Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Tuesday, November 30, 2010

Cerita zaman sekolah Part 2

Bismillah..


Okay, nak sambung cerita masa aku form 2 pulak. Masa ni, aku duduk dorm yang sama, F3 jugak. Dengan Tun jugak. Satu perkara yang aku tak boleh lupa, awal tahun masuk2 sekolah tu, Tun diam je, tak macam selalu dia happy2 sikit suka mengusik.


Aku ingat dia marah kat aku sebab aku datang awal tapi tak cop katil bawah untuk dia. Bukan aku tak cop, aku cop dah, tapi senior form 4 cakap tak boleh la cop2.. Aku tengok katil atas dia nangis2. Errkk.. makin rasa bersalah aku. Lepas cakap2 mintak maaf, rupanya dia menangis sebab ayah dia baru meninggal masa raya ke-2.. Hm, aku simpati tapi tak tahu macamana nak tenangkan dia sebab aku kan br form 2! heee..


Masa tu form 3 ada satu geng yang famous and selalu buat masalah kat asrama. Senior2 gelar gwng tu 6 jahanam. Salah sorang ahli tu budak dorm aku! hehehe.. tapi diorang ni baik je, bukan jenis buli2 punya, just buat jahat sendiri2, macam pergi scuba kat kolah, pergi panjat tangki, escape prep ke, escape main petang ke. camtu je lah.


Masa aku form 2, form 1 dorm aku ada 7 orang! Gila ramai, senang nak mintak tolong. So, masa penutup orientasi form 1, semua students diwajibkan pergi DB (dewan besar) untuk tegok persembahan diorang. Geng2 6 jahanam ni bukan 6 orang je, ada jugak kroni2 yang lain. Diorang berkumpul kat dorm aku, tengah bisik2 nak escape penutup orientasi tu.


Salah seorang geng tu jugak, team netball aku. Dia nilah yang banyak ajar aku buat jahat sebenarnya. Dari sekolah, sampailah ke UM aku baik dengan dia. So, masa tu, aku pun lepak2 sekali diorang dengar plan diorang. 


Err.. dipendekkan cerita, aku pun escape orientasi tu! hehehe bahagia sungguh dapat buat jahat di awal tahun tingkatan 2. Walaupun sepanjang masa escape tu hati tak tenang tapi rasa puas. Kalau dengar suara cikgu Maznah, lagi seram. cikgu Maznah (warden asrama) ada kat bilik dia, tak pergi DB.


Weekend tu, geng2 form 3 kena panggil turun bilik prefect. Hiks.. kantoi rupanya. Kakak prefect tanya siapa lagi yang escape diorang cakap lah semua. Aku pun kena panggil lepastu kakak prefect semua lecture2 aku eh, tiba2 aku pelik. Bukan aku escape orientasi form 1 ke, bukan prep malam. Hehehe rupanya geng2 tu kantoi escape yang lain, kantoi escape prep malam, tapi diorang ingat diorang kantoi escape penutup orientasi. erghhh!!


Jadinya, diorang kena denda 2 kali ganda. Aku pun kena denda jugak. Masa kena lecture dengan akak prefect tu, ada ayat tu aku ingat lagi


"Sijil PMR pun belum dapat, dah berani2 buat jahat!. Ko tu baru form 2, dah berani nak ikut2 senior buat jahat ye!" Aku senyap je, buat muka seposen. hehehe


Oke, tapi dendanya sangat memalukan oke!! Setiap hari ahad kat asrama, ada inspection. So semua kena buat duty yang di agihkan. Semua dorm akan bersihkan floor, bawak turun sampah and sampah tu akan dibawa ke tapak pelupusan oleh dorm yang duty. Nama duty tu 'bawa sampah kebelakang'. Belakang tu means tempat pelupusan tu, ada lubang besar kat belakang aspura.


Lubang besar tu betul2 kat belakang aspura. Kalau tengah duty tu memang nampak la boys tengah bersidai kat corridor nak tengok dorm aspuri mana yang duty buang sampah. Kalau yang couple2 tu boleh la nak usya awek tengah selebet2 angkut sampah.


Okay, Kitorang kena denda tu oke! Bawak sampah kebelakang! Oleh kerana geng 6 jahanam tu sangat famous satu sekolah, so memang gegak gempitalah kami disorak! Aku ingat, memang sesak corridor tu hahaha.. Tapi aku pasti orang tak cam aku sebab aku baru form 2 and tak menarik perhatian pun. Diorang mestila nak tengok geng 6 jahanam tu je kan. 


Conclusion, denda ni jadi kenangan manis. Kalau recall balik dengan geng2 tu, boleh gelak keluar air mata. Syokkkk oke buat jahat kat asrama! :)


Lagi, dalam geng tu, aku agak rapat la dengan Kakpa ni, sebab main netball sama2 and dia amat kamceng dengan bff aku si Anisz tu. Kakpa ni kalau korang nak tahu, dia ketua batch untuk batch dia (girls). Kira automatik jadi penolong ketua batch untuk form 3 masa tu la. Anis plak ketua batch untuk batch aku (piranhas). 


So, nak dekat2 trial PMR tu, Kakpa ajak aku and Anis teman dia study Sejarah sebab nak suruh tolong cerita kat dia topik2 sejarah Form 2. Dia ajak kitorang stay up kat dorm dia, Dorm F6. Dia cakap malam ni kita tak payah tidur. Esok pagi2 pergi breakfast lepastu baru tidur.


Kami pun menyahut cabarannya padahal time tu form 1 and form 2 yang tak tidur sebelum pukul 11 adalah satu kesalahan besar! And form 1 dengan form 2 wajib pasang kelambu kat katil masing2. Aku pun pasang kelambu, susun bantal cantik2.. tengok line clear je terus pecut pergi F6. Terus masuk kelambu bff aku lg sorang, Yana. Dia satu dorm dengan Kakpa.


Dalam kul 12 lebih macam tu, line dah clear, Kakpa panggil keluar kelambu. Bermulalah stay up aku yang pertama bertemankan lampu koridor. Agak takut jugak sebab Kakpa boleh pulak ajak bercerita hantu di Dorm F6 apekah? Dorm F6 paling haunted sekali oke memang banyak kes jadi kat situ.


Pagi tu lepas sembahyang subuh terus turun DM (dewan makan) for breakfast. Masa tu dalam pukul 0630 kot. Memang agak weird lah sebab girls biasanya turun makan lewat pagi sikit. Lagipun yelah, cuti kan. Yang ada hanyalah boys warak2 yang berkain pelikat yang bangun untuk jemaah subuh yang pertama. hehehe kelakar oke! Kitorang betiga je! Aku rasa makcik DM pun pelik dapat hidayah ke budak2 ni?


Tapi aku tak peduli dah sebab masa tu mata dah kuyu gila, kira nak cari bantal je lepas tu. hehe.. Tapi memang fun masa stay up tu, macam benda kitorang borak about boys, love that thingy la.. hehhe


Dua ni je la benda paling jahat aku pernah buat masa form 2. Aku rasa aku je la yang buat jahat join dengan senior. hehehe..


Okay, sampai sini dulu.. Hm.. besnya duduk asrama. Miss.. :')



Tuesday, November 23, 2010

Cerita zaman sekolah Part 1

Bismillah...


Korang, semalam aku ada create satu blog lain just for contest and giveaway. hoho adekah sangat kemaruk? Sebab aku tengok kadang2 contest tu comel jugak, tapi aku malas nak publish sangat blog ni sebab segan. So aku create satu blog lain.


Nanti siapa2 yang nak update pasal contest boleh la jadi follower kat blog lynncontest ni ye.. Boleh aku tag korang kalau ada contest yang kena tag2 orang tu.


Semalam aku dah join several contest, lepastu aku main tag je kawan2 aku yang tak ramai mana dari blog ni. Sorry tau korang! heee :D


Hm, gembiranya bila dengar kawan2 PIRANHAS yang amek education dah dapat posting. Lagi seronok bila mereka dapat posting kat negeri yang diorang minta.
Alhamdulillah..


Owh, Piranhas ni batch aku masa kat SEMESTI dulu. Aku pun tak tahu sejak bila setiap batch mesti ada satu haiwan maskot. heheh.. Ada dragon lah, tiger lah. Tapi Piranhas agak cool and lain dari yang lain kan?


Siapa yang sekolah asrama, mesti tahu betapa bestnya duduk asrama ni kan? Best.. sebab kita duduk dengan kawan2.. Lepastu, lagi best kalau masa asrama kau bukan seorang yang skema, tetapi seorang yang selalu mencuba benda baru. Heheh.. aku lah tu!


Jom start cerita dari Form 1. Tapi masa form 1 aku tak naik sheikh lagi.. Kena sekeh lagi adalah.


Masa form 1, aku duduk dorm F3. Time tu, aku and Tun je Form 1 dalam dorm tu. Jumlah ahli semua 18 orang. Yang aku ingat, form 2 - form 4 ada 4 orang tiap batch.


Masa kitorang form 1, budaya ragging and lecture memang sangat2 berleluasa ye. Form 5 pulak masa tu masyaAllah besarnya. Maksud aku, bentuk badan yang matang. Tak macam budak2 form 5 sekarang. kecik je tak scary langsung. haha.. 


Sebelum tu, lecture tu bermaksud mangsa akan duduk di tengah2 bulatan manusia (ahli dorm tapi kadang2 senior ganas dari dorm lain akan dijemput) sambil mangsa dimarah2 dan dicaci dihina sambil kadang2 diselangi dengan denda seperti rukuk lepastu jari telunjuk point to the floor, lepastu pusing2 180 darjah selama beberapa kali sampai pening. Denda ni nama helikopter.


Nak adventure lagi, mangsa kena berdiri, kedua tangan diluruskan kedepan 90 darjah, dan lutut dibengkokkan 45 darjah selama masa yang ditetapkan. Selalunya more than 15 minutes. Kau buat sekarang, 2 minit pun dah tegang perut. hoho. Denda ni nama dia steng. short kepada stengah.


Dorm aku ni kira average je lah keganasan senior2 nya. Tapi sebagai seorang junior, aku tetap di lecture! huh.. Dahla 2 orang je form 1, Tun tu pulak kecik comel je suka sengih2, orang nak ragging pun tak sampai hati. Jadi, akulah yang kena.


Masa tu aku rasa siapa yang melecture tu kurang bijak ya amat sebab membuang masa. Kau tahu tak, diorang boleh lecture mengikut episod selama beberapa hari berturut2. Satu episod lebih kurang sampai pukul 3-4 pagi, selama beberapa hari. Dan, sebab melecture tu sangatlah vudus. Lebih baik tidur sebab besok nak sekolah daripada melecture ni.. Meh aku nak cerita sebab aku dilecture.


Sebabnya, senior2 ni dah terlebih rajin, masa aku takde dalam dorm diorang pergi spot check locker aku. Lepastu diorang jumpa bahan bukti untuk dijadikan alasan untuk lecture aku.


Diorang jumpa cotton bud yang dah guna, tapi tak dibuang dalam tong sampah. Cotton bud tu tak kotor oke, takde kuning2 semua sebab aku memang kerap cuci telinga, sebab aku suka rasa geli2 tu. huhu.. Jadi sekali tu aku kelam kabut kot jadi aku tinggalkan cotton bud tu dalam locker aku. Locker aku oke! Bukan locker senior. Lagipun masa tu form 1 kot, hingus meleleh lagi..


Tu je sebabnya. Jadi malam tu aku pun dilecture mengatakan aku ni pengotor, pemalas, budak busuk, macam2 la. Lepastu ada satu scene tu diorang suruh aku pergi buang cotton bud tu kat tong sampah hitam besar antara dorm aku dengan toilet tapi kasi masa berapa saat tah. 5 saat kot. Kalau lambat kena denda. Aku pun ape lagi pecut lah nak pergi buang sampai lupa nak pakai selipar masa keluar dorm.


Guess what? Walaupun aku berjaya catat rekod buang cotton bud kurang dari 5 saat, tapi aku tetap didenda berdiri 3 jam kat tengah2 tu sebab aku tak pakai selipar! Sangat pffffttt! kan? haha


Okay esok tu sah2 la aku call mama kasitahu taknak la sekolah sini... senior jahat.. kena lecture bla bla bla.. Call tu guna public phone dalam asrama. Sah2 la budak dorm aku nampak. Apelagi, malam tu kena lagi la... Sebab pergi mengadu kat mak sape suruh? haha mengong je


Tapi kali ni lagi adventure sebab budak dorm aku import senior ganas dari dorm E2. Kak Toya nama dia. Dorm E2 ni dorm paling ganas lah wehh.. Diorang punya ragging tahap gaban. Aku ingat diorang pernah tampal manila kad besar2 depan pintu dorm, cakap sorang form 1 tu dilarang masuk. Gila weh, nak tido kat mana malam2? Nak salin baju macam mana? Nak tidur dorm kawan memang mustahil lah, sebab baru form 1 sah2 senior dorm kawan tak kasi. 


Kalau korang nak tahu, salah sorang ahli dorm E2 ni sekarang dah jadi pelakon pun. Fatiya Latiff nama dia. Pergi google sekarang hoho.. Ala yang berlakon Nur Kasih jadi bestfriend Nur tu.. Fatiya budak batch aku, tapi keluar sekolah sebab tak tahan duduk asrama rasanya..


Okay melalut sudah.  Kak Toya datang lecture aku weh! Sape tak cuaks! Tapi aku tak kena teruk sangat pun malam tu, maybe sebab Kak Toya takde mood. ekeke.. Just kena steng gitu je la..


Senior dorm E2 ni kebanyakannya budak Scout, so ahli dorm tu kena masuk scout jugak. haha.. Anisz, bestfriend aku tu mula2 masuk scout, tapi dia quit before daftar and masuk Puteri Islam. Ha, amek kau, dia kena panggil masuk E2 malam tu and kena lecture habis habisan sebab keluar scout. Logik? Suka hatilah nak masuk apa pun. Poyo lah.. Lagi satu, yang aku ingat senior E2 ni suka pakai terompah as selipar toilet. wahh stylo habis lah time tu. Dengar bunyi oramg berjalan pakai terompah pun dah kecut jantung dah time tu, heheh


Eh, ada sorang Form 5 sebelah katil aku tu, satu hari tu mintak aku pad, sebab pad dia dah habis. Tiba2 dia datang bisik2 kat aku macamana nak pakai pad ni? Hehe.. Dia tak pernah pakai pad ada wing rupanya. Masa tu pad ada wing tak ramai lagi orang guna.. 


Lagi satu rahsia, akak form 5 tu suka tidur berdengkur, sampai aku tak boleh tidur. Lepastu tidur mati. Ada sekali fire drill jenuh aku panggil suruh bangun dia buat dek je. Last2 aku hempuk dengan bantal baru dia jaga. Hahaha.. Sejak tu aku selalu gak la tutup muka dia dengan bantal kalau dia berdengkur. Tapi masa nak letak bantal tu aku hempas je bantal kat muka dia puas hati aku. Ha, tu la garang sangat... hehehe...


Okay, ni cerita masa aku Form 1. Next time cerita masa Form 2 pulak. Time ni aku dah keluar tanduk :D


Apepun aku tak simpan dendam pun kat senior2 aku tu, malah sekarang kitorang baik je kat facebook.. Ni semua bila ingat2 bali, jadi kenangan manis.. :')