Wednesday, November 10, 2010

Segmen Tips: Baju Batik


HelloW.helloW. where can I pay the parking ticket?

Hee.. korang tengok tak iklan tu? Nyampah kot masa aunty tu cakap Hellow tu. hoho

Camni..

Hari ni aku sesaje nak share petua or tips untuk korang semua. Cewahh masak kari pun tak jadi ada hati nak kasi petua. hiks.

Takpe tak kisah. Tapi tips ni berkesan dan memudahkan..

Masa aku inteview GST last week kan hari Khamis, so kena la pakai baju batik. Aku jujurnya tak suka pakai baju batik sutera sebab gila susah nak iron. 

Kalau baju kau yang 4meter RM300+ tu yolah senang, tapi kalau yang RM100+ macam aku punya boleh mendatangkan amarah dan amukan tahu.

Masa teaching practice dulu pun aku 2 kali je kot pakai baju batik sutera ni. Yang lain2 pakai baju corak batik je.. hehe

Okay sudah shazlin ada orang nak tahu ke kau punya cerita di atas?

Satu tips yang aku tahu, masa iron baju batik, kena guna iron yang panas. Kalau kat iron kau Max Temp dia 6, kau letak 5 masa nak iron batik. 

Jangan risau confirm tak hangus kalau kau iron original batik terengganu tuh.

Okay

Tengah aku peluh2 iron baju inteview, mama pun tegur, 

*AMARAN: perbualan dalam loghat perak* 

"Eh, asal tak masuk fridge? Tak tahu ye cara tu?"

"Tak tahu.. ala ma.. malaslah, nak cepat ni.. Lagipun kain dah siap iron dah tu.."

"Oh dah iron macam ni ke rupa dia.." sambil angkat kain belek2.. T.T

"Hish tak bergaya langsung kamu ni. Pergi renjis2 air kat baju pastu masuk dalam plastik, masuk dalam fridge. Tunggu sejam baru iron"

Aku pun buat lah.. Lepas 1-2 jam iron. Gila senang!! Iron sekali je takpayah tonyoh2 tekan2. Hilang kedut2 semua wa cakap lu! Eh, terganas pulak.

Lepas tu, masa pakai pun susah nak kedut balik. Serius! Licin je baju batik aku. hehe..

Try tau weh! Malam ni aku nak masukkan baju batik abang pulak. Esok nak pakai :p

Eh sebentar! ni ada satu peringatan:

Err.. kalau nak masukkan dalam fridge tu, makesure fridge korang bersih dan takde baubauan pelik macam bau ikan ke ayam ke.. Bau aiskrim takpe. Kalau baju licin tapi bau macam baru lepas balik pasar besar Selayang ape kes..

Jadi summary nak iron baju batik ialah:
  1. Renjis2 kan air di semua bahagian baju baju. Pastikan tempat yang senang berkedut macam bahagian pelipat siku, bahagian punggung dan paha lebih sikit renjis.
  2. Masukkan baju renjisan ke dalam plastik lalu letakkan ke dalam fridge selama 1-2 jam.
  3. Iron dengan level temp yang agak tinggi tapi jangan sampai max takut aku.
Wah macam cara2 memasak pulak. :D

Okay tu je nak share.. 

Salam

2 comments:

Noor Nabila binti Jasni Teoh said...

waaaaa....peliknye petua ni weh! hehe..bleh try lain kali~..hehe..agak2nye kalo baju bukan batik/sutera tp jenis susah gak nak iron bleh x?hehe..bleh try nnt...huhu..lyn! bleh anta petua ni masuk dlm mjlh wanita ke, bleh menang kot! hahha..bosan bc petua2 yang sama n biase2 je tu..huhu

lynntaib said...

try tau. hoho seyes tebukti kebenarannya.
kalau bj lain tu aku tak sure la jd ke tak. tp yg pastinya abaikan cara no.3 untuk baju selain batik. kang belobang histeria plak. :p