


So, macam ni la resultnya,


Haaa kau. cukup besar tak tu? huhu..


Ada pro and cons duduk KL ni. 


PRO

  • Macam2 ada... Tempat shopping yang best2 ( IKEA-Ikano-The Curve pojaan hatiku, Sogo, Masjid India, ape lagi ye.. U named it! semua ada)
  • Boleh dapatkan benda secara mudah. Lapar? terus order domino's delivery. hehe.. 
  • Takde tendency untuk mengidam lama2. Nak makan apa pun boleh dapat. From meatball IKEA, Noodle Station, Nando's, Manhattan Fish Market, Johny's, Aunt Anne's pretzel, subway hinggalah ke sambal tempoyak, soto, satay kajang, kari kepala ikan dan macam2 lg makanan dari negeri lain, semua boleh didapati dengan mudah (boleh dapat yang sedap kalau pandai cari) =)

CONS
  • Massive traffic jam!
  • Tol. Jalan sikit tol. jalan sikit tol. Kalau nak elak tol, dapat traffic jam. Pilih la mana suka =)
  • Pencemaran udara
  • Kadar jenayah tinggi. Kena hati2 sentiasa
  • Kos sara hidup yang tinggi
  • Tidak sesuai untuk tumbesaran anak (unless dapat rumah yang betul2 selesa)
Hm, tu je la pro and cons yang dapat difikirkan buat masa ni. hoho.. Sebenarnye aku da ngantuk ni. Idea tak datang. I'm a morning person. Bangun pagi2 and lepas zuhur kena tidur jap. 

Kadang2 rasa best gak kalau sekali sekala bangun lewat, tapi lepas bangun sembahyang subuh, jangan harap aku boleh tidur balik. Guling2 la kot mana pun, mana segar bugar jek! hehe.. Dan aku jugak jenis tidur awal. Paling lewat boleh tahan sampai kul 1200am jek! hohoho tak cool langsung oke!

Jadinya aku TAK PERNAH STAY UP! Fedulik hape kalau esok ada exam killer paper pon. Kul 1100pm gak aku tidur. Muehehehe.. Tapi kena bangun pagi2 la untuk last revise. Masa matrik dulu, tido pukul 0900pm, bangun pukul 0300am. tiap2 hari macam tu oke!

Kawan2, apa aku melalut ni. Kan nak cerita pasal result posting je. 

Dahlah, bai bai bai!

Notakukukaki: Tahniah kepada kawan2 lain yang dapat posting. Alhamdulillah, setakat ni takde dengar ada yang tercicir tak dapat posting =)

Sunday, January 23, 2011

To-Do-List Before Posting

Bismillah...

Hai! Kenapa saya rajin update?

Sebab di hari Ahad nan bersejarah ini, suami saya pergi ofissss!!!

Sila take note ye. Abang telah bekerja 6 hari seminggu. Pergh, tu kerja dengan kerajaan tuh sanggup pergi kerja hari Ahad. Cuba kalau abang ada company sendiri. Agak2 sikit lagi boleh dapat title Dato' dah ni. Mesti aku kaya raya shopping kat KLCC sebab kerajinan suami. Haks haks haks. Cukup verangan Lynn!

Owh sebelum tu nak mengabadikan kenangan kat blog ni, yang hari Jumaat lepas abang berjaya lulus exam PTK. Alhamdulillah,, lulus gred B, ambil masa sikit nak naik gred/pangkat. Abang cakap kalau lulus gred A, cepat je naik takyah tunggu2 dah. Aku pun tak faham sangat bab2 ni. Bab2 habiskan duit aku expert la. hehe.. Congrats abang! Tahun depan naik pangkat lagi yep! ohhoho

Esok result posting keluar. Kalau dapat kat tempat selain Putrajaya and KL, agak2 apa reaksi aku esok ye? Undefined.

Ada beberapa item yang aku kena beli before pergi sekolah:


  • Kasut kerja tak tinggi sangat : kasut aku sume heels dia dah tak sesuai untuk aku pakai sekarang. Semalam dah survey2 yang murah2 punya kat Bata, nanti tunggu abang gaji boleh pergi beli hehe
  • Botol air BPA free : hari tu memang dah ada, tapi tertinggal kat Penang la pulakk..
  • Petty coat (kain dalam) : Ada satu je dalam simpanan. Mana entah yang lain. Kena beli dalam 2 helai lagi, sebab tiap2 hari nak pakai kan..
  • Eco bag/ shopping bag yang comel2 untuk bawak buku. Kat rumah banyak, tapi semua ada cop PMWP. Takmooo tak cool. hehe..
  • A4 paper : Beli satu bungkus cukup. Kot2 dapat posting StJohn ke kan, dapat kertas free. Fotostat pun free je. hoho heaven. Jimat duit.
  • Marker (optional) : Yang masa LM punya ada lagi, tapi beli je lah satu ke buat spare. Tak pun nak beli Artline refill je, in case sekolah sekolah takde sedikan refill kan 
  • Nak topup touch n' go
  • Nak duplicate kunci rumah : ada satu set je, lepasni kena ada sorang satu sebab aku pergi awal, and aku balik dulu
Hm, tu je lah yang aku terfikir buat masa ni kot. Basic needs je yang terlintas kat dalam fikiran. Ada siapa2 nak tambah?

Baju2 kurung dah setle dah. Boleh la rotate2 pakai sampai my pregnancy masuk 5-6 bulan kot. Kalau dah besar lagi nanti, dah tak sesuai nak pakai baju kurung, unless yang besar la. Kena tengok gak keadaan sekolah nanti. Strict environment ke tidak. Macam SJI dulu, cikgu2 boleh je pakai heels, wedges, asal tak flat la. Lepastu boleh pakai skirt (long/ tak terlalu short) with blouse yang bersesuaian. So, kalau aku da bosan sangat dengan baju kurung plus dah habis bosan nak rotate, boleh pakai long skirt and blouse gak.

Hm, ape lagi ye.. Ha, agak2, mesti tak sempat nak test drive ke sekolah kan untuk bajet masa perjalanan? Sebab 7hb dapat tahu sekolah, terus kena pergi sekolah untuk lapor diri. 8hb terus kena pergi sekolah untuk mengajar terus kan? Isy, buatnya dapat sekolah kat tempat aku tak familiar, boleh sesat barat aku nanti. Even dah pergi masa melapor diri semalam pun, tapi kalau drive subuh2 buta tu, confirm jadi lain punyalah. Dahla sesat, dah lambat plak tu, tambah stuck in traffic jam pulak ke macamana? Agak2 masa tu mesti aku terus melencong pergi Midvalley muehehehe call sekolah kasi la alasan apa2. Agak2 dah kena fikir dari sekarang ke eyh alasan tak pergi sekolah 8hb? =P

Nanti aku nak keluar rumah pukul berapa yer? 0630 sempat tak? Nak bangun pukul berapa? 0530am? So kena tidur pukul 1030pm ke? Oh tidaks.

Lepastu, sekarang aku kena praktis iron baju kerja abang + baju kerja aku untuk seminggu terus kot kan? Kena start hari ni la kan iron baju kerja abang untuk seminggu? Selalu tu, aku iron lepas sembahyang subuh, sementara abang mandi. Tapi nanti aku yang keluar rumah dulu dari abang.

Hm, dah deal dengan abang, siapa yang tempat kerja lagi dekat, kena bawak Abg Wira. Sebab Abg Wira ni dia uzur sikit, lambat puck-up gear dia. Kang kot2 la dapat Putrajaya, mau sejam baru sampai ape kes? Waktu pertama P&P pun dah habis time aku sampai nanti. hiks..

Nampaknya, dah kena rangka jadual harian ni. Malam2 nak buat apa, balik kerja nanti entah pukul berapa lah ye.. Dah kena ready energy dah, kalau tak nanti balik2 kerja terus flat. Nak kena praktis menjerit dah ke? Serius ambil masa nak keluar suara yang kuat tu. Masa LM dulu, ambil masa seminggu gak la nak keluarkan suara yang kuat kat dalam perut tu. Sampai cramp2 abdomen aku menjerit dahla student all boys. Dah seminggu, kemain lagi menjerit sesaje mentang2 suara dah kuat! hoho

Okaylah, stop sini dulu. Kawan2 yang baca, feel free to add anything ye! Bai bai bai

Selamat kembali ke sekolah! Pic with form 1 students, teaching science

Baju Kurung, Belly Belt Extension

Hai, nak kasi laporan pendek je ni..

Hm, hari ni kerja aku dari pagi ialah, try balik semua baju2 kurung. Haks haks haks.. Yelah kan, kena asing dulu la mana2 yang agak2 tak muat tang perut tuhhh.. haishh.. hehe

Tapi, nasib baiklah aku ni jenis suka pakai baju kurung dan baju kurung pahang je. So, mostly masih boleh pakai lagi la. Ada lebih kurang 7-8 pasang yang aku simpan dulu dalam beg besau tuh.

So total yang ada dalam 17-18 pasang kot. Termasuk 2 helai jubah hitam. Muehehehe.. Untuk kain aku tak kisah sangat tak muat sebab dari awal lagi dah prepare dah solution untuk kain yang bakal tak boleh cangkuk tuh.. hehe.. So tadi aku just concern kat part perut n bon*** je la. Kang kalau gigih pakai gak, dah rope balut nangka plak ye..

Owh, untuk kain, aku beli Belly Belt Extension Combo ni:



Cara guna mende alah ni senang je. Dia ada 2 jenis, satu jenis butang, satu jenis cangkuk. Untuk jenis butang, boleh la guna kat seluar2 masa zaman muda remaja dulu, just attach je extension tu kat butang seluar, TADAAA!! terus jadi muat! hins hins hins bangga.

Dia akan kelihatan camgini:



So, kain baju kurung kan guna cangkuk, jadi just masukkan getah tu kat celah lubang kain tu (untuk tutup bahagian terdedah sebab tak boleh zip sampai atas). Tapi kalau pakai baju kurung kena pakai petty coat (kain dalam) kan, so takdela nampak. Nanti kau nak duduk dalam kelas jangan pulak kau selak baju sampai atas, kang tahu2 satu kelas tengah tahan gelak tengok kain kau takleh zip. heheh..

Hehe.. So, tak perlu beli banyak sangat maternity pants kan.. Harga benda alah ni mahal gilak, RM80, boleh didapati di The Empire Shopping Gallery. Kalau kau rajin, buat sendiri pun boleh mende alah ni. Takpun buat muka tak malu, hantar je kat tailor suruh tolong jahit. Hehe.. Okay, nak sidai baju kurung yang aku basuh tu..

Bai! =)

Friday, January 21, 2011

Better Safe Than Sorry!

Bismillah..


Hi, lama gak tak update kan. Not in the mood sangat. Hm, hari ni nak share satu e-mail yang my SIL forward lebih kurang 2 minggu lepas. Even nampak macam boring, korang baca gak tau. Baca point je pun jadikla.. Mana tau it may save our life one day kan..


And, ada gak point yang bila aku baca aku macam "oooo.. kena buat camni rupanya.. oooo.. masuk2 kereta kena terus start enjin and terus blah eyh.."



Because of recent abductions  in daylight hours,  
 refresh yourself  of these things to do  in an emergency situation...
This is for you,and for you to share   with your wife,your children,everyone you know.
After reading these  9 crucial tips ,  forward them to someone you care about.
It never hurts to be careful in this crazy world we live in.  

1
 .  Tip from Tae Kwon Do :
The elbow  is the strongest point  on your body  If you are close enough to use it,  do!  

2.
  If a robber asks   for your wallet and/or purse,
DO NOT HAND IT TO HIM .
Toss it away from you....
chances are   that he is more interested
in your wallet and/or purse   than you,
and he will go   for the wallet/purse.
RUN LIKE MAD IN THE OTHER DIRECTION!
3.  If you are ever thrown   into the trunk of a car,
kick out the back tail lights   and stick your arm out the hole
and start waving like crazy.
The driver won't see you,   but everybody else will.
This has saved lives.
4.  Women have a tendency   to get into their cars
after shopping, eating, working, etc.,   and just sit
(doing their checkbook, or making a list, etc.)
DON'T DO THIS!
The predator  will be watching you,  and this
is the perfect opportunity   for him to get in
on the passenger side,  put a gun to your head,
and tell you where to go.
AS SOON AS YOU GET INTO YOUR CAR,
LOCK THE DOORS AND LEAVE.  

If someone
  is in the car  with a gun  to your head
DO   NOT DRIVE  OFF,
repeat:
DO   NOT DRIVE  OFF!
Instead start the engine  and speed into anything,  wrecking the car.
Your Air Bag will save you.
If the person is  in the back seat  they will get the worst of it.
As soon as the car crashes  get out and run.
It is better  than having them  find your body  in a remote location.
  A few notes about getting
into your car in a parking lot,
or parking garage:
A.)   Look around you,  look into your car,
at the passenger side floor,  and in the back seat
B.)  If you are parked next to a big van,
enter your car from the passenger door .
Some serial killers attack their victims
by pulling them into their vans  while the women  are attempting  to get into their cars.
C.)  Look at the car  parked on the driver's side  of your vehicle,
and the passenger side.   If a male is sitting alone
in the seat nearest your car,   you may want to walk back
and get someone -  guard/policeman   to walk you back out.
IT IS ALWAYS BETTER TO BE SAFE THAN SORRY. (And better paranoid than dead.)
6.  ALWAYS   take the elevator
instead of the stairs.  (Stairwells are horrible places  to be alone  and the perfect crime spot.
This is especially true at NIGHT!)
7.  If the predator has a gun
and you are not under his control,
ALWAYS RUN!
The predator will only hit you   (a running target)
4 in 100 times;   And even then,
it most likely   WILL NOT  be a vital organ.
RUN,   Preferably in a zig -zag pattern!
8.  As women,   we are always trying  to be sympathetic:
STOP
It may get you raped,   or killed.  Ted Bundy,   the serial killer,  
  was a good-looking,  well educated man,   who ALWAYS played
on the sympathy of unsuspecting women.
He walked with a cane,   or a limp,  and often
asked   'for help'  into his vehicle  or with his vehicle,
which is when he abducted his next victim.

9.  Another Safety Point:

Someone just told me   that her friend heard
a crying baby on her porch  the night before last,
and she called the police   because it was late
and she thought it was weird.   The police told her
'Whatever you do,   DO NOT  open the door.'
The lady  then said that  it sounded like the baby
had crawled near a window,   and she was worried
that it would crawl   to the street  and get run over.
The policeman said,   'We already have a unit on the way,
whatever you do,   DO NOT open the door.'
He told her that they think  a serial killer
has a baby's cry recorded   and uses it to coax
women out of their homes   thinking that someone
dropped off a baby   He said they have not verified it,
but have had several calls by women saying that
they hear baby's cries  outside their doors
when they're home alone at night. 

Please pass this on and DO NOT
  open the door  for a crying baby ----

The Crying Baby theory   was mentioned on America's Most Wanted  this past Saturday when they profiled the serial killer in  Louisiana  


I'd like you
  to forward this  to all the women you know.

It may save a life.   A candle is not dimmed  by lighting another candle.
I was going to send this to the ladies only,
but guys,   if you love your mothers,  wives,  sisters,  daughters, etc.,
you may want to   pass it onto them, as well.

Send this 
  to any woman you know  that may need

Tahniah!! sebab anda berjaya baca. Sebagai penghargaan terimalah gambar budak bam bam boom ini

Carissa (my niece:baby abgday) tak puas hati dengan maple di kedai mamak. Geget pipi kang baru tahu erghh gegham!