ehem! Hari ini kan tarikh konon-konon vogue, ramai orang kahwin, ramai orang bertunang, ramai orang buat open house walau raya dah habis, jadi tak patut betul kalau aku tak buat entry vogue jugak kan? heheh
Currently, tengah tengok live angkasawan negara punya reception. Dato' Sheikh Muzaffar. Eh, betul ke camtu eja nama dia? Aku bukan amek tahu pun. Aku tengok kat fb, macam ramai jugak cair dengan Dato' ni. Tapi aku dari dulu rasa biasa je. Maybe sebab puteh melepak sangat kot? hehe..
Abang keluar. Pergi survey tempat dia nak exam dari esok sampai Khamis ni. Exam apa? Exam PTK lah yeay! hei, cakap yeay cepat. Yeay!! Aku harap and doa abang lulus exam ni, sebab boleh naik gaji sebab tu aku yeay! hahah.. Kalau lulus, boleh naik gred M44 pulak.
Owh, tadi kawasan rumah aku masuk tv. Sebab PM datang and kasi sumbangan 6.5juta. Orang yang baca berita tu cakap, PM cakap kawasan rumah aku ni comot. hehe.. Comot tau bukan kotor.Comot sebab bangunan kebanyakan tak re-paint except apartment aku tinggal ni.
Hari ni, sebab tarikh vogue, ramai yang busy memenuhi undangan macam2. Aku plak, bangun pagi2 lepas Subuh, check laptop kejap. Lepastu sidai kain yang dah mesin semalam, and prepare breakfast. Hari ni aku masak bihun goreng je.. Makan sorang2 sebab abang jangan mimpi la nak bangun pagi. Heh
Lepas makan, aku pun memulakanlah tugas aku. Tugas sebagai surirumah okay.. Walaupun aku macam malas2, tapi aku adalah isteri, Isteri okay! Jadi, perlulah menjaga kebajikan. hehe..
- Aku kemas dapur: susun rak, bersihkan stove, kemas refrigerator dll
- Kemas semua bilik
- Kemas hall and meja makan.
- Sapu sampah kat hall, semua bilik, dapur and tempat washing machine
- Mop hall, semua bilik, dapur and tempat washing machine
- Bilas hall, semua bilik, dapur and tempat washing machine
- Basuh semua kain2 buruk, kain2 lap
- Cook for lunch
Aku start projek pukul 0930am, pukul 0100pm baru settle masak and kemas dapur semua. Penat wei!!
Lepas makan terus tidur. Dapat lelap kejap je, lepastu kakak aku anak beranak sampai dari kelantan.
Entry kali ni takde gambar. Nak letak gambar ape ye..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Takde!
Agak2 berapa juta budget Dato' Sheikh ni kahwin ye? Even ramai orang sponsor, tapi kalu total up semua mesti mampu tanggung honeymoon + shopping aku. Heheh.. Muka Datin Dr Halena tu sangat klasik lah! Macam orang Melayu dulu2.. Tak ke? =)
Tetiba aku letak gambar ni untuk membuktikan keklasikkan wajah Datin. Kan? Kan? Kan? |
Eh, nak tahu rahsia? Tadi before abang nak keluar pergi tengok tempat exam tu, aku peluk la abang, lepas tu ternangis sikit sebab rasa macam sedih je kena tinggal. Dah la semalam abang dekat pukul 8 baru sampai rumah. Malam tu cepat2 pergi shopping barang rumah and dinner, balik tu dalam 1030pm abang dah ngadap laptop dah. huhu.. Pagi tadi tengahari baru bangun T_T
Huu.. Hope everything going to be perfectly fine for us. Ameen..
Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment