Tuesday, October 19, 2010

Kami dan Universiti Malaya

Bismillah...


Sekarang hujan.. Lebat le jugak tapi takde la guruh-muruh bagai. hoho..


Nasib baik baju-bajuan aku jemur tadi sempat kering.


Oh, mari kembali ke tujuan asal..


Mungkin korang belum tahu, abang pun ex-UM jugak. Malah, ex-Nilam Puri juge.. Means, dulu abang belajar kat Akedemi Pengajian Islam, UM. Duduk kat 5th college selama 7 sem kalau tak silap. Satu sem tu extend. Kalau aku tak silap jugak, abang ambil Syariah dan Undang2. Tahla, aku tak sure.. heheh..


Tapi, by the time aku jadi first year kat UM tu, abang da grad dah.. hoho


Apa yang menjadi tanda tanya aku sekarang ialah.. abang macam begitu kamceng dengan UM. Apa2 pun mesti nak UM. Kadang2, nak cari ATM bank Islam pun kat UM gak. heheh.. Sampai lah sekarang, nak jogging petang2 pun nak pergi UM gak. Adoii..


Oh ye, dulu abang ialah ahli Palapes. Apa yang aku perhatikan sepanjang duduk dekat 11th college, Palapes ni kalau jogging je mesti round satu UM. So, aku rasa abang macam tu jugak lah. Dia tak puas kalau tak jogging satu UM.


Lagi satu, semangat kecintaan abang kepada benda2 ketenteraan sangat lah tinggi ye rakan2.. Abang ada beberapa jenis baju askar yang aku tak boleh usik walaupun nak tolong basuh! hoho.. Ha, kalau korang perasan entry aku kat bawah ni, kat gambar baju baru beli tu, ada nampak sikit uniform askar abang. Aku pun tak tahu bila abang pakai benda2 tu. Weh, boot yang kilat2 tu pun ada tau dalam kereta!


Lepas tu, kawan2 kat facebook dia, dia add or approve yang Palapes je. Yang lain pun dia approve jugak, tapi lambat sikit. Fb dia tu, ada 100++ friends request tahu! hee


Abang juga takkan ketinggalan membeli satu majalah ketenteraan ni. Tajuk dia TEMPUR


Ha, lebih kurang banyak ni la koleksi abang
Ahad lepas, abang ajak aku teman dia pergi jogging. So, kitorang park kat Tasik Varsity. Aku dah prepare awal2 bawak newspaper. Takut bosan. hoho.. eh, kalau rakan2 nak tahu, kat Tasik Varsity tu ada game baru lah.. Selain kayak and orang yang main bola atas kayak tu, ada game pukul2 bantal juga. Meh aku tunjuk gambar


Sorry gambar tak clear sebab hp cap ayam
 Ha, mula2, 2-2 pemain naik atas tiang gol tenggelam tu. Eh nak tahu tak, susah tahu nak naik atas tiang gol tu. Ada sorang tu teringin nak main tapi try naik tak boleh2 jugak. Jenuh kawan dia ajar last2 dia tengok orang main dari bawah sambil berenang2 saje. Kesian tahu..


Aku rasa yang main ni budak kayak kot sebab yang cheer and penonton tu ada budak kayak yang aku kenal. Oh untuk pengetahuan rakan2, masa 1st year n 2nd year, aku main rowing untuk UM. Ape? tak penah dengar perkataan rowing? Tanya En. Google!


Eih dah jatuh! hehe
Lepas tu, ada seorang didarat yang akan cakap ready....go!!! lepas tu diorang pun pukul2 la lawan diorang dengan bantal tu sampai jatuh. Siapa jatuh, kalah la. Syarat dia tak boleh pukul kepala sebab nanti sewel.


Menarik kan, sebab kelakar bila orang tu jatuh. Aku tergelak sorang2 aje..


Aku lepak2 je tepi tasik ni, sementara tunggu abang jogging round satu UM. Fuhh terel betul.. Aku penah jog satu UM sekali, masa training untuk rowing dulu. Sampai2 je macam nak pecah dada nyah! Gila penat.. Tapi abang asal jogging je mesti round satu UM. Lepastu, ada hati siap ajak aku join sama. Apekahh??


Jadi, aku rasa walaupun dah grad dari UM, aku still rasa macam students UM lagi. Aku pun, kalau nak cari buku ke ape, pergi Pekan Buku lagi. Baru2 ni, beli buku interview kat situ. Nak bayar bil2 pun pergi Pejabat Pos UM jugak. Hehe.. 


Sekarang, abang pun tengah sambung Master kat UM jugak.. Tiap2 minggu pergi UM. hmmm


Itu je aku nak cerita sebenarnya. Takde pun isi penting hahah


Padan muka orang yang baca entry ini. Yabedabeduu


Okay sekian.


Alhamdulillah..

2 comments:

Mama Rayyan said...

Lynn duk jln klang lama kan?mmg dekat la dgn UM,lagipun kt jln klang lama mana ada tempat nak jogging.Akak duk sana sblm kawin dulu...he3.

lynntaib said...

haah dok jalan klang lama. hahah asben orang penah jog keliling apartment je. kesian die. dekat pun kena tol RM1.60 gakk.. huuu