Thursday, December 23, 2010

Cerita Mekah dan First Item Sudah Dibeli =)

Bismillah..

Hai! I bersiaran kembali. hehe


Bukan apa, malas sikit nak update blog ni sebab mama ada kat rumah. Kan mama I baru balik haji, so weekend ni baru nak hantar balik Manjung, since adik2 mama ramai kat sini, so tunggu diorang datang kat sini je lah.


So, bila mama ada rumah, menyembang je lah. Lagi2 bila mama tengah bayak cerita pasal pengalaman pergi ke tanah suci kan..


Dalam banyak2 cerita, ada satu cerita yang I paling terkesan di benak hati. Wah!


Macamni


Ada satu pasangan tu, husband and wife yang baru sangat2 kahwin. So memang muda lagi lah, dalam 20-an. This couple pergi buat haji sebab dapat hadiah dari tabung haji, so fully sponsored la.


Satu hari tu, semua jemaah kena pergi mana tah aku lupa, tapi kena gerak dalam pukul 2-3am macamtu, supaya sampai sana subuh2. So, semua jemaah pergi naik bas, teksi dan pengangkutan yang disediakan.


Kebanyakan jemaah Malaysia naik bas. Tapi ada juga suami isteri, or geng2 yang naik cab. Termasuklah pasangan baru kahwin ni.


Mama cerita, pemandu teksi kat Mekah ni, diorang suka panggil perempuan naik cab. Diorang akan jerit2 'nisa..nisa...silakan.' in arabic la.


So suami isteri ni pun dapat satu cab. Wife dia naik dulu. Elok ke wife dia masuk, teksi tu terus pecut dengan laju. Yang si husband ni blur la. Terus laporkan pada yang berkenaan.


End up, wife tu akhirnya dijumpai dicampak di tepi jalan dan sudah tidak bernyawa. Arwah juga diperkosa sebelum dibunuh. 


Husband dia pun menghabiskan rukun haji secara bersendirian. Sedih wehh.. dahla baru kahwin.. Abang cakap, memang kalau pergi Mekah and nak naik cab, kena kasi lelaki naik dulu.. Memang kena berhati2 gila.


Mama cakap, apa yang orang barat claim yang Islam ni kasar, jahat, memang betul la kalau yang dirujuk tu ialah dari Islam di Mekah. Tapi, bukan semua la..


But, differ to orang Islam di Madinah, mereka lebih bijak, sopan, hormat orang. Abang cakap, sebab tu masa zaman nabi dulu, orang Madinah terima Nabi, orang Mekah pulak halau. And that's why Nabi Muhammad diturunkan di sana, di kawasan yang paling bermasalah rakyatnya. Wallahua'lam..


Okay! dah habis! =)


Update on my pregnancy pula..


Last Tuesday dah berjaya bukak buku pink! Alhamdulillah, even ramai jugak orang. Biasalah, klinik kerajaan kan.. Aku sampai pukul 0915am, pukul 1230pm baru siap.


Owh, berat dah naik 1 kg! Dekat buku tu cakap, untuk 1st 5 month kena naik 0.5kg je sebulan. Macamana ni?? *pengsan*


And yang paling best..


I'm about to buy my first item keibuan! hehehe.. Cuba teka apa?
It is..












A breastpump!! hehe sila muntah sekarang! =P


Okay, segan nak cerita. Tapi I beli awal sebab join shipping dengan SIL. Kami beli dari UK with much2 more reasonable price compare to here. Harganya RM320, tapi kat sini paling murah boleh dapat RM699. Tapi maybe sampai dalam bulan March. Ni tengah tunggu SIL I suruh transfer duit. hohoh


I beli yang ini. Penat survey tau.. Harga, and review pengguna.. heheh

My SIL beli yang advance banyak. Yang ini. Yang tu best sebab nanti masa pump tu kita boleh buat kerja lain seperti menari, berjoget sambil mengepam. Multitasking betul hahaha. Kat sini nak dekat RM2k. Sesuai untuk wanita bekerjaya.


I rasa I tak perlu beli yang advance2 sangat kot, sebab tak tahu lagi macamana jadinye nanti kan. Hence, yang I beli tu, kalau tak guna pun boleh jual balik kat sini.  


Okay, sampai sini dulu, take care, Babai =)

2 comments:

Mama Rayyan said...

Elok beli b/pump yg berkualiti sbb blh bg semangat utk b/feed baby nanti.Tanam niat dari sekarang utk BF baby tau lynn,insyaallah akan dipermudahkan nanti.Akak dulu dpt BF Iman tak smpi 6 bln,sbb tak cukup ilmu masa tu.So,masa pregnant ni cari info byk2 pasal BF,klu rajin join BF class lagi baik....

lynntaib said...

hehe tulah jenuh survey, ramai ckp medela/avent/spectra okay. but depends on users gak. mcm spectra 3 tu harga UK lbh kurang kat sini, so mls beli. Nak beli yg mcm SIL tu, mmg tak mampu lagik lah.. hoho.. harap2 dpt bf baby sebab boleh kurus! yeay! okay niat tak betul. =P