Sunday, January 2, 2011

Imbasan 2010

Bismillah..


Januari


Aku dirisik! Masa tu aku takde, aku kat UM menghadiri kursus 'How Will I Handle My Interview'. Kalau tak silap ni la nama kursus tu. 
Parent abang datang Bukit Jelutong, rumah abangday, kasi cincin =)
Pertunangan dijadualkan pada bulan Mac.


Februari


Aku busy dengan study, plus 3 subjek terakhir yang aku nak habiskan ni tough jugak la. Physical Chem III, Organic Chem III and satu subjek Education. Busy dengan lab, lab report, but manage to survey all the engagement thingy through internet. Gubahan hantaran, mini pelamin, and all. 


March


I'm engaged! Cepatkan? hehehe.. Tiba2 dah ada tunang. Kalau tengah bercerita tu, rasa segan plak nak cakap 'tunang aku.. tunang aku..' cit! hahah..


tudung-veil-shawl sume pinjam kakak2 ipar punya. baju je beli :p




April


Final exam! Study macam tiada hari esok lahh.. Sebab ada dua killer paper lepastu both 4 credit hours. Memang struggle nak bukak FB pun takut! Okay tipu =)


At the same time, dah booking photog, make-up, pelamin, tempah baju nikah, kad kahwin, book baju reception, beli keperluan bilik pengantin. And finish doing all my part. Part mama adalah khemah, makan, and doorgift. Oh, balang IKEA for special guest aku jugak kena pergi beli! heheh..


May


Teaching practice. Time ni satu habuk pun pasal nak kahwin aku tak fikir. Okay, tipula satu habuk pun tak fikir kan.. hehe.. Time ni, aku hanya setlekan ambil kad kahwin dengan ambil baju nikah sahaja.


mengajar di sekolah all-boys best! =)




June


Teaching practice lagi. Bersyukur sangat dah prepare semua awal2 sebab memang aku dah expect time teaching practice ni sangat busy sampai kena timbus dengan timbunan kertas lesson plan-handout-report dan sebagainya. Fuhh.. Nasib baik St.John kasi kertas A4 free 2 minggu dapat 1 bungkus and cikgu2 yang tak guna sangat kertas macam cikgu PJK, Pend. Islam, bermurah hati derma kertas kat aku and Hanim =P


Pot luck for me n hanim-last day at SJI




July


Teaching practice sampai 9th July and thereeee it goes my big day! hohoh.. Alhamdulillah sah bergelar isteri (cecewah), majlis berjalan lancar, selepas majlis pun alhamdulillah takde kesulitan, takde menanggung hutang apa2..


Berpindah ke KL dan memulakan hidup sebagai bini orang. heheh.. There are lots lots n lots of memories to remember =)


='D




Ogos


CONVO!!! Jeng jeng jeng! Hm, sangat gembira time ni, hari convo memang sangat best ever, rasa nak convo lagi. Masa nak keluar dewan, terserempak dengan abang and mama. Masa tengah bersesak2 nak keluar tu, suddenly got a warm kiss from abang =')


muka pucat!




September


Hari raya di sebelah mertua. Raya ke-3 sambut menantu di Penang. Sweet memory juga sebab TYT Penang sudi datang ke majlis kami.


Masa tu, aku blur lagi TYT tu apa. Aku malas nak tanya banyak2 kang kantoi plak kesingkatan otak aku ni. FIL aku siap ajar cara salam, cara bahasakan diri semua dengan wife TYT. Masa tu serius aku bajet TYT tu adalah lebih kurang macam wakil rakyat. Adoi, fail kau lynn.!


Lepas majlis kahwin, abang bawak jalan2 tanjung (Penang yang masuk pulau, they call it tanjung), makan nasi kandar tiba2 nampak dua frame gambar dekat dinding terus aku tanya Eh, orang tu la yang datang kenduri kita kan? Dengan buduhya aku bertanya kepada abang. Hari tu barula aku tahu yang TYT tu samalah pangkatnya dengan Sultan di negeri2 yang bersultan. Perghhh.. orang yang datang kenduri kita tu macam taraf Sultan ye bang? Kataku dengan tak bersalah. Abang tepuk dahi =P


mkn beradap bersama TYT dan isteri. kenapa aku degan abang mcm magnet sama kutub mcm menolak. heheh..


Gambar berharga abang. Ingat senang orang kenamaan nk cedokkan kuah utk kau? heheh


With MIL and FIL too.. gambat ni pn mcm magnet.





Oktober


Busy tolong kakak setlekan kerja dia. Not much life, but, as usual, happy =)


November


Alamak, tak period! Paksa abang pergi beli test kit. Kemain cerah lagi double line nye. Oh, tiba2 dah nak jadi mommy. hehehe


Tadaa!! belah kiri 1st test. belah kanan 2nd test.




Disember


Berjaya habiskan 2 botol minyak angin cap kapak 3mL, sebotol minyak panas dan bakal menghabiskan losyen panas pula. Sentiasa rasa tak sihat. Kadang2 selera makan, kadang2 tengok je dah nak ***tah. Morning sickness aku on and off. 2 minggu sakit, 2 minggu sihat, now tengah lembik balik.. Takpe, semuanya untuk kamu ye si kecik! Ada orang lagi teruk sila bersyukur shazlin!




Wahhh.. Tahun ni memang tahun paling bermakna lah.. Banyak sangat kenangan. Bertunang, berkahwin, convo, positive pregnant! Alhamdulillah..


Azam tahun depan, takde. Aku tiap2 tahun mana pernah ada azam. Kalau ada pun nanti lagi 2-3 bulan aku lupa la. Eh, apa azam aku hari tu eyh? haha..


Tapi aku mendoakan semoga tahun depan hidup kami lebih diberkati, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, bertambah amal ibadat, menjauhi perkara2 mungkar. 




Ameen.... =)


Goodbye 2010!

3 comments:

Noor Nabila Jasni Teoh said...

hehe...kamu blaja fizik byk sgt ke even tgk gmbr pon berkait ngan fizik..hehe..tapi mmg logic n accepted je ko punye magnet tu..hoho..bleh wat ABM tu lynn! ade berani nak gne?haha..hehee, xpe, dlm gmbr je kutub sama, the actual is kutub berlainan kan when both of u r together..('',)

really happy and jealous with the way of your life...really hope mine will be like that too..('',) tlg doakan saya lynn!doa org preggy cepat makbul mane tau...insyaAllah..amin....

hheee...mari berdoa diberikanyang terbaik untuk kita!

one more! enjoy your pregnancy...('',)

lynntaib said...

haha thanx bella. okay aku doakan semua urusan ko dipermudahkan ye.. enjoy je dulu.. dah kawin ni byk tggjawab. tp nasib baiklah family in law aku type relax2 je.. heheh..

doakan aku juge! =)

Noor Nabila Jasni Teoh said...

tq! hehe...xbaik la lame2...just belum masa kami je...hehe..semoga yg terbaik lah! amin... =D