Tuesday, August 24, 2010

Aku Seekor Cicak

         Aku ialah seekor cicak. Semasa aku masih di dalam cengkerang telur, aku dengar parent aku nak kasi aku nama Rain.. Aku macam pernah dengar nama tu dalam iklan shampoo Clear for Men.

         Tak kisahlah, media massa memang banyak mempengaruhi kehidupan warga cicak seperti kami. Aku dilahirkan di Kuala Lumpur, di sebuah rumah apartment tingkat 1. Rumah aku berwarna hijau.. Kehidupan kami sekeluarga sungguh baik disini. Makan pun cukup, sebab rumah ni banyak semut hitam.

         Tuan rumah aku adalah pasangan suami isteri. Mereka baru berkahwin. Isterinya cantik juga pada hemat aku. Isteri tuan rumah aku belum bekerja. Hari-hari aku tengok dia asyik ngadap PC je. Buat kejenya tak jugak. Nanti dalam pukul 4, agak-agak suami dia dah nak balik, baru dia sibuk-sibuk nak mengurus rumah. Baru nampak macam dia kerja tak behenti bila suaminya balik nanti. Licik sungguh isteri tuan rumah aku ni. Walaubagaimanapun, dia cantik dan comel.

             Sebenarnya, aku tahu satu rahsia mereka. Aku tahu yang isterinya sangat takut dan geli pada katak. Pada satu hari, ada seekor katak pisang melekat baikk punya kat sliding door umah ni. Macamana katak tu boleh ada kat tingkat 1 ni aku pun tak pasti. Nak kata naik lif, apartment ni takde lif. Mungkin dia panjat dinding. Ah, ade aku kesah? Berbalik pada cerita tadi, katak tu dah dua hari tak bergerak dari sliding door bahagian luar tu. Jadi, isteri ni buat-buat diva lah, tak peduli katak tu. Tiba-tiba pada hari ketiga, katak tu dah takde! Isteri tu mula la gelabah cari-cari, rupanya katak tu dah masuk rumah! Sekali lagi, ade aku kesah? Haha.. Nasib baik masa tu dah petang, jadi tak lama lepas tu, si suami pun balik. Belum sempat dia  buka stoking yang sebelah lain-sebelah lain tu, isteri terus paksa suami buang katak yang melekat kat tingkap tu. Dipendekkan cerita, bejayalah katak tu terjun junam dari balkoni umah ni. Nasib katak itu kini tidaklah aku ketahui.. Maka, jadilah sang suami ibarat superhero di hati isteri cantiknya.. Sebenarnya, kisah katak ini takde kena mengena langsung dengan topik aku. Ia hanyalah selingan tinta hati penulis. kah kah kah

        Masa bulan puasa, pasangan suami isteri ini pulang ke kampung halaman si suami di Penang, sekembalinya mereka, aku yang suka jaga tepi kain orang ni terdengarla lawak si isteri yang tak henti-henti gurau-gurau manja dengan suaminya. Apa yang aku faham dari lawak tu, masa naik kereta ayah si suami tu, ada seekor cicak terlekat kat celah pintu depan sebelah penumpang kereta tu. Maka, si suami yang duduk bahagian tu, nampak jenazah cicak tu, menjerit sampai seluruh penumpang kereta bingit telinga. Ingatkan ada ular ke, bontot tercucuk jarum ke. Rupanya sebab nampak jenazah cicak! Kah kah kah. Badan je besor.. Bila ayah lelaki tu suruh  buang dia menjerit-jerit cakap taknak! taknak! sambil lompat keluar kereta. Nasib baik ayah lelaki tu lebih superhero dengan membuang cicak tu dengan kaki je. Maka kini, superhero perempuan itu adalah ayah mentuanya, bukan laki suaminya yang tolong buang katak dengan tangan pegang batang penyapu dan pongkes sambil lompat2 dan jerit-jerit kecil. hihi


       Kesimpulannya, si suami anti-cicak, si isteri anti-katak. Namun, kesimpulan ini langsung tiada kena mengena dengan point aku. Kalian semua telah tertipu! muahahahah *gelak lanun*


       Okay-okay, kita sampai part serius dan sedih. Pada satu malam, aku haus.. Macam biasa, aku pergi cari air kat sinki dapur. Yelah, sinki tu selalunya basah-basah lagi, boleh aku jilat-jilat sikit. Tapi apa yang mendukacitakan, sinki tu kering kontang! Eh, si isteri tak masak dan kemas dapur ke? baru aku teringat, tadi mereka ke Shah Alam rumah abang si isteri, berbuka kat sana *nampak sangat ke busy body aku? Semua aktiviti diorang aku tahu*


       Jadi, sebagai seekor cicak yang tampan dan bijak bernama RAIN, aku mula memikir tempat yang ada air selain sinki. Hah! Dah tentula bilik air! Aku pun cepat-cepat menapak ke bilik air. Betul! Semua jenis air ada. Ada air kolam, air sabun, air j*mb*n, sume ada. Jadi sebagai seorang anak muda yang macho, tentu-tentu aku pilih air kolam. Tiba-tiba... *sambung karangan anda dengan tiba-tiba*


        Okay aku tipu je.. Tiba-tiba lampu bilik air terbuka. Alamak! si isteri dah bangun sahur! Kantoi! Mana aku nak nyorok ni? Aku cepat-cepat amek port belakang baldi. Si isteri tak perasan. Tapi, aku ada buat dosa besar, sebab intai dia dalam toilet. hehehe.. :p


         Masa tu dalam otak aku cuma satu je. Aku mesti cepat keluar dari tempat ni sebaik lampu bilik air tutup. Tapi.. malangnya.. si isteri tak tutup pn lampu. tunggu punya tunggu, aku pun tertidur kat belakang baldi tu.. Sedar-sedar, bunyi pili air dibuka. Aku terkejut gila sampai terlepas dari pegangan kat baldi, dan jatuh ke lantai. Dan, si isteri tu nampak aku! Ini sirius! *bak kata wonderpets*..


         Tiba-tiba si isteri keluar dari toilet. Aku yang masih pening-pening sebab salah landing segera nak pasang langkah nak cabut lari. Tengah aku merangkak laju-laju, aku terpaksa tarik handbreak sebab kalau aku break pakai kaki confirm aku terbabas ke laluan bertentangan punya lah. Strrreeetttt!! Lebih kurang macam tulah bunyinya. Berasap kaki beb! Si isteri dah patah balik! Dan di tangannya ada..ada... spray membunuh semut! semut? Jap aku cicak ke semut? krisis identiti sekejap. Eh aku cicak la. kan semut tu makanan aku.. Belum sempat aku memikir apa-apa, aku nampak muncung spray tu tepat-tepat menghala kepada aku. Oh, apekah ini pengakhiran hidupku??


******************************

Aku mula mabuk-mabuk...
Jantung aku sakit...
Penglihatanku kabur...
Kaki-kakiku menggeletar...
Kulitku yang mulus tanpa jerawat terasa pedih...
Aku menggelupur kesakitan...
Aku dengar sayup-sayup si isteri cakap sorry..sorry.. dan dia berlalu tinggalkan aku keseorangan...
Perlahan lahan, nafasku terhenti, jantungku tak lagi berdegup. Sebelum sampai waktunya, aku berkata dalam hati, aku maafkan kau wahai isteri..

Tinggallah semua.. tinggallah sanak saudara.. tinggallah rumahku, dan kekasih hatiku, Britney.. Abang tak sempat pergi beli cincin tunang kita sayang...

Maka tamatlah riwayat aku.. Aku seekor cicak tampan bernama RAIN yang mati di bilik air.. *ok la kot dari mati celah pintu kereta* :p

No comments: