Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Monday, November 22, 2010

Cerita Nasi Kandar

Bismillah..

Weh, banyak gila entry aku yang tertangguh. Tulis sekerat2 lepastu malas nak sambung :p


Takpe2, hari ini di pagi yang mendung ini aku nak cerita pasal nasi kandar [read:nasik kandaq] hoho..


Masa aku balik kampung abang kat Penang hari tu, terkeluarlah topik tentang nasi kandar ni. Yelah, nasi kandar ni kan popular kat Penang.. Ada ke orang Penang yang tak makan nasi kandar?


Sebelum tu, aku nak memberi definisi nasi kandar (wah siap ada definisi!) 


Ni definisi versi aku malas nak seach or tanya wikipedia.


Nasi kandar tu ialah nasi putih atau nasi beriyani yang selalunya dimakan bersama kuah kari atau lauk lainnya. 


Asal nasi kandar ni masa zaman dulu2, penjual akan kandar (letak kayu panjang atas bahu) ke pelabuhan untuk jual kat pekerja2 di sana. Asalnya takde lauk ayam goreng kari kepala ikan bagai ye rakan2.. Dulu just nasi putih letak kuah kari dan telur rebus je..


Sebenarnya aku tulis ni nak cerita apa yang FIL and MIL aku cerita..


Hari tu FIL makan kat satu nasi kandar yang famous di kalangan orang Penang. Orang yang tukang bubuh nasi tu senang hati je CEDOK/KAUT NASI GUNA TANGAN lepas tu tepek2 nasi yang dia bubuh dalam pinggan tu dengan tapak tangan dia. Orang tu dahla berlemuih. Time dia nak bubuh kuah campur2 tu ayah stop him and cakap letak telur rebus je. Jangan harap la nak makan kan. Disgusting oke..


Kalau kita pergi makan nasi kandar, pekerja yang bubuhkan semua kita boleh tunjuk2 je. MIL cerita, ada seorang kawan dia nak tambah kuah tapi pekerja takde, so dia pergi tambah sendiri, dia kacau2 la sikit kuah tu biasa lah kan. Sekali senduk tu macam tercedok satu benda pelik. Dia angkat la benda pelik tu, tengok2 surat khabar yang digulung2. Ada banyak oke kat dasar bekas tu. Orang kata surat khabar dapat pekatkan kuah.

Lepastu, korang tahu tak yang rahsia kesedapan nasi kandar ni, dia tak pernah (tak pernah atau jarang, aku xpasti) basuh bakas yang dia guna untuk masak kari tu. Dia akan topup je, takkan basuh. hehh.. Korang bayangkan kalau nasi kandar yang kat tepi2 jalan kat Penang tu tulis 'since 1943' hehha bayangkan gila lama oke, kecuali kalau bekas dia masak tu bocor ke pecahke, baru dia tukar bekas. 

Tu pun mesti dia tuang balance yang dalam bekas lama tu ke dalam bekas baru. hehe

Ape yang aku nak korang bayangkan.. gerai nasi kandar tu kat lorong2 antara 2 bangunan kedai (macam dalam cerita Papadom tu).. Lorong tu sah2 la tak bersih, kalau korang nasib malang boleh la nampak tikus besar2 anak kucing (BIL aku pernah nampak) and mesti la ada haiwan2 lain seperti lipas ke, cicak ke, lalat ke, ape ke.. korang rasa ada possibility tak haiwan2 tu termasuk dalam belanga tu?

Ada kan? Kalau haiwan tak masuk (tapi mustahil tak masuk) , mungkin jugak cicak terbuang najis besar oke aku takmo cerita itu. Lepastu, mamak tu pulak main topup je kari dia.. wahahaha.. Geli sudah..

Tu belum lagi lalat2 terbetelur di tempat yang tak sepatutnya..

Cerita orang tercedok tikus dalam kari, cincin mamak buat roti canai ada najis tu dah biasa dengar kan.. Tu bukan cerita dongeng tahu!

Aku minta maaf kalau ada penggemar nasi kandar baca entry ini lepastu marah aku sebab tulis ini. uhuhu.. 

Bukan tak boleh makan nasi kandar dah! boleh.. boleh.. tapi pilih gerai yang bersih. Nak tahu bersih ke tidak, bukan tengok dalam kedai je, tengok jugak kat belakang kedai, ada sampah2 basah tak. Tengok dalam longkang bersih tak, atau air longkang dipenuhi minyak. Nak jenguk ke dapur tu over la pulak kan. Kang kena cepuk dengan mamak tu. 

Ada aku baca blog orang, dia kata toilet kedai tu dekat je dengan kawasan masak. Lepastu air toilet tu tepercik2 kat kawasan masak. Walaupun tak masuk kat dalam periuk dia.. tapi... tapi.... hm...

Buat masa ni, kedai yang dijaga kualitinya Pelita dan Kayu. Makan kat situ je lah ye.. Aku selalu makan dekat pelita Bangsar. Aku rasa kedai tu okayla.. belakang kedai pun bersih.

Lagipun, rangkaian Pelita ni dimiliki oleh orang melayu kalau tak silap aku. Seorang ustaz. Kayu aku jarang pergi. Aku pernah try kat kawasan Damansara tapi dah tak ingat sangat.

Boleh jugak makan kat kedai2 yang takde rangkaian ni, asalkan bersih, dah pekerja2 nya kemas..

Okay, tu je nak cerita. Aku tetiba terada mood nak tulis pasal ni sebab semalam ada kawan aku mobile upload papan tanda 'Nasi Kandar Line Clear' kat fb. Means dia pergi makan sana. 

Ha lagi satu! Korang nak masuk kedai2 mamak tu, tolong cek dulu ye tu kedai India or mamak. Sekarang memang banyak kedai owner India, tapi nama kedai ala2 kedai mamak gitu. Tengok dalam kedai ada ayat2 Quran tak, or ciri2 Islamic la.. 

hm, Wallahua'lam

Notakukukaki: aku malas nak google gambar, jadi tiada hiburan. hoho..

Notakukukaki II: hm, aku rasa lain macam..

Tuesday, November 9, 2010

Kari I tak jadi!

mayday mayday

halluuu

kari I tak jadi! hampes tol la.. bau dah ada dah, rasa mabeles dah, tapi kenapekah ayam I macam tak masak je.. 

sampai pekat kuah kari I nak tunggu ayam tu masak. Tambah air 2-3 kali dah. 

Penat ahh... 

Hebat betul hari ni cipta masa memasak paling lama, tekial2 harharhar lynn lampi. lynn lampi.

Tapi takpe.. memandangkan rasa dah okay, bau pun sodap, japgi lah I alter buh air. Sekarang dah penat. tahu penat? tahu?

Eh kenapa nak emosi baru masak kari tak jadi. ngahaha

ok bai nak solat.

Monday, November 8, 2010

Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad!


Bismillah


Lama kan tak update! Hari Khamis last week I ada inteview for KPM Guru Sandaran Terlatih (GST) so before tu kemain lagi lah kan study. 


Mama memang duk kat rumah I sementara tunggu nak fly to Jeddah. So, masa abang balik office mama mengadu 


"Elin tu study macam nak SPM je. Kalau tak lulus tak tau le mama"


Hehe.. kesian mama takde geng nak nyembang and gosip2 sebab I ngadap buku je.


AMARAN: ENTRY NI PANJANG SIKIT SEBAB CERITA 4 HARI KAN! HOHO..


KHAMIS


So, hari Khamis pagi2 lagi abang dah hantar pergi seksyen 17 Shah Alam. Mama ikut sekali sebab lepas hantar I, terus pergi rumah abang yan sebab nanti malam mama nak gerak to Kelana Jaya from Abang Yan's.


Tunggu2 kat sekolah tu, takde seorang pun yang I kenal, sampailah akak tu tampal senarai nama untuk giliran inteview, toleh2 belakang Eh, ada Fir! hoho.. ada gak kawan. Tapi giliran aku no.2, so tak sempat pun nak berkawan! hahah


After exam INSAK, terus kena panggil nama untuk standby for inteview. For me, suka dapat turn awal sebab tak payah nak nervous lama2 sangat.


Yang inteview I tu dah pangkat pakcik2 dah, so memang relax lah, gelak2 je. hoho.. Nanti I cerita pasal inteview yer. 


Okay, lepas habis inteview dalam pukul 1030am, abang datang ambil and bawak pergi breakfast. Tapi abang makan nasi terus sebab nanti lepas hantar i dekat rumah Abg Yan, abang kena masuk office, sebab Timbalan Mufti Rusia datang, and abang have to entertain dia la. And after that have to rush to Putrajaya.


Malam tu dalam pukul 1100pm, kami semua gerak to Kelana Jaya. I dengan Abg Yan memang penat uruskan luggage mama, nak kasi kemas, sebab kan diorang campak2 je. Lepastu, susun luggage and hand carry beg supaya mama senang bawak sebab nak cek in tu kena uruskan beg sendiri. Mama I kan kecik molek kurus pulak tu, takut tak larat.. So buat kasi mama senang nak tarik lah.


Ha, kena buat macam nilah, macam kat airport tu.
Kami guna food wrapper je sebab kat Kelana Jaya takde service ni. Lepas wrap tu, kemaskan pulak guna tali Rafia so that orang angkat beg tu akan angkat tali rafia tu. Kalau tak letak tali, nanti plastik tu terkoyak punya time angkat2..


0130am panggil masuk, pihak Tabung Haji pasang lagu yang 'labbaikallah humma labbaik' pastu terus sayu dowh!


Seperti yang kami adik beradik expect, mama tak larat nak tarik luggage, sedih gila tengok je tapi tak boleh tolong. Dah la berhimpit2 dengan jemaah lain.. Staf TH tunggu dekat pintu untuk tolong angkat beg. Tapi kami tengok makcik2 and opah2 lebih tua lain bersemangat tarik luggage. So kena pujuk hati lah supaya tak risau kan mama. Lepas betul2 sikit beg, mama dah selesa tarik luggage tu, rasa lega la sikit. Gila sedih.. Hope mama doing well there.. InsyaAllah


Oh ye, mama pergi dengan anak kepada sepupu dia, means dua pupu kami. Mama takde mahram, so kena pergi dengan empat orang perempuan yang dipercayai. Lagi 3 orang ialah kawan dua pupu kami tu.


I dengan abang sampai rumah kebih kurang 0200am


JUMAAT


Sambung tidur sampai lewat pagi.. Hehe.. Rasa malas masak, barang basah pun dah habis. Tak sempat pergi beli sebab study macam nak ambil SPM. Haha


Kami berdua makan Maggi je. Abang pergi sembahyang Jumaat, pesan kat abang balik nanti abang beli Ayamas ye! hehe..


Weh! Ayamas dia serius sedap. Ayamas dan Rasamas company sama ke? Tapi kenapa Rasamas tak sedap? Ke Ayamas Jln Klang Lama je yang sedap? Memang rasa lah rempah2 dia sampai ke dalam2 isi yang lembut tuhhh.. Nasib abang beli banyak.


I tak sure abang beli perisa apa tapi sedap!!! sedap sedap dan sedap!! Tengok kat website tu dia ada 4 jenis roaster je pun, yang pasti bukan black pepper


Okay dah try cari Gambar kat En. Google tapi semua rupa tak menarik macam yang abang beli. hihi..


Lepas Maghrib, abang ajak pergi Midvalley. Surprise betul Midvalley tak ramai orang. Kami shopping sikit, abang beli sandal, socks and dot dot dot. Lepas tu abang kasi duit kat I suruh beli apa nak, abang nak lepak MPH. hoho.. rutin wajib abang tiap kali keluar ialah ke KEDAI BUKU ye kawan2!


I pulak dapat t-shirt Cheetah bawah punggung RM27. Macam mahal jugak tapi kain best. I sekarang tak rajin nak iron blouse. So kena kumpul t-shirt yang sopan santun gitew..


Dan dapat sandal Hawkeye juge! hehe.. RM55. Sandal I dah macam apeje, dah berjahit bagai. I lebih suka pakai pump shoes, tapi masa 4th year suka pakai sandal. Sekarang suka pakai pump balik. Tapi sandal pun kena ada jugak kan.. Okay tak penting Shazlin kenapa kena explain sangat detail!


SABTU


Pergi kenduri kahwin cousin sebelah arwah abah di Hutan Melintang, Perak. Kak long kahwin cantik nye!! Kak Long cikgu add-math kat SMS Bagan datoh, SBP baru. Kak long 2 years older than me. 


Ohh.. gambar sangat old-school. I yang seksi baju kuning tu. Kak Long sebelah kanan I yang pakai tudung hitam. Yang tudung kelabu Biha, adik Kak long. sebelah Biha Abg Yan. Abg Day seluar coklat terang baju putih. Kakak dah besar, yang baju hijau freehair. Mama sebelah kakak. Yang t-shirt merah my late Abah. Rindunya Abah..


Sampai Shah Alam dalam pukul 0800pm macamtu. Kami pergi naik satu kereta je, kereta Abg Day. So dari Shah Alam terus pergi Bangsar. Tak terus balik rumah sebab kena sembahyang Jama' Ta'khir kat mana2 dulu. Before tu pergi makan Pizza Hut yang pizza baru tu!! Yang cheese semua tu serius SEDAP!! Make sure makan kat Pizza Hut Bangsar sebab kat Pizza Hut lain tak tentu sedap!


Sedap! Tak payah add toping its just great on its own!
Then singgah sembahyang kat Fakulti Sains UM (UM lagi) then baru balik rumah.


AHAD


Paling best! Pagi2 pergi ambil Abg Wira dari Pak Uda. Yeay I dah ada kereta!!


Then pergi kenduri Erin + Azhar (Rowing couple) at Keramat. Pergi dengan Kak Azie chantekk and Kak Ijah. Erin sangat beautiful!


Balik tu dalam pukul 0300pm dah, pergi lepak Midvalley lagi dengan Kak Ijah. 
Aunty Anne's time!! hoho makan je. 


I makan yang choc dip tu, Kak Ijah makan yang caramel sauce tu. SEDAP! Sebab Kak Ijah Belanja. huhu.. Lepas tu minum San Francissco Coffee. Yummeh!


Tumpang sembahyang kat 12th, bilik Kak Ijah, then sampai rumah dalam pukul 0700pm. :p


Eh, I tak tinggal abang sorang2 tahu! Kami keluar sama2 lepas ambil kereta. Abang pergi Bangi, I pergi kenduri. Tapi abang balik awal sikit, dalam pukul 0400pm mcm tu.


Eh lupa!


Lepas borak2 kat Midvalley tu, on the way nak bali, tiba2 ternampak PC Expo. Haha.. Tetiba ada hasil tangkapan.


I beli meja laptop complete with cooler for RM35! Jenuh menawar.


Sama macam ni! tapi kat belah kanan meja ada tempat untuk mouse yang boleh lipat2. I punya warna Hitam. Yang ini meja dia takde cooler. I punya complete with cooler :D

Lepas tu beli car MP3 player untuk Abg Wira. RM20.. hihi..
 Okay, tu je..


Alhamdulillah.. :)

Saturday, October 9, 2010

Mat'am Saba' Cyberjaya

bismillah..

Korang nak tahu tak. Hari ni hari sabtu.. Betul tak? Sebagai kakitangan kerajaan, asben aku sepatutnya berlokasi di atas katil untuk mengqada' tidur sekarang. 
.
.
.
Malangnya, kenapakah asben aku berada di office untuk satu bengkel ape tah! haaa.. tinggal lah daku keseorangan menangisi nasib malang. Huh! 

Semalam, aku ajak abang dinner kat Restoran Saba', Putrajaya. Dia takde official website tapi kalau korang tanya en. google, ramai dah customer yang buat review pasal restoran ni.. Ini restoran makanan arab.

Apa yang menarik, restoran ni selesa dan tak mahal sangat. Harga dia berpatutan. Semalam kitorang makan nasi 2 pinggan, lamb tikka, lamb kebab, mango juice, orange juice and kopi ala2 arab. Total dalam RM60++. Abang cakap berbaloi. Nak tau sebab apa? sebab dia makan nasi 1 1/2 pinggan, pastu tak larat nak drive balik. Kesian aku kena drive plak. ceh...

Review aku, nasi dia memang sedap. Semalam aku konon-konon taknak makan nasi, so order lamb tikka without rice (dia kasi roti arab je) pastu aku nyesal plak. Sebab roti arab kan tak sedap! Tu yang abang order lagi satu pinggan nasi, tapi dia makan separuh, aku makan separuh. hihi..

Lagi, lamb kebab dia sangat sedap! Lamb tu rasa sangat spice yang dia perap. Daging lembut and memang superb! Aku cakap lamb je tau. yang roti dia tu memang aku tak berapa suka, tapi ada orang suka..

Abang plak order Chicken Kabsah, macam ni rupa dia:

Weh, ni aku main copypaste je gambar dr fotopages org. Mintak2 dia tak marah =D
 Semalam kitorang dok meja nombar 64. hihi.. Perasan tak sambal dalam piring kecik tu? Sambal dia sedap, masam-masam-pedas.

Ni plak lamb kebab dia. Oisyi yoo..
 Lepas tu, abang ada try satu arabic tea ni. lupa la nama dia. Yang penting, dia adalah teh susu yang dibubuh bunga cengkih dan juga ada satu jenis rempah bulat-bulat yang aku tak tau nama *setelah penat google tak jumpa jgk. Jap aku cari gambar kot2 ada..

Ha, yang no 12 tu.. Apa nama dia weh? haha
 Banyak tau dia buh rempah no 12 tu. lebih 10 bijik aku rasa. Bunga cengkih ada satu je. Tapi tak tau la samada dia bubuh satu je or abang dah terminum sekali. haha..

Teh ni aku tak suka, sebab terbayangkan rempah ratus diminum! haaa.. macam jamu kot! tapi rasa dia takla worst sangat *aku rasa kat hujung straw je masa tolong kacau susu dia nak kasi sebati*. Abang suka, dia minum sampai habis. hihi..

Tah kenapa, semalam mood aku mengoogle makanan sedap area KL. hehe.. Tapi last2 end up kat Saba' je.. But, not bad la kan.. Lepas ni macam teringin nak pergi Bukit Ampang. Ala, yang nampak view satu KL tu.. Macam romantik je dinner kat situ. hehe

Hari ni plak, mood aku tengok online shopping website and blog. Tapi satu pun aku tak bekenan. Aku nak cari tudung syria labuh and tutup dada, tapi takde yang bekenan. Banyak blog yang jual, tapi cara display dia tak menarik perhatian aku. Plus, aku memang agak cerewet nak membeli. Kena pegang2 and try2 sampai puas hati, baru beli.

Korang suka online shopping kat blog/website mana? Share lah..

Alhamdulillah...