Tuesday, October 26, 2010

Untuk orang bujang





Bismillah...


Kepada rakan2 yang belum kahwin tapi dah gatal merenyam dah nak kahwin tu.. hihi gurau je.. Siapa yang taknak kahwin ye tak?


Ni, siapa2 yang dah ada pilihan hati, cuba check ini. Ini aku ambil dari FB je, tuan tu cakap boleh copy je, jadi aku buat la.. Boleh share.. heheh..


Ini macam okaylah, boleh pecaya. Macam yang kat majalah Remaja 10 ciri2 lelaki pilihan wanita apekah?? Dari dulu aku pening baca Remaja tu. Tapi ramai jugak yang suka kumpul2 dia aku tengok. Hihi


WONDERPETS, INI SIRIUS! Alhamdulillah walaupun aku lewat jumpa benda ni, hanya 1-2 point saje yang missed out. Seperti point no 10. ngahahah





Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

pesanan penaja: solat sangat penting kawan2.. penting penting dan penting. takde description kepentingannya. siapa nak didik kita dan bakal anak2 nanti dek non.. hoho 


2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

pesanan penaja: tak sangka ada point gini. Jarang aku dengar. Tapi asben i memang yang ini. huhh.. goodbye shopping! -_-'

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

pesanan penaja: ini macam impossible sikit tapi kadang2 abang tengok perempuan sebab nak kritik perempuan tu. Macam pakai merepek ke, mekap tebal sangat ke, kasut macam terompah ke.. Sabau je lah i. 

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

pesanan penaja: Kawan2 abang semua ustaz2 saje. Besembang pun ana-anta gitu. Abang je yang agak lost sikit jadi PTD. Hihi

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

pesanan penaja: Abang memang agak gelabah di saat2 kecemasan. Dan kalau nak menipu tu, cakap jadi tergagap2 sikit. hahah kantoi. Memang kurang tenang .. :p

Harap rakan2 dapat faedah membaca ini


Notakukukaki: Aku dah dapat tarikh inteview. 4 Nov pukul 0800am. Venue kat seksyen 17 Shah Alam. Korang2, tolong doakan aku ye.. Thanx! Sayang semua. :)

Alhamdulillah..

No comments: