Friday, October 8, 2010

Kisah pasar malam

bismillah..

Ha... ape kabar semua?? Kan aku dah cakap, sekejap je semangat aku berblog ni.. At last sebulan jugak baru aku jenguk balik. hehe.. bukan ape, aku memang agak busy lah sejak raya hari tu..

Ni kronologi nye:
  • Balik Penang 2 hari sebelum raya. Tak bawak balik broadband dan juge laptop.
  • Raya ketiga di Penang, aku kahwin lagi. Means, majlis sambut menantu sebelah asben aku lah..
  • Lepas2 tu busy g beraya and busy makan. heheh
  • Oh ye, kakak aku balik Malaysia satu family..lepas beraya kat Manjung, family akak aku tumpang rumah aku sebab kakak aku nak buat kerja untuk Phd dia. Dia cover area KL, so rumah aku la senang. Lagipun, memang aku kena jadi driver dia sepenuh masa. Perkara ini berlanjutan selama 2weeks++... So, semalam akak aku balik kampung asben dia kat Kelantan til this Sunday, and lepas tu terus dok rumah abang aku plak kat Shah Alam. So, nilah baru aku sempat mengupdate.. hehe..
Dengan Syawal yang masih bersisa ni, aku nak wish Selamat Hari Raya!! kepada diri aku sendiri sebab aku confirm takde siapa yang baca blog aku ni. hahah sadis tahu! *kesat air mata*

Jap nak cari gambar raya kot2 ada..


Eh, ni bukan gambar raya.. hihi.. :p

Okaylah, sebenarnya aku nak cerita pasal benda lain ni..

Tiap-tiap hari Khamis, ada pasar malam depan apartment aku tinggal ni.. Tapi sejak pindah sini, aku sekalipun tak pernah pergi lagi sebab asben aku ada kelas hari Khamis..

Masa akak aku duduk sini, abang ipar aku 2 kali pergi. Dia cakap besar, ramai orang jual. So semalam tiba2 aku teringin nak pergi. Dalam pukul 5 aku call abang, nak tanya balik rumah dulu ke or terus pergi UM. Kalau balik dulu nak paksa abang teman pergi pasar malam. Tetiba abang cakap hari ni tak pergi kelas. Yeay!!

Maka berangkatlah kami suami isteri pergi pasar malam.. Apa yang menariknya?

  • Korang pernah nampak kaum India berniaga pasar malam? Haaa.. kat sini ramai tau. Diorang siap jual makanan lagi macam bihun goreng, lauk pauk gitu. Tapi kita Melayu ni tak beli la..
  • Orang cina yang selalu kita nampak kat pasar malam kebanyakan berniaga bawang2, pakaian camtu kan.. Tapi semalam ada orang cina berniaga peralatan sembahyang, char kuey tiaw, yongtau fu dan makanan2 cina.
  • Pasar malam tu memang macam balance la peniaga melayu+cina+india dia. Mungkin india kurang sikit, tapi still ada la.. Pengunjung pun semua bangsa ada. Semalam tah kenapa aku rasa macam majmuk sangat kawasan rumah aku ni. hihi
  • Lagi, orang2 kat pasar malam ni, terutama yang jual makanan, tak ada pun yang jual makanan yang sama, macam kat pasar malam lain2 yang kita selalu pergi. Contohnya, ada satu kedai je yang jual taufufa+air soya, nasi ayam, laksa, bihun sup, nasi kerabu, makanan yang goreng2 tu macam fish ball, french fries dll. Semua satu kedai je yang jual. Menarik kan? Tak pening kepala nak pilih nak beli kedai mana kalau nak makan nasi beriyani. hehe
  • Semalam , aku beli laksa, abang beli nasi beriyani lauk ayam masak merah dengan sotong masak merah dengan taufufa. Amazingly, semua yang kami beli tu, sangat sedap okay!! Laksa tu beli 2 bungkus sebab abang cakap nak buat supper. Aku plak dah makan awal2 lagi masa abang makan nasi. Lepas makan tu tiba2 aku rasa kedekut plak nak kasi abang makan yang lagi sebungkus tu. Otak jahat aku cakap nak simpan dalam peti ais, esok boleh buat breakfast! hehe.. Lepas makan aku g amek laksa tu nak simpan, tiba2 abang cakap eh, nape simpan? Kan abang nak makan? hehe.. kantoi plak. frust je.

Namun, aku berjaya menyelamatkan baki kuah laksa yang abang makan tak habis tu! haha.. Tapi jenuh fikir nak makan dengan apa kuah tu.. haha..

Next week mesti tak dapat pergi dah pasar malam tu sebab abang mesti tak ponteng kelas dah. huu T_T

Tu je lah nak cerita..

Alhamdulillah...

No comments: