Showing posts with label fantasi. Show all posts
Showing posts with label fantasi. Show all posts

Wednesday, January 12, 2011

Adik yang Mengelirukan

Bismillah..

Wah, tiba2 guna adik pulak yek.. Perasan muda padahal anak lah Pn Shazlin! Actually  hari ni nak share pola pemakanan aku buat masa sekarang ni. Ececeh, pola pemakanan lagi you, betul ke tatabahasa aku nih..

Mula2 bangun pagi, lepas hantar abang pergi kerja, makan kurma dengan air mineral. Kadang2 minum air zam zam yang mama bawak balik dari Mekah. Tapi, sekarang tiba2 rasa boring gila makan kurma tu. Tak rock dan tak ikut peredaran zaman. Dush, lempang sekali.

So sekarang, pagi2 I minum 2 sudu jus tok guru.. Hehe.. Baru stylo. kekeke.. Tak tahu la boleh ke tak. Tapi banyak khasiatnya. Jap lagi baru nak tanya Uncle Google, orang pregnant boleh amalkan tak jus tok guru tu.

Dalam pukul 8 ke 9 macamtu aku makan roti atau bihun. Itu je yang aku boleh telan. Nasi lemak pagi2, BIG NO ye..

Lepastukan, nak cerita satu rahsia ni.. adik aku ni, dia macam confuse2 sikit selera dia. Sebab apa tau..

Kan orang tua2 cakap, kalau mommy tu suka makan roti canai ke, kari ke, nanti anak dia keluar hala2 ke situ gak la ropenya. Eh, ini terbukti kat Abgday, abang aku yang no.3 tu. Mama cerita, masa pregnant kan dia, hari2 nak makan roti canai. Roti canai, roti canai, roti canai. Sampai takde sape dah dalam rumah tu lalu makan roti canai sebab hari2 layan Mama makan. Sampai last2 tu, abah naik malu hari2 pergi kedai order "mamak, roti canai satu kasi bungkus aaaa..."

Ha, bila Abgday keluar, sampai sekarang pun, kulit dia hitam manis gitu.. Rupa pn adela ala2 Salman Khan (chaits!)

Okay, adik ni pelik sebab dia ada 2 favorite food sekarang ni. Dia suka makan 2 benda je. Which are kari kepala ikan dengan western food. Betul wehhh.. kalau lauk lain, aku larat habis separuh je nasi. Tapi kalau makan kari kepala ikan, perghhh.. terbeliak gak la biji mata abang. kekeke..

Lepastu, suka makan western food. Tapi, fast food tu kurang la (ada beza ke). Sekarang malam2 adik ni tak main la makan nasi, dia makan chicken chop, Domino's, cheeseburger (aku buat sendiri), mushroom soup.. Ececeh.. Domino's paling adik suka (salahkan anak pula padahal maknye yang lebih) nasib free delivery and banyak coupon free. muehehehe.. Aku dah ada 2 kad untuk redeem regular pizza sebab orang delivery datang lewat. Akan aku guna sebaiknya benda2 free ini..

Jadi, tu yang aku confuse tu. western food + kari kepala ikan = ?

Siapa pandai Maths? Tulun..

Notakukukaki: Doakan kami selamat! =)

Saturday, December 11, 2010

Surat Untuk Sedapkan Hati

Dear abang,

Hari ni kan hari Sabtu, tapi pagi2 lagi abang da keluar pergi kursus whateverr tu.

Semalam pun abang sampai rumah pukul 0630pm, pukul 0730pm abang keluar pergi kursus whateverr tu. Cayang tengok last episode Ahmad Durrah sorang2 je semalam. Gelak2 tengok Pirates of Caribbean pun sorang2 jugak semalam. 

Nasib baik abang balik semalam bersama-sama seketul zinger burger. Tapi abang tak tahu, roti dia keras macam biskut. Rangup bang! Nak komen pun tak sampai hati sebab penat2 abang beli kan.. Makan jela biskut bersama ayam. Tak feel langsung.

Dear abang,

Kalau tak hari ni kita berada di A'Famosa Melaka. Patutnya kursus abang tu kan kat sana.. Tapi tiba2 diorang tukar venue kenapa? kenapa? Cayang sungguh kuciwa ishk ishk.. Kalau tukar kat hotel luar KL okay la jugak boleh cayang ikut tidur hotel sambil feeling2 berendam bath tub sambil minum orange juice. Eh. 

Kan best kalau hari ni kita kat A'Famosa tu.. Malam2 boleh pergi jalan2.. Yani cakap malam2 pun best sebab Yani kan honeymoon kat situ.. Cayang dah berangan dah nak tangkap gambar dengan parrot sambil pakai topi koboi macam Yani tangkap tu... Mesti style habis kan... kan.. kan..

Tapi.. tapi.. tapi.. kenapa cayang ada kat rumah kita di Jln Klang Lama ini sambil kena buat house chores macam hari2 biasa.. Abang. sila jawab?

Okay abang jawab

Cayang, kan semalam abang dah call cayang dari office dah pujuk2 cayang..

Kan abang dah janji hari Ahad, lepas abang habis kursus tu, abang bawak cayang pergi shopping. Abang nak kasi bonus kat cayang RM200 ha.. banyak tak? banyak tak..?

Lepastu kan abang da janji nak teman cayang tengok movie cerita apa tu cayang? Ala, cerita cakap peghak tu la.. yang cayang bangga2 sangat tu... Hantu Kak Limah Balik Rumah? Yang sambung cerita zomba tu cayang cakap.. Ha, nanti kita pergi la tengok.. (walaupun abang malas nak tengok takpe, abang layankan aje..)

Ala, cayang duduk la rumah tu puas2.. Nanti dah kerja, cayang mesti rindu nak lepak2 macam sekarang. Lagipun best ape, cayang tolong basuh baju, lipat baju.. Selain dapat bersenam, cayang dapat pahala tau sebab jaga kebajikan abang. Haaa.. suke tak.. suke tak...

O, cayang marah ye seharian cayang diam je tak cakap2.. Tunggu abang balik baru boleh cakap.. Takpela, kalau cakap banyak, dosa pun banyak.. Cayang tu bukan boleh kira, sekarang ni, silap sikit marah, silap sikit majuk, silap sikit nanges.. Ha, dosa tau marah2 suami.. Baik cayang tak payah cakap banyak (hahaha abang pun selamat)
 
Dah, cayang jangan sedih sedih ye.. esok cayang nak g mana, cakap je. Confirm abang bawak. Tapi dengan syarat, jangan nak pening la, nak mun*** la, cayang tu naik kereta paling hero pun 5 minit je. Lebih dari 5 min terus pucat lesi muka. Tapi kalau turun2 kereta okay pulak.. So esok kita pergi Amcorp Mall je nak? hehehe okay gurau je..

Okay, panjang tau abang jawab ni.. Dah, pergi tengok tv sana. Babai mmuah! mmuah!! :D

Thursday, October 28, 2010

Baby dan keropok lekor

bismillah..


Oh kenapa hari ni begitu lambat masa berlalu?


Jawapannya adalah sebab hari ni aku study, bukan mengulor bak kate orang Peghak. Jadi, rasa macam adoi, cepatla petang nak goreng kopok lekor.. Kalau goreng sekarang pelik pulak.


Keropok lekor yummeh!!





Tips memilih pasangan hidup: Tajuk al Hidayah minggu ini
Tips saya memilih suami: tak merokok dan tidak meninggalkan solat (maksudnya faham agama dosa pahala dsb)




Okay, berbalik kepada tajuk asal. Topik hari ni serius sikit jadi sila duduk dalam posisi yang selesa dan buat muka serius macam baca buku kimia fizik takpun fizik kuantum.


Jap nak fikir ayat pengenalan yang power
.
.
.


Hidup ini penuh dengan persoalan. Masa kecik, fikir apa cita2 aku ye? Nanti universiti mana aku belajar ye?


Bila besar sikit, dah masuk U, fikir, ish, agak2 siapalah jodoh aku ye? gemuk ke keding ke? rendah ke? tinggi ke? macam Pierre Andre (kesukaan aku) ke macam Acappan ke?


Takpun,


Hm.. Betulke dia jodoh aku ni.. Betulke tindakan aku couple dengan dia ni. Dia ke kahwin dengan aku nanti..


Dan kawan2 pun akan bertanya macam ni


Kau dah ade pakwe belum?


Dan bagi yang dah couple sejak dari form 2 macam kawan aku ini dengan pakwenye ini, soalannye lain sikit. Bila kauorang nak kahwin ni? Dah berapa lama couple? 


Korang rasa tak tension ke nak jawab soalan macam ni?


Kalau aku, aku tak la marah ke apa kat orang yang bertanya, logik la kan orang tu tanya, tapi kita ni yang rasa fade-up nak jawab.


Kesimpulannya soalan yang aku fade-up nak jawab sekarang adalah ini:



  • Dah ada orang ke-3 Lynn?
  • Ada muntah2 pening2 tak?
  • Kami nak jadi makcik!!
dsb..

Serius, aku tak marah pun orang tanya macamni. Yelah, mestila agak excited kan. They ask because they care..

Honestly aku macam belum bersedia SEPENUHNYA untuk parenting2 ni. Bukan belum bersedia ye, tp belum bersedia sepenuhnya. Aku tak mungkin menolak jika Allah berikan kami rezeki seawal ini. InsyaAllah..

Tapi, Allah tu tahu kemampuan hambanya. Macamana kalau aku dapat posting Sabah/Sarawak? Tak payah Sabah/Sarawak la, posting luar dari KL dah cukup. Tak dapat duduk serumah dengan suami. Kau nak ke nyah pregnant macam tu.. Sungguh sadis dan lonely tahu. Nanti takde orang nak tolong2 kau. Padan muka.


Wah relax2 jangan emosi beno :p

Jadi, aku personally nak mula berfikir pasal ni secara serius SELEPAS aku dapat result posting nanti.

Tapi bukan bermakna sekarang aku menolak. Ngerti kamu?


No I'm not either your daddy or mommy si tembam.

Ini hanya bebelan aku sahaja. Adakah aku perlu publish benda ni? 

Moga aku sentiasa menjadi hamba yang bersyukur..

Alhamdulillah..

Thursday, October 21, 2010

Kitaran hidup manusia

Bismillah...


Manusia ada kitaran hidup tak? Sorryla, aku memang tak minat langsung subjek Biologi atau ke'bio'an. So, memang tak ambil tahu. Topik Science Form 1, Form 2, Form 3 yang ke arah biologi semua aku tak ingat dah. Yang aku ingat perkataan aorta je. hihi.. Bagus! Kipidap!


Masa Form 4 and Form 5 pun aku pilih sains kejuruteraan. Aku minat sangat nak jadi engineer or QS or ape2 la.


Tapi masa kat matrikulasi aku mula discover yang karektor aku lebih ke arah bidang keguruan. Aku rasa aku tak sesuai jadi engineer or kerja2 yang sewaktu dengannya sebab aku rasa aku lebih kepada keluarga, bukan kerjaya. Maksud aku, aku lebih memikir yang keluarga lebih penting dalam kerjaya.


Bagi aku, perempuan tu still berjaya kalau dia berjaya jaga kebajikan suami dan anak2. Even dia kurang berjaya, tapi dialah pendorong kepada suami dan anak-anak untuk berjaya. Kalau jadi cikgu, aku boleh jadi pendorong kepada anak2 murid aku. Biar diorang berjaya.. Wahhh.. kemain kau mikir ye..




Hoi, kenapa topik akus serius? Lupakan semua ya!


Hari ni aku nak cipta kitar hidup manusia versi aku -penganggur-


Camgini:




Tadaa!! Faham kan?


Jadinya, inilah masalah aku sekarang. Dan abang sangat tak supportive bila aku cakap berat dah naik 2kg. Dia boleh jawab cenggini


"Takpala.. Gemuk tu tandanya senang hati..."


Tak selesai masalah kan? hehe.. Untuk work out buat senaman jogging ke skipping ke, memang TAK la kan. Melainkan kalau yang ringan2 macam jalan2 kat Tasik Perdana ke.. hoho


Korang ada cadangan penyelesaian? 


Dah, sekian.

Thursday, October 14, 2010

LynnLabelz

bismillah..


Okay dah ada mood sikit nak menulis lepas makan 1/2 bar Crispy choc.


Sebenarnya, aku rasa aku boleh menghidap penyakit serius kalau laptop aku rosak or kalau bokben ni kena potong. I was like 24-7 on it and definitely Celcom kurang untung sebab aku hanya langgan yg promotion punya, RM50/month but the speed is not bad at all. Kalau aku pergi CC, aku rasa tokei CC tu dah boleh bukak 2-3 cawangan hasil sumbangan ikhlas aku.


Oleh sebab aku asyik online je.. then I've figure out that online biz is quite menguntungkan kalau kamu membuatnya dengan penuh istiqamah. Ada seorang tu, have degree in Apllied Chem but end up work at home with greater profit. Tak ke seronok?


Actually.. Aku pun teringin jugak tapi tak tahu macamana nak start. Aku dah macam kurang rajin pulak nak pergi mendidik anak bangsa di Kotaraya KL nih.. Kalau dapat SJI tu boleh tahan la lagi, kalau tak dapt... ergh!! tak nak fikir lagi..


Takpelah, mari aku bawa korang ke alam khayalan yang bertajuk.. Kalau Aku Punya Online Business



  • Definitely bukan yang jual shawl or inner syria 3 lapis harap makum
  • Kemungkinan menjual benda-benda yang didesign sendiri. Kalau aku nak jual instant tudung or seangkatan dengannya, aku nak beli dan pilih kain sendiri kat Jakel sek 7 tu. Boleh meroyan kalau pergi situ I tell you.. Aku taknak ambil barang dari pemborong.
  • Akan jual design yang aku suka pakai saje. Kalau shawl tu, aku jual yang size besar sikit lah macam yang aku pakai sekarang ni.. pashmina size tapi kain chiffon. Aku hanya beli disini. Ni senior aku masa kat UM dulu..
  • Kalau instant tudung tu, aku suka yang takde awning sebab boleh masuk mesin dan haruslah besar sikit tutup dada ye adik2..
  • Of course kena jahit nama brand sendiri kat setiap product tu. LynnLabelz contohnya. Wahh..
  • Oh, cara aku mendisplay barang2 jualan haruslah menarik. Kalau tak guna model yang cantik dan mata smokey eyes atau pakai sunglass pun takpe, asalkan menariklah. Kalau tak menarik tu contohnya benda yg diragakan tak beriron, pakaikan pada patung tapi senget benget tak kemas2, longgar sebab patung kan muka kecik.. Senang cerita aku suka macam blog yang aku link kat atas tu la.. Kemas, simple, menarik dan jelas..
  • Blog tu nanti aku taknak letak lagu la ape la, sebab aku faham orang2 yang kerja kat office, kalau bukak blog aku curi2, tiba2 keluar lagu nanti kantoila dengan officemate. Kalau kantoi dengan bos lagi malu. Hehha
  • Oh,aku nak jual kasut handmade juga. Macam dia ni. Comel2 tau kasut dia. Mesti aku cepat kaya nanti.
  • Tidak menggunakan kamera beresolusi rendah.
  • Dah, sampai situ je. Tetiba awan angan2 aku dah pecah2..

Update: Tokei kedai tu dah reply emel aku, dia cakap boleh tukar yeay!! Lepas tu dia kasi alamat nama Ayub b Daud. Selama ni aku dok panggil dia 'kak' hihi.. Sorry mori..


Sebenarnya aku malas nak start kerja lagi.. Penat woo jadi cikgu.. Serius tak tipu. Cuba korang bercakap dengan kuat sambil berdiri selama sejam. Lepas tu selang sejam ulang perkara yg sama. Kalau nasib malang 2-3 jam berturut2 cakap kuat sambil berdiri dan berjalan. Selama 6-7jam. Tengok berapa lama korang tahan. At least orang yang kerja office tu takdela berdiri dan bercakap kuat2. Gila kau nak cakap kuat2 sambil berdiri dalam office? Silap2 masuk van Hospital 'happy'. Kat office siap kena cakap bisik2 lagi. Tak membazir tenaga langsung. Siap dapat duduk kerusi best dari IKEA. Kat sekolah, jangan harap kerusi IKEA, satu kerusi pun takde kat kelas tau. Kalau ada pun aku macam tak confident nak duduk takut2 hajat nak duduk atas kerusi berakhir dengan terduduk atas lantai.


Tu belum campur kerja2 perkeranian lagi, jadi cikgu kelab tenis la, kelab catur la, Persatuan Pencinta Alam la lepastu lepas kelas ada perjumpaan kelab tak boleh balik awal. Lagi, mintak duit yuran kat students la, tiap2 kali masuk kelas nak kena remind siapa nak bayar yuran?? Dari awal tahun sampai akhir tahun dok kutip yuran. Belum campur lagi masalah disiplin murid bertumbuk dalam kelas malangnya kau jadi guru kelas lepastu nak kena menjawab dengan mak bapak. Kalau student kau dapat markah sadis gila dalam exam, lepastu parent diorang nak datang bincang, kau kena deal dengan parent pulak. ERGHHH!! Aku sangat2 belum bersedia untuk ini okey..


Jadi, apa patut aku buat??


Nota kuku kaki: Adekah aku memang dalam mood yang teruk? Asyik membebel je nih.. 


Apepun, aku bersyukur dengan kehidupan aku sekarang...


Alhamdulillah..