Wednesday, January 5, 2011

Belanja Kahwin Part 1

Bismillah..


Wah.. sebab semalam aku buat entry yang pointless, maka hari ni aku buat entry yang berguna sikit. 


Sejak aku dah kahwin ni, agak ramai jugak la kawan2 aku bertanya or merujuk kat aku tentang perbelanjaan yang diperuntukkan untuk kahwin ni. Yela, kadang2 kita fikir yang pentng2 je kan, yang nampak di mata je. Tapi, yang cenonet2 tu pun kadang2 penting. Guna duit banyak jugak. 


Contohnya ko dah siap prepare barang2 bilik pengantin dengan cadar, deco (bunga simple, backdrop katil), langsir, carpet. Bila dah siap2 semua.. Tiba2 ko akan perasan benda simple2 yang belum buat lagi, tapi dikira penting jugak la. Such as aircond bilik pengantin belum servis. Nak beli Airwick/Ambipur lagi.. Hai, dekat RM100 gak tuh..


Sementara aku masih ingat lagi ni susah payah aku mengumpul duit, baik aku share kat sini.. 


Dan, perlu diingatkan disini, majlis aku adalah super duper simple ye.. Pelamin aku satu panel je, bukan 3 panel macam kebanyakan orang sekarang ni. Sebab, aku tak bersanding, so tak perlu menghabiskan duit kat pelamin..


Dan lagi, belanja kahwin aku, aku dan mama keluarkan duit hampir sama banyak. Aku rasa aku habis dalam RM13k, so do mama. So kome total up sendiri ye berapa. 


Note: Aku kumpul duit sendiri dari hasil pencen arwah abah (aku dapat dalam RM350/month yg aku tak usik langsung) and duit kelapa sawit peninggalan abah (setahun dapat dalam 4-5 kali)


Note lagi: Ini untuk rujukan ye.. Bukan untuk menunjuk ke hape. Nak menunjuk apanya, majlis aku sangat simple takde orang nak dengki. haha.. Lepasni kalau ada orang tanya, aku kasi link ni, sambil tambah2 explain kat diorang.


Owh, RM13k tak termasuk belanja bertunang.


Selingan


Kalau orang tanya pendapat aku, aku sangatlah rekomen supaya tak payah bertunang. Belanja banyak jugak woo dalam RM5k macamtuh (sila note majlis pertunangan aku yang simple tu). 


Lepastu selain tu, cabaran dan dugaan masa bertunang ni sangatla besar. Betul. Siapa2 yang bertunang sampai setahun dua tahun tu, aku agak respek la.


Sebab apa susah? Sebab lepas bertunang kita totally rasa yang lelaki/perempuan tu untuk kita jek. Semua benda yang dia buat kita nak tahu, dan dia kena kasi tahu. Ala, macam husband-wife la. Tahu semua benda yang husband kita buat kan? Dia nak pergi mana, keluar dengan sapa, hari ni pakai baju apa, lama2 gaduh.


Lagi, bila dah bertunang, kita mestila fikir nak kahwin. So, bila lelaki tu nak enjoy sikit, pergi bercuti dengan kawan2 ke, mulalah kita membebel, 


"Cuba u fikir pasal kita ni, simpan la duit tu untuk nikah nanti. Nanti kan banyak nak pakai duit bla..bla..bla.. u ni berkorban la sikit! lain kali la pergi bercuti tu! "


Sudahnya, buat loan. Sebab duit tak cukup2, tapi dah janji dengan pihak perempuan nak langsung pada tarikh sekian sekian. Bila berhutang, create lagi satu masalah, duit tak cukup lepas kahwin, gaduh lagi..


Ha... no offence ye. Walau macamana pun anda memahami pasangan anda, mesti terjadi punya la sengketa. So, aku cadangkan, kalau nak bertunang jugak, bertunang kejap je.. Dalam 2-3 bulan ke. Untuk sempurnakan adat. Takde fikir2 pasal duit dah. Masa tu duit dah cukup dah.


Okay cukup dah selingan. Berbalik kepada belanja pertunangan aku


Masa bertunang ni, aku kasi habis semua barang hantaran. Kasi setle habis (ada orang kasi separuh2. Masa bertunang kasi makanan je banyak, masa nikah bagi lagi hantaran. Pakai banyak duit cara ni). Duit hantaran pun da kasi separuh time bertunang. Nanti hari nikah pihak lelaki tinggal nak bawak barang kemas untuk batal air sembahyang, duit mas kahwin. Separuh lagi duit hantaran kasi sebulan sebelum majlis.


Okay, untuk bertunang, aku keluar bajet RM3k.


RM1000 untuk barang2 hantaran
Aku kasi:

  • Jam tangan- RM250
  • Camera- RM500
  • Samping songket terengganu + songkok-RM170
  • Tafsir Quran beserta hukum tajwid + rehal - RM120
  • Sejadah - RM45
  • Towel - RM30 (sale 70% haha)
  • Tie, Wallet n Belt Bonia - RM300 (kakak sponsor)


Ni gambar sebahagian hantaran. Semua ada 19 sebenarnya. Hehe.. Banyak sebab adat orang Perak ni, Saudara mara suka topup hantaran dengan kasi makanan atau manisan. Segala kek, coklat, manisan yang korang nampak, semua orang sponsor. Aku prepare tempat letak je.

Tengok, walaupun aku bajet nak beli barang RM1000, tapi terlebih jugak kan? Ha, means aku kena cut bajet tang lain pulak..

Okay, lepas beli hantaran, mesti la kena gubah. Ramai orang cakap kalau gubah sendiri jimat.. Kalau hantar kedai mahal..

Tapi tak tepat! Kalau buat sendiri, memang jimat bagi orang2 yang kreatif, berseni dan biasa duk tolong2/menempel2 kat orang buat hantaran.

Sebab nya, kalau buat sendiri ni pun boleh jadi rugi kalau tak pandai pilih dan budjet barang apa nak beli/pakai. Selalunya kita risau tak cukup, beli lebih. Semua nak beli lebih. Dawai beli lebih, bunga beli lebih sebab takut rosak, gam uhu beli lebih, gam yang guna glue gun tu beli lebih, reben beli lebih, renda beli lebih... Last2 bila total up semua, eh, dah RM200 beli barang? 

Tu belum masuk dulang nak letak hantaran tu lagi. Kalau boleh pinjam saudara mara punya okaylah, tapi kalau nak sewa, satu dulang yang berkaki tu, sekali lapik dia, dalam RM10-RM15 satu set (satu dulang kaki beserta lapik). Hm, cuba darab dengan berapa hantaran korang.

Okay, untuk gubahan hantaran, aku bajet RM300. Aku tak buat sendiri, tapi hantar kedai. Sebab, aku takde masa sebab busy dengan study. Aku tak ingat berapa harga gubahan satu dulang. Maybe dalam RM25-RM30 untuk satu dulang. Lepastu aku suruh dia gubah siap2 bunga, lebihkan reben, untuk aku topup kat hantaran yang saudara mara akan kasi nant. Means hantaran aku akan nampak seragam jugakla even aku hantar kat dia dalam 9 dulang je macam tu kot. Total up, RM350 kot untuk gubahan hantaran ni. Okay, terlebih jugak.

Okay, setle part HANTARAN SAHAJA. Sekarang masuk bab aku pulak:

  • Make-up - RM300
  • Photog - RM300 with sticky album, 100 pieces A4 photos. (Dapat diskaun sebab kawan Yani from UniKL)
  • Mini pelamin - RM300
  • Baju - RM150 (beli ready made, lepastu aku jahit sendiri pearl beads kat lengan dengan bahagian hadapan baju)
  • Rama2 besar kat kepala - RM15 (sewa)
  • Shawl + veil -pinjam kak Nurul and Kak Ian punya.
Hm, lagi apa ye? Ala, tot tet tot tet, dari RM3000 tu, aku kena tambah lagi la dalam RM200-RM300 macamtu. Hal dalam bilik lagi.. Bilik pun kena hias gak ala kadar.

Owh, tu belum campur duit makan lagi ye. Duit makan memang mama sponsor sebab memang nak jamu orang makan guna duit dia. Hari bertunang, kami guna catering je. 

Tapi, kena ingat jugak, bukan kena spend duit untuk catering je tau. Sebabnya macamni, bila kau nak bertunang, saudara mara mesti datang rumah kan. Selalunya diorang akan datang sehari sebelum majlis bertunang. So, kena kira ye duit nak keluar untuk lunch and dinner pada hari sehari sebelum majlis, dengan breakfast pada hari majlis. Mungkin tak banyak. Tapi kalau adik beradik mak kau je dah 9 orang, lepastu semua rapat dan akrab, ha.. anak pulak sorang puratanya 4. Darab la sendiri berapa orang dah. Ni pun kena masuk bajet tau.

Eh, aku bukan cakap saudara mara ni menyusahkan tau, aku nak cakap bajet yang perlu prepare je sekarang ni. SIla jangan salah faham.

Lepastu, kenala kasi doorgift sikit kat rombongan kan. Takkan nak balik macam tu je. Dahla datang dari jauh. Hm, masa aku bertunang, aku kasi ceramic punya bekas tu, yang kecik je tu. Satu harga dalam RM1 kalau beli banyak2. Aku beli kat kedai atas sekali kat SACC Mall tu. Lupa plak nama kedai. Dalam tu isi coklat, lepastu hias bekas tu ala kadar guna reben dan bunga. Bila dah siap, kos satu doorgift lebih kurang RM2. Buat dalam 80 bekas kot, sebab saudara mara pun dapat. Yelah, diorang tolong banyak jugak kan..

Eh, buat entry pasal majlis bertunang je pun dah meleret2 ye.. Dah dekat 2 jam aku menaip rupanya. Hoho.. Jadi entry 'Belanja Kahwin' next time boleh? Nak makan jap.

Harap entry ni boleh beri gambaran sedikit sebanyak tentang majlis kahwin ye.. Tolong jagan fikir lain tau.. Aku sekadar nak share je sebab kalau aku ingat balik time busy2 nak kahwin ni dulu, memang tak sangka aku boleh manage duit aku dengan jayanya. Penat kalau ingat balik. But, this is such a sweet memory for me. Okaylah, Bye! =) 

7 comments:

Noor Nabila Jasni Teoh said...

thanks for sharing! hhee..besau belanja skang nih..kire ok la dah wat simple2 kan..xpe, tetap meriah kan..hehe...pe pon yang penting berkat..hehe..pndai la aq berkata2 kan..hhehe..nbila maybe x tunang kot..memikirkan cost.n also pihak sana ckp kawen je trus, dah lama kenal xyah tunang2 dah..hoho..xtau la kalo tetibe mama n makcik2 n nenek tetibe suh gak tunang kan..sume sbb ADAT...hoho.. n also atas nbila ade akak sorang, beza setahun, bf die blon keje, die dah keje 2 tahun dah kot, duit pon dah ade,so the issue now is mama n makcik2 duk cakap maybe nbila kene langkah bendul~..hoho...xtau la..ceq pon xtau bile masanya..sume kene tunggu posting dulu baru bleh pk ngan rasionalnye..hehe

weh, cmne nak tau mcm ko komen after aq komen nih>kuar kat email xde plak?xkan kene check sndiri kat post ni kot?hehe..guek bloggers jahil~ =D

lynntaib said...

ha lagi satu reason xpyh betunang ni mcm ko ckp la. sebab da kenal n kawan lama. dulu2, zaman parent jodohkan, ye la kena betunang2 ni sbb br nak kenal kan (mcm aku logik la kena betunang kot haha). tujuan betunang kan untuk berkenalan. kalau dah telebih kenal xpyh tunang2, buang duit. ceh, confident je aku cakap.

senang2 korang kahwin je sama2 2 beradik sekali. jimat gila..

hm, pasal komen tu aku pon tak tahu. jahil gak. haha.. maybe kena godek2 setting kot. tp aku malas..

Noor Nabila Jasni Teoh said...

hehe...kene tnye org berpngalaman..hehe...

kalo aq xkisah..tp akak aq KISAH TERAMAT...mama suh sekali je tapi die xnak..dia kata bukan majlis dia nnt, then nanti xkenal tetamu..confuse kawan sape la..adeh...saya malas nak melawan. senyap aja...

heeee... =D

lynntaib said...

kalau camtu asingkan khemah buat 2 kaler. satu kaler ko satu kaler kakak ko. heheh.. abang aku kawin 2 sekali jimat banyakkk. meriah plak tu ramai jemputan.tapi deme nikah asing2 la. sorang nikah awal sikit.

tp ada org tua2 cakap x elok adik beradik nikah sekali dlm satu thn ikut thn islam. tahla nk pecaya kang syirik plak. bln 5 ni, cousin aku 2 beradik perempuan pn buat majlis sekali, tapi adik nikah dl bulan 3.

klu asing2, kenduri ko dgn kakak ko kena jarak jauh sikit la tarikh dia. penat wooo buat kenduri ni, preparation dia start 6 month before kenduri lagik.. kalau tak start pun dah kena plan dalam kepala itu ini. mak aku selalunya sampai xblh tido mlm. hehh..

xpela papepun, tgu dan lihat keadaanya camna nanti.. betui takk =)

Noor Nabila Jasni Teoh said...

betoi~...doa la die terbuka hati nak terima...dia agak keras kepala..hoho..ngumpatkah? mama cakap pon die xnak dengar apa kan aku si adik ini..hoho...

pe pon kenen tgk posting mane n keadaan posting n kewangan time posting..haha

Cikgu Fieza said...

Tahniah lynn sebab sah lepas satu stage baru dalam hidup! Menarik la cite pasal belanja kawen ni. Macam banyak gile bende kene pk.

lynntaib said...

Hehe.. betul Fieza, macam2 kena fikir. Kadang2 majlis lg setahun, tp da start planning da. mmg sgt penat. tp aku prepare 4 bulan jek, dpt la majlis yg seadanya ni =)