Bismillah...
hai! =)
Sepatutnya sekarang tengah busy buat report PPGB, tapi sebab malas, update blog la. Now aku sorang2 je kat bilik hotel, abang pergi hospital kat depan hotel ni sebab ayahwan dia nazak di ICU. Hope everything going to be fine.. Kesian tengok ayahwan tadi. Kalau aku nak duduk lepak2 kat sana pun tak selesa, sebab dalam ICU boleh masuk 2 orang je, yang lain melangut kat luar, and baca Yassin. FIL and MIL pun asyik tanya tak penat ke and suruh balik bilik rehat huhu.. Best ooo jadi menantu sulung =P
Oh ye, aku di Alor Star sekarang.. =)
Macam nak ajak abang pergi jalan2 kat Pekan Rabu sebab tak pernah pergi, tapi macam tak logik pulak nak bersuka ria. Nasib baik memang bawak homework datang sini.
Okay, berbalik kepada tajuk di atas. Mak teh abang (kira mak teh aku jugak la ye dak hoho) seorang pendidik juga. Tapi baru je pencen bulan 2 baru ni. Before pencen mak teh lecturer kat UiTM tapi before tu dia cikgu.
Apa yang bestnya, mak teh pun ajar kat sekolah majoriti chinese jugak yeay!! Terus tidak melepaskan peluang inteview mak teh tadi. Oh, yang lagi seronok ialah mak teh guru subjek prinsip akaun dan perdagangan. Selalunya, students yang amek subjek akaun ni budak2 kelas average ability and perdagangan low ability. Laaaagi la syok aku dengar makteh kasi tips macamana nak handle class..
Haaaa... nak dengar tak macamana?
Meh aku cerita. Ni aku tanya untuk subjek aku la sebab aku akan ajar subjek sivik dan moral, so makteh pun kasi la tips2 nak tackle students yang memang tak minat nak study ni.. Tapi aku rasa boleh je diaplikasikan untuk subjek lain pun.. Sukahati la nak buat ape pun kan, kita kan cikgu. Asal apa yang kita nak sampaikan tersampai, cukup. Kalau praktikal tu lain la kena ikut prosedur betul2..
Okay, tindakan pertama kita bila masuk ke kelas ialah memerhatikan pelajar dulu. Kalau agak2 memang kahaq (kahaq tu degil teramat kot) kita tanya mereka, kenapa tak minat belajar. Suruh diorang buat summary or point2 pun boleh, kenapa mereka tak minat belajar, or kenapa belajar ni tak best. Suruh diorang hantar pastu analyse la satu2 point tu.
Pastu next class diorang ialah motivate mereka. Dalam banyak2 point tu sebab yang wajib ada ialah 'sebab saya tak pandai' or 'sebab belajar itu susah' so pandai2 la kome susun ayat camne nak motivate budak2 ni. Contohnya cakapla jangan sekali2 cakap diri sendiri bodoh or tak pandai, semua orang ada kelebihan masing bla bla bla ala kome mesti tau punya kan nak cakap apa..
Dah selesai satu tips, tapi jangan harap budak2 tu nak berubah terus ye, takde maknenya lepas korang motivate tu deme nak rajin belajar. Tapi, maybe terkesan dalam 10% dalam hati sanubari budak2 ni. Bergantung kepada kehebatan korang menyusun dan menggoreng ayat2 motivasi tu la.
Next clas, suruh diorang buat karangan pasal diri masing2. Tak pun kalau kelas last yang kahaq tu, jangan harap la kan nak buat karangan. Nak buat sebaris ayat pun susah, so korang setkan butir2 diri mereka yang korang nak tahu. Ala, buat macam biodata tu. Tapi wajib tanya nama ibu bapa, pekerjaan ibu bapa, anak keberapa, berapa orang adik beradik, siapa idola@ orang paling disayangi, hobi, cita2. Yang lain2 tu korang hentam je la nak tanya apa pun.
Haa.. apa faedahnya kita suruh buat ni? Walaupun nampak simple je, tapi secara tak langsung korang boleh tahu and tafsir macam2 dari biodata ni. Contohnya pekerjaan ibu bapa: dapat tau status kewangan budak tu. Anak ke berapa dari berapa orang: dapat study psikologi dia, kalau anak tunggal kita tau la dia ni manja, apa nak semua dapat n sebagainya. Kalau anak tengah, no 3 dari 6 beradik ke, maybe pendiam kat rumah, kat sekolah nak memberontak ke sebab tu nakal sangat, dsb.. Orang paling disayangi: Kalau dia lebah keluarga, ibu bapa, means dia normal la.. Tapi kalau dia letak kawan dia ke, atuk nenek dia ke, means maybe dia ada masalah kat rumah macam tu la kot. Kita boleh predict ikut logik la kan benda tu, tak semestinya betul..
So, secara tak langsung kita dah mengenali budak2 tu dengan cara yang mereka tak sedar pun.. Suruh je diorang tulis biodata tu dalam buku latihan.. Bila dah kenal macam tu, maybe boleh membantu kita untuk handle budak2 tu nanti.
Hm.. apa lagi ye.. Mak teh cakap jugak, silibus dalam buku tu (bagi kes moral and sivik) tak payah ajar semua pun takpe. Just pick beberapa topik yang penting and topik yang fun untuk belajar. Ajar banyak2 pun buat apa, diorang bosan nanti. Dahla budak2 tu tak minat belajar. Yang tu tips simple je, korang faham kan cane nk buat, pilih topik yang menarik n buat pnp tu jadi fun. Makteh kata seboleh bolehnya tolong jangan talk and chalk. Lebihkan aktiviti contohnya kasi beberapa artikel berlainan kat setiap kumpulan, suruh diorang baca and cari nilai2 yang ada dalam artikel tu pehtu lakonkan nilai tu. Kalau jumpa nilai kasih sayang, lakonkan satu babak tentang kasih sayang. Jangan diorang belakon babak 'berkasih sayang' sudah... pengsan!
Sempat sembang tu je dengan makteh tadi. Takpe, tu pun aku rasa berguna jugak.. Hope berguna jugak kepada korang k!
Dah, nak tengok cerekarama ni, sorry malas nak tepek gambar. Bai bai bai! =)
Showing posts with label tips dan petua. Show all posts
Showing posts with label tips dan petua. Show all posts
Saturday, March 5, 2011
Thursday, December 23, 2010
Buah Delima
Bismillah..
Eh, tiba2 hari ni rajin nak update belog pulak dah..
Sebab mama khusyuk gila baca novel yang aku beli masa nak pitam hari tu.. heheh..
Start baca kelmarin, hari ni aku tengok macam nak habis sangat dah tu. hoho..
Okay, sebenarnya aku baru je lepas berjaya habiskan sebiji buah delima yang XXXL sizenya dari kebanyakan buah delima yang selalu kita jumpa kat Malaysia tu.
Size yang aku makan ni adela lebih kurang besar epal jepon tuh.. Adoi..
Buah delima ni mama beli masa kat Madinah kot. 1kg dapat 3 biji. Cepat bayangkan kebesarannya! =P
Mama beli sebab ramai kawan2 dia cakap orang pregnant elok makan buah ni untuk nak kasi anak bijak. Aku pun ada dengar jugak. So mama beli la cadangnya nak kasi SIL aku. Mama tak tahu pun aku pregnant sepanjang kat tanah suci.
TAPI...!!!
Wah, ada tapi.
Kawan2 mama cakap jugak, kalau orang pregnant, kena makan buah delima tu sorang2 sebiji tu. Tak boleh share, and kena makan setiap biji.
Sebab apa?
Sebab kawan2 mama cakap, orang tua2 cakap that dalam banyak2 ulas tu, ada satu ulas je yang betul2 berkhasiat. So kalau share, maybe tak dapat la kan yang precious one tuh. hoho..
Mama bawak balik 3 bijik, 2 bijik gedabak, satu biji saiz normal la besar epal (or besar sikit) tu. Mama suruh SIL potong yang sebiji yang besar nak kasi makcik2 pakcik2 aku rasa, share2..
Lepastu SIL aku cepat2 sua kat aku yang besar yang lagi satu tu sambil cakap orang pregnant first kena makan yang besar. hehehe cit! Ngelat plak dia..
Eh lupa nak cakap. Aku tak berapa suka delima ni sebab baru aku tau kena makan dengan biji2 dia sekali eyh? Punyala tak sedap bila gigit biji dia. Sebelum2 ni kalau aku makan aku buang biji dia. Memang jenuh la nak habiskan sebab terbelek2..
Okay aku redha dapat yang besaq tuh..
Esoknya (sabtu) aku dengan abang lepak Shah Alam lagi. SIL pun ajakla makan delima tu. Aku larat makan half je. Yang half lagi bawak balik. SIL confirm2 la habis kecik cenonet je dia punya (sebenarnya takdela kecik sangat dia punya tapi nak cakap gak dia punya kecik =P)
Lepastu punyala liat nak makan lagi half tu. Harini baru bertekad demi kecergasan dan kecerdasan otak babyku.. huk huk huk..
Lepasni kena selalu cari pomegranate juice.
Oh, aku tak suka minum susu tepung untuk pregnant tu. Aku beli Anmum. Memang tak tahan bau dia. So tanya la nurse masa buka buku baru ni.
Nurse tu cakap minum susu tu untuk dapatkan calcium jek. So kalau tak lalu susu tepung, boleh gantikan dengan sumber calcium lain. So, pastured fresh milk la pilihan aku..
Nurse cakap lagi, dalam susu tepung untuk pregnant mom memang ada vitamin2 untuk perkembangan otak baby macam DHA apekebenda lagi tah. Tapi boleh juga makan kekacang macam badam, pistachio or kurma, kismis..
Hehe.. so aku memang say BIG NO la kat susu tepung. Kebetulan mama bawak balik pistachio banyak gak, and memang aku makan badam hari2.. Kalau habis stok, boleh beli kat kedai area rumah Abgyan, pistachio 1kg=RM40. Kat situ jugak ada jual pomegranate juice. Dia jual barang2 import dari timur tengah macam kacang2, kurma, buah tin, dsb. Heheh..
Kurma memang tiap2 pagi makan dalam 4-5biji.. So.. sekarang takdela aku risau2 nak minum susu dah. Lepas minum Anmum tu, confirm aku melepek dalam sejam sebab rasa nak muntah gila2.. hoho..
Hm, aku memang lucky gak lah pregnant sama2 dengan SIL aku ni sebab dia memang banyak remind aku bab2 pemakanan ni. Kalau aku, memang malas gila nak google2 pasal pregnancy ni. Bila SIL cakap, baru aku amek tahu.
SIL aku cakap, masa dia pregnant 1st baby pun macam tu gak. Aku rasa maybe kalau pregnant 1st baby ni mommy dia blur2 je lagi kot. haha.. So.... hmm,
Alhamdulillah.. =)

![]() |
| Epal syafeq |

| Buah delima =) |

Wednesday, November 10, 2010
Segmen Tips: Baju Batik
HelloW.helloW. where can I pay the parking ticket?
Hee.. korang tengok tak iklan tu? Nyampah kot masa aunty tu cakap Hellow tu. hoho
Camni..
Hari ni aku sesaje nak share petua or tips untuk korang semua. Cewahh masak kari pun tak jadi ada hati nak kasi petua. hiks.
Takpe tak kisah. Tapi tips ni berkesan dan memudahkan..
Masa aku inteview GST last week kan hari Khamis, so kena la pakai baju batik. Aku jujurnya tak suka pakai baju batik sutera sebab gila susah nak iron.
Kalau baju kau yang 4meter RM300+ tu yolah senang, tapi kalau yang RM100+ macam aku punya boleh mendatangkan amarah dan amukan tahu.
Masa teaching practice dulu pun aku 2 kali je kot pakai baju batik sutera ni. Yang lain2 pakai baju corak batik je.. hehe
Okay sudah shazlin ada orang nak tahu ke kau punya cerita di atas?
Satu tips yang aku tahu, masa iron baju batik, kena guna iron yang panas. Kalau kat iron kau Max Temp dia 6, kau letak 5 masa nak iron batik.
Jangan risau confirm tak hangus kalau kau iron original batik terengganu tuh.
Okay
Tengah aku peluh2 iron baju inteview, mama pun tegur,
*AMARAN: perbualan dalam loghat perak*
"Eh, asal tak masuk fridge? Tak tahu ye cara tu?"
"Tak tahu.. ala ma.. malaslah, nak cepat ni.. Lagipun kain dah siap iron dah tu.."
"Oh dah iron macam ni ke rupa dia.." sambil angkat kain belek2.. T.T
"Hish tak bergaya langsung kamu ni. Pergi renjis2 air kat baju pastu masuk dalam plastik, masuk dalam fridge. Tunggu sejam baru iron"
Aku pun buat lah.. Lepas 1-2 jam iron. Gila senang!! Iron sekali je takpayah tonyoh2 tekan2. Hilang kedut2 semua wa cakap lu! Eh, terganas pulak.
Lepas tu, masa pakai pun susah nak kedut balik. Serius! Licin je baju batik aku. hehe..
Try tau weh! Malam ni aku nak masukkan baju batik abang pulak. Esok nak pakai :p
Eh sebentar! ni ada satu peringatan:
Err.. kalau nak masukkan dalam fridge tu, makesure fridge korang bersih dan takde baubauan pelik macam bau ikan ke ayam ke.. Bau aiskrim takpe. Kalau baju licin tapi bau macam baru lepas balik pasar besar Selayang ape kes..
Jadi summary nak iron baju batik ialah:
- Renjis2 kan air di semua bahagian baju baju. Pastikan tempat yang senang berkedut macam bahagian pelipat siku, bahagian punggung dan paha lebih sikit renjis.
- Masukkan baju renjisan ke dalam plastik lalu letakkan ke dalam fridge selama 1-2 jam.
- Iron dengan level temp yang agak tinggi tapi jangan sampai max takut aku.
Wah macam cara2 memasak pulak. :D
Okay tu je nak share..
Salam
Subscribe to:
Posts (Atom)