Bismillah..
Hahah.. Weekend baru ni, PIL aku datang. eyh, parents-in-law ke family-in-law ye? Huhu.. Kurang arif di situ. Guna FIL lah senang.
Okay, diorang datang, except BIL aku yang bongsu je. Sebab dia ada kat UiTM Arau. Jauh.. Weh, aku pernah pergi Arau sekali masa nak hantar BIL aku tu. Macam best je shopping kat sana. hehehh
Baiklah, mari dengar cerita aku. Adakah aku masak sambal tumis telur lagi? Haha.. Kejam..kejam..
Jawapannya mestila tak. In fact, aku siap tak sempat nak masak lagi. hoho lega weyh.. Dalam kepala aku da fikir nak prepare nasi ayam je. Nasib baik tak sempat.
MIL and SIL aku sampai KL Jumaat malam sabtu, dalam pukul 0100am camtu. BIL no.3 pun sampai pukul 0100am jugak, tapi turun kat KL Sentral. So, pagi Sabtu tu, aku kejut abang dengan penuh konsisten suruh pergi BELI breakfast. Selamat satu kerja. (",)
Tengahari tu, eyh ayah mertua nak panggil apa father-in-law (FIL) ke daddy-in-law(DIL) dah FIL tadi guna untuk family-in-law? Ah, serabut sudahh..
Guna DIL la pulak. haha suka2 je.. Mereng.
Tengahari tu, DIL aku pun habis kursus kat Melaka tu, so kami semua pun keluar menjemputnya dan makan di luar. Selamat lagi. Fuhhh -_-'
Kitorang makan kat Restoran Insaf, dekat Jalan TAR. Itu memang destinasi wajib lah kalau kaum kerabat Penang datang KL. Menu yang kitorang makan sama je. Nasi beriyani ayam goreng dengan mango juice. Tiap2 kali mesti makan tu. Takde talian hayat dah. haha..
Oh, keluar restoran tu, terserempak la dengan kawan aku batch SEP UM dengan boyfriend dia. Diorang nak bertunang dah nextmonth, so pergi cari barang2 kot.. hihi Congrat Yati! Gila tinggi pakwe kau, bahu dia lagi tinggi dari kepala kau. hehe..
Okay lepas makan mestila sesi cuci mata. DIL, BIL and abang aktivitinya sama je tiap kali tunggu MIL and SIL shopping, iaitu lepak2 minum2 di Secret Recipe depan Sogo tu. Aku kalau ikut hati macam malas gak nak ikut shopping, tapi takkan nak lepak2 sama pulak and nanti apa pulak MIL aku cakap.
Yang kelakarnya, MIL aku withdraw duit, lepastu siap kasi aku duit belanja RM100 untuk aku, RM100 untuk SIL aku. Hahah.. okay ada semangat baru sekarang.
Shopping2, sampai rumah dalam pukul 5 macamtu. On the way balik tu, singgah beli goreng pisang. Selamat lagi aku -_-'
Sampai2 tu, lepak2 minum petang, tiba2 DIL aku cakap.
"Malam ni tak payah masak lah, penat.. Kita beli je.."
Yeah, seronoknya!!
eh, tapi dia tak kasi aku masak sebab takut aku masak sambal tumis telur lagi atau memang sebab takut aku penat? hoho..
Pagi Ahad pulak, pagi2 DIL dah keluar cari breakfast sebab diorang nak balik awal, sebab nak singgah UiTM Seri Iskandar dulu hantar BIL yang no 3 tu..
Dan kesimpulannya, aku terselamat kali ini...
Notakukukaki: Weeiii!! bila tarikh interview nak keluar ni!!! Ni aku murka ni huhh..
Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment