Thursday, October 21, 2010

BFF Part 1

Bismillah..


Meminjam kata2 seorang junior aku:


"Kawan baik ibarat pekasam. Makin lama makin sedapp.."


Seronok ada kawan yang kita tak malu nak cerita baik buruk pasal diri sendiri dan juga baik buruk orang lain. hahah..


Kawan senang dan susah..


Yang boleh tegur kita dengan cara paling tak sopan tapi kita tak ambil hati pun


Boleh sekeh kepala dia dan dia sekeh balik kepala kita


Dia keluarkan sweet dari mulut dia dan masuk kan ke mulut kita and kita tak rasa geli pun. Okay ni geli sikit. hahah. Anis! Kau yang mulakan tabiat ini!


Bila lari dari rumah pergi rumah kita. Pakai jeans tapi kat dalam jeans ada track suit sebab tak sempat nak bukak dah nak lari dari rumah punya pasal. Hahah.. Ini paling kelakar tahu Noraini Dahalan!


Habis prep malam, lari2 pergi kantin beli nasi lemak pakcik Megat. Lepastu berkumpul kat dorm E8 makan2 lepastu sembang2 sampai kering sambal kat tangan. Lepas tu mengantuk terus naik katil Anis. Gigih berhimpit gak kat katil tu 5-5 orang. Bangun2 pagi eh, semalam aku tak basuh tangan eh?? Lepas tu sampai waktu rehat tangan bau nasik lemak semalam lagi. Doe!! Itu kamu lagi! hahah!


Mengalami situasi dikacau oleh makhluk halus dibilik iron pada pukul 0300am lalu kerana ketakutan tidur bersama sambil cakap 'kau dah tido ke?' kejap2 lagi cuit lagi 'yana, kau jangan tidur lagi.. aku belum tidur..' haha.. taknak jadi orang yang tak tidur sebab takut benda tu naik atas dorm. Tapi Yana agak berani la orang nye.. hoho


Weiii banyak oo sweet memory yang tak boleh lupa.. Kalau jumpa balik, sembang2 benda yang sama je.. tapi boleh gelak gila2.. Contohnya, masa Form 1 si kelam tu pernah kejar kereta mak dia sambil nangis2 nak ikut balik. haha.. kelakar oke! hmmm... :)


Hari ni.. 20102010 kitorang jumpa lagi. Tapi just aku, Fura and Doe je lah. Semua dah success dah sekarang. Fura dah jadi chemist kat Klang. Kerjanya pakai lab coat je. hoho.. Semalan dia kerja shift petang, so before dia masuk kerja, jumpa dulu..


Doe pulak sambung Sarjana kat UPM. Sambil2 jadi tutor. Dia kata students faham apa dia ajar. Hahah.. Serba salah pulak nak terima kenyataan itu.


Yana dengan Anis, takde kat KL so susah la nak jumpa. 


Ini hanyalah episod pengenalan. 


Baibai!


Fura and Doe's covocation. Last year.

No comments: