Tuesday, October 12, 2010

Tetamu

bismillah...


Semalam kan, MIL aku datang. Dari penang. Sebab ape tau, sebab MIL pun dapat exam PTK! heheh.. Sekarang pukul 0900am. Lapor la pulak. Jap nak masak jap yeh!


Okay, dah kenyang. Masak nasi goreng je, boleh buat lunch terus. hehe..


Seperti yang telah diperkatakan sebentar tadi, MIL aku datang. Malangnya, dalam fridge ada ayam sahaja. Ikan udang sotong semua tak beli sebab aku takde kereta nak pergi beli. Padan muka kau. Melalui pengalaman aku yang baru 3 bulan ni, umi tak makan ayam. Takkan nak masak sardin jamu MIL? Kuku besi di situ.


Jadi aku pun menghello hello abang tanya. Abang cakap eh, sejak bila tak makan? Umi makan ayam lah.. Okay, anak umi yang ini memang kurang peka dan cakna. Harap maklum.


Oleh sebab memang takde benda nak masak, jadi aku memaksa otak aku percaya yang abang katakan supaya aku lebih tenang menjamu MIL. Hehe.. Durjana betoi.


Jadi, aku masak yang paling simple sebab aku dah teralit main laptop. Tak sempat dah. hehe


Aku masak ayam goreng, sambal tumis telur dengan baby sawi tumis sos tiram.


Petang tu, kakak aku and asben dia datang nak ambil barang2 diorang. Abang ipar aku pun g bukak tudung saji. Pastu dia panggil aku dan tunjuk thumb down. Haha.. ade aku kesah?


Sebagai backup aku pun goreng kopok lekor yang akak aku bawak baik dr Kelantan untuk teatime.


Malam tu, seperti yang diduga, MIL aku makan telor je. hahah.. Aku buat2 selamber je lah. Kalau mama tahu ni, confirm kena leter 3 keturunan ni. Adoi. Aku rasa, mesti sampai punyalah ke telinga comel mama sebab kakak dan abang fendde kan wartawan hiburan keluarga. Haishhh..


Jadi itulah pengalaman aku menjamu MIL buat pertama kalinya.. Sadis kan? Korang nanti, first time jamu mertua sila prepare menu yang mengancam sikit ye.. Paling2 nasi ayam ke.. bubur pulut hitam ke.. baru suami korang boleh bangga2 sambil tepuk2 belakang korang. Hahah


Pagi tadi, pukul 0630 umi and abang keluar dah. Comel pulak anak beranak ambil exam sekali. hihi. Umi balik terus. Lagipun malam tadi ayah call umi cakap sunyi laaa.. hihi.. Cute je.


Hmmm.. lagi nak cerita ape yeh.. 
.
.
.
.
.
.


Owh, mama dapat pergi buat haji. Alhamdulillah.. Pergi dengan cousin aku, anak pak anjang. 2 beradik g. Sorang baru 20thn, yang kakak baru 26thn. Yang bestnya, kak dayah tu siap bertemu jodoh lagi masa pergi kursus haji. Ada sorang makcik tu berkenan kat dia. Alih-alih, dah bertunang dah pun sekarang. Tulah orang cakap, kalau dah jodoh tu, cepat and senang je. Sebulan lebih je prosesnya. Nanti balik Mekah, terus menikah =)


Mama punya flight 28hb tengahari, tapi kena berkumpul kat Kelana Jaya tu pukul 0830am. Kakak pun balik Jepun 28hb jugak. Petang. Busy lah kitorang menghantar nanti. 29hb, 30hb Kak ita nikah+kahwin. Wah.. busy betol ni.


Eh, tiba2 dah takde mood nak menulis. Dahlah, bai.


Nota kuku kaki: I want to go shopping!! Desperately!! 



1 comment:

Mama Rayyan said...

Tumpang lalu...he3
Akak dulu masa baru kawin xpandai masak,tp mesti ada inisiatif la nak blaja.tp mmg ketaq klu masak utk jamu MIL,especially 1st time....he3.Takpe,practice make perfect!