Tuesday, October 19, 2010

Habiskan Duit

bismillah..


Semalam, aku pergi Sogo, and cuci2 mata kat Semua House. Rupanya aku dah takde nafsu nak membeli kat area Masjid India and Jln TAR tu, sedangkan masa belajar dulu, pasaraya MYDIN, wajib aku pergi kalau ke sana.


Aku sampai Sogo lebih kurang pukul 0115pm, saja gerak lewat sikit sebab budget balik nanti terus ambil abang kat office, senang.. First round kat Sogo, agak bosan sikit. Last2, aku jumpa t-shirt Bontton labuh sikit tutup bawah, jadi aku beli. RM29.90..


Lepas tu aku pergi makan kat foodcourt Sogo. Selalu, everytime pergi situ, aku akan makan hotplate noodle tapi semalam malas. Aku makan char kuey tiaw saje. Char kuey tiaw dia sedap jugak. Minuman paling best kat sana, watermelon juice. Malangnya semalam dah habis, so aku order carrot juice je..


Lepas tu aku pun ronda2 la Jln TAR, Semua House, kedai blouse murah tu.. semua tak menarik.


Aku tengok jam, baru 0330pm, abang suruh sampai office pukul 0530pm. Apa aku nak buat ni!! Baik keluar rumah pukul 3 tadi.


Last2 aku buat second round kat Sogo. Amazingly, aku dapat lagi 2 helai t-shirt and sehelai seluar hitam. Dan, semuanya murah! Bagi aku la..




Ni baju first round tu. Bontton RM 29.90 sahaja.

Slack hitam SCS RM 29.90 dan tshirt SCS RM 20.70. Offer 70%


T-shirt Diesel RM 23.90. Tapi baju ni besar sikit sebab dah takde size.

 Aku ni susah sikit nak membeli seluar. Sangat cerewet plus susah nak cari seluar yang sesuai dengan potongan aku yang .... Huhu.. Seluar aku setakat ni semua harga RM60++ sebab size aku yang mahal2 aje. hoho.. So aku sangat gembiralah dapat seluar RM29.90 dan sangat comfort.


Orang cakap kat Sogo ni, diorang memang akan mark up harga tinggi2 lepas tu kasi sale. Memang, aku pun rasa macam tu. Sebab tu target aku yang below RM30 saje. Aku beli yang aku rasa berbaloi dengan jenis kainnya, kualitinya dan comfortnya. Jadi aku tak rasa rugi lah semalam..


Oh ye, SCS tu South China Sea tau..


Jumaat lepas, abang dah bawak datang Sogo tapi aku tak beli apa2 sebab ramai orang and otak aku dok fikir kesian kat abang yang tercongok tunggu aku. Aku memang tak boleh orang tunggu aku and sangat tak boleh menunggu orang. Kalau tunggu orang bershopping tu takpe, aku tak boleh kalau orang janji pukul 3, datang 0315. Sangat marah oke!! Terus mood boleh berubah. Tambah2 kalau tunggu kat tempat yang tak selesa ke, panas ke, bising n ramai orang ke.. Aku memang sangat ANTI itu! Okay emo disini. Hehe sorry (^.^)


Kesimpulannya, aku dah berjaya habiskan duit abang. Heheh.. Esok, insyaAllah keluar lagi, dengan Fura and Doe. Pergi makan2 and borak2 je kot. Last jumpa masa wedding aku hari tu, tapi tak sempat nak sembang la kan..


okay, itu saje, terimalah gambar budak tembam ini


Oh aku dah berjaya beli syria labuh tutup dada. Beli on9. RM20 saje. 
Aku dah gemuk.. Sila rujuk gambar2 di atas juga. Macamana ni... Stress!


Hmm...


Alhamdulillah..



No comments: