Showing posts with label makluman. Show all posts
Showing posts with label makluman. Show all posts

Wednesday, March 2, 2011

The Gender

Bismillah...

Wahhhhh!! Nampaknya seminggu sekali je lah boleh update blog ni. Tu pun macam malas2 je. Tapi sebab agak sayang dengan blog ni, so kena tulis2 gak. Nanti makin lama makin banyak cerita tertangguh, lagi malas nak update! heee

Ohhhh.. berdasarkan tajuk entry ini... haks haks haks (gelak gedik) ye, aku da dapat tahu dah gender baby. InsyaAllah, IT'S A BOY!!!!


Hehe.. excited tau masa aku pergi private check-up last Saturday.. Baby kemain aktif lagi, pastu terkangkang kangkang nak tayang birdy ahaks. Sampai doc nak ukur dia punya panjang tulang belakang, paha, sume susah sebab kejap2 dia gerak hohoh.. Memang turun pak dia. Kenan askar2 nih.

Ukutlilit pinggang aku pun dah meningkat agak mendadak jugak la.. huhu.. sadis2..

Hm, last week aku ada masalah bengkak kat tapak kaki. Tapi bukan bengkak air macam orang yang tengah sarat tu.. Bengkak cane tah, pastu kalau nak bejalan sangat sakit. Tanya doc, rupanya sandal yang aku pakai tu design dia tak betul. Aku pakai sandal Hawkeye tu.. Lama gak kena bebel dengan doc. Balik2 dari check-up terus cari sandal baru. Rembat sandal Bonia hehe muflislaaa suami aku. Nasib baik baru lepas dapat gaji =P

Lepastu kan, aku bakal berpindah ke rumah yang lebih dekat dengan sekolah, and dekat jugak dengan tempat kerja abang. InsyaAllah, awal bulan 4 ni kami akan berpindah ke Dutamas, rumah sewa.. Harap2 berbaloi and selesa lah kami pindah ke sana, sebab jarak aku and abang nak g sekolah and ofis hanya 10min je. Abang tu kalau tak jam la. Kalau jam maybe dalam 30min kot. Takpe, boleh terima lagi.. Tak sabarnya nak pindah, sebab sekolah aku tu sukaaaa sangat buat meeting itu ini pastu sampai rumah dah dekat pukul 4 stressnya!!

Hm, update tentang sekolah, biasa2 je. Eh, tapi semalam ada cikgu mengamuk tau kat staff room. Cikgu lelaki. Kecoh jugak laa.. hehe.. Puncanya, aku malas nak cerita boleh tak.. heee.. Tu je yang menarik minggu ni hehe.. Hm, okayla, sangat fenatttt...

Monday, January 24, 2011

Result Penempatan

Bismillah..


Hm, sementara nak tunggu nasi masak, update la kejap blog. heheh.. Setelah lebih kurang 6 bulan menuggu (macam tunggu result SPM), akhirnya result posting pun dah release.


Aku dapat Kuala Lumpur, alhamdulillah.. tak dapat Putrajaya pun takpelah. Mungkin belum lagi rezeki ke situ. Kita jadi orang Key-ell dulu ye baby yep! hoho.. 


So, macam ni la resultnya,


Haaa kau. cukup besar tak tu? huhu..


Ada pro and cons duduk KL ni. 


PRO

  • Macam2 ada... Tempat shopping yang best2 ( IKEA-Ikano-The Curve pojaan hatiku, Sogo, Masjid India, ape lagi ye.. U named it! semua ada)
  • Boleh dapatkan benda secara mudah. Lapar? terus order domino's delivery. hehe.. 
  • Takde tendency untuk mengidam lama2. Nak makan apa pun boleh dapat. From meatball IKEA, Noodle Station, Nando's, Manhattan Fish Market, Johny's, Aunt Anne's pretzel, subway hinggalah ke sambal tempoyak, soto, satay kajang, kari kepala ikan dan macam2 lg makanan dari negeri lain, semua boleh didapati dengan mudah (boleh dapat yang sedap kalau pandai cari) =)

CONS
  • Massive traffic jam!
  • Tol. Jalan sikit tol. jalan sikit tol. Kalau nak elak tol, dapat traffic jam. Pilih la mana suka =)
  • Pencemaran udara
  • Kadar jenayah tinggi. Kena hati2 sentiasa
  • Kos sara hidup yang tinggi
  • Tidak sesuai untuk tumbesaran anak (unless dapat rumah yang betul2 selesa)
Hm, tu je la pro and cons yang dapat difikirkan buat masa ni. hoho.. Sebenarnye aku da ngantuk ni. Idea tak datang. I'm a morning person. Bangun pagi2 and lepas zuhur kena tidur jap. 

Kadang2 rasa best gak kalau sekali sekala bangun lewat, tapi lepas bangun sembahyang subuh, jangan harap aku boleh tidur balik. Guling2 la kot mana pun, mana segar bugar jek! hehe.. Dan aku jugak jenis tidur awal. Paling lewat boleh tahan sampai kul 1200am jek! hohoho tak cool langsung oke!

Jadinya aku TAK PERNAH STAY UP! Fedulik hape kalau esok ada exam killer paper pon. Kul 1100pm gak aku tidur. Muehehehe.. Tapi kena bangun pagi2 la untuk last revise. Masa matrik dulu, tido pukul 0900pm, bangun pukul 0300am. tiap2 hari macam tu oke!

Kawan2, apa aku melalut ni. Kan nak cerita pasal result posting je. 

Dahlah, bai bai bai!

Notakukukaki: Tahniah kepada kawan2 lain yang dapat posting. Alhamdulillah, setakat ni takde dengar ada yang tercicir tak dapat posting =)

Sunday, January 23, 2011

Baju Kurung, Belly Belt Extension

Hai, nak kasi laporan pendek je ni..

Hm, hari ni kerja aku dari pagi ialah, try balik semua baju2 kurung. Haks haks haks.. Yelah kan, kena asing dulu la mana2 yang agak2 tak muat tang perut tuhhh.. haishh.. hehe

Tapi, nasib baiklah aku ni jenis suka pakai baju kurung dan baju kurung pahang je. So, mostly masih boleh pakai lagi la. Ada lebih kurang 7-8 pasang yang aku simpan dulu dalam beg besau tuh.

So total yang ada dalam 17-18 pasang kot. Termasuk 2 helai jubah hitam. Muehehehe.. Untuk kain aku tak kisah sangat tak muat sebab dari awal lagi dah prepare dah solution untuk kain yang bakal tak boleh cangkuk tuh.. hehe.. So tadi aku just concern kat part perut n bon*** je la. Kang kalau gigih pakai gak, dah rope balut nangka plak ye..

Owh, untuk kain, aku beli Belly Belt Extension Combo ni:



Cara guna mende alah ni senang je. Dia ada 2 jenis, satu jenis butang, satu jenis cangkuk. Untuk jenis butang, boleh la guna kat seluar2 masa zaman muda remaja dulu, just attach je extension tu kat butang seluar, TADAAA!! terus jadi muat! hins hins hins bangga.

Dia akan kelihatan camgini:



So, kain baju kurung kan guna cangkuk, jadi just masukkan getah tu kat celah lubang kain tu (untuk tutup bahagian terdedah sebab tak boleh zip sampai atas). Tapi kalau pakai baju kurung kena pakai petty coat (kain dalam) kan, so takdela nampak. Nanti kau nak duduk dalam kelas jangan pulak kau selak baju sampai atas, kang tahu2 satu kelas tengah tahan gelak tengok kain kau takleh zip. heheh..

Hehe.. So, tak perlu beli banyak sangat maternity pants kan.. Harga benda alah ni mahal gilak, RM80, boleh didapati di The Empire Shopping Gallery. Kalau kau rajin, buat sendiri pun boleh mende alah ni. Takpun buat muka tak malu, hantar je kat tailor suruh tolong jahit. Hehe.. Okay, nak sidai baju kurung yang aku basuh tu..

Bai! =)

Friday, January 21, 2011

Better Safe Than Sorry!

Bismillah..


Hi, lama gak tak update kan. Not in the mood sangat. Hm, hari ni nak share satu e-mail yang my SIL forward lebih kurang 2 minggu lepas. Even nampak macam boring, korang baca gak tau. Baca point je pun jadikla.. Mana tau it may save our life one day kan..


And, ada gak point yang bila aku baca aku macam "oooo.. kena buat camni rupanya.. oooo.. masuk2 kereta kena terus start enjin and terus blah eyh.."



Because of recent abductions  in daylight hours,  
 refresh yourself  of these things to do  in an emergency situation...
This is for you,and for you to share   with your wife,your children,everyone you know.
After reading these  9 crucial tips ,  forward them to someone you care about.
It never hurts to be careful in this crazy world we live in.  

1
 .  Tip from Tae Kwon Do :
The elbow  is the strongest point  on your body  If you are close enough to use it,  do!  

2.
  If a robber asks   for your wallet and/or purse,
DO NOT HAND IT TO HIM .
Toss it away from you....
chances are   that he is more interested
in your wallet and/or purse   than you,
and he will go   for the wallet/purse.
RUN LIKE MAD IN THE OTHER DIRECTION!
3.  If you are ever thrown   into the trunk of a car,
kick out the back tail lights   and stick your arm out the hole
and start waving like crazy.
The driver won't see you,   but everybody else will.
This has saved lives.
4.  Women have a tendency   to get into their cars
after shopping, eating, working, etc.,   and just sit
(doing their checkbook, or making a list, etc.)
DON'T DO THIS!
The predator  will be watching you,  and this
is the perfect opportunity   for him to get in
on the passenger side,  put a gun to your head,
and tell you where to go.
AS SOON AS YOU GET INTO YOUR CAR,
LOCK THE DOORS AND LEAVE.  

If someone
  is in the car  with a gun  to your head
DO   NOT DRIVE  OFF,
repeat:
DO   NOT DRIVE  OFF!
Instead start the engine  and speed into anything,  wrecking the car.
Your Air Bag will save you.
If the person is  in the back seat  they will get the worst of it.
As soon as the car crashes  get out and run.
It is better  than having them  find your body  in a remote location.
  A few notes about getting
into your car in a parking lot,
or parking garage:
A.)   Look around you,  look into your car,
at the passenger side floor,  and in the back seat
B.)  If you are parked next to a big van,
enter your car from the passenger door .
Some serial killers attack their victims
by pulling them into their vans  while the women  are attempting  to get into their cars.
C.)  Look at the car  parked on the driver's side  of your vehicle,
and the passenger side.   If a male is sitting alone
in the seat nearest your car,   you may want to walk back
and get someone -  guard/policeman   to walk you back out.
IT IS ALWAYS BETTER TO BE SAFE THAN SORRY. (And better paranoid than dead.)
6.  ALWAYS   take the elevator
instead of the stairs.  (Stairwells are horrible places  to be alone  and the perfect crime spot.
This is especially true at NIGHT!)
7.  If the predator has a gun
and you are not under his control,
ALWAYS RUN!
The predator will only hit you   (a running target)
4 in 100 times;   And even then,
it most likely   WILL NOT  be a vital organ.
RUN,   Preferably in a zig -zag pattern!
8.  As women,   we are always trying  to be sympathetic:
STOP
It may get you raped,   or killed.  Ted Bundy,   the serial killer,  
  was a good-looking,  well educated man,   who ALWAYS played
on the sympathy of unsuspecting women.
He walked with a cane,   or a limp,  and often
asked   'for help'  into his vehicle  or with his vehicle,
which is when he abducted his next victim.

9.  Another Safety Point:

Someone just told me   that her friend heard
a crying baby on her porch  the night before last,
and she called the police   because it was late
and she thought it was weird.   The police told her
'Whatever you do,   DO NOT  open the door.'
The lady  then said that  it sounded like the baby
had crawled near a window,   and she was worried
that it would crawl   to the street  and get run over.
The policeman said,   'We already have a unit on the way,
whatever you do,   DO NOT open the door.'
He told her that they think  a serial killer
has a baby's cry recorded   and uses it to coax
women out of their homes   thinking that someone
dropped off a baby   He said they have not verified it,
but have had several calls by women saying that
they hear baby's cries  outside their doors
when they're home alone at night. 

Please pass this on and DO NOT
  open the door  for a crying baby ----

The Crying Baby theory   was mentioned on America's Most Wanted  this past Saturday when they profiled the serial killer in  Louisiana  


I'd like you
  to forward this  to all the women you know.

It may save a life.   A candle is not dimmed  by lighting another candle.
I was going to send this to the ladies only,
but guys,   if you love your mothers,  wives,  sisters,  daughters, etc.,
you may want to   pass it onto them, as well.

Send this 
  to any woman you know  that may need

Tahniah!! sebab anda berjaya baca. Sebagai penghargaan terimalah gambar budak bam bam boom ini

Carissa (my niece:baby abgday) tak puas hati dengan maple di kedai mamak. Geget pipi kang baru tahu erghh gegham!

Sunday, January 16, 2011

Encik Posmen, Jangan Datang!

Bismillah..


Semalam, aku dekat midvalley dengan Kak Ian (SIL). Baru nak keluar F.O.S, ada unfamiliar number call. Rupanya Hanim, kawan baik masa kat UM.


Hanim cakap apa tah, aku tak faham. Dahlah tengah tolak stroller Farish, ada muzik2 lagi, Hanim plak cakap sambil tergelak2 or to be exact dalam nada cuak campur gelak.


Terpaksa cakap 


"eh, eh, eh, sabo sabo. cakap satu2."


Dia pun gelak dulu kasi habis lepas tu cakap sebutir2


" Saye. Dapat. Posting. SARAWAKKKK."


Erkk.. Sarawak apekah? Lepas tu dia sambung gelak balik


"Camane ni, tangan saya still shaking since bukak surat tadi. Kamu kat mana tuuu... tak bukak facebook ke, tadi keluar rumah pukul berapa, posmen dah datang belum masa keluar rumah"


Hadoi...


Hm, pagi ni, bukak fb, tengok status update kawan2 SEP. Seingat aku, masa budak2 UPSI, USM sume posting baru2 ni, yang dapat pergi Sabah Sarawak memang dapat surat dulu. Yang dapat peninsular tak dapat surat, diorang akan cek online je.


So, baik aku mengharap posmen tak datang Isnin ni. Sekali bukak2, 'TAHNIAH, ANDA DITEMPATKAN DI SABAH'


Tak mauuu.. Aku nak cek online je, maklumlah, aku kan dapat PUTRAJAYA. Hehe nak gak tu Putrajaya dia. Tah boleh tah tidak. 


To Hanim, I tahu u boleh survive di sana. U kan strong. Mesti U boleh kuasai bahasa Sarawak dalam masa 6 bulan . Cayalah! Ganbatte dear!


Info:(Hanim kalau dengan aku cakap Perak, dengan orang Sabah dia cakap Sabah. Dengan orang utara dia cakap utara. Hebat tak? Dia senang pick up loghat negeri lain. Tapi akudah 5 tahun kawan dengan dia -since matriks- jenuh dia terang vocab Kelantan kat aku, lampi gak lagi muehehehe)


Okay last remind: ENCIK POSMEN, JANGAN TEKAN DOORBELL RUMAH AKU!

Friday, January 14, 2011

Nursing Cover

Bismillah..




Oh hm, orang tua2 kata, jangan beli barang2 untuk sambut baby awal2 sangat, takut apa2 jadi kan..


Tapi, aku da start survey2, and rasanya nak beli sikit2.. Hm, bukan nak over confident, tp aku tawakal je. Main reason is sebab aku ni CEREWET. Aku nak barang murah, tapi branded. Boleh? Eyh, mestila bolehh


Aku tak boleh terima kalau benda yang aku dah beli, tiba2 jumpa lagi murah. So, kena ambil masa untuk survey kat internet, and tunggu warehouse sale (aku sangat alert dengan warehouse sale). 


Let say bila dah 7 month baru nak pergi beli, memang terpaksa grab je lah apa yang ada kan.. Plus, bukan tiap2 minggu dapat keluar. Sementara nak tunggu weeks 40 tu, ada berapa kali je weekend yang berbaki. And mungkin weekend tu kadang2 kita fully occupied macam kena balik kampung ke, suami pergi kursus ke, family datang ke, takpun kita kena pergi sekolah. Takpun hari hujan ke, malas nak keluar sebab penat sangat ke..


Hm, cepat penat pun satu hal jugak.


Ni list yang aku kena completekan dalam masa 4-5 bulan ni:


LIST


Banyak kan? Cukup ke duit kalau prepare last minute?


Tapi tak tahu la kan, ni pendapat aku je.. Kalau tak de rezeki yang ini, maybe boleh simpan untuk next babies (nauzubillah, semoga segalanya selamat)


Okay, cukup mukaddimah yang serius itu! =)


Kelmarin, aku dapat offer untuk jadi first customer satu handmade item, which is a nursing cover! Yeszza.. hihi..






Sebenarnya kalau ikutkan nursing cover ni bukan la priority list. Yang ni boleh masuk dalam list untuk dibeli lepas deliver nanti. Tapi, masa Kak Ima offer untuk first lucky customer (of course got lucky price too) kebetulan aku dapat plak. hehe.. So, takpela, proceed je la kan.




So semalam, my nursing cover ni dah siap! Comel je sebab Kak Ima ni memang kreatif and banyak buat crafting2 ni. Siap ada plate lagi. Warna pun soft jek.. suka! =)




Sebab first lucky customer, aku dapat harga RM20 jek. Biasa harganya dalam RM40 macamtu kot.. Tapi tak ambil lagi, esok kot baru bank-in duit.


Selain tu, Kak Ima jugak terel buat bantal kecik2, tote bag, hobo bag. Yang paling aku suka, wedding card eco-frindly! Serius comel2 semua wedding card Kak Ima ni, sebab dia lain dari kad2 kahwin yang biasa tu.. Corak dia modern, lepastu 1 piece je. Nak tempek gambar card tu nanti macam menceroboh privacy orang plak kan.. 


Siapa2 berminat, boleh la PM aku nanti ye. Kak Ima duk Shah Alam je.



Aik, tiba2 jadi entry promosi plak ni. Tadi mula2 emo sangat yek.. Hehe.. Hm, esok, insyaAllah nak pergi midvalley, ada exhibition barang2 baby.

Ni aku nak share sikit, kepada siapa2 yang cerewet macam aku, and duduk area KL ni, korang boleh register kat website Shopping n' Sales ni.

Dekat sebelah kiri tu korang boleh masukkan e-mail untuk join SNS ni. Tiap2 hari dia akan kasi e-mail update tentang segala sale, clearance sale or warehouse sale kat area KL, putrajaya dan seangkatan dengannya. Lepastu kat bawah setiap sale tu ada comment jugak dari orang2 yang dah pergi. Berbaloi untuk pergi atau tidak.

Selain warehouse sale on baby item, sekarang aku tengah tunggu jugak warehouse sale/ clearance sale untuk tv.

Yang paling best, warehouse sale untuk lingerie. Yang ni dah 2 tahun aku tak pernah miss. Tahun ni wajib pergi lagi. Bayangkan boleh dapat Triumph and AMO for less than RM15-20, Sloggi less than RM30. Panties lagi la murah2. hehe kantoi pakai lingerie murah. Eh, tapi brand original oke.. 

Okaylah, have a good day and happy weekend friends. bye! =)



Sunday, January 2, 2011

Trilogi Cinta

Bismillah..


Hm, korang suka tak baca novel? As for me, aku suka baca novel yang ada pengetahuan. Means, bila kita baca novel tu, kita dapat ilmu dan input baru.


Selalunya, aku akan pilih novel2 keagamaan and latest, baru habis baca novel karya Habiburahman, Bumi Cinta. Aku ni suka dan minat sangat nak mendalami bidang2 agama malangnya bila selak buku2 agama abang, samalah diibaratkan bagai menyorong bantal dan selimut ke kepala aku ni. Memang fail lah nak baca buku2 ilmiah ni. Hehe..


So, bila baca novel, kita dapat ilmu dalam cerita. Jadi, aku suka. Kebanyakan novel aku berkisar tentang keagamaan dan kekeluargaan. Novel cinta Alaf 21, minta maaf ye. Hlovate yang ramai orang suka tu pun aku tak berapa boleh 'in'.


Novel kekeluargaan paling aku suka, 3 buah novel karya Sharifah Abu Salem, iaitu Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi.


Aku ada semua novel ni. Memang naik sheikh la baca novel ni, sebab macam real je dialog and jalan cerita dia. So, masa aku baca ni aku selalu terfikir kenapa takde orang nak jadikan novel ni drama ye.. Kalau ada mesti aku nak tengok.


Tadi tengah makan bihun, tengok ada iklan kat tv promo cerita pasal orang gaji. Last tu dia cakap diadaptasi dari novel Sharifah Abu Salem, iaitu dari ketiga2 novel di atas! Hero dia Rosyam Nor. Fauziah Ghous heroin. Waaaa!! Nak tengok! nak tengok!!


Jom korang, kita tengok sama2 oke! Setiap hari Ahad, Isnin dan Selasa jam 1000pm, TV1. 


Tapi aku taknak la expect lebih2 cerita ni, sebab selalunya cerita yang diadaptasi dari novel ni tak se-best dalam novel. Contohnya cerita My Sister's Keeper, Ayat2 Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih. Ada je yang kita rasa tak kena kan.. But, tetap nak tengok jugak! Tak sabar nak tahu siapa budak tecit yang berlakon jadi Amira dan Balqis (anak Razif) dan siapa jadi Bad (adik ipar Razif)


Okay, tu je nak kabo.
Tak sabar! =)

Thursday, December 9, 2010

Surprise from Abang! =)

Bismillah...


Hehehe..


Semalam kan, abang buat surprise. Best nyeeee! :)


Semalam abang balik lambat. Pukul 8 lebih baru sampai rumah. 


Masa tengah tengok tv sama2, abang cakap abang ada surprise jap lagi.


Time tu aku tengah makan, so terus stop surprise? apekah? terus pergi kelebet2 kemeja, poket seluar and wallet abang. haha tak sabar. I was thinking it might be some present la kan sebab abang balik lambat, mana tahu singgah pergi beli hadiah ke hehehe perasan kau Lynn!


Tapi tak jumpa apa2 pun. Abang cakap bukan hadiah la...


Okay, start to think something else. Padahal belum habis makan ni! hehe


Abang nak bawak pergi holiday ke? Nak pergi mana? Bila? Naik flight tak? hahaha


Takde pergi-pergi lahh... Surprise lain.. Ish, makan la dulu, jap lagi la... (cakap sambil mata tengok tv)


Okay, taknak teka dah. :p


Habis cerita KES kat TV3 semalam, abang pergi mandi. 


Kebetulan semalam aku tak berapa lalu makan, memang paksa makan sikit2, dekat sejam gak la makan sikit2 sambil tengok tv.


Abang keluar bilik air terus cakap 'TADAAA!!!'


Eh kejap, jangan berfikiran lain. Abang pakai towel tau masa tu!


Dan....


Dan....


Dan....


Aku terus menjerit kuat gila cakap 'YEAYYY!!!!!'


Haks haks haks.. Rasa nak nanges pun ada time tu!


Sebab apa tau,


Sebab abang buang misai!!!


Okay, maybe memang tak surprise untuk korang yang baca entry ini. Tapi, memang sangat2 surprise untuk aku oke!


Kalau korang nak tahu inilah impian aku sejak mula2 kenal dengan abang. Cewahh impian gitu!


Dan, kalau korang nak tahu jugak, masa bertunang dan nikah, aku memang gaduh besar dengan abang sebab dia tak buang misai. hehehe ops kantoi.


Masa bertunang tu, abang dah janji tau nak buang misai. Sekali masa datang tu kemain tebal lagi oh, sape tak marah! hehe


Malam before majlis betunang tu siap sms aku lagi cakap 'abang da buang misai'


Selalu tipu aku tauu.... Tahula aku kecik lagi..


Same goes masa nak nikah. Tapi masa ni aku tak percaya. Abang cakap abang dah buang sikit, tapi aku tengok takde beza pun. Hm, mencik tau... So, masa hari nikah keseronokan aku sedikit tergendala sebab misai itu. Ya, itulah punca kejadian!!


Hehe.. kelakar kan?


Kenapa abang taknak buang misai?


Abang cakap, dia nak kasi nampak berusia sikit demi kemaslahatan kat ofis. Hehe.. Sebab nak kasi staf2 ada secebis perasaan gentar dan hormat kepada abang yang muda ni. hehe.. 


Tapi aku tak kira, kalau abang ada misai pun, macam la garang sangat. Tak pun.. But still, first impression tu penting, kata abang.


Tengok, punya kemaruk aku nak abang buang misai dia, aku siap edit gambar ni tahu! Gambar ni dulu jadi banner blog ni before gambar di atas. hehe comel kan? :p




Semalam memang aku tersengih2 macam kerang busuk je sebab memang surprise gila lah!! Aku rasa pengorbanan besar gak tuh. Entah macamana abang masuk ofis hari ni. Mesti orang sengih2 usik dia hehehe..

Jenuh gak lah aku paksa2 abang suruh cerita kenapa tiba2 nak buang misai, dapat mimpi ke mana tahu kan. Abang just cakap saja ja.... saja ja.... Hiks, geram betoi..


Pagi tadi before pergi kerja, lupa plak aku nak snap gambar abang, hehe tapi xde beza pun dengan gambar di atas :p


Hm.... thanx abang, love you!!! =')

Wednesday, December 8, 2010

Our 1st Anniversary Gift (perhaps)

Bismillah...


Sempena tahun baru ni, aku nak memaklumkan satu berita.


Okay, aku blank nak buat ayat surprise2.


So, korang terima and cuba absorb gambar ni dalam pemikiran korang:


Gambar abg masa muda2 zaman palapes. Teka mana 1 abang? (click picture for large view)
Abang kat depan 2 dari kiri tu. Kat belakang beg tu. hehehe.. Gelak2 aku tengok gambar ni semalam. Kurus oke....








Okay, sekarang tengok gambar ni pula
















































Dah? hehe.. yup, that's mine!

Hm, aku dah tahu dalam 2 minggu lepas, tapi aku takut gila nak publish, sebab yelah, awal2 ni still fragile kan. Plus, aku pun blur je betul ke ni hehehe

Semalam sempena tahun baru and birthday arwah abah, we had the first scan. So lepas tgk jantung baby beating dengan cergasnya, barulah aku dapat menerima kenyataan yup2, there's someone inside me! hehehe teruk btul aku ni.

Aku dah tulis entry2 masa aku awal2 dapat tahu ni, nanti aku publish ye :)

Antara orang2 terawal yang dapat tahu:

  1. Daddy of course! - hehehe gedik tak panggil daddy? :p
  2. Kakak, Kak Ian (SIL) and Yani - aku buat fb group msg the day after I got the UPT(urine pregnancy test) result. Masa ni tak g clinic lagi for confirmation.
  3. MIL and FIL - abang excited call dari office, tak dapat nak larang dah. hoho
  4. Kak Huda - BFF kat Kolej 11 dulu2.. Kak Hud chat dgn aku, lepas tu tanya, aku jawab je lah dah. Kak Hud PTD gak, br je lepas tunang dengan bestfriend abang masa kursus PTD dulu, which is also PTD. eh, faham ke? :p
  5. Hafiz - Rowing buddy - hafiz ni sebaya aku, tapi dah kahwin dulu dari aku, 2009 kot. Dia tipu aku cakap wife dia dah pregnant, lepastu tanya aku dah pregnant ke belum, aku cakapla dah! Lepastu dia cakap dia tipu sebenarnya wife dia belum pregnant lg. hampes tak... hoho
  6. BFF- Anisz, Yana, Fura, Doe
  7. Korang lah!!!! =)
Okay, so korang still dalam list top 10 ni aku kasitahu. Tapi, tapi, tapi, AKU NAK MINTAK TOLONG KORANG, JANGAN CAKAP2 KAT FB EYH... Thanx.. :)

Hm, sebab aku ni segan la bab2 ni, korang tau kan, gambar tunang n kahwin pun aku publish limited sangat. Sebab AKU SEGAN!!! hehe boleh terima tak?

Then, abang pun tak kasi announce macam tu..

So please ye kawan2.. Siapa yang tahu tu tahu lah, okay :)

Okay, berbalik pada tajuk entry ni!

Kalau korang dapat tengok pic scan tu, nampak la EDD aku which is 16-July-2011.

Tarikh aku dan abang nikah ialah 17-July-2010. kih kih kih :)

Kalau betul lah, insyaAllah aku and abang dapat anniversary gift paling special! insyaAllah... :)

Korang, doakan yang terbaik ye,, okay,

Alhamdulillah.. :)

Thursday, November 11, 2010

Fobia

Bismillah..

Ermm.. tiba2 rasa malas pulak nak sambung kisah kenal2 aku dengan abang. hee

Sebab aku rasa tak menarik je..

Okay aku ringkaskan, lepas aku setuju tu, a week after that kot, Acik Ani datang rumah straight away dari Penang untuk ambil gambar aku.

Haha.. Dia tension kot mintak kat aku tapi aku tak cari2. Yelah, korang taulah kan sekarang mana zaman cuci2 gambar segala. So gambar hardcopy aku paling latest ialah masa lepas SPM, masa convo Abg Day. Tu pun dah guna camera digital juga, tapi Abg Fendde tolong cucikan sebab yelah, convokan..

Aku malas nak kenal2 abang beria sangat so aku cakap kalau serius nak kenal ni sebab nak kahwin, pergi jumpa mama dengan abang kakak aku. Haaa.. sekali abang setuju kau nak g jumpa family. Cuak..cuak.. Sape suruh offer.. hoho. 

Masa tu kitorang baru 2 minggu kenal.

Wei, aku sebenarnya malas kot nak bercinta ni sebab benda tu tak pasti. Aku cakap ni berdasarkan pengalaman aku okay... 

Bercinta 3 tahun 3TAHUN okay, kau ingat kau dah kenal hati budi pasangan kau? Never.. Tiba2 boleh pulak mengaku dekat aku buat2 muka bersalah u, i dah pernah kiss perempuan lain. Rasa nak suruh dia telan bom saje.

So 3 tahun tu berlalu dengan sia2. Duit habis, hati sakit belakon banyak depan aku, sembahyang pun tak tinggal, tangan tak pernah sentuh.. Ececeh... Okay saya emo disini.

Patut pun mama reject dulu.. hehe.. So focus aku kalau nak kenal orang, biar dengan niat nak kahwin and aku malas nak bercinta.

Lagipun dalam kes abang, family dah saling kenal, latar belakang semua tahu, so aku tak takut sangat la..

Dipendekkan cerita, masa aku tengah kursus kat UM How Will I Handle My Interview kat UM, aku pun dirisik, lepas tu bertunang, dan nikah..

THE END

Kesimpulannya aku dengan abang sekarang baru bercinta, dalam proses mengenal lagi, tapi dah halal.. Tak perlu risau apa2 dah..

Okay, sebenarnya aku nak cerita pasal fobia ni, tukar mood kejap. :D

Aku fobia KATAK. Kalau korang budak Semesti, mesti tahu punya.

Pedot dulu suka kacau aku. Masalah aku, aku tak boleh pijak rumput di waktu malam. Sebab apa?

Sebab katak kan suka lompat2 atas rumput!! yucks! Aku rela ikut jalan jauh tau.

Dulu masa balik dari DB ke malam2, akan lalu kat atas rumput yang besar, kat belakang kelas 1A1. Pedot mesti jerit tiba2 "Lynn katak! katak situ!"

Dengan tiba2 okay dia jerit tu. Aku spontan lompat2 atau lebih dramatik lari laju2 jengket2.. Malu okay.. So tiap kali balik dari DB mesti pedot ada berhampiran aku sebab nak ngusik. haha hampess... 

Yang kelakarnya, even dia baru je usik aku tak sampai seminit lagi, dia cakap slow je "lynn katak ada lagi" aku boleh lompat jerit2 lagi! Vudus..

Kat aspuri pun, kalau nak cross dari study room ke bilik prefect pun (study room blok F, bilik prefect blok E so ada rumput antara 2 bangunan tu) aku tak rela tau. Rela lalu kut jalan simen lagi. Hoh..

Bilik air prefect and kolah pun banyak katak. Budak2 bio senang je tangkap katak masa kena bedah2 tu. Hah. maybe sebab tu jugak aku tak suka Bio kot. Amek Technical Science masa sekolah dulu.

PUNCA

Dulu masa sekolah rendah, Abg Day selalu masukkan sampah dalam kasut sekolah aku. Dia lepas main bola, balik rumah sumbat plastik roti la, kertas la..


Kasut letak kat luar, so kalau aku masuk kaki rasa ketat tu aku tau la ada sampah yang Abg Day bawak balik semalam. Saje nak ngusik aku.


So macam biasalah pagi tu kawan aku dah tunggu nak pergi sekolah. Kak Husna dengan arwah syahida. Tengok2 kasut ketat lagi! 


Cepat2 bawak keluar 'sampah' lepastu baru sedar eh kenapa lembik??


Aaaaa aku tengah tulis ni pun geli geleman okay!


Masa tu gelap so sejurus lepas bawak keluar dari kasut tu, memang tak nampak apa then aku naikkan 'sampah' tu depan mata. Selaras dengan mata okay macam nak baca burette tuh! Tiba2 sedar dari blur WEH INI KATAK LA!


Memecah kesunyian pagi lah jeritan aku. Mama tengah siap2 kat bilik kelam kabut keluar sebab jerit macam nak kena culik pun ada. 


Aku terus lari2 peluk mama sambil jari telunjuk dengan ibu jari tangan kanan yang pegang katak tu menggigil nyah.. erkkk!!


Masa tu aku tak terfikir langsung yang lembik tu katak. Otak aku pun masa tu blur je maybe sebab pagi kot. 


Selain katak, aku tak suka binatang yang takde bulu, yang kulit lembik2 macam cicak, iguana, ular, cacing, pacat erghhh!!


Abang geli cicak. hehe.. boleh baca kat entry ini

Okay lah, salam

Notakukukaki: takde gambar katak. Jangan harap aku nak google gambar dia.