Friday, October 29, 2010

Semalam yang HANGAT

Bismillah...


Orang kata, kahwin dengan orang yang bekerja macam asben aku, kena banyak berkorban..


Tapi sejak kahwin 3 1/2 bulan ni, aku  rasa normal je.. Sehinggalah semalam...


Wah! ayat macam novel sastera le pulak..


Haaa!! Semalam aku agak hangat la! Kan aku cakap aku nak pergi baibai anak2 buah aku kat KLIA. Guess what? Kitorang tak sempat pergi!! Abang sampai rumah pukul 0945pm! :dalam keadaan bersalah dan tergopoh gapah:


Flight pukul 1155pm, tapi dalam pukul 1000pm mereka2 nak masuk dah sebab yela ada 3 orang budak tecit kan, nak tukar diapers lagi, pastu nak masuk plane awal and biasanya kan siapa yang bawa budak kena masuk dulu..


Sedih wei!! aku nak baibai diorang. Nak kiss2 Syaef, Safiya and Syafeq botak. Setahun lagi baru boleh jumpa T.T


Hari ni, abang ada meeting pulak. Hari ni cousin aku nikah. Aku rasa bersalah sangat tak sampai awal untuk tolong2 sebab masa aku dulu Kak Ita tolong banyak and amek cuti 2 or 3 hari kalau tak silap. 


Padahal kerja dia, cuti adalah amat limited. Aku mintak abang amek cuti, tapi tak boleh sebab meeting penting, abang cakap boleh amek half day. 


So kami mungkin akan sampai Ipoh tepat2 masa nak akad nikah rasanya :lepas asar: Atau maybe lewat sikit sebab nak bertolak lepas sembahyang Jumaat.


FINE.


Tapi orang cakap, kahwin dengan orang yang kerja macam abang kadang2 best jugak. sebab kerap outstation and boleh ikut outstation tu. 


Sebelum kahwin, abang memang banyak jugak outstation and beberapa hari sebelum nikah abang masih berada di Sarawak! hoho..


Tapi sejak kahwin ni baru sekali je outstation, tu pun g Port Dickson. Aku dah la bosan dan hampir meroyan duk rumah sorang2. Honeymoon dah la tak sempat pergi lagi.


Tapi semalam abang bagitau nextmonth kena pergi Labuan. hoho.. Macam menarik saje :D


Okay, kesimpulannya semalam aku amat sedih. sedih. dan sedih. hari ni pun sama.


Tu je nak bagitahu.


***************************************************************


Topik lain

Wahwahwah.. nampaknye entry aku semalam menerima hit yang paling tinggi (tapi tak sampai 10 org pun view) daripada entry yang lain. hihi

Adakah baby blog aku ni dah mula menyebar? Dan ada org search juga entry aku yang Mat'am Saba tu..

Sebenarnya ini blog ke-3 aku. Yang first and 2nd tu aku private kan. Aku rasa agak segan la bila orang baca apa aku membebel. 

Plus, aku takut aku terover tulis pulak hal rumah tangga aku ni. Dah la mak ayah mertua and mama aku celik IT. Segan jugak kalau diorang terspot blog ni.

Oh ye, aku ada lagi satu blog yang share with my sis and SIL. Blog tu tentang review benda2 yang best. Macam resipi yang best yang kami pernah jumpa, blog shop yang best:murah: , fesyen2 terkini dsb. Tapi sebab entry belum banyak, tak publish lagi.

Kitorang juga terima blog shop yang mintak kami review tentang blog shop mereka. Kalau nak letak banner pun boleh tapi atas perjanjian yang dipersetujui antara 2-2 pihak lah

Eh, apesal jadi topik lain?

Kesimpulannya, aku perlu lebih berhati2 tentang apa yang aku tulis. Tetiba cuak pulak.

Weii!! Aku nak study tapi M.A.L.A.S!


Notakukukaki: Semalam aku 'berjaya' beli 2 helai tudung syria plain lagi. Kat sini.

Murah2 jugak dia jual. And dia entertain dengan sopan dan pantas. Aku suka.

Okay bai!

Alhamdulillah..

Thursday, October 28, 2010

Baby dan keropok lekor

bismillah..


Oh kenapa hari ni begitu lambat masa berlalu?


Jawapannya adalah sebab hari ni aku study, bukan mengulor bak kate orang Peghak. Jadi, rasa macam adoi, cepatla petang nak goreng kopok lekor.. Kalau goreng sekarang pelik pulak.


Keropok lekor yummeh!!





Tips memilih pasangan hidup: Tajuk al Hidayah minggu ini
Tips saya memilih suami: tak merokok dan tidak meninggalkan solat (maksudnya faham agama dosa pahala dsb)




Okay, berbalik kepada tajuk asal. Topik hari ni serius sikit jadi sila duduk dalam posisi yang selesa dan buat muka serius macam baca buku kimia fizik takpun fizik kuantum.


Jap nak fikir ayat pengenalan yang power
.
.
.


Hidup ini penuh dengan persoalan. Masa kecik, fikir apa cita2 aku ye? Nanti universiti mana aku belajar ye?


Bila besar sikit, dah masuk U, fikir, ish, agak2 siapalah jodoh aku ye? gemuk ke keding ke? rendah ke? tinggi ke? macam Pierre Andre (kesukaan aku) ke macam Acappan ke?


Takpun,


Hm.. Betulke dia jodoh aku ni.. Betulke tindakan aku couple dengan dia ni. Dia ke kahwin dengan aku nanti..


Dan kawan2 pun akan bertanya macam ni


Kau dah ade pakwe belum?


Dan bagi yang dah couple sejak dari form 2 macam kawan aku ini dengan pakwenye ini, soalannye lain sikit. Bila kauorang nak kahwin ni? Dah berapa lama couple? 


Korang rasa tak tension ke nak jawab soalan macam ni?


Kalau aku, aku tak la marah ke apa kat orang yang bertanya, logik la kan orang tu tanya, tapi kita ni yang rasa fade-up nak jawab.


Kesimpulannya soalan yang aku fade-up nak jawab sekarang adalah ini:



  • Dah ada orang ke-3 Lynn?
  • Ada muntah2 pening2 tak?
  • Kami nak jadi makcik!!
dsb..

Serius, aku tak marah pun orang tanya macamni. Yelah, mestila agak excited kan. They ask because they care..

Honestly aku macam belum bersedia SEPENUHNYA untuk parenting2 ni. Bukan belum bersedia ye, tp belum bersedia sepenuhnya. Aku tak mungkin menolak jika Allah berikan kami rezeki seawal ini. InsyaAllah..

Tapi, Allah tu tahu kemampuan hambanya. Macamana kalau aku dapat posting Sabah/Sarawak? Tak payah Sabah/Sarawak la, posting luar dari KL dah cukup. Tak dapat duduk serumah dengan suami. Kau nak ke nyah pregnant macam tu.. Sungguh sadis dan lonely tahu. Nanti takde orang nak tolong2 kau. Padan muka.


Wah relax2 jangan emosi beno :p

Jadi, aku personally nak mula berfikir pasal ni secara serius SELEPAS aku dapat result posting nanti.

Tapi bukan bermakna sekarang aku menolak. Ngerti kamu?


No I'm not either your daddy or mommy si tembam.

Ini hanya bebelan aku sahaja. Adakah aku perlu publish benda ni? 

Moga aku sentiasa menjadi hamba yang bersyukur..

Alhamdulillah..

Hai!

Bismillah...


Aku macam tengah gigih2 study sekarang. Doakan aku RAJIN ye.. hahah..


Actually, aku ada tulis satu entry 2-3 minggu lepas, tapi macam serba salah pulak nak post. Setelah tengok2 kembali dan entry tu aku rasa tak berbaur perkauman mahupun kemunafikan, aku decide nak publish lah..


Lagipun takde mood nak menulis.


Notakukukaki: Akak aku anak beranak balik Japan malam ni. Next balik maybe Nov nextyear for good.. Balik terus i'Allah.. Moga mudahlah urusan PhD dia dan pembelajaran abang ipar aku. Puas dah aku nolong dia. Tak sabo pulak nak pau deme. Hahah. Sekian.


Alhamdulillah..

Tuesday, October 26, 2010

Untuk orang bujang





Bismillah...


Kepada rakan2 yang belum kahwin tapi dah gatal merenyam dah nak kahwin tu.. hihi gurau je.. Siapa yang taknak kahwin ye tak?


Ni, siapa2 yang dah ada pilihan hati, cuba check ini. Ini aku ambil dari FB je, tuan tu cakap boleh copy je, jadi aku buat la.. Boleh share.. heheh..


Ini macam okaylah, boleh pecaya. Macam yang kat majalah Remaja 10 ciri2 lelaki pilihan wanita apekah?? Dari dulu aku pening baca Remaja tu. Tapi ramai jugak yang suka kumpul2 dia aku tengok. Hihi


WONDERPETS, INI SIRIUS! Alhamdulillah walaupun aku lewat jumpa benda ni, hanya 1-2 point saje yang missed out. Seperti point no 10. ngahahah





Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

pesanan penaja: solat sangat penting kawan2.. penting penting dan penting. takde description kepentingannya. siapa nak didik kita dan bakal anak2 nanti dek non.. hoho 


2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

pesanan penaja: tak sangka ada point gini. Jarang aku dengar. Tapi asben i memang yang ini. huhh.. goodbye shopping! -_-'

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

pesanan penaja: ini macam impossible sikit tapi kadang2 abang tengok perempuan sebab nak kritik perempuan tu. Macam pakai merepek ke, mekap tebal sangat ke, kasut macam terompah ke.. Sabau je lah i. 

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

pesanan penaja: Kawan2 abang semua ustaz2 saje. Besembang pun ana-anta gitu. Abang je yang agak lost sikit jadi PTD. Hihi

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

pesanan penaja: Abang memang agak gelabah di saat2 kecemasan. Dan kalau nak menipu tu, cakap jadi tergagap2 sikit. hahah kantoi. Memang kurang tenang .. :p

Harap rakan2 dapat faedah membaca ini


Notakukukaki: Aku dah dapat tarikh inteview. 4 Nov pukul 0800am. Venue kat seksyen 17 Shah Alam. Korang2, tolong doakan aku ye.. Thanx! Sayang semua. :)

Alhamdulillah..

Monday, October 25, 2010

Tetamu Ep. 2

Bismillah..


Hahah.. Weekend baru ni, PIL aku datang. eyh, parents-in-law ke family-in-law ye? Huhu.. Kurang arif di situ. Guna FIL lah senang.


Okay, diorang datang, except BIL aku yang bongsu je. Sebab dia ada kat UiTM Arau. Jauh.. Weh, aku pernah pergi Arau sekali masa nak hantar BIL aku tu. Macam best je shopping kat sana. hehehh


Baiklah, mari dengar cerita aku. Adakah aku masak sambal tumis telur lagi? Haha.. Kejam..kejam..


Jawapannya mestila tak. In fact, aku siap tak sempat nak masak lagi. hoho lega weyh.. Dalam kepala aku da fikir nak prepare nasi ayam je. Nasib baik tak sempat.


MIL and SIL aku sampai KL Jumaat malam sabtu, dalam pukul 0100am camtu. BIL no.3 pun sampai pukul 0100am jugak, tapi turun kat KL Sentral. So, pagi Sabtu tu, aku kejut abang dengan penuh konsisten suruh pergi BELI breakfast. Selamat satu kerja. (",)


Tengahari tu, eyh ayah mertua nak panggil apa father-in-law (FIL) ke daddy-in-law(DIL) dah FIL tadi guna untuk family-in-law? Ah, serabut sudahh..
Guna DIL la pulak. haha suka2 je.. Mereng.


Tengahari tu, DIL aku pun habis kursus kat Melaka tu, so kami semua pun keluar menjemputnya dan makan di luar. Selamat lagi. Fuhhh -_-'


Kitorang makan kat Restoran Insaf, dekat Jalan TAR. Itu memang destinasi wajib lah kalau kaum kerabat Penang datang KL. Menu yang kitorang makan sama je. Nasi beriyani ayam goreng dengan mango juice. Tiap2 kali mesti makan tu. Takde talian hayat dah. haha..


Oh, keluar restoran tu, terserempak la dengan kawan aku batch SEP UM dengan boyfriend dia. Diorang nak bertunang dah nextmonth, so pergi cari barang2 kot.. hihi Congrat Yati! Gila tinggi pakwe kau, bahu dia lagi tinggi dari kepala kau. hehe..


Okay lepas makan mestila sesi cuci mata. DIL, BIL and abang aktivitinya sama je tiap kali tunggu MIL and SIL shopping, iaitu lepak2 minum2 di Secret Recipe depan Sogo tu. Aku kalau ikut hati macam malas gak nak ikut shopping, tapi takkan nak lepak2 sama pulak and nanti apa pulak MIL aku cakap.


Yang kelakarnya, MIL aku withdraw duit, lepastu siap kasi aku duit belanja RM100 untuk aku, RM100 untuk SIL aku. Hahah.. okay ada semangat baru sekarang.


Shopping2, sampai rumah dalam pukul 5 macamtu. On the way balik tu, singgah beli goreng pisang. Selamat lagi aku -_-'


Sampai2 tu, lepak2 minum petang, tiba2 DIL aku cakap.


"Malam ni tak payah masak lah, penat.. Kita beli je.."


Yeah, seronoknya!!


eh, tapi dia tak kasi aku masak sebab takut aku masak sambal tumis telur lagi atau memang sebab takut aku penat? hoho..


Pagi Ahad pulak, pagi2 DIL dah keluar cari breakfast sebab diorang nak balik awal, sebab nak singgah UiTM Seri Iskandar dulu hantar BIL yang no 3 tu..


Dan kesimpulannya, aku terselamat kali ini...


Notakukukaki: Weeiii!! bila tarikh interview nak keluar ni!!! Ni aku murka ni huhh..


Alhamdulillah..

Thursday, October 21, 2010

Kitaran hidup manusia

Bismillah...


Manusia ada kitaran hidup tak? Sorryla, aku memang tak minat langsung subjek Biologi atau ke'bio'an. So, memang tak ambil tahu. Topik Science Form 1, Form 2, Form 3 yang ke arah biologi semua aku tak ingat dah. Yang aku ingat perkataan aorta je. hihi.. Bagus! Kipidap!


Masa Form 4 and Form 5 pun aku pilih sains kejuruteraan. Aku minat sangat nak jadi engineer or QS or ape2 la.


Tapi masa kat matrikulasi aku mula discover yang karektor aku lebih ke arah bidang keguruan. Aku rasa aku tak sesuai jadi engineer or kerja2 yang sewaktu dengannya sebab aku rasa aku lebih kepada keluarga, bukan kerjaya. Maksud aku, aku lebih memikir yang keluarga lebih penting dalam kerjaya.


Bagi aku, perempuan tu still berjaya kalau dia berjaya jaga kebajikan suami dan anak2. Even dia kurang berjaya, tapi dialah pendorong kepada suami dan anak-anak untuk berjaya. Kalau jadi cikgu, aku boleh jadi pendorong kepada anak2 murid aku. Biar diorang berjaya.. Wahhh.. kemain kau mikir ye..




Hoi, kenapa topik akus serius? Lupakan semua ya!


Hari ni aku nak cipta kitar hidup manusia versi aku -penganggur-


Camgini:




Tadaa!! Faham kan?


Jadinya, inilah masalah aku sekarang. Dan abang sangat tak supportive bila aku cakap berat dah naik 2kg. Dia boleh jawab cenggini


"Takpala.. Gemuk tu tandanya senang hati..."


Tak selesai masalah kan? hehe.. Untuk work out buat senaman jogging ke skipping ke, memang TAK la kan. Melainkan kalau yang ringan2 macam jalan2 kat Tasik Perdana ke.. hoho


Korang ada cadangan penyelesaian? 


Dah, sekian.

BFF Part 2

Bismillah..


Amaran: Aku tulis kisah ni untuk suka2 aku. Sebab aku suka nak ingat semua benda ni. Kalau rakan2 tak suka, jangan baca ya.. :)


Sebelum jumpa semalam, mesti la banyak balas2 sms.
Antara sms yang aku rasa kelakar:


DOE


"Lyn, ko keluar nanti bawak satu pad, plastik and paper"


"Jalan jam la. Komuter pun belum sampai" 
Oh yg ni aku sengih sorang2 baca. Ada kaitan tak komuter di landasan keretapi dan jalan yang jam?


FURA


"Aq sampai da" 


Masa dia kasi sms ni aku dgn Doe still kat Federal lagi. Belum sampai tol Batu 3 pun lagi.


"Jgn msk paking lg tau! tunggu aq! Aq xtau park katne. hoho"


Aih, tadi kata dah sampai. Tapi, aku takdela rasa nak pergi masuk parking sama2 dengan dia. hahah.. Ada ke orang tunggu kawan untuk masuk parking? Masuk je la dulu tak boleh eyh? Kelams.


So, aku pun exit Federal terus jela masuk parking SACC. Kau bayangkan, dari before tol Batu 3, sampai lah aku dah sampai Shah Alam, masuk parking dan turun escalator, 


"Xde paking makcik. paking bawah tu untuk pas bermusim. Aku boleh masuk x?"


Rakan2, Fura tersesat masuk PKNS. Fine lah, seberang jalan je SACC dgn PKNS tu. Park je lah kan. Aku tak dapat bayangkan dah berapa kali dia tawaf bangunan PKNS tu dari aku kat tol sampai la aku dah masuk bangunan SACC, dan dia tak nampak basement parking kat PKNS tu. GERAM GILA!!!


Doe memang blur, dia cakap jangan peduli Fura tu biar dia cari sendiri. Doe siap boleh masuk Vincci lagi try2 kasut tapi Fura still tawaf PKNS! hahah.. 


Kitorang keluar SACC pergi PKNS nak tunggu Fura, Doe still sewel lagi ajak aku pergi tengok baju kurung. Pergi 3-4 kedai siap naik tingkat 1, Fura masih belum parking! hahaha.. vuduss.


Aku rasa total up dari dia sampai PKNS sampai la dia jumpa kitorang, ada la dalam 40 minit kot. Lama dia cari parking. Kesian.. Kelam dari kecik.


Then, dalam pukul 11 kitorang lepak Noodle Station. Oh, tu je sebab kitorang nak jumpa kat Shah Alam, sebab nak makan Noodle Station. Aku and fura selalu dating situ, So nak kasi Doe rasa la. Doe kalau keluar pergi Seremban je tahu.


Kitorang lepak Noodle Station dari pukul 11 sampai pukul 2! Orang2 meja sebelah ada la 3-4 kali tukar orang dah. haha.. Tapi yang pelik tu banyak gila cerita.


Doe cakap nak masuk gambar hari ni. hihi


Pukul 2, nak gerak balik la sebab Fura masuk kerja pukul 3. Tapi, dia paksa aku and Doe hantar dia sampai kereta. Okay fine, layan je even aku park kt SACC and kitorang pun makan kat SACC. 


Sekali cari2 kereta tak jumpa! ah, malas la nak cerita pasal budak kelam ni!


Kena cepuk sekali dengan Doe.


But, we do have fun! XOXO


Nanti aku cerita pasal bff yang lain pulak ye.


Oh, semalan jumpa FIL aku, sebab dia nak tinggal kereta and pergi meeting kat Melaka dengan driver dia.


Last week FIL outstation ke Jakarta. Aku dapat beg n sehelai blouse yippie!!


Okay, nak keluar layan kakak aku yang banyak hal. pergi embassy. Bye!


Alhamdulillah..

BFF Part 1

Bismillah..


Meminjam kata2 seorang junior aku:


"Kawan baik ibarat pekasam. Makin lama makin sedapp.."


Seronok ada kawan yang kita tak malu nak cerita baik buruk pasal diri sendiri dan juga baik buruk orang lain. hahah..


Kawan senang dan susah..


Yang boleh tegur kita dengan cara paling tak sopan tapi kita tak ambil hati pun


Boleh sekeh kepala dia dan dia sekeh balik kepala kita


Dia keluarkan sweet dari mulut dia dan masuk kan ke mulut kita and kita tak rasa geli pun. Okay ni geli sikit. hahah. Anis! Kau yang mulakan tabiat ini!


Bila lari dari rumah pergi rumah kita. Pakai jeans tapi kat dalam jeans ada track suit sebab tak sempat nak bukak dah nak lari dari rumah punya pasal. Hahah.. Ini paling kelakar tahu Noraini Dahalan!


Habis prep malam, lari2 pergi kantin beli nasi lemak pakcik Megat. Lepastu berkumpul kat dorm E8 makan2 lepastu sembang2 sampai kering sambal kat tangan. Lepas tu mengantuk terus naik katil Anis. Gigih berhimpit gak kat katil tu 5-5 orang. Bangun2 pagi eh, semalam aku tak basuh tangan eh?? Lepas tu sampai waktu rehat tangan bau nasik lemak semalam lagi. Doe!! Itu kamu lagi! hahah!


Mengalami situasi dikacau oleh makhluk halus dibilik iron pada pukul 0300am lalu kerana ketakutan tidur bersama sambil cakap 'kau dah tido ke?' kejap2 lagi cuit lagi 'yana, kau jangan tidur lagi.. aku belum tidur..' haha.. taknak jadi orang yang tak tidur sebab takut benda tu naik atas dorm. Tapi Yana agak berani la orang nye.. hoho


Weiii banyak oo sweet memory yang tak boleh lupa.. Kalau jumpa balik, sembang2 benda yang sama je.. tapi boleh gelak gila2.. Contohnya, masa Form 1 si kelam tu pernah kejar kereta mak dia sambil nangis2 nak ikut balik. haha.. kelakar oke! hmmm... :)


Hari ni.. 20102010 kitorang jumpa lagi. Tapi just aku, Fura and Doe je lah. Semua dah success dah sekarang. Fura dah jadi chemist kat Klang. Kerjanya pakai lab coat je. hoho.. Semalan dia kerja shift petang, so before dia masuk kerja, jumpa dulu..


Doe pulak sambung Sarjana kat UPM. Sambil2 jadi tutor. Dia kata students faham apa dia ajar. Hahah.. Serba salah pulak nak terima kenyataan itu.


Yana dengan Anis, takde kat KL so susah la nak jumpa. 


Ini hanyalah episod pengenalan. 


Baibai!


Fura and Doe's covocation. Last year.

Tuesday, October 19, 2010

Kami dan Universiti Malaya

Bismillah...


Sekarang hujan.. Lebat le jugak tapi takde la guruh-muruh bagai. hoho..


Nasib baik baju-bajuan aku jemur tadi sempat kering.


Oh, mari kembali ke tujuan asal..


Mungkin korang belum tahu, abang pun ex-UM jugak. Malah, ex-Nilam Puri juge.. Means, dulu abang belajar kat Akedemi Pengajian Islam, UM. Duduk kat 5th college selama 7 sem kalau tak silap. Satu sem tu extend. Kalau aku tak silap jugak, abang ambil Syariah dan Undang2. Tahla, aku tak sure.. heheh..


Tapi, by the time aku jadi first year kat UM tu, abang da grad dah.. hoho


Apa yang menjadi tanda tanya aku sekarang ialah.. abang macam begitu kamceng dengan UM. Apa2 pun mesti nak UM. Kadang2, nak cari ATM bank Islam pun kat UM gak. heheh.. Sampai lah sekarang, nak jogging petang2 pun nak pergi UM gak. Adoii..


Oh ye, dulu abang ialah ahli Palapes. Apa yang aku perhatikan sepanjang duduk dekat 11th college, Palapes ni kalau jogging je mesti round satu UM. So, aku rasa abang macam tu jugak lah. Dia tak puas kalau tak jogging satu UM.


Lagi satu, semangat kecintaan abang kepada benda2 ketenteraan sangat lah tinggi ye rakan2.. Abang ada beberapa jenis baju askar yang aku tak boleh usik walaupun nak tolong basuh! hoho.. Ha, kalau korang perasan entry aku kat bawah ni, kat gambar baju baru beli tu, ada nampak sikit uniform askar abang. Aku pun tak tahu bila abang pakai benda2 tu. Weh, boot yang kilat2 tu pun ada tau dalam kereta!


Lepas tu, kawan2 kat facebook dia, dia add or approve yang Palapes je. Yang lain pun dia approve jugak, tapi lambat sikit. Fb dia tu, ada 100++ friends request tahu! hee


Abang juga takkan ketinggalan membeli satu majalah ketenteraan ni. Tajuk dia TEMPUR


Ha, lebih kurang banyak ni la koleksi abang
Ahad lepas, abang ajak aku teman dia pergi jogging. So, kitorang park kat Tasik Varsity. Aku dah prepare awal2 bawak newspaper. Takut bosan. hoho.. eh, kalau rakan2 nak tahu, kat Tasik Varsity tu ada game baru lah.. Selain kayak and orang yang main bola atas kayak tu, ada game pukul2 bantal juga. Meh aku tunjuk gambar


Sorry gambar tak clear sebab hp cap ayam
 Ha, mula2, 2-2 pemain naik atas tiang gol tenggelam tu. Eh nak tahu tak, susah tahu nak naik atas tiang gol tu. Ada sorang tu teringin nak main tapi try naik tak boleh2 jugak. Jenuh kawan dia ajar last2 dia tengok orang main dari bawah sambil berenang2 saje. Kesian tahu..


Aku rasa yang main ni budak kayak kot sebab yang cheer and penonton tu ada budak kayak yang aku kenal. Oh untuk pengetahuan rakan2, masa 1st year n 2nd year, aku main rowing untuk UM. Ape? tak penah dengar perkataan rowing? Tanya En. Google!


Eih dah jatuh! hehe
Lepas tu, ada seorang didarat yang akan cakap ready....go!!! lepas tu diorang pun pukul2 la lawan diorang dengan bantal tu sampai jatuh. Siapa jatuh, kalah la. Syarat dia tak boleh pukul kepala sebab nanti sewel.


Menarik kan, sebab kelakar bila orang tu jatuh. Aku tergelak sorang2 aje..


Aku lepak2 je tepi tasik ni, sementara tunggu abang jogging round satu UM. Fuhh terel betul.. Aku penah jog satu UM sekali, masa training untuk rowing dulu. Sampai2 je macam nak pecah dada nyah! Gila penat.. Tapi abang asal jogging je mesti round satu UM. Lepastu, ada hati siap ajak aku join sama. Apekahh??


Jadi, aku rasa walaupun dah grad dari UM, aku still rasa macam students UM lagi. Aku pun, kalau nak cari buku ke ape, pergi Pekan Buku lagi. Baru2 ni, beli buku interview kat situ. Nak bayar bil2 pun pergi Pejabat Pos UM jugak. Hehe.. 


Sekarang, abang pun tengah sambung Master kat UM jugak.. Tiap2 minggu pergi UM. hmmm


Itu je aku nak cerita sebenarnya. Takde pun isi penting hahah


Padan muka orang yang baca entry ini. Yabedabeduu


Okay sekian.


Alhamdulillah..

Habiskan Duit

bismillah..


Semalam, aku pergi Sogo, and cuci2 mata kat Semua House. Rupanya aku dah takde nafsu nak membeli kat area Masjid India and Jln TAR tu, sedangkan masa belajar dulu, pasaraya MYDIN, wajib aku pergi kalau ke sana.


Aku sampai Sogo lebih kurang pukul 0115pm, saja gerak lewat sikit sebab budget balik nanti terus ambil abang kat office, senang.. First round kat Sogo, agak bosan sikit. Last2, aku jumpa t-shirt Bontton labuh sikit tutup bawah, jadi aku beli. RM29.90..


Lepas tu aku pergi makan kat foodcourt Sogo. Selalu, everytime pergi situ, aku akan makan hotplate noodle tapi semalam malas. Aku makan char kuey tiaw saje. Char kuey tiaw dia sedap jugak. Minuman paling best kat sana, watermelon juice. Malangnya semalam dah habis, so aku order carrot juice je..


Lepas tu aku pun ronda2 la Jln TAR, Semua House, kedai blouse murah tu.. semua tak menarik.


Aku tengok jam, baru 0330pm, abang suruh sampai office pukul 0530pm. Apa aku nak buat ni!! Baik keluar rumah pukul 3 tadi.


Last2 aku buat second round kat Sogo. Amazingly, aku dapat lagi 2 helai t-shirt and sehelai seluar hitam. Dan, semuanya murah! Bagi aku la..




Ni baju first round tu. Bontton RM 29.90 sahaja.

Slack hitam SCS RM 29.90 dan tshirt SCS RM 20.70. Offer 70%


T-shirt Diesel RM 23.90. Tapi baju ni besar sikit sebab dah takde size.

 Aku ni susah sikit nak membeli seluar. Sangat cerewet plus susah nak cari seluar yang sesuai dengan potongan aku yang .... Huhu.. Seluar aku setakat ni semua harga RM60++ sebab size aku yang mahal2 aje. hoho.. So aku sangat gembiralah dapat seluar RM29.90 dan sangat comfort.


Orang cakap kat Sogo ni, diorang memang akan mark up harga tinggi2 lepas tu kasi sale. Memang, aku pun rasa macam tu. Sebab tu target aku yang below RM30 saje. Aku beli yang aku rasa berbaloi dengan jenis kainnya, kualitinya dan comfortnya. Jadi aku tak rasa rugi lah semalam..


Oh ye, SCS tu South China Sea tau..


Jumaat lepas, abang dah bawak datang Sogo tapi aku tak beli apa2 sebab ramai orang and otak aku dok fikir kesian kat abang yang tercongok tunggu aku. Aku memang tak boleh orang tunggu aku and sangat tak boleh menunggu orang. Kalau tunggu orang bershopping tu takpe, aku tak boleh kalau orang janji pukul 3, datang 0315. Sangat marah oke!! Terus mood boleh berubah. Tambah2 kalau tunggu kat tempat yang tak selesa ke, panas ke, bising n ramai orang ke.. Aku memang sangat ANTI itu! Okay emo disini. Hehe sorry (^.^)


Kesimpulannya, aku dah berjaya habiskan duit abang. Heheh.. Esok, insyaAllah keluar lagi, dengan Fura and Doe. Pergi makan2 and borak2 je kot. Last jumpa masa wedding aku hari tu, tapi tak sempat nak sembang la kan..


okay, itu saje, terimalah gambar budak tembam ini


Oh aku dah berjaya beli syria labuh tutup dada. Beli on9. RM20 saje. 
Aku dah gemuk.. Sila rujuk gambar2 di atas juga. Macamana ni... Stress!


Hmm...


Alhamdulillah..



Monday, October 18, 2010

Ditangguhkan..

Bismillah...



MAKLUMAN!
Semakan Panggilan Temu Duga Guru Sandaran Terlatih (GST) Keluaran IPTA 
bagi sesi permohonan 1 - 30 September 2010 hanya boleh dibuat mulai 
25 hingga 30 Oktober 2010


Ya. itulah ceritanya.. Jadi bolehlah aku pergi window shopping hari ni. Abang pun dah kasi lampu hijau.

Alhamdulillah.. 

Friday, October 15, 2010

Nasihat orang muda

bismillah..


Kawan kawan.. Aku nak memberikan satu peringatan penting ni. Sangat2 berguna okay..


Kawan2 nanti bila kawan2 bakal melangsungkan perkahwinan dan bakal menamatkan zaman bujang padan muka kena belajar siang ikan, aku dengan penuh ikhlas menasihatkan kawan2 supaya mengupah jurugambar profesional untuk merakamkan detik2 bersejarah kawan2.


Percayalah cakap aku.. Kawan2 tidak akan menyesal berbelanja lebih sikit sebab sampai tua kawan2 boleh tengok gambar kawan2 dengan baju yang cantik makeup yang cantik muka berseri seri dan sebagainya.


Kawan2 percayalah.. sangat berbaloi.. Bagi kawan2 yang nak jimatkan belanja tu.. Tolonglah cari celah atau ceruk lain yang boleh dicut atau ditakpayah-buatkan demi untuk mengupah jurugambar profesional.


Tanpa jurugambar profesional, kawan2 tidak mungkin..


Dapat merakamkan saat paling bermakna dalam hidup anda beserta reaksi orang sekeliling seindah ini.


Sempat merakamkan kenangan bersama seluruh sanak saudara seperti ini. Carissa kenapa pipi kau? huh..


Melihat wajah-wajah rakan anda segembira ini

Dan yang paling penting ialah OUTDOOR photoshoot!! Sangat best kawan2, aku tak tipu! Gambar2 kahwin ni boleh buat kawan2 tersenyum setiap kali tengok. Aku tak dapat nak share banyak, sebab aku kedekut! haha.. Taklah, banyak sangat yang aku suka, tak terupload nanti. Sebab tu kat fb pun aku upload yang dari custom album je. Ni aku letak sikit ye gambar outdoor aku


Ni yang 'moderate' maveles bg aku. yg maveles aku taknak kasi! hehe

Kawan2, biarpun kawan2 ada kawan atau saudara mara yang mempunyai camera besar tu, janganlah harap sangat pada mereka. Kerana mereka berkemungkinan lupa diri bila jumpa geng. Seperti yang berlaku pada majlis saya di Penang




Sekian saja nasihat dan pedoman hidup dari aku. Aku harap kawan2 mengambil iktibar.



Soalan




  1. Berikan nama Timbalan Menteri Pelajaran




Ha ayok.. ayok.. tak study lagi da nak inteview ni...

Thursday, October 14, 2010

LynnLabelz

bismillah..


Okay dah ada mood sikit nak menulis lepas makan 1/2 bar Crispy choc.


Sebenarnya, aku rasa aku boleh menghidap penyakit serius kalau laptop aku rosak or kalau bokben ni kena potong. I was like 24-7 on it and definitely Celcom kurang untung sebab aku hanya langgan yg promotion punya, RM50/month but the speed is not bad at all. Kalau aku pergi CC, aku rasa tokei CC tu dah boleh bukak 2-3 cawangan hasil sumbangan ikhlas aku.


Oleh sebab aku asyik online je.. then I've figure out that online biz is quite menguntungkan kalau kamu membuatnya dengan penuh istiqamah. Ada seorang tu, have degree in Apllied Chem but end up work at home with greater profit. Tak ke seronok?


Actually.. Aku pun teringin jugak tapi tak tahu macamana nak start. Aku dah macam kurang rajin pulak nak pergi mendidik anak bangsa di Kotaraya KL nih.. Kalau dapat SJI tu boleh tahan la lagi, kalau tak dapt... ergh!! tak nak fikir lagi..


Takpelah, mari aku bawa korang ke alam khayalan yang bertajuk.. Kalau Aku Punya Online Business



  • Definitely bukan yang jual shawl or inner syria 3 lapis harap makum
  • Kemungkinan menjual benda-benda yang didesign sendiri. Kalau aku nak jual instant tudung or seangkatan dengannya, aku nak beli dan pilih kain sendiri kat Jakel sek 7 tu. Boleh meroyan kalau pergi situ I tell you.. Aku taknak ambil barang dari pemborong.
  • Akan jual design yang aku suka pakai saje. Kalau shawl tu, aku jual yang size besar sikit lah macam yang aku pakai sekarang ni.. pashmina size tapi kain chiffon. Aku hanya beli disini. Ni senior aku masa kat UM dulu..
  • Kalau instant tudung tu, aku suka yang takde awning sebab boleh masuk mesin dan haruslah besar sikit tutup dada ye adik2..
  • Of course kena jahit nama brand sendiri kat setiap product tu. LynnLabelz contohnya. Wahh..
  • Oh, cara aku mendisplay barang2 jualan haruslah menarik. Kalau tak guna model yang cantik dan mata smokey eyes atau pakai sunglass pun takpe, asalkan menariklah. Kalau tak menarik tu contohnya benda yg diragakan tak beriron, pakaikan pada patung tapi senget benget tak kemas2, longgar sebab patung kan muka kecik.. Senang cerita aku suka macam blog yang aku link kat atas tu la.. Kemas, simple, menarik dan jelas..
  • Blog tu nanti aku taknak letak lagu la ape la, sebab aku faham orang2 yang kerja kat office, kalau bukak blog aku curi2, tiba2 keluar lagu nanti kantoila dengan officemate. Kalau kantoi dengan bos lagi malu. Hehha
  • Oh,aku nak jual kasut handmade juga. Macam dia ni. Comel2 tau kasut dia. Mesti aku cepat kaya nanti.
  • Tidak menggunakan kamera beresolusi rendah.
  • Dah, sampai situ je. Tetiba awan angan2 aku dah pecah2..

Update: Tokei kedai tu dah reply emel aku, dia cakap boleh tukar yeay!! Lepas tu dia kasi alamat nama Ayub b Daud. Selama ni aku dok panggil dia 'kak' hihi.. Sorry mori..


Sebenarnya aku malas nak start kerja lagi.. Penat woo jadi cikgu.. Serius tak tipu. Cuba korang bercakap dengan kuat sambil berdiri selama sejam. Lepas tu selang sejam ulang perkara yg sama. Kalau nasib malang 2-3 jam berturut2 cakap kuat sambil berdiri dan berjalan. Selama 6-7jam. Tengok berapa lama korang tahan. At least orang yang kerja office tu takdela berdiri dan bercakap kuat2. Gila kau nak cakap kuat2 sambil berdiri dalam office? Silap2 masuk van Hospital 'happy'. Kat office siap kena cakap bisik2 lagi. Tak membazir tenaga langsung. Siap dapat duduk kerusi best dari IKEA. Kat sekolah, jangan harap kerusi IKEA, satu kerusi pun takde kat kelas tau. Kalau ada pun aku macam tak confident nak duduk takut2 hajat nak duduk atas kerusi berakhir dengan terduduk atas lantai.


Tu belum campur kerja2 perkeranian lagi, jadi cikgu kelab tenis la, kelab catur la, Persatuan Pencinta Alam la lepastu lepas kelas ada perjumpaan kelab tak boleh balik awal. Lagi, mintak duit yuran kat students la, tiap2 kali masuk kelas nak kena remind siapa nak bayar yuran?? Dari awal tahun sampai akhir tahun dok kutip yuran. Belum campur lagi masalah disiplin murid bertumbuk dalam kelas malangnya kau jadi guru kelas lepastu nak kena menjawab dengan mak bapak. Kalau student kau dapat markah sadis gila dalam exam, lepastu parent diorang nak datang bincang, kau kena deal dengan parent pulak. ERGHHH!! Aku sangat2 belum bersedia untuk ini okey..


Jadi, apa patut aku buat??


Nota kuku kaki: Adekah aku memang dalam mood yang teruk? Asyik membebel je nih.. 


Apepun, aku bersyukur dengan kehidupan aku sekarang...


Alhamdulillah..