Oh kenapa hari ni begitu lambat masa berlalu?
Jawapannya adalah sebab hari ni aku study, bukan mengulor bak kate orang Peghak. Jadi, rasa macam adoi, cepatla petang nak goreng kopok lekor.. Kalau goreng sekarang pelik pulak.
Keropok lekor yummeh!! |
Tips saya memilih suami: tak merokok dan tidak meninggalkan solat (maksudnya faham agama dosa pahala dsb)
Okay, berbalik kepada tajuk asal. Topik hari ni serius sikit jadi sila duduk dalam posisi yang selesa dan buat muka serius macam baca buku kimia fizik takpun fizik kuantum.
Jap nak fikir ayat pengenalan yang power
.
.
.
Hidup ini penuh dengan persoalan. Masa kecik, fikir apa cita2 aku ye? Nanti universiti mana aku belajar ye?
Bila besar sikit, dah masuk U, fikir, ish, agak2 siapalah jodoh aku ye? gemuk ke keding ke? rendah ke? tinggi ke? macam Pierre Andre (kesukaan aku) ke macam Acappan ke?
Takpun,
Hm.. Betulke dia jodoh aku ni.. Betulke tindakan aku couple dengan dia ni. Dia ke kahwin dengan aku nanti..
Dan kawan2 pun akan bertanya macam ni
Kau dah ade pakwe belum?
Dan bagi yang dah couple sejak dari form 2 macam kawan aku ini dengan pakwenye ini, soalannye lain sikit. Bila kauorang nak kahwin ni? Dah berapa lama couple?
Korang rasa tak tension ke nak jawab soalan macam ni?
Kalau aku, aku tak la marah ke apa kat orang yang bertanya, logik la kan orang tu tanya, tapi kita ni yang rasa fade-up nak jawab.
Kesimpulannya soalan yang aku fade-up nak jawab sekarang adalah ini:
- Dah ada orang ke-3 Lynn?
- Ada muntah2 pening2 tak?
- Kami nak jadi makcik!!
dsb..
Serius, aku tak marah pun orang tanya macamni. Yelah, mestila agak excited kan. They ask because they care..
Honestly aku macam belum bersedia SEPENUHNYA untuk parenting2 ni. Bukan belum bersedia ye, tp belum bersedia sepenuhnya. Aku tak mungkin menolak jika Allah berikan kami rezeki seawal ini. InsyaAllah..
Tapi, Allah tu tahu kemampuan hambanya. Macamana kalau aku dapat posting Sabah/Sarawak? Tak payah Sabah/Sarawak la, posting luar dari KL dah cukup. Tak dapat duduk serumah dengan suami. Kau nak ke nyah pregnant macam tu.. Sungguh sadis dan lonely tahu. Nanti takde orang nak tolong2 kau. Padan muka.
Wah relax2 jangan emosi beno :p
Wah relax2 jangan emosi beno :p
Jadi, aku personally nak mula berfikir pasal ni secara serius SELEPAS aku dapat result posting nanti.
Tapi bukan bermakna sekarang aku menolak. Ngerti kamu?
No I'm not either your daddy or mommy si tembam. |
Ini hanya bebelan aku sahaja. Adakah aku perlu publish benda ni?
Moga aku sentiasa menjadi hamba yang bersyukur..
Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment