Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

week 37

Bismillah

hai hai hai (dengan rasa tak bersalah)

Dah lama tak jumpa kan kan kan.. Biasalah sejak jadi wanita bekerjaya ni, terpaksa la buat2 busy heheh..

Actually minggu ni aku dah 37 weeks tau. Perasaan ialah nak paksa je baby keluar cepat2 sebab malas gilaaaa dah nak pergi sekolah. Dahla jadual aku pack gila. Hari Selasa, Rabu, Khamis aku ada 6 period oke.. Sangat kelelahan bila balik sekolah.

Quick update:


  1. Kami dah decide nak deliver di UMSC, insyaAllah. Under Prof Siti Zawiyah Omar. Setakat ni dah 4 kali pergi check-up kat sana. (UMSC clinic)
  2. Ambil cuti 2 bulan je, kalau takde apa2 masalah masa bersalin nanti.
  3. Amatlah susah nak cari babysitter di kawasan rumah aku ni (majoriti chinese). Kalau ada pun mahal plus dah jaga ramai baby. Rasa tak selamat pulak nak tinggalkan newborn kat babysitter dengan budak yang aktif baru belajar berjalan merangkak semua. Kang tak pasal2 kena pijak je hape ke heeee ngeri2. So, insyaAllah TERPAKSA ambil maid. (sambil membayangkan duit terbang dengan sayap warna putih)
  4. Berpantang kat rumah je. Mama I datang rumah.

Weyh, saje je nak cerita ni. Aku ada nebeskan satu perkara ni. Aku rasa agak kelakar la jugak, tp kalau benar2 berlaku adelah amat malu oke..

Nak tahu tak?

Aku selalu terbayangkan kalau tiba2 aku tengah mengajar, tiba2 my water breaks dalam kelas or lab. Mane2 lah. Weyh, seriusly, malu kan? Mesti budak2 tu bulat je mata and 1st impression diorang 'teacher kencing?'

Huwaaa.. horror kan? dahla selasa sampai khamis aku kelas full! memang chance tinggi weyh kalau my early sign aku ialah keluar amniotic fluid. Mesti jadi bahan kat satu sekolah.

Okay, tu je untuk hari ni. Jadilah, at least dapat mood untuk kembali berblogging.

Jumpa lagi!!

=)

Saturday, March 26, 2011

Hasil Belian Minggu Ini

Korang korang dengar la ni. Tak sangka, ni entry aku yang ke 89 dah yeszza.. Agak2 bila la nak capai entry yang ke-100 eyh. Nak buat kenduri kesyukuran la hehe..

Okay tipu je.

Eh, apesal aku update blog di hari minggu ye? Hm, abang dah keluar, pergi cari rumah. Abang tak kasi aku ikut, sebab dia cakap panas nanti aku penat pehtu kang malam2 sebokkk nak mintak picit2. hehe yelah2, cayang tak ikut.. Dok rumah ni je ha..

Tapi kan, buat masa ni aku tak la rasa macam cepat penat ke apa. Kalau macam kat sekolah tu, boleh je naik tangga dari ground floor terus ke tingkat 3 hohoh.. Berdiri 4 masa straight kalau kelas non-stop pun okay lagi setakat ni. Cumanya, masa aku dah balik sekolah time relax2 tu, ha, barula terasa lenguh2 sikit kat betis and kaki.. Kiranya masa buat tu tak rasa penat pun, lepas tu baru rasa.

Okay, kan dalam entry lepas kat bawah ni aku cerita dah 'ter'order cloth diapers kan.. Aku cakap nak kumpul sebulan dalam 2-3 keping kan.. Tapi, aku dah terbeli 5 keping terus! uhuhu sebabnya, kalau beli 5 baru dia kurang harga. Kurang banyak pulak tu. Contohnya kalau beli satu RM28, beli 5 RM23. haaa dah jimat berapa ringgit di situ..





First collection



Yang printed 3 kat atas tu brand yang sama, yang hijau brand lain, merah brand lain. Harga lebih kurang je, tapi kain kat bahagian dalam tu memang berbeza la jugak.. Aku saja beli lain2 brand, boleh test kan brand mana yang sesuai. Tapi setakat yang ada ni, aku rasa yang paling sedap pakai macam yang merah tu je.. Tapi tak tahu la bila dah guna nanti macamana, kotoran senang tanggal ke tidak.

Tapiii.. yang paling aku suka yang corak jeans tu hehehe sangat stylo aku rasa. Yang tu jenis velcro, yang ada zip zap tu, yang lain semua jenis button. Saje beli 2 jenis nak try yang mana best =).
Owh, corak askar haruslah terselit satu untuk mengambil hati daddy si tukang basuh =P





Haaa.. stylo kan kan kan.. Sila angguk semua orang! hehe
Okay settle pasal CD. Hm, lepastu, malam tadi plan nak tengok Merong Mahawangsa, tengok jadual kat website dia kata pukul 10:15pm, sekali kitorang sampai2 midvalley tengok2 show tu pukul 09:25, tiket plak tinggal 11 je, and beratur adelah dalam 40 orang. Next show pukul 12:10am, terus cancel nak tengok huhu sedey.. Turun tingkat bawah tu nak ajak abang makan Noodle Station. Tapi tertarik pulak nak masuk Reject Shop sekejap. Tengok2, maka terbeli baju baby yang pertama!! hehe beli rompers murah gila sebab saje beli satu nak ambil mood.









Hehe yang ni aku mengaku memang tak comel pun, takpelah, buat baju basahan je. Harga RM9. Abang pergi bayar, RM6.30 je, sebab rupanya ada diskaun 30% T.T cute!, sukeee..

Kesimpulannya ni la yang kitorang dah kumpul untuk minggu ni








Huwaaaa excited sudahhh.. Ahaaks! Esok, aku ada antenatal class. hehe.. macam tak pecaya je kitorang nak pergi kelas tu. Abang lagila, siap cakap tak nak pergi sebab segan. Takde makna nak segan2 okehh.. Lepastu lepas class, terus nak pergi Anakku warehouse sale dekat Subang. Makanya, hari ni kena siapkan iron2 baju kerja aku and abang untuk next week. Esok dah tak sempat. Owh ye, petang ni ada appointment detail scan kat UMRA. Ala, scan yang 3-D tu.. Tapi kalau abang penat sangat nanti, tangguh dulu la kot.. Kalau jadi pergi hari ni, nanti aku upload pic kat blog eyh! =D

Heheh lepastukan, aku nak letak gambo latest aku ni.. Untuk kenangan di masa hadapan hehe poyo









Ni gambar ahad lepas, kat hot air balloon putrajaya.. Tembam gilaaa... tak tak. aku rasa tudung tu yang salah. Cutting dia tak sesuai dengan muka aku. Haha sudahlah lynn!

With abang hehe.. eeee.. hidungku kembang sudaa

Haaa.. ni paling baru sekali, semalam kat Noodle Station. Me at 24weeks @6 months
Cit, caption tak buleh blah, 'me at 24 weeks' ahaha dah jadi blog mak-mak dah blog ini yee..

Owh, gambar full view memang takde, bukan taknak letak tau.. Nanti kalau ada aku tempek la buat kenangan ye..

Okay, tu saje untuk minggu ini. Jumpa lagi minggu hadapan bai bai bai.. Have a fantastic weekend kawan2!

Thursday, March 17, 2011

Preparation untuk newborn

Bismillah

Hai! =)

Lama tak update blog rindunyeeee.. Sampai tak tahu nak cerita yang mana satu.

Last Saturday, aku and abang balik Perak. Tapi mula2 tu pergi Ipoh dulu, Cousin kahwin. Ahad malam lepas reception sebelah lelaki, baru balik Manjung.

Sebab tak tahu nak buat apa, so aku ajak abang pergi Anakku and Manjaku, baby shop. Saje je nak usha2 barang baby, since kitorang berdua belum survey apa-apa lg barang baby. Aku survey kat internet je and dah beli breastpump Medela Freestyle, order terus dari UK. So, harga berganda2 murah dari yang kat Malaysia punya =)

Pastu aku survey carseat kat Japan auction, nanti akak tolong bid and nanti pos sekali dengan kontena kereta Abgyan. Aku ada mention tak yang Abgyan beli kereta kat Jepun? Beli AP students kat sana. BIL aku, Abg Fende tolong settlekan.

Tapi carseat tak dapat lagi. hoho..

Selingan: Alhamdulillah akak, BIL and their kids selamat dari earthquake and tsunami kat Jepun tu. Kakak cakap, jauh tempat tu dari diorang and diorang tak rasa pun EQ tu.. Pasal radiation tu, possibility untuk spread ke Hiroshima tu tipis kot, sebab diorang mmg jauh dari sana..

Berbalik kepada pengalaman pertama aku and abang masuk kedai baby hahaha sangat kelakar dan kesian okay.. Ibarat macam orang yang tak tahu muzik tiba-tiba masuk kedai gitar kekeke.. Kitorang tak tahu pun apa nak tengok. Mula2 tu aku tarik abang pergi tengok car seat sebab tu je yang aku tahu! hehe.. Abang plak diam je sepanjang dalam kedai tu. Dahla ada orang assist kitorang, and minah tu pulak kemain baik lagi kasi suggestion itu ini, terang itu ini, aku angguk je..

Aku siku abang, tanya nape senyap je. Abang jawab sabarla, tengah absorb ni.. Pelik la tengok baju kecik2 ni... hahaha.. means dia tak pecaya dia nak ada anak and takleh terima tengok baju baby kecik2 tu..

Lepas round2 10 minit tanpa tujuan dalam kedai tu, kitorang keluar camtu je dengan muka blur. Ye, aku pasti kitorang 2-2 pun muka blur gila time tu. Yang tu masa pergi kedai Anakku. Masa pergi Manjaku, takde orang assist and dah macam confident sikit so buat2 confident. haha kelakar. End up, kitorang tak beli apa2 pun, sebab rasa macam kena beli ke? huhu..

Hm, pregnancy update, I'll turn to 6th month nextweek. Minggu ni 23weeks. Berat naik banyak gilaaa nak pengsan aku. Dah naik dalam 6-7kg kot. Tu baru 6 bulan tu!! haaa nanges2.. Terus aku control makan. Takleh makan macam2 yang belemak. Makan buah2 and sayur2 kena banyak. Ceh, yo-yo-o je cakap padahal malam td baru je order domino's 2 bijik =P

Lepastu, this week aku dah skip pregnancy check-up kat P9 Putrajaya. Sebabnye Isnin baru ni, aku ada kat Manjung. hehe.. Aku dah malas la nak pergi situ.. and aku rasa, kalau pergi, mesti kena minum air gula sebab berat naik mendadak T_______T

Owh, a week before cuti sekolah aku balik Penang sebab datuk abang meninggal Innalillah.. We call him Ayahwan. He is 90 years old sila percaya. Tapi before ni sihat walafiat tak sakit teruk pun. Masa balik Penang tu, FIL cakap first baby janganla deliver kat gomen, dia suruh pergi private. As we expected hehe.. mesti dia tak kasi punyalah pegi gomen.

Tapi aku tak sure lah kot-kot dia nak support sikit ke kan hehe.. So, aku and abang BERCADANG nak pergi UMSC. Yang lain2 kat KL ni samada mahal sangat, or tak berapa boleh dipercayai sangat. Sape ada suggestion? Aku and abang blur, sebab tak tahu apa2 kan.. SIL aku pun tak survey yang kat KL. Dia pegi FPP Putrajaya. Lebih kurang macam UMSC jugak, private wing dia.

Antara sebab aku nak UMSC adalah sebab PPUM sebelah tu je. And doctors pun dari PPUM. So kalau jadi kes apa2 nanti, tak susah la, sebab gomen wing nye sebelah2 je.. Mula2 tu decide nak pergi UMRA shah alam sebab check up kat situ plus murah. Tapi lepas tanya2 orang, diorang cakap UMRA tu kalau ada complication sikit terus nak tolak pergi gomen. Dia nak yang normal without problem je. Or yang dari awal2 dah tentu2 kena operate, itu je dia terima. Terus reject la yg kat situ.

Owh, mama dah siapkan set tilam untk baby =)
So kitorang pun pergi kamdar cari kain cotton untuk dibuat sarung tilam. Abang pilih corak askar, aku pilih polkadot warna hijau putih hehe contra gila. satu sweet, satu ganas.. Belasah la.. sebab mama aku pun berkenan gila corak askar tu T.T
Tapi gambar tak ambil, nanti dah siap baru ambil gambar oke..

Okaylah, tiba2 takde mood nak cerita dah. hehe bai! =)

Wednesday, February 23, 2011

Bersua Kembali

Bismillah...

Hai, lama kan aku tak update? Bukan apa, memang sangat penat la lepas balik sekolah tu.. Sekolah aku tamat pada pukul 0105pm, but cikgu2 can only balik rumah pada pukul 0200pm. Tak tahu la apa rasionalnye balik lewat tu.

So, kalau aku punch card tepat2 kul 0200pm, aku akan sampai rumah pada pukul 0300pm. Nak balik jalan sesak sikit. Kalau pagi2 dalam 40minit nak pergi sekolah. Tapi sebagai cikgu baru, adelah amat tak logik ko nak jadi orang pertama untuk punch card.Yelah, kalau kau jadi pengetua apa expectation kau? Baru sebulan dah balik on-time. Nanti tiap2 bulan balik makin awal seminit plak hahah..

So, kalau ada meeting or kalau berlakon baik sebagai guru baru, kadang2 dekat kul 0400 gak ah aku sampai rumah. Larat nak update blog? Nasik pun kadang2 abang tolong masak kan (lauk beli je kat kantin sekolah setle). Kalau tak pregnant takdelah tumpo macam ni sekali rasenya..

Nak update tentang pregnancy sikit:


  • Aku dah masuk 5 bulan minggu ni (20 weeks) Tapi tak nampak obvious pun aku pregnant. Cikgu2 kat sekolah pun tak sangka. Diorang ingat memang aku berisi. Hahaha
  • Last week dah pergi scan kat KK Putrajaya tapi aku tak tahu gambar tu tunjuk apa sebab bapak la blur mesin scan klinik kerajaan. Beza gila dengan gambar scan kat UMRA haritu. Padahal masa tu baby 7cm je. Sekarang dah 15cm eheh..
  • Sabtu ni kalau takde plan yang lebih penting, nak pergi cek up kat UMRA plak.
  • Dah rasa baby movement sejak masuk 16 weeks haritu. Tapi tak tahula tu movement or kick.
  • Setakat ni belum mengidam apa2. Adakah telah hilang satu nikmat mengandung? T.T
  • Berat dah naik sebanyak 3.5kg dari berat asal. Tapi kalau tengok dalam gambar bapak la berlemaknyeee.. Huh.
  • Belum beli satu habuk pun barang baby. Duit sangat sesak sekarang ni since abang kena tanggung duit tol, duit minyak n duit makan aku kat kantin. Cukup2 je hohoh..
  • Kalau banyak or rajin sangat berjalan, kaki bengkak heheh. Tapi kalau abang urut2 pehtu tak bengkak dah. Eh, aku dah cerita ke abang pandai urut2? Best tau ada suami pandai ngurut. Asal abang balik je terus sua tangan suruh picit2 n nanti malam2 abang picit bahu, gosok2 belakang pinggang (backpain) n kalau rajin urut tapak kaki perghh ala2 refleksologi nyah! =P
  • Makan takla banyak sangat sekarang. Maybe belum start lg kot. Banyak lagi kawan aku si Intan tu makan dari aku. Haha.. dua2 suka makan. Asal ada waktu senggang sikit kitorang ajak sape2 yang lain turun minum2 kat kantin. Boleh cikgu baru buat cenggitu? hoho
Okaylah, cukup pasal pregnancy. Weh, entry ni malas nak buh gambar aci kan? Sebab macam malas. Sekarang nak update pasal sekolah plak.

First, aku tak faham dengan cikgu2 yang ada masalah taknak senyum ni. Apa penyakit dia eyh.. Sombong semacam je. Masa diorang jadi guru baru posting dulu ape sume cikgu sekolah diorang tu menyombong dengan diorang ke? 

Dengan cikgu lagi senior pun aku n cikgu2 baru yang lain boleh makan sama2 n bersembang itu ini. Ini, baru 3-4 tahun posting nak kerek. Blah la weii.. (emosi ibu mengandung hahaha)

Kome nanti ingatla (termasuk aku sendiri) jangan la buat perangai tak semenggah ni, takde pekdah..

Dengan lain2 staf aku takde masalah. Kitorang ada gak cadang nak kasi fruit basket or apa2 hadiah la kat CC (chief clerk) sekolah tu sebab dia banyak membantu urusan kitorang bertiga (aku, Intan n Kow). Siap offer nak hantar pergi pesuruhjaya sumpah lagi. Tapi kawan aku yang Kow tu memang orang situ, so dia tahu la jalan. Cikgu2 pun lagi banyak yang friendly la.. Cikgu bujang pun ramai gak (tiba2)

Students, dari last week diorang ada exam intervensi untuk PMR n SPM. Last week masa jaga exam bahasa Malaysia paper 1 (kelas form 3) ada antara budak2 tu elok dapat kertas OMR je, terus warna2 kan jawapan tanpa baca soalan! Hebat tak hebat students aku. Dapat soalan bocor ke apa malam tadi? Lepas siap warnakan jawapan terus tidur. Apekah? Tak sampai 10 minit dah siap? 

So, aku yang blur sebab tak pernah menghadapi situasi sedemikian pun pergi la kejut salah sorang budak yang tidur tu. Aku kejut tak kasi tidur,

Budak : Apa pasai tak boleh tidur cikgu? Saya sudah siap maaa (sambil tunjuk kertas OMR)
Aku : Taknak double check ke? Semak la kalau salah boleh betulkan..
Budak : Tak mahu la cikguuu.. Ini mesti betul punyaa 
Aku : Tak boleh tidur. Kalau tidur saya ambil kertas awak
Budak : Boleh hantar ka? Bagus2, cikgu ambil la.. (terus sambung tidur)

Sebab aku dah terlepas cakap nak ambil kertas dia, so aku pun ambil la. Lepas tu, siap la, semua tanya cikgu, boleh hantar ka?? Kami sudah siap mahu hantar boleh ka??

Sudahh.. Baru 15 minit kot exam start..

Kesimpulannye tak sampai 30 minit semua dah siap! Dahla ada 15 orang budak yang tak datang! Suka2 je..

Dalam hati aku dah tahu tindakan aku tu salah. Tapi nak buat camane, terlajak perahu boleh diundur.. Lepastu masa jaga exam, kalau budak tidur aku ketuk2 meja je. Tapi penat sikit la cara tu. Sebab sorang bangun sorang tidur. Sorang bangun 2 orang tidur. Huh, apa nak jadi budak2 ni..

Dahla before exam start tu diorang takde usaha pun nak buat last minit revision macam aku dulu2. Tak kisah la budak kelas first ke kelas second ke, semua menyembang macam kat kenduri walaupun lepas tu nak jawab paper yang kritikal macam Sains or Math or yang seumpamanya la.. *sigh*

Semalam lagi satu hal. Aku jaga exam PSV untuk form 3. Aku dah bajet dah mesti mencabar gila nak jaga exam ni sebab paper Seni je kot.. Mesti 15 minit dah siap jawab. So, masa arahan before start exam tu aku dah kasi amaran "Sesiapa yang saya nampak bercakap saya berhak rampas kertas awak. Dalam exam boleh bercakap tak?" "takkkkk" kata mereka. "Boleh meniru tak?" "takkkk" hah pandai pun jawab.

So  nak dijadikan cerita ada 2 orang students India ni dok gelak2 sengih tak tentu pasal. Pehtu aku nampak dia cakap. Aku pergi kat dia tanya 

" Ni apesal? Ada masalah?" 
"Saya nak pemadam cikgu.."
"Nak pemadam kena gelak2? Awak nak padam apa belum jawab apa2 lagi ni?"
Dia sengih2 sambil geleng2 kepala
"Ni amaran kedua ye. Tadi before exam saya dah kasi amaran pertama. Saya boleh rampas kertas awak!"

Lepas2 tu dia menyembang lagi. Menyembang okay! Macam la lepastu tak boleh bercakap dah. 
"Eh, awak ni faham tak? Masa exam boleh bercakap ke?"
"Tak boleh cikgu"
"So?"
"Saya nak pemadam"
Hai, ada yang kena sumbat pemadam 10 ketul ikut montot ni karang. Tak pepasal jadi kes liwat pemadam haha.. Aku ambil pemadan kawan dia kasi kat dia 

Lepastu, cikgu yang buat soalan tu masuk kelas aku jap ada pembetulan apa tah. Aku dok usya budak tu tengah sembang2 lagi. Aku tak rasa dia meniru tapi dia memang menyembang. Aku dah hangin tahap gaban ni. Budak2 belakang dia pun dok tengok2 aku macam nak kasi faham budak tu bercakap.

Elok cikgu buat soalan tu keluar je, terus aku rampas. Perghh puas hati aku. Hampir satu kelas nampak and yang lain2 terus kaku sebab aku rampas. Terus diorang tak berani jeling2 kawan dah.

Masa tu baru 15 minit start exam. Aku tengok OMR dia tak tanda pape lagi. Ada nama je. So aku tulis nama dia dalam buku kawalan kelas yang tiap2 hari guru disiplin akan tengok and denda budak2 yang melampau.

Aku niat nak amek kertas tu 10-15 minit je sebab masa tu aku takut gak tindakan aku tu salah ke ape kan. So lepas 15 minit aku pergi meja budak tu nak suruh dia tukar tempat lain. Dia boleh buat dek je dengan aku. Ko tau macam budak perempuan merajuk tak dapat ais krim, macam tu lah. Tak padan dengan jantan, dah form 3 lak tu, nak majuk2. Okay fine aku panggil sekali je. Lepastu aku amek paper dia kasi dia balik and cakap "Sekali lagi saya nampak awak bercakap, saya bawa pergi jumpa guru disiplin. Ini kesalahan berat!". Elok aku letak kertas soalan n kertas OMR dia, dia g tepis kertas tu sampai jatuh! Ini dah lebihhhhhh.... Kawan dia tolong ambil, dia tepis balik. Aku jerit kuat2 cakap BIAR! Jangan siapa2 tolong ambil! Aku dah marah maksimum dah ni. 

At the end, masa kutip kertas, kertas OMR budak ni berconteng bagai macam apa je. Memang dia nak protes habis habisan ni haha tak matang betul. Aku suruh dia padam dulu and sambung kutip kertas students lain. Balik meja dia, dia cakap taknak hantar. Fine, aku tak kisah pun.. Terus blah dari meja dia. Jangan harap aku nak pujuk bwekk!!

Lepas g inform kat cikgu yang tanda kertas tu ada sorang budak taknak hantar, aku ada perjumpaan guru baru dengan PK 1, aku terus la tanya tindakan tu betul ke tidak. Dia cakap betul, takde masalah sebab aku dah kasi warning. Plus, sebagai cikgu kita kena buat apa yang kita cakap. Kalau tak, budak2 naik lemak. Contoh kalau kita cakap nak rujuk budak ke guru disiplin kalau tak bawak buku teks 3 kali, kita mesti kena bawak gak jumpa guru disiplin tu, tak boleh tangguh2, otherwise students akan tahu yang kita ni cikgu janji tak serupa bikin.. So, aku lega la sikit time tu.. hohoh..

Eh, ada tambahan, dengan syarat kita kena inform tindakan kita tu kat guru kelas or guru disiplin supaya kalau jadi apa2 nanti (ibu bapa nak argue apesal anak sy takde markah untuk paper ni sedangkan dia dtg sekolah) so pihak2 berwajib dapat back up and kasi alasan sewajarnya..

Kesian budak2 sekolah aku ni kan (kesian kat cikgu2 jugak).. Kurang perhatian ke apa eyh.. Apa la yang diorang fikir sampai diorang berani biadap dengan guru. Haishh.. lantak kome le.. Jangan jadi penjenayah dahle.. At this point, aku rasa aku kerja ni sebab nak gaji je. Sekian.

Sunday, January 23, 2011

Baju Kurung, Belly Belt Extension

Hai, nak kasi laporan pendek je ni..

Hm, hari ni kerja aku dari pagi ialah, try balik semua baju2 kurung. Haks haks haks.. Yelah kan, kena asing dulu la mana2 yang agak2 tak muat tang perut tuhhh.. haishh.. hehe

Tapi, nasib baiklah aku ni jenis suka pakai baju kurung dan baju kurung pahang je. So, mostly masih boleh pakai lagi la. Ada lebih kurang 7-8 pasang yang aku simpan dulu dalam beg besau tuh.

So total yang ada dalam 17-18 pasang kot. Termasuk 2 helai jubah hitam. Muehehehe.. Untuk kain aku tak kisah sangat tak muat sebab dari awal lagi dah prepare dah solution untuk kain yang bakal tak boleh cangkuk tuh.. hehe.. So tadi aku just concern kat part perut n bon*** je la. Kang kalau gigih pakai gak, dah rope balut nangka plak ye..

Owh, untuk kain, aku beli Belly Belt Extension Combo ni:



Cara guna mende alah ni senang je. Dia ada 2 jenis, satu jenis butang, satu jenis cangkuk. Untuk jenis butang, boleh la guna kat seluar2 masa zaman muda remaja dulu, just attach je extension tu kat butang seluar, TADAAA!! terus jadi muat! hins hins hins bangga.

Dia akan kelihatan camgini:



So, kain baju kurung kan guna cangkuk, jadi just masukkan getah tu kat celah lubang kain tu (untuk tutup bahagian terdedah sebab tak boleh zip sampai atas). Tapi kalau pakai baju kurung kena pakai petty coat (kain dalam) kan, so takdela nampak. Nanti kau nak duduk dalam kelas jangan pulak kau selak baju sampai atas, kang tahu2 satu kelas tengah tahan gelak tengok kain kau takleh zip. heheh..

Hehe.. So, tak perlu beli banyak sangat maternity pants kan.. Harga benda alah ni mahal gilak, RM80, boleh didapati di The Empire Shopping Gallery. Kalau kau rajin, buat sendiri pun boleh mende alah ni. Takpun buat muka tak malu, hantar je kat tailor suruh tolong jahit. Hehe.. Okay, nak sidai baju kurung yang aku basuh tu..

Bai! =)

Friday, January 14, 2011

Nursing Cover

Bismillah..




Oh hm, orang tua2 kata, jangan beli barang2 untuk sambut baby awal2 sangat, takut apa2 jadi kan..


Tapi, aku da start survey2, and rasanya nak beli sikit2.. Hm, bukan nak over confident, tp aku tawakal je. Main reason is sebab aku ni CEREWET. Aku nak barang murah, tapi branded. Boleh? Eyh, mestila bolehh


Aku tak boleh terima kalau benda yang aku dah beli, tiba2 jumpa lagi murah. So, kena ambil masa untuk survey kat internet, and tunggu warehouse sale (aku sangat alert dengan warehouse sale). 


Let say bila dah 7 month baru nak pergi beli, memang terpaksa grab je lah apa yang ada kan.. Plus, bukan tiap2 minggu dapat keluar. Sementara nak tunggu weeks 40 tu, ada berapa kali je weekend yang berbaki. And mungkin weekend tu kadang2 kita fully occupied macam kena balik kampung ke, suami pergi kursus ke, family datang ke, takpun kita kena pergi sekolah. Takpun hari hujan ke, malas nak keluar sebab penat sangat ke..


Hm, cepat penat pun satu hal jugak.


Ni list yang aku kena completekan dalam masa 4-5 bulan ni:


LIST


Banyak kan? Cukup ke duit kalau prepare last minute?


Tapi tak tahu la kan, ni pendapat aku je.. Kalau tak de rezeki yang ini, maybe boleh simpan untuk next babies (nauzubillah, semoga segalanya selamat)


Okay, cukup mukaddimah yang serius itu! =)


Kelmarin, aku dapat offer untuk jadi first customer satu handmade item, which is a nursing cover! Yeszza.. hihi..






Sebenarnya kalau ikutkan nursing cover ni bukan la priority list. Yang ni boleh masuk dalam list untuk dibeli lepas deliver nanti. Tapi, masa Kak Ima offer untuk first lucky customer (of course got lucky price too) kebetulan aku dapat plak. hehe.. So, takpela, proceed je la kan.




So semalam, my nursing cover ni dah siap! Comel je sebab Kak Ima ni memang kreatif and banyak buat crafting2 ni. Siap ada plate lagi. Warna pun soft jek.. suka! =)




Sebab first lucky customer, aku dapat harga RM20 jek. Biasa harganya dalam RM40 macamtu kot.. Tapi tak ambil lagi, esok kot baru bank-in duit.


Selain tu, Kak Ima jugak terel buat bantal kecik2, tote bag, hobo bag. Yang paling aku suka, wedding card eco-frindly! Serius comel2 semua wedding card Kak Ima ni, sebab dia lain dari kad2 kahwin yang biasa tu.. Corak dia modern, lepastu 1 piece je. Nak tempek gambar card tu nanti macam menceroboh privacy orang plak kan.. 


Siapa2 berminat, boleh la PM aku nanti ye. Kak Ima duk Shah Alam je.



Aik, tiba2 jadi entry promosi plak ni. Tadi mula2 emo sangat yek.. Hehe.. Hm, esok, insyaAllah nak pergi midvalley, ada exhibition barang2 baby.

Ni aku nak share sikit, kepada siapa2 yang cerewet macam aku, and duduk area KL ni, korang boleh register kat website Shopping n' Sales ni.

Dekat sebelah kiri tu korang boleh masukkan e-mail untuk join SNS ni. Tiap2 hari dia akan kasi e-mail update tentang segala sale, clearance sale or warehouse sale kat area KL, putrajaya dan seangkatan dengannya. Lepastu kat bawah setiap sale tu ada comment jugak dari orang2 yang dah pergi. Berbaloi untuk pergi atau tidak.

Selain warehouse sale on baby item, sekarang aku tengah tunggu jugak warehouse sale/ clearance sale untuk tv.

Yang paling best, warehouse sale untuk lingerie. Yang ni dah 2 tahun aku tak pernah miss. Tahun ni wajib pergi lagi. Bayangkan boleh dapat Triumph and AMO for less than RM15-20, Sloggi less than RM30. Panties lagi la murah2. hehe kantoi pakai lingerie murah. Eh, tapi brand original oke.. 

Okaylah, have a good day and happy weekend friends. bye! =)



Monday, January 10, 2011

1st Private Check-up

Bismillah..


Hehe, sebenarnya tak sabar nak tulis entry ni, tapi since ada entry tertangguh, kena habiskan dulu la entry belanja kahwin tu..


Hm, dah lama tak update on my pregnancy journey kan kan kan *bling2 eyes*


Last Saturday, kitorang pergi private clinic, UMRA at Shah Alam. Reason pergi private clinic ialah tak puas hati dengan hari tu pergi government clinic, dia tak scan pon, jangankan nak scan, jumpa dictor pun tidak! Jumpa nurse je.. Sedih..


Oleh kerana aku macam tak sabar nak tengok baby besar mana dah, paksa2 abang nak g private gak. Plus, my SIL pun plan nak pergi Umra on that day juga, so ada la geng.


Hm, memang betul la dalam iklan susu Anmum tu cakap, bila dengar degupan jantungnya...


Terharu oke, dengar bunyi jantung baby.. Isk isk isk.. nanges terharu sekarang. Are you doing well inside dear?? =')


Hehe.. nampak da besar.. tapi baru 6.91cm je panjang dia




Kalau korang nampak kat situ, EDD tu makin awal! Oh, jadi 12 July la pulak.. Hm, mama cakap, selalunya, yang scan tu lebih tepat.. 


Lepas balik dari Umra, pergi SS-Two Mall, sebab ada tv promotion. Saje je nak survey2, then, pergi lunch kat Bangsar. Abang pulak kena pergi office untuk setle some works, so aku ruquest abang untuk drop aku kat midvalley, nak pergi jalan2..


Weh, guess what aku beli apa kat sana? Muehehehe.. Aku beli sudoku and wordsearch puzzle yeay! Orang kata pregnant mommy kena buat banyak brain workout macam buat soalan maths ke, science ke kan.. hehe.. Since aku baru nak warming up, so beli sudoku dulu, ada 200 sudoku puzzle dalam tu =)






Untuk soalan2 science and maths tu, tunggu masa mengajar nanti je lah ye.. hehe.. Sure kena brainstorming gak kan masa mengajar nanti =)


Lepastu tengok2 buku untuk pregnancy, tapi biasalah kat MPH, mahal gilakk.. So decided nak ajak abang pergi BookXcess esok.


So, hari ahad tu, pergi BookXcess beli buku pasal pregnancy je, novel2 tak beli sebab semalam kat MPH baru beli novel kisah benar. Owh, aku pun suka true story novel. True story novel pertama yang aku baca ialah 'Aku Tak Rela Diperhambakan' kisah pasal orang yang bina landasan keretapi maut masa zaman perang dunia ke-2 dulu. Novel tu aku baca masa sekolah rendah, sampai sekarang aku ingat cerita dia. Baru2 ni, baru habis baca cerita 'Natrah', true story jugak


Salah satu buku yang dibeli RM19.90 je, hard cover. Nice! =)




Keluar dari Amcorpmall, tak tahu nak pergi mana, nak tunggu lunch hour lambat lagi, nak jalan2 kat mall takut tak larat plus takde apa nak cari, so, kitorang pergi Muzium Negara! hehe.. Muzium Negara oke! Aku memang tak pernah pergi, fun jugak la. Tapi tak sempat tengok habis pun, dalam sejam kat dalam tu, abang ajak pergi lunch dah. Mentang2 entrance fee murah, tengok sekerat2 je ye.. hoho


Tapi rugi, tak bawak camera =(


Okay, tu je weekend aktiviti. Hm, bye! =)

Thursday, December 23, 2010

Cerita Mekah dan First Item Sudah Dibeli =)

Bismillah..

Hai! I bersiaran kembali. hehe


Bukan apa, malas sikit nak update blog ni sebab mama ada kat rumah. Kan mama I baru balik haji, so weekend ni baru nak hantar balik Manjung, since adik2 mama ramai kat sini, so tunggu diorang datang kat sini je lah.


So, bila mama ada rumah, menyembang je lah. Lagi2 bila mama tengah bayak cerita pasal pengalaman pergi ke tanah suci kan..


Dalam banyak2 cerita, ada satu cerita yang I paling terkesan di benak hati. Wah!


Macamni


Ada satu pasangan tu, husband and wife yang baru sangat2 kahwin. So memang muda lagi lah, dalam 20-an. This couple pergi buat haji sebab dapat hadiah dari tabung haji, so fully sponsored la.


Satu hari tu, semua jemaah kena pergi mana tah aku lupa, tapi kena gerak dalam pukul 2-3am macamtu, supaya sampai sana subuh2. So, semua jemaah pergi naik bas, teksi dan pengangkutan yang disediakan.


Kebanyakan jemaah Malaysia naik bas. Tapi ada juga suami isteri, or geng2 yang naik cab. Termasuklah pasangan baru kahwin ni.


Mama cerita, pemandu teksi kat Mekah ni, diorang suka panggil perempuan naik cab. Diorang akan jerit2 'nisa..nisa...silakan.' in arabic la.


So suami isteri ni pun dapat satu cab. Wife dia naik dulu. Elok ke wife dia masuk, teksi tu terus pecut dengan laju. Yang si husband ni blur la. Terus laporkan pada yang berkenaan.


End up, wife tu akhirnya dijumpai dicampak di tepi jalan dan sudah tidak bernyawa. Arwah juga diperkosa sebelum dibunuh. 


Husband dia pun menghabiskan rukun haji secara bersendirian. Sedih wehh.. dahla baru kahwin.. Abang cakap, memang kalau pergi Mekah and nak naik cab, kena kasi lelaki naik dulu.. Memang kena berhati2 gila.


Mama cakap, apa yang orang barat claim yang Islam ni kasar, jahat, memang betul la kalau yang dirujuk tu ialah dari Islam di Mekah. Tapi, bukan semua la..


But, differ to orang Islam di Madinah, mereka lebih bijak, sopan, hormat orang. Abang cakap, sebab tu masa zaman nabi dulu, orang Madinah terima Nabi, orang Mekah pulak halau. And that's why Nabi Muhammad diturunkan di sana, di kawasan yang paling bermasalah rakyatnya. Wallahua'lam..


Okay! dah habis! =)


Update on my pregnancy pula..


Last Tuesday dah berjaya bukak buku pink! Alhamdulillah, even ramai jugak orang. Biasalah, klinik kerajaan kan.. Aku sampai pukul 0915am, pukul 1230pm baru siap.


Owh, berat dah naik 1 kg! Dekat buku tu cakap, untuk 1st 5 month kena naik 0.5kg je sebulan. Macamana ni?? *pengsan*


And yang paling best..


I'm about to buy my first item keibuan! hehehe.. Cuba teka apa?
It is..












A breastpump!! hehe sila muntah sekarang! =P


Okay, segan nak cerita. Tapi I beli awal sebab join shipping dengan SIL. Kami beli dari UK with much2 more reasonable price compare to here. Harganya RM320, tapi kat sini paling murah boleh dapat RM699. Tapi maybe sampai dalam bulan March. Ni tengah tunggu SIL I suruh transfer duit. hohoh


I beli yang ini. Penat survey tau.. Harga, and review pengguna.. heheh

My SIL beli yang advance banyak. Yang ini. Yang tu best sebab nanti masa pump tu kita boleh buat kerja lain seperti menari, berjoget sambil mengepam. Multitasking betul hahaha. Kat sini nak dekat RM2k. Sesuai untuk wanita bekerjaya.


I rasa I tak perlu beli yang advance2 sangat kot, sebab tak tahu lagi macamana jadinye nanti kan. Hence, yang I beli tu, kalau tak guna pun boleh jual balik kat sini.  


Okay, sampai sini dulu, take care, Babai =)

Friday, December 17, 2010

Update saje2

Bismillah..


Mama balik malam ni. Can't wait!


Eh, kenapa tiba2 terbau caramel popcorn macam nak masuk wayang ni!! Oh tidaks.


Okay, mama landed pukul 0830pm ni, insyaAllah, semoga perjalanan mama lancar..


Ahad petang ni, abang kena pergi Labuan. Abang taknak bawak aku sebab harga tengah mahal, plus abang pergi kejap je pun, Selasa pagi dah nak balik. Eley, takpe tak kisahpun.. kita ada mama kitalah.... bwek! :p


Tapi dah paksa abang beli Daim banyak2 since Labuan pun pulau bebas cukai kan? heheee


So, from Sunday to Tuesday, aku akan berada di Shah Alam rumah abg yan :)


Update for my pregnancy:


Rupanya aku boleh berjalan jauh naik kereta as long as we are using highway. Tapi elok je exit, dan2 terus rasa pening. Pelik kan? Nasib baik la rumah in-law aku tu betul2 je lepas exit highway. 


Tapi bila nak balik kampung abang yang kat Kedah tu, jenuh gak lah sebab kena ikut jalan biasa lebih kurang 30minit lepas exit highway. So aku kena get ready la dengan benda2 masam hehe.. 


Abang buat kesimpulan aku tak boleh kalau jalan-break-jalan-break yelah kalau jalan biasa kan kena break2 sebab traffic light la, kereta depan pelahan la.. Pehtu abang cakap kalau jalan biasa jalan kecik, so aku pening sebab tengok kereta datang dari depan kat laluan bertentangan(oh skema nye ayat) tapi kat highway jalan besar, selesa. So, aku menerima kedua2 kesimpulan abang itu.


Sepanjang balik Penang, aku sihat je macam biasa. Alhamdulillah.. Tapi malam2 tu memang penat la satu badan especially masa hari Selasa tu, sebab ramai sangat orang kat kampung..


Oh, aku balik kampung sebab nenek abang meninggal, sakit tua..


Hm lagi, aku belum bukak buku pink lagi.. Setelah disurvey2, aku dah decide dengan abang, nak bukak buku kat putrajaya, dan menggunakan alamat kawan abang kat sana. Kitorang plan nanti nak deliver putrajaya sebab compare to other general hospital kat KL ni.. sana paling better kot. Tapi tak tahu la nanti kot2 FIL aku nak support aku deliver kat private ke kan.. hohoho..


Kalau ikut EDD kat scan pic tu, esok aku masuk 10weeks dah. Buku tak bukak lagi hohoho agak2 kena marah tak? Rabu ni maybe boleh pergi sebab abang dapat cuti free sebab dia pergi Labuan hari Ahad, hari bercuti kan... (walaupun pergi dah petang). Hm, harap boleh pergi Rabu ni..


Patutnya Selasa lepas aku pergi dengan SIL aku bukak buku tu, tapi since kitorang ada emergency kena balik Kedah, terpaksalah pergi sendiri2 je nanti..


Aku rasa aku macam dah makin sihat sekarang. Dah lalu makan, dah boleh minum susu.. Dah kurang rasa loya dah. Alhamdulillah.. Harap2 sihat sampai habis pregnancy ni. Ameen..


Okaylah, babai =)

Friday, December 10, 2010

7th Week

Entry ini ditulis last week..


Bismillah..


Hm, I'm entering my 7th week today. Alhamdulillah, I'm doing well, with negotiable nausea hehe..


Sebenarnya masa awal2 dapat tahu dulu, rasa jugak morning sick ni.. But I managed to search on web about first trimester syndrome ni, and bila amalkan suggestion yang web tu kasi, alhamdulillah okay.


Yang tak bestnya, aku rasa nak mun***, rasa makanan tu dah ada kat kerongkong dah, tapi benda tu taknak keluar pun. Dia macam stay je kat kerongkong. Is that loya? huhu don't know.. Kalau keluarkan habis, aku rasa lega la sikit. 


Bila aku baca web, dia kata don't eat your 3 main meal like usual, but eat in small portion, frequently. 


Selain tu, aku makan kurma pagi2 lepas bangun tidur tu. Makan 3 biji, selawat, and minum mineral water (abang borong satu kotak hehe). Lepas tu dalam pukul 8, feel like to eat again, masak breakfast. Selalunya makan roti. Tapi memang aku makan slow2 sambil tengok tv or main lappy, sampai pukul 10 baru completely finish my breakfast and anmum milk hehe.. Then baru amek folic acid and vitamin C.


Hm, aku tak tahu la boleh amek vitamin C atau tak tapi currently I can't tolerate with vegetables hehe so ambil je lah vitamin C nak ganti sayur kan. Rasa geli je lembik2 tu.. hm...


Lepas tu I became very choosy about food. Kadang2 aku rasa menyampah je dengan diri sendiri tapi bila tanya my SIL and Yani, dia cakap normal je.. sebab tekak automatik jadi tak boleh terima. 


Ni antara perubahan ngada2 aku:



  1. KFC tak sedap, oily
  2. Tak boleh masak sebab rasa bau udang, ikan, ayam and especially sotong sangat hanyir sampai rasa tak sanggup nak pegang benda2 tu.
  3. Tak boleh makan kesemua di atas kecuali ayam bahagian dada/isi sahaja. Kalau part yang lembik2 tu aku rasa macam erkkk.. berada di kerongkong je.
  4. Boleh makan lauk sup-sup je (sup ayam, tomyam ayam)
  5. Siang2 tak boleh nak telan nasi putih. Just makan nasi gorang kosong or bihun goreng kosong yang dimasak sendiri sahaja. Kosong means hanya tumis bawah merah bawang putih and tumbuk cabai sikit. For bihun tu tambah sos2 dia (cili boh, sos tomato, sos tiram, kicap) tp exclude all protein thingy. hoho how bad..
  6. Kadang2 terpaksa makan Maggi perasa asam laksa sebab sedap masam.
  7. Kalau abang balik kerja cepat2 suruh mandi tak tak kasi abang kiss2 sebab rasa bau abang sangat...... ehehe.. Tapi elok je lepas abang mandi cepat2 suruh baring kat sebelah and rasa tak sabar2 nak peluk2 hahaha..
Mengada sangat ke? tapi SIL aku cerita (she's 13 weeks) dia pun tak boleh masak and perfume husband dia pun dia cakap busuk gila. hehehe

Yani pun cakap dia dulu tiap2 hari masak nasi goreng kosong bawak bekal pergi opis.

Owh, rasa best sebab currently SIL and Yani pun preggy jugak so just refer to them. Aku ni sebenarnya still rasa tak percaya that I'm carrying something in my tummy. Not yet maybe until my 1st scan next week. hoho can't wait!

Hm, kesian kat abang hari2 kena singgah kedai tapau dinner. Sorry, cayang tak boleh masak..

But still, aku rasa alhamdulillah setakat ni sebab tak teruk. Memang mama and kakak dulu pun tak teruk, kakak still can drive la.. Tak la lembik melepek baring je.. 

So, another 5 weeks to go. Orang cakap it will back to normal while entering 2nd trimester. But depends jugak la.. Ada yang baru nak teruk. 

Alhamdulillah jugak sebab got pregnant dalam waktu yang best, which is after the inteview and before posting. So, masa posting nanti dah almost to enter 2nd trimester. Kalau dah kerja baru pregnant, jenuh pulak aku nak breakfast selama 2 jam hohoho

So, next pregnant tau la budget2 1st trimester time cuti sekolah! hehehe.. But, ada kontra jugak, my EDD is just a few days before puasa. hehe..

Okay, tu je laporan untuk hari ni.

Alhamdulillah..

Wednesday, December 8, 2010

Our 1st Anniversary Gift (perhaps)

Bismillah...


Sempena tahun baru ni, aku nak memaklumkan satu berita.


Okay, aku blank nak buat ayat surprise2.


So, korang terima and cuba absorb gambar ni dalam pemikiran korang:


Gambar abg masa muda2 zaman palapes. Teka mana 1 abang? (click picture for large view)
Abang kat depan 2 dari kiri tu. Kat belakang beg tu. hehehe.. Gelak2 aku tengok gambar ni semalam. Kurus oke....








Okay, sekarang tengok gambar ni pula
















































Dah? hehe.. yup, that's mine!

Hm, aku dah tahu dalam 2 minggu lepas, tapi aku takut gila nak publish, sebab yelah, awal2 ni still fragile kan. Plus, aku pun blur je betul ke ni hehehe

Semalam sempena tahun baru and birthday arwah abah, we had the first scan. So lepas tgk jantung baby beating dengan cergasnya, barulah aku dapat menerima kenyataan yup2, there's someone inside me! hehehe teruk btul aku ni.

Aku dah tulis entry2 masa aku awal2 dapat tahu ni, nanti aku publish ye :)

Antara orang2 terawal yang dapat tahu:

  1. Daddy of course! - hehehe gedik tak panggil daddy? :p
  2. Kakak, Kak Ian (SIL) and Yani - aku buat fb group msg the day after I got the UPT(urine pregnancy test) result. Masa ni tak g clinic lagi for confirmation.
  3. MIL and FIL - abang excited call dari office, tak dapat nak larang dah. hoho
  4. Kak Huda - BFF kat Kolej 11 dulu2.. Kak Hud chat dgn aku, lepas tu tanya, aku jawab je lah dah. Kak Hud PTD gak, br je lepas tunang dengan bestfriend abang masa kursus PTD dulu, which is also PTD. eh, faham ke? :p
  5. Hafiz - Rowing buddy - hafiz ni sebaya aku, tapi dah kahwin dulu dari aku, 2009 kot. Dia tipu aku cakap wife dia dah pregnant, lepastu tanya aku dah pregnant ke belum, aku cakapla dah! Lepastu dia cakap dia tipu sebenarnya wife dia belum pregnant lg. hampes tak... hoho
  6. BFF- Anisz, Yana, Fura, Doe
  7. Korang lah!!!! =)
Okay, so korang still dalam list top 10 ni aku kasitahu. Tapi, tapi, tapi, AKU NAK MINTAK TOLONG KORANG, JANGAN CAKAP2 KAT FB EYH... Thanx.. :)

Hm, sebab aku ni segan la bab2 ni, korang tau kan, gambar tunang n kahwin pun aku publish limited sangat. Sebab AKU SEGAN!!! hehe boleh terima tak?

Then, abang pun tak kasi announce macam tu..

So please ye kawan2.. Siapa yang tahu tu tahu lah, okay :)

Okay, berbalik pada tajuk entry ni!

Kalau korang dapat tengok pic scan tu, nampak la EDD aku which is 16-July-2011.

Tarikh aku dan abang nikah ialah 17-July-2010. kih kih kih :)

Kalau betul lah, insyaAllah aku and abang dapat anniversary gift paling special! insyaAllah... :)

Korang, doakan yang terbaik ye,, okay,

Alhamdulillah.. :)