Friday, October 15, 2010

Nasihat orang muda

bismillah..


Kawan kawan.. Aku nak memberikan satu peringatan penting ni. Sangat2 berguna okay..


Kawan2 nanti bila kawan2 bakal melangsungkan perkahwinan dan bakal menamatkan zaman bujang padan muka kena belajar siang ikan, aku dengan penuh ikhlas menasihatkan kawan2 supaya mengupah jurugambar profesional untuk merakamkan detik2 bersejarah kawan2.


Percayalah cakap aku.. Kawan2 tidak akan menyesal berbelanja lebih sikit sebab sampai tua kawan2 boleh tengok gambar kawan2 dengan baju yang cantik makeup yang cantik muka berseri seri dan sebagainya.


Kawan2 percayalah.. sangat berbaloi.. Bagi kawan2 yang nak jimatkan belanja tu.. Tolonglah cari celah atau ceruk lain yang boleh dicut atau ditakpayah-buatkan demi untuk mengupah jurugambar profesional.


Tanpa jurugambar profesional, kawan2 tidak mungkin..


Dapat merakamkan saat paling bermakna dalam hidup anda beserta reaksi orang sekeliling seindah ini.


Sempat merakamkan kenangan bersama seluruh sanak saudara seperti ini. Carissa kenapa pipi kau? huh..


Melihat wajah-wajah rakan anda segembira ini

Dan yang paling penting ialah OUTDOOR photoshoot!! Sangat best kawan2, aku tak tipu! Gambar2 kahwin ni boleh buat kawan2 tersenyum setiap kali tengok. Aku tak dapat nak share banyak, sebab aku kedekut! haha.. Taklah, banyak sangat yang aku suka, tak terupload nanti. Sebab tu kat fb pun aku upload yang dari custom album je. Ni aku letak sikit ye gambar outdoor aku


Ni yang 'moderate' maveles bg aku. yg maveles aku taknak kasi! hehe

Kawan2, biarpun kawan2 ada kawan atau saudara mara yang mempunyai camera besar tu, janganlah harap sangat pada mereka. Kerana mereka berkemungkinan lupa diri bila jumpa geng. Seperti yang berlaku pada majlis saya di Penang




Sekian saja nasihat dan pedoman hidup dari aku. Aku harap kawan2 mengambil iktibar.



1 comment:

Noor Nabila Jasni Teoh said...

baek cik lynn!!! eh silap~ puan lynn..hoho..hehe...i'allah akan dipraktikkan nasihat itu bile tibe masanye ye!