Tuesday, November 9, 2010

Sejarah nama kami adik beradik

Bismillah..


comelnya yang kanan sekali tu! :p


Korang pernah tak tanya parents kenapa letak nama korang yang sekarang. Tanya saje2 je kan kadang2 ada orang nama dia atok kasi la, sempena nama watak cerita femes time tu la.. kan


Contohnya ada cousin aku, arwah Tokwan nak kasi nama Norita, tapi Mak Ndak n Pak Ndak aku nak anak2 diorang start nama dengan 'Ju'.


So nama beby tu jadi Julina tapi saudara mara semua panggil Ita


Sejarah nama Kakak aku lagi kelakar. Masa time kakak aku lahir tu, tengah femes cerita hindustan ape tah. 


Mama n arwah Abah memang tak minat hindustan, tapi tah kenapa diorang decide nak namakan Kakak ala-ala hindustan gitu


Diorang decide nak namakan SHARMILA. hehe.. sangat hindustan kan?


Tapi lucky la masa Kakak lahir, Makcik aku, adik kepada arwah Abah duduk sekali dengan Mama Abah. 


Dia punya la taknak parents aku kasi nama tu. Dia dengan Maktam(adik mama) beria-ria cari nama lain..


And they end up with SHAZWIN.


Kakak yang cerita kat aku story ni. Lepastu dia boleh cakap


" Nasib baik tak jadi letak. Kalau nama akak Sharmila mesti kamu jadi Shalin Banu" whatta... boleh?


Kakak masa kecik. Memang sama macam apiya




So masa Abg Yan lahir, takdelah susah dah nak pilih, sebab parent aku dah decide nak letak 'Shaz' as our sibling brand.


Nama Abg Yan SHAZWAN. Tapi camno boleh jadi Yan?


Sebab camni


Kakak dengan Abgyan beza umur 1 tahun je. So diorang membesar sama2 la. Kawan2 keliling rumah pun kawan yang sama.


Dari kecik, nickname kakak ialah Awin.


So masa budak2 datang rumah nak ajak main, diorang akak panggil macamni


" Awin... Awan... Jom main!"


Mama macam.. apekah? Tak cool langsung nama Awan oke! hahaha...


Jadi tukar jadi Yan. Oh macho ke nama Yan? Sebab nama SIL aku, wife AbgYan is IAN. Pronouce sama je kan. Jenuh jugak diorang keliru kalau mak2 bapak2 panggil Yan, dua2 datang/sahut/toleh. hehe


Last2, semua panggil Kak Ian and Abg Yan tak kira la lagi tua pun. Senang.


Ha tu la nama macam pompuan. Ni makcik2 aku punya kerja ni. hoho




Abang aku yang 3rd, nama Shazril. Ni lagi masalah. Jadi Abg Day.


Sejarah nye simple je. Masa kecik2 baru belajar cakap, mama ajar la nama dia mama cakap "Shaz..ril... Shaz..ril... Okay cuba sebut.. Nama apa..?"


Lepastu Abang aku jawab " Shaz..day.. Shaz..day"


Kah kah kah pelat rupanya. Mama cakap lama jugaklah tempoh pelat tu. Cadang memang nak panggil Ril, tapi abg aku nak bahasakan diri 'Ril' pun tak buleh.


Asyik cakap Day.. Day.. ha hambek la nama tu.. nak sangat :p


Budak pelat




Okay masa aku lahir, kakak abg aku dah besar sikit dah. Kakak dah 9tahun. So dia baik hati lah fikir nama untuk aku..


Since Shazwin & Shazwan is like a pair


So dia decide to create another pair of name, Shazril & Shazrin. Ececeh..


Semangat ni dia dah kasitahu parents aku nanti baby buh nama Shazrin tau.. Tau Abah.. Tau..


Abah angguk aje..


Sampaila aku lahir, hari Abah nak pergi daftar surat beranak aku, dari dalam rumah sampai la abah masuk kereta da reverse pun akak siap jerit


"Shazrin tau abah! Jangan lupa tau, Shazrin.."


Sekali Abah bawak balik surat beranak nama SHAZLIN


Kah kah kah gelak guling.


Abah cerita, abah taknak letak nama Shazrin sebab macam gatal je bunyinya. Dengan kata lain gedik la.. Kalau letak Shazrin, mesti panggil Erin. eeuuww..


Okay nasib baik tak letak Shazrin.


Abah kata nama Shazlin macam lembut sikit, sopan gitu.. hehe perasan ni perasan ni :p


On the way to Pangkor. Kakak baru lepas trainig hoki SK Datin Khadijah KK. Love this pic most.


Sekarang cucu2 mama semua ambil initial S



  1. Syaef Naqiuddin b. Effendi Abd Aziz
  2. Safiya Erina bt. Effendi Abd Aziz
  3. Shafy Farish b. Shazwan
  4. Shafeq Izzuddin b. Effendi Abd Aziz
  5. Shasmeen Carissa bt. Shazril

Sila ambil perhatian terhadap nama daughter akak aku. Hahah nak jugak tu nama Erina. Kesian kempunan sampai ke tua nak jugak nama tu. :p


Cucu opah: farish, syaef, syafeq, safiya, carissa with papa


Papepun, kami bahagia dan hidup sihat sampai besar lebar :)


Alhamdulillah

No comments: